Jenazah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 12 Nov 2025 13:39:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jenazah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemuda kerja keras tunai amanah urus jenazah https://sabahmedia.com/2025/11/12/pemuda-kerja-keras-tunai-amanah-urus-jenazah/ https://sabahmedia.com/2025/11/12/pemuda-kerja-keras-tunai-amanah-urus-jenazah/#respond Wed, 12 Nov 2025 13:39:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85638
Read Time:1 Minute, 31 Second

SANDAKAN: Dalam kesibukan negeri ini yang bakal berdepan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah Ke-17 (PRU DU 17), seorang pemuda di sini pula bekerja keras untuk menunaikan ‘amanah’ yang dipikul untuk mengurus jenazah.

Pasukan Yunizam membantu menghantar jenazah ke kawasan pulau.

Biarpun sudah lapan tahun melakukan kerja amal menerusi perkhidmatan van secara percuma, tempoh itu tidak mematahkan semangat Yunizam Yusop untuk berbakti kepada masyarakat.

Memulakan inisiatif itu sejak 2018, Yunizam yang terkenal dengan panggilan ‘abam botak’ kini menyediakan empat van jenazah selain sebuah kereta pacuan empat roda susulan permintaan yang semakin meningkat.

Ketika ditemui, Yunizam berkata, selain di seluruh daerah dalam negeri, beliau yang dibantu pasukannya terdiri daripada anak muda juga membantu menghantar jenazah ke negara Brunei baru-baru ini.

Katanya, mereka mengambil masa selama 16 jam perjalanan untuk menghantar jenazah ke negara berkenaan daripada Hospital Duchess of Kent.

“Boleh dikatakan hampir setiap hari kami menerima panggilan untuk meminta bantuan. Sebahagian besarnya adalah penduduk yang tidak bekemampuan untuk mendapatkan perkhidmatan van jenazah sedia ada.

“Adakalanya kami bantu sehingga lima jenazah sehari. Biarpun letih, tapi ia bukan halangan kepada kami meneruskan kerja amal ini,” katanya.

Yunizam sebelum ini dikenali kerana menyediakan perkhidmatan kereta percuma ke hospital dan beroperasi sejak 2012.

Pemuda yang bekerja sendiri itu juga aktif dalam aktiviti kesukarelawanan di daerah ini termasuk menyediakan makanan kepada gelandangan dan membantu menyediakan kemudahan pendidikan kepada kanak-kanak tanpa kewarganegaraan.

Yunizam berkata, sepanjang tempoh dia melakukan kerja amal itu juga, beliau dan pasukannya banyak belajar perkara baru terutama apabila membantu penduduk miskin.

“Tidak semua orang bernasib baik seperti kita. Bila bercakap bab kematian, tiada orang tahu bila ia berlaku, sebab hal ini tanpa kita bersedia.

“Saya tekad meneruskan pekerjaan ini tanpa mengira waktu dan batas agama. Apa yang penting, mereka yang susah dapat dibantu kerana tanggungjawab kita sebagai orang Muslim untuk membantu sesama insan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/12/pemuda-kerja-keras-tunai-amanah-urus-jenazah/feed/ 0 85638
Jenazah Tun Sakaran Selamat Disemadikan https://sabahmedia.com/2021/08/30/jenazah-tun-sakaran-selamat-dikebumikan/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/jenazah-tun-sakaran-selamat-dikebumikan/#respond Mon, 30 Aug 2021 04:47:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5513
Read Time:1 Minute, 12 Second


Oleh ERDIE AB WAHID
[email protected]

KOTA KINABALU : Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai yang meninggal dunia pada usia 91 tahun selamat disemadikan kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Jenazah yang tiba di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah pada jam 11.15 pagi itu turut diiringi isteri Toh Puan Siti Rukaiyah Datuk Panglima Abdullah dan beberapa ahli keluarga terdekat.

Hadir sama memberi penghormatan terakhir Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Turut hadir memberi penghormatan anak Allahyarham, Datuk Nasir Tun Sakaran, bekas Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Parlimen Semporna Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah Ir Shahelmey Yahya.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleanagles disini akibat jangkitan COVID-19.

Dalam tempoh itu, beliau dilaporkan stabil namun memerlukan pemantauan rapi.

