Jepun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Sep 2026 02:13:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jepun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Anak Sabah wakili Malaysia ke program kepimpinan IATSS Forum di Jepun https://sabahmedia.com/2026/09/09/anak-sabah-wakili-malaysia-ke-program-kepimpinan-iatss-forum-di-jepun/ https://sabahmedia.com/2026/09/09/anak-sabah-wakili-malaysia-ke-program-kepimpinan-iatss-forum-di-jepun/#respond Wed, 09 Sep 2026 11:40:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103118
Read Time:3 Minute, 41 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Anak jati Sabah, Razman Durhan, 27, mencipta pengalaman membanggakan apabila menjadi satu-satunya peserta dari Sabah yang mewakili Malaysia dalam program kepimpinan IATSS Forum di Jepun, Mei lalu.

Razman

https://www.facebook.com/share/v/1923RHiXc8 – video Sabah Media/ Erdie AB Wahid

Pegawai Pelaburan dan Inspektorat Projek Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah (Ko-Nelayan) itu menyertai program berkenaan selama lapan minggu bersama tiga lagi wakil Malaysia.

Program IATSS Forum yang dianjurkan International Association of Traffic and Safety Sciences (IATSS) itu menghimpunkan golongan profesional muda dari 10 negara Asia dengan matlamat melahirkan pemimpin masa depan yang mampu membawa perubahan positif kepada masyarakat dan rantau masing-masing.

Razman yang berasal dari Kinabatangan berkata, peluang menyertai program itu bermula selepas beliau mengisi borang permohonan secara dalam talian sebelum melalui proses saringan dan temu duga bersama Jawatankuasa Kebangsaan IATSS Forum Malaysia.

“Alhamdulillah, saya antara calon yang terpilih mengikuti program ini di Jepun. Pengalaman selama lapan minggu banyak membuka perspektif saya mengenai kepimpinan, pembangunan dan cara sesebuah negara menangani cabaran,” katanya ketika ditemui Sabah Media pada Rabu.

Menurutnya, antara pengalaman paling bermakna ialah melihat sendiri tahap kesiapsiagaan Jepun dalam menghadapi bencana alam, khususnya gempa bumi dan tsunami.

Beliau turut mengalami sendiri gempa bumi ketika berada di Jepun yang dilaporkan berukuran 6.9 pada skala Richter.

“Sebagai orang yang pertama kali mengalami gempa bumi, memang agak takut. Tetapi masyarakat di sana kelihatan begitu tenang kerana mereka sudah dididik dan dilatih untuk berdepan situasi seperti itu,” katanya.

Razman berkata, pendidikan kesiapsiagaan bencana yang diterapkan sejak di bangku sekolah memberi gambaran kepadanya mengenai kepentingan membentuk masyarakat yang sentiasa bersedia menghadapi bencana.

Katanya, penggunaan teknologi sistem amaran awal turut menarik perhatiannya apabila makluman kecemasan dapat disampaikan terus kepada peranti orang ramai tanpa memerlukan aplikasi khusus.

“Apabila gempa berlaku, kita menerima notifikasi terus pada peranti. Sistem sebegini menunjukkan bagaimana teknologi dan kesiapsiagaan masyarakat digabungkan bagi mengurangkan risiko,” katanya.

Menurut Razman, pengalaman itu memberi gambaran bahawa Sabah juga boleh terus memperkukuh sistem sedia ada dengan memanfaatkan teknologi serta meningkatkan kerjasama antara kerajaan dan masyarakat.

“Perbezaannya memang ketara, tetapi ia sesuatu yang boleh kita pelajari. Kita perlu melihat apa yang sesuai untuk diaplikasikan di Sabah dan bagaimana kita boleh terus mengejar kemajuan teknologi seperti yang digunakan di Jepun,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, perkara paling penting yang dibawa pulang bukan hanya berkaitan teknologi, sebaliknya nilai kepimpinan, konsensus serta hubungan rapat antara kerajaan dengan masyarakat.

Razman berkata, pendekatan berasaskan bukti dan data yang sahih perlu diberi perhatian dalam merangka dasar supaya setiap keputusan benar-benar bersesuaian dengan keperluan masyarakat.

“Setiap perancangan perlu berasaskan bukti dan data yang sahih. Pada masa sama, kita perlu membina konsensus dengan komuniti supaya rakyat memahami mengapa sesuatu dasar itu dilaksanakan,” katanya.

Sebagai pegawai Ko-Nelayan, beliau melihat pengalaman itu amat relevan dalam usahanya membantu meningkatkan taraf ekonomi komuniti nelayan di Sabah.

Katanya, antara tanggungjawabnya ialah memastikan projek dan pelaburan yang dibawa masuk mampu memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam meningkatkan pendapatan serta memudahkan urusan nelayan.

“Kita mahu projek yang dibawa masuk benar-benar membantu meningkatkan pendapatan nelayan dan memudahkan urusan mereka. Itu antara sumbangan yang boleh saya lakukan melalui bidang yang saya ceburi,” katanya.

Dalam pada itu, Razman percaya generasi muda perlu mula mempersiapkan diri sebagai pemimpin masa depan.

