Jentera Wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Sep 2024 05:46:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jentera Wanita – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRN17 SABAH: Jentera Wanita Gagasan Rakyat perlu pastikan kemenangan https://sabahmedia.com/2024/09/23/prn17-sabah-jentera-wanita-gagasan-rakyat-perlu-pastikan-kemenangan/ https://sabahmedia.com/2024/09/23/prn17-sabah-jentera-wanita-gagasan-rakyat-perlu-pastikan-kemenangan/#respond Mon, 23 Sep 2024 05:46:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61071
Read Time:2 Minute, 47 Second

SANDAKAN: Jentera pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) diingatkan bahawa mereka menggalas misi besar dalam memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17 tidak lama lagi.

Ketua Wanita Gagasan Rakyat Bahagian Sibuga, Senator Annabell Perian berkata, sehubungan itu, mereka tidak mempunyai banyak masa lagi selain memperhebatkan gerak kerja mendekati rakyat khususnya di peringkat akar umbi.

“Perkara asas yang sewajarnya menjadi fokus kita di saat ini adalah usaha memperhebatkan gerak kerja pasukan Wanita dalam persediaan menghadapi pilihan raya.

“Asas kekuatan kerja berpasukan adalah saling percaya, saling mendukung, saling melengkapkan dan berganding bahu dalam menggalas misi besar yang kita pegang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Mesyuarat Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Sibuga di Dewan Sri Libaran Sandakan di sini semalam.

Hadir sama wakil pemerhati Wanita Gagasan Rakyat Sabah, Halizah Din yang juga Ketua Wanita Gagasan Rakyat bahagian Likas, Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Sungai Sibuga, Datuk Amirshah Yaakub, Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sungai Sibuga, Henry Hamdan, Ketua Beliawanis Gagadan Rakya Sungai Sibuga, Norliza Abugau serta perwakilan tiga pergerakan bahagian Sungai Sibuga

Annabell berkata, jentera wanita memikul amanah kepimpinan parti dan kerajaan  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor untuk membawa membawa kemenangan kepada Gagasan Rakyat sekaligus Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kita semua perlu bekerja bersama-sama, buang bibit kebencian dan permusuhan sesama kita. Andai ada perbezaan, kita duduk dan berbincang, kita cari titik persamaan dan rungkaikan segala kekusutan.

“Kita mesti berfikir perihal yang baik-baik tentang rakan kita yang bersama dalam pasukan. Elakkan daripada menjadi duri dalam daging. Peliharalah hati kita daripada sifat hasad dengki apabila kita bekerja sebagai satu pasukan,” tegas beliau.

Tambah beliau, misi besar yang paling penting ialah meraih kepercayaan daripada rakyat meliputi anak muda dan belia, para  ibu bapa mereka dengan memberi gambaran jelas mengenai hala tuju parti yang inklusif untuk semua.

“Dekatilah mereka, selami permasalahan mereka dan nyatakan kepada mereka bahawa kita bekerja dari hati. Kita dalam Gagasan Rakyat, kita Wanita Gagasan Rakyat adalah tunjang kepada wadah pergerakan parti untuk akar umbi. Kita peka dan sentiasa dekat dengan akar umbi.

“Jadilah rakan dan jadi saudara kepada mereka yang kita dekati kerana saya percaya, jika kita Ikhlas, Allah akan bersama kita dan membantu usaha kita dalam meyakinkan akar umbi tentang perjuangan kita bersama Gagasan Rakyat,” ujar beliau.

Annabell yang juga Ketua Penerangan Wanita Gagasan Rakyat Sabah turut menasihatkan jentera wanita supaya berusaha mengelakkan sebarang persengketaan sesama sendiri dan tidak terikut-ikut dengan sikap parti pembangkang.

“Jangan jadi seperti kawan sebelah sana yang sentiasa mencari helah dan menabur fitnah demi mempamerkan diri sendiri sebagai mulia. Kita elakkan, kita jauhkan dari sifat seumpama itu.

“Rakyat hari ini bijak menilai, anak muda kita kini faham realiti dan peka. Sampaikan nilai perjuangan Gagasan Rakyat dengan intipati murni yang sering dikongsikan oleh pemimpin-pemimpin kita,” katanya.

Beliau berkata, Ketua Menteri telah berusaha keras untuk mengubah Sabah, membawa lebih banyak penambahbaikan serta manfaat untuk rakyat Sabah.

Malah, kepimpinan kerajaan hari ini telah membuka ruang untuk anak Sabah khasnya dari segi melanjutkan pelajaran, penyediaan bantuan dan biasiswa dan banyak lagi.

“Sampaikan kepada semua yang di luar sana bahawa usaha berterusan Kerajaan Negeri Sabah adalah usaha yang fokus untuk rakyat Sabah.

“Saya mahu semua wanita-wanita di hadapan saya hari ini, anda semua, saya mahu kita semua jadi suara yang membawa mesej positif dari perjuangan parti kita untuk difahami rakyat,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/23/prn17-sabah-jentera-wanita-gagasan-rakyat-perlu-pastikan-kemenangan/feed/ 0 61071
Jentera Wanita fokus kerja untuk menang PRN – Redonah https://sabahmedia.com/2023/11/13/jentera-wanita-fokus-kerja-untuk-menang-prn-redonah/ https://sabahmedia.com/2023/11/13/jentera-wanita-fokus-kerja-untuk-menang-prn-redonah/#respond Mon, 13 Nov 2023 06:12:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=45149
Read Time:2 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Ketua Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Redonah Bahanda berkata fokus jentera sayap pergerakan itu adalah untuk bekerja keras bagi memenangkan Gagasan Rakyat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Katanya, jentera pergerakan Wanita perlu bekerja dengan berpegang kepada fokus dan matlamat utama, untuk mencapai kejayaan bagi perancangan memenangi PRN.

“Pilihan Raya Negeri akan datang adalah ukuran dan kita perlu pamerkan kekuatan serta semangat kerjasama serta kerja berpasukan kita sebagai sebuah jentera.

“Saya berharap dan saya yakin dengan semua yang bersama saya dalam pergerakan Wanita, kita boleh capai kejayaan dengan usaha keras kita bagi PRN yang akan berlangsung tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar semasa Perhimpunan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat Sabah di sini, hari ini.

Menurut Redonah lagi, kerja keras jentera pergerakan Wanita bermula dari dalam dan melibatkan semua ahli Wanita, dari pelbagai peringkat.

“Semua Wanita yang bersama saya dalam pergerakan ini terlibat, dan kita mesti bekerja bersama, melaksanakan kerja-kerja kempen dan pastikan apa yang kita sampaikan kepada akar umbi itu, berkesan, difahami mereka dan insyaAllah, semoga turut diterima mereka.

“Saya ingin semua Wanita yang bersama saya dalam pergerakan ini juga amalkan sikap positif dan jangan ada perasaan negatif diantara satu sama lain, kerana jika ada ‘duri dalam daging’, pasti usaha kita dan segala kerja keras kita akan terganggu,” katanya.

Menurutnya, peranan wanita dalam semua bidang dan institusi kini sangat luas dan menyeluruh, serta wajar untuk dibanggakan dan dijadikan inspirasi kepada perjuangan pergerakan Wanita Gagasan Rakyat.

“Wanita berperanan besar dan wujud sebagai denyut nadi dalam semua institusi yang ada kerana wanita sudah menjadi kekuatan dan penggerak kepada semua.

“Jangan lihat sudut kita lemah sebagai wanita, kita bukan lemah semangat tapi kita lemah lembut, kerana sudah diasuh dari kecil untuk menjadi wanita yang mempunyai perilaku sopan dan ini yang saya mahu tekankan kepada semua.

“Bila kita ada jati diri yang baik, amalkan sikap dan nilai murni yang baik, kita akan menjadi contoh, disegani dan dihormati kerana untuk kita menjadi pemimpin, kita kena ada satu nilai yang baik dan kita dipandang serta dinilai oleh rakyat dari sudut itu,” katanya.

Dalam pada itu, Redonah juga menegaskan bahawa prinsip perjuangan pergerakan Wanita Gagasan Rakyat juga adalah berdasarkan kepada kekuatan kepimpinan Gagasan Rakyat serta presiden.

“Kita berdiri dengan kekuatan tiang parti kita, Presiden yang kita sayang, YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Noor yang kita sayang kasih.

“Saya harap, kita contohi dan kita amati semua perkara baik, kita serap dan kita praktikkan khasnya untuk memberikan gambaran bahawa kita adalah jentera yang ikhlas dan kita berada dalam parti ini, bukan untuk kepentingan diri,” ujarnya.

Redonah juga menyeru semua ahli dalam pergerakan Wanita Gagasan Rakyat untuk sentiasa peka da mengikuti perkembangan semasa, seiring dengan keperluan dan kehendak masa.

Katanya, untuk memperkasa parti, semua perlu mementingkan keperluan parti dan sedia untuk berkorban.

“Segala perit jerih, tenaga, masa dan emosi kita korbankan untuk membawa perjuangan parti dan bukan hanya ini, tetapi saya juga mahu semua ahli Wanita peka.

“Peka dengan segala hal dan isu yang bekepentingan kepada rakyat, kepada akar umbi dan kita mahu kita menjadi suara dan penghubung kepada segala permasalahan mereka.

“InsyaAllah, saya yakin niat baik dan usaha murni yang kita buat dengan sepenuh hati, akan direstui dan dirahmati Ilahi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/13/jentera-wanita-fokus-kerja-untuk-menang-prn-redonah/feed/ 0 45149