Sakaran,91, menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah kelapan dari 1995 hingga 2002 dan Ketua Menteri Sabah pad Mac 1994 hingga Disember 1994.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Semporna dari 1986 hingga 1995 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang mewakili USNO dan kemudian UMNO sebelum bersara daripada politik apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 1995.

Berita pemergian Allahyarham Tun Sakaran turut dikongsikan cucunya, Ahmad Marzuki Nasir melalui laman Facebook beliau awal pagi tadi.

Dalam perkongian itu, Ahmad Marzuki yang juga Pengurus pasukan Sabah FC telah memaklumkan mengenai pemergian Datuknya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/jenazah-tun-sakaran-selamat-dikebumikan/feed/ 0 5513
Van Jenazah Percuma Team Amal Bantu Keluarga Kurang Mampu https://sabahmedia.com/2021/07/28/van-jenazah-percuma-team-amal-bantu-keluarga-kurang-mampu/ https://sabahmedia.com/2021/07/28/van-jenazah-percuma-team-amal-bantu-keluarga-kurang-mampu/#respond Wed, 28 Jul 2021 03:06:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3677
Read Time:2 Minute, 17 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU, — Meskipun belum sampai setahun beroperasi, perkhidmatan van membawa jenazah secara percuma dikendalikan Persatuan Amal dan Jenazah Sabah atau lebih dikenali Team Amal berjaya membantu keluarga yang kurang berkemampuan.

Pengasasnya Masrul Guding, 31, berkata sehingga kini Team Amal telah membawa 125 jenazah Islam dan lapan bukan Islam, termasuk 18 jenazah pesakit COVID-19.

Beliau yang berasal dari Lahad Datu berkata idea mewujudkan perkhidmatan itu timbul apabila kos penghantaran jenazah dari hospital ke kampung waris terutamanya di luar daerah agak tinggi dianggarkan hampir RM1,000.

Lelaki itu berkata ketika mula beroperasi pada Januari tahun ini hanya sebuah van terpakai milik sepupunya Soffian Jais, 36, dengan kos ubah suai RM20,000 digunakan untuk membawa jenazah pertama dari Hospital Likas ke Sepanggar.

“Ketika itu van berkenaan memang belum bersedia untuk digunakan sebab belum ada keranda, jadi saya bersama Soffian mengeluarkan duit simpanan masing-masing untuk mengubah suai van pertama itu supaya ia sesuai untuk membawa jenazah. 

“Selepas itu ada individu bermurah hati memberikan van secara percuma selain hasil sumbangan dana daripada orang awam, sekarang kami mempunyai lima buah van dan satu daripada van itu diletakkan di daerah Lahad Datu supaya dapat membantu masyarakat di sana juga,” katanya ketika ditemui Bernama.

Malah, bagi melancarkan urusan perkhidmatan itu, beliau berkata Soffian yang  juga pengerusi persatuan itu akan membantu mengendalikan sepenuhnya operasi van jenazah.

Berkongsi pengalaman membawa jenazah yang meninggal dunia disebabkan COVID-19, Masrul berkata ia bukanlah mudah kerana memandu dengan memakai pakaian perlindungan diri (PPE) amat mencabar apatah lagi ke kawasan kampung yang agak jauh seperti ke daerah Kudat.

Katanya, Team Amal adalah kumpulan keempat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang mendapat tauliah daripada Kementerian Kesihatan untuk membawa jenazah COVID-19.

“Paling sedih apabila kita dapat tengok jenazah dari dekat walaupun lengkap PPE tetapi waris hanya melihat dari jauh, biarpun bukan ahli keluarga sendiri tetapi perasaan sedih itu tetap ada,” katanya yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah pelabuhan di sini.

Katanya beliau yang dibantu 15 sukarelawan bersyukur kerana sejak mengendalikan perkhidmatan itu yang turut membawa jenazah COVID-19, mereka tidak dijangkiti virus berkenaan.

Masrul berkata melalui misi bantuan itu, mereka mengamalkan konsep ‘tutup mata’ iaitu membantu tanpa mengira bangsa dan agama kepada yang memerlukan.

Dalam pada itu, katanya dalam tempoh jangka masa panjang, Team Amal bercadang menyediakan sebuah lori berkelengkapan yang boleh digunakan untuk memandikan jenazah dengan kos dianggarkan sebanyak RM250,000.