Katanya, penyertaan dalam IATSS Forum turut memberinya peluang membina jaringan dengan peserta dari pelbagai negara serta memahami perspektif berbeza mengenai kepimpinan, pembangunan dan isu masyarakat.

“Kita berada dalam satu fasa di mana generasi hari ini perlu bersedia untuk memimpin pada masa akan datang. Kita tidak tahu siapa yang akan menjadi pemimpin seterusnya.

“Perubahan sepatutnya bermula daripada diri sendiri. Kita perlu membangunkan diri untuk menjadi pemimpin yang baik sebelum mampu memberi manfaat kepada orang di sekeliling,” katanya.

Beliau turut menggalakkan lebih ramai anak muda Sabah merebut peluang menyertai IATSS Forum pada tahun depan.

“Saya mengalu-alukan rakan-rakan dari Sabah untuk tampil dan terlibat dalam program IATSS Forum. Ini peluang yang sangat baik untuk kita keluar daripada zon selesa, membina keyakinan dan membawa perspektif Sabah ke peringkat antarabangsa.

“Jangan fikir tentang diri sendiri sahaja. Kita perlu mula cakna terhadap kepimpinan, masyarakat dan kepentingan negeri Sabah,” katanya.

Untuk rekod, IATSS Forum merupakan program pembangunan kepimpinan antarabangsa yang memberi penekanan kepada pembelajaran bersama, pembangunan kemahiran, kajian lapangan dan pemahaman terhadap isu sosial serta pembangunan mampan.

Permohonan bagi program IATSS Forum 2027 kini dibuka sehingga 30 September 2026, dengan dua sesi lapan minggu masing-masing dijadualkan pada Mei hingga Julai dan September hingga November 2027.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/09/anak-sabah-wakili-malaysia-ke-program-kepimpinan-iatss-forum-di-jepun/feed/ 0 103118
Sabah sambut baik keputusan Kerajaan Jepun, semak semula nasihat perjalanan https://sabahmedia.com/2024/12/29/sabah-sambut-baik-keputusan-kerajaan-jepun-semak-semula-nasihat-perjalanan/ https://sabahmedia.com/2024/12/29/sabah-sambut-baik-keputusan-kerajaan-jepun-semak-semula-nasihat-perjalanan/#respond Sun, 29 Dec 2024 02:48:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66105
Read Time:47 Second

Kota Kinabalu: Keputusan Kerajaan Jepun untuk menyemak semula nasihat perjalanan yang melarang rakyatnya daripada mengunjungi pantai timur negeri ini disambut baik Kerajaan Sabah.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew berkata, keputusan itu disifatkan sebagai satu perkembangan positif dalam sektor pelancongan negeri ini.

Katanya, rakyat Jepun hanya dibenarkan melawat Tawau, Sandakan dan Lahad Datu jika perlu, tetapi masih dilarang mengunjungi pulau-pulau di luar pesisir Semporna.

“Saya dimaklumkan bahawa semakan semula ini dibuat beberapa hari lalu dan disahkan oleh Konsul Jeneral Jepun di Kota Kinabalu bahawa ia bukan penghapusan sepenuhnya.

“Difahamkan bahawa nasihat perjalanan itu hanya disiarkan dalam bahasa Jepun di laman web Kementerian Luar Negeri Jepun,” katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Beliau berharap larangan perjalanan ini dapat dihapuskan sepenuhnya dalam masa terdekat oleh kerajaan Jepun.

Terdahulu, Pada tahun 2019 lalu Christina pernah melawat Jepun dan meminta supaya mempertimbangkan untuk menghapuskan nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri Jepun (MOFA).

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/29/sabah-sambut-baik-keputusan-kerajaan-jepun-semak-semula-nasihat-perjalanan/feed/ 0 66105
Phoong alu-alukan pelabur dan perniagaan Jepun berkembang ke Sabah https://sabahmedia.com/2024/06/21/phoong-alu-alukan-pelabur-dan-perniagaan-berkembang-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/06/21/phoong-alu-alukan-pelabur-dan-perniagaan-berkembang-ke-sabah/#respond Fri, 21 Jun 2024 11:08:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56327
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Phoong Jin Zhe mengalu-alukan hubungan ekonomi yang kukuh dan berkekalan antara Sabah dengan Jepun.

“Jepun telah menjadi rakan perdagangan penting bagi rantau ini, dan sikap saling menghormati serta perkongsian ekonomi antara negara kita telah berkembang sejak 1980-an di bawah Dasar Pandang Ke Timur.

“Jepun juga berdiri sebagai negara keempat rakan perdagangan terbesar Sabah, menyumbang 7.9% daripada jumlah eksport Sabah ke Jepun berjumlah RM2,936 juta, mewakili 9.4% daripada jumlah eksport negeri itu,” kata Phoong sambil menegaskan bahawa angka-angka ini menekankan hubungan ekonomi yang teguh dan penting antara Sabah dengan Jepun yang terus berkembang lebih kukuh.

Teks ucapan Phoong disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Chan Loong Wei semasa Forum ESG Sabah-Jepun yang diadakan di Hyatt Centric di sini, hari ini.

Chan menyampaikan ucapan perasmian semasa Forum ESG Sabah-Jepun di Kota Kinabalu, hari ini.

Phoong berