jenazah Ag Askandar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 May 2023 12:30:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jenazah Ag Askandar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jenazah Ag Askandar dijangka tiba di Sabah esok https://sabahmedia.com/2023/05/26/jenazah-ag-askandar-dijangka-tiba-di-sabah-esok/ https://sabahmedia.com/2023/05/26/jenazah-ag-askandar-dijangka-tiba-di-sabah-esok/#respond Fri, 26 May 2023 12:29:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35178
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Pengurusan membawa balik jenazah warganegara Malaysia yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest iaitu Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah telah diselaraskan dengan lancar oleh pihak Kedutaan Malaysia di Nepal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, jenazah mangsa akan diterbangkan dari Kathmandu menggunakan pesawat MH115 pada 26 Mei 2023 (Jumaat) pukul 11.30 malam (waktu tempatan) dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 27 Mei 2023 (Sabtu) pukul 6.25 pagi (waktu tempatan).

“Jenazah akan dibawa balik ke Kota Kinabalu dengan menaiki pesawat MH2646 pada pukul 11.35 pagi, 27 Mei 2023 dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada pukul 2.15 petang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Armizan, atas permintaan ahli keluarga, jenazah akan dibawa ke kediaman mereka di Kampung Benoni, Papar dan kemudiannya ke Masjid Jamek As-Salam Benoni untuk solat jenazah.

“Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Kampung Benoni untuk disemadikan mengikut upacara istiadat penghormatan Angkatan
Pertahanan Awam Malaysia,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/26/jenazah-ag-askandar-dijangka-tiba-di-sabah-esok/feed/ 0 35178
Kerajaan Negeri bantu tampung kos urus bawa pulang jenazah Ag Askandar https://sabahmedia.com/2023/05/22/kerajaan-negeri-bantu-tampung-kos-urus-bawa-pulang-jenazah-ag-askandar/ https://sabahmedia.com/2023/05/22/kerajaan-negeri-bantu-tampung-kos-urus-bawa-pulang-jenazah-ag-askandar/#respond Mon, 22 May 2023 09:03:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34944
Read Time:1 Minute, 38 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan bagi pengurusan jenazah Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halamannya di Kg Benoni, Papar sebagaimana hasrat ahli keluarga.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sebentar tadi beliau telah mengadakan sidang video bersama Dato’ Mohammad Ali Selamat, Setiausaha Bahagian Konsular Kementerian Luar Negara dan Mohd Fazle Abu Hasan, Counsellor/Charge d’Affaires, Kedutaan Malaysia di Kathmandu.

“Perbincangan berkisar tentang perkembangan terkini pengurusan membawa balik jenazah warganegara Malaysia yang terkorban dalam ekspedisi pendakian Gunung Everest. Mangsa adalah Lt. Kol (PA) Ag Askandar Ampuan Yaacub, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah yang berasal dari Kampung Benoni, Papar.

“Terkini saya dimaklumkan bahawa pasukan sherpa dijangka membawa turun jenazah dari Camp 4 ke Base Camp pada jam 2.00 petang (waktu tempatan) hari ini.

“Pihak kedutaan juga memaklumkan bahawa jenazah Lt. Kol (PA) Ag Askandar dijangka akan dibawa turun dari Base Camp ke Kathmandu pada keesokan hari apabila keadaan cuaca mengizinkan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sehubungan dengan itu beliau telah berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengenai perkara itu.

“Sebagai Menteri yang bertanggungjawab kepada APM dan Ahli Parlimen Papar, saya telah berbincang dan memaklumkan perkembangan terkini kepada YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.

“Ketua Menteri Sabah memberikan komitmen bahawa Kerajaan Negeri akan membantu menampung kos tambahan yang diperlukan di luar tanggungan insurans bagi pengurusan jenazah Allahyarham Lt. Kol (PA) Ag Askandar untuk memastikan jenazah dapat dikebumikan di kampung halaman di Papar, Sabah sebagaimana hasrat ahli keluarga.

“Begitu juga Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah menyalurkan sumbangan untuk tujuan menambah tanggungan kos pengurusan,” katanya.

Pada masa yang sama, Armizan turut mengalu-alukan mana-mana pihak yang berhasrat untuk menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian melalui Yayasan Kebajikan Sabah (YKS).

“Keprihatinan Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri Sabah amatlah dihargai,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/22/kerajaan-negeri-bantu-tampung-kos-urus-bawa-pulang-jenazah-ag-askandar/feed/ 0 34944