Beliau berkata dengan adanya lori itu akan memudahkan proses memandikan jenazah malah Team Amal juga menjalin kerjasama dengan pihak berkaitan untuk belajar memandikan jenazah sebagai fardu kifayah.

“Saya juga mengalu-ngalukan golongan belia yang berminat untuk menyertai kami sebagai sukarelawan  sekiranya tiada apa-apa aktiviti terutamanya pada  musim COVID-19 ini,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/28/van-jenazah-percuma-team-amal-bantu-keluarga-kurang-mampu/feed/ 0 3677
Kongsi Pengalaman Mengurus Jenazah Covid-19 – Abdul Ghapar https://sabahmedia.com/2021/06/16/kongsi-pengalaman-mengurus-jenazah-covid-19-abdul-ghapar/ https://sabahmedia.com/2021/06/16/kongsi-pengalaman-mengurus-jenazah-covid-19-abdul-ghapar/#respond Wed, 16 Jun 2021 04:09:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1347
Read Time:1 Minute, 58 Second

[email protected]

KOTA KINABALU: Mengendalikan jenazah yang meninggal dunia akibat wabak Covid-19 memang berbeza dari yang biasa dilakukan untuk mengelak dijangkiti wabak tersebut.

Demikian kisah seorang pengurus jenazah mangsa Covid-19, Abdul Ghapar Sulaiman, 50, dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

Menurut Abdul Ghapar, hampir dua tahun beliau bertugas sebagai Pasukan Petugas Pengurusan Jenazah Covid-19 di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu.

“Cabaran utama kami sebagai petugas yang mengurus jenazah Covid-19, memerlukan mental dan fizikal yang kuat kerana kami sentiasa terdedah dengan virus Covid-19.

“Kami juga wajib mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum memulakan tugas iaitu memakai pakaian pelindung diri (PPE) dan sanitasi diri,” katanya yang berkongsi pegalaman dalam kerjayanya.

“Pengurusan jenazah Covid-19 yang beragama Islam perlu diuruskan dengan hanya melakukan tayammum di atas permukaan paling luar beg jenazah tanpa perlu dimandikan.

“Pengurusan tayammum dan solat jenazah oleh petugas hanya akan dilaksanakan selepas proses pengecaman selesai dijalankan oleh seorang waris yang dibenarkan dan perlu memakai kelengkapan PPE yang dipantau sepenuhnya oleh kakitangan hospital,” katanya.

Pengecaman oleh waris dalam penjarakan satu meter dan tidak dibenarkan sama sekali mencium dan menyentuh jenazah.

Semua jenazah pesakit Covid-19 akan dibalut dengan sehelai linen putih dan dua lapisan beg mayat.

Lapisan paling luar beg mayat akan disanitasi dengan 0.5% sodium hypochlorite.

Manakala ahli keluarga dilarang untuk membuka beg mayat atau keranda yang telah ditutup.

“Selepas pengecaman itulah kali terakhir ahli keluarga melihat wajah jenazah, kami akan mengambilalih tugas dari mengurus dan mengebumikan jenazah hingga ke tanah perkuburan”.

“Perasaan sayu, hiba kami tuhan sahaja yang tahu, tetapi atas tuntutan sebagai satu ibadah fardhu ain dan fardhu kifayah, kami bersemangat menunaikan tanggungjawab kami sebagai petugas pengurusan jenazah Covid-19 ini,” ujarnya.

Beliau berkata, setakat ini dari April 2020 sehingga 29 Mei 2021 sebanyak 130 jenazah Muslim Covid-19 telah diuruskan oleh JHEAINS.

“Saya menyeru kepada seluruh masyarakat supaya mengambil suntikan vaksin Covid-19 ini, tujuannya adalah untuk mengurangkan risiko mendapat mudarat yang teruk akibat virus Covid-19 ini.

“Covid-19 ini adalah satu virus yang sangat merbahaya yang boleh mengancam nyawa manusia jika tidak dibendung dan penting kita menjaga kesihatan serta keselamatan kendiri dengan mematuhi segala peraturan oleh pihak KKM dan kerajaan sarankan untuk mengelak penularan virus ini,” tegas beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/16/kongsi-pengalaman-mengurus-jenazah-covid-19-abdul-ghapar/feed/ 0 1347