Jenis – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 03 Nov 2021 13:52:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jenis – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 COVID-19: Dua Kluster Baharu Jenis Komuniti Direkodkan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/#respond Wed, 03 Nov 2021 13:52:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8163
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Dua kluster baharu merupakan jenis komuniti direkodkan di Sabah hari ini.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata, dua kluster tersebut iaitu Kluster Sawit Jati, Kinabatangan dan Kluster Tumbalang, Ranau.

Katanya, Kluster Sawit Jati, Kinabatangan tercetus selepas kes indeks seorang lelaki warganegara Indonesia berusia 47 tahun, bekerja di sebuah ladang kelapa sawit (gatekeeper) di dalam Daerah Kinabatangan, mengalami sesak nafas dan demam sejak 20 Oktober 2021, disahkan positif COVID-19 pada 21 Oktober 2021 oleh Klinik Swasta Mabello Paris, Kinabatangan dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut.

Berikutan dengan kes tersebut, aktiviti persampelan kontak seterusnya mendapati seramai 25 kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut positif COVID-19.

Manakala kluster kedua iaitu Kluster Tumbalang, Ranau dikesan di Daerah Ranau pada 23 Oktober 2021.

Menurut Masidi, kes indeks adalah lelaki tempatan berusia 37 tahun bekerja sebagai pemandu kereta sapu, disahkan positif COVID-19 di Hospital Ranau selepas bergejala sejak 19 Oktober 2021 dengan keputusan positif COVID-19.

“Saringan kontak rapat yang dilakukan pada 25 Oktober sehingga 1 November 2021 mendapati seramai 54 orang daripada lokaliti yang sama dikesan positif COVID-19.

“Namun pada 3 November 2021, terdapat tambahan sebanyak dua orang lagi penduduk daripada Kg Tumbalang turut dikesan positif COVID-19 melalui saringan kontak rapat di klinik Timbua, menjadikan keseluruhan kes adalah sebanyak 56 kes,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/03/covid-19-dua-kluster-baharu-jenis-komuniti-direkodkan-di-sabah/feed/ 0 8163
Suspek disyaki pengedar dadah jenis syabu ditahan https://sabahmedia.com/2021/08/04/suspek-disyaki-pengedar-dadah-jenis-syabu-ditahan/ https://sabahmedia.com/2021/08/04/suspek-disyaki-pengedar-dadah-jenis-syabu-ditahan/#respond Wed, 04 Aug 2021 07:17:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4047
Read Time:1 Minute, 4 Second

BEAUFORT: Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort menahan seorang suspek lelaki disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah di Kg Brunei, Membakut dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintenden Yusoff Zaki Mat Yaacob berkata, bertindak atas maklumat, pasukan BSJN IPD Beaufort diketuai oleh Asisten Superintenden Polis (ASP) Enjang Maih membuat serbuan pada 3 Ogos 2021, jam 6.00 petang telah menahan seorang suspek lelaki yang disyaki terlibat dengan kegiatan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Brunei, Membakut.

Katanya, hasil dari serbuan itu, pemeriksaan badan ke atas suspek dibuat dan telah menjumpai satu kotak rokok jenama DUNHILL berwarna biru dan setelah dibuka terdapat dua plastik lutsinar sederhana besar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu, anggaran berat 5.09 gm.

Manakala, saringan ujian air kencing terhadap suspek turut mendapati positif dadah jenis methamphetamine.

Berikutan dengan penahanan, hasil siasatan lanjut suspek yang berusia 23 tahun dan tidak bekerja itu didapati mempunyai tiga kes jenayah lampau juga berkaitan dengan kes penyalahgunaan dadah dan suspek mengaku terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah jenis syabu sejak awal tahun 2021 kerana tiada punca pendapatan.

Suspek kini ditahan di lokap IPD Beaufort dan kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/04/suspek-disyaki-pengedar-dadah-jenis-syabu-ditahan/feed/ 0 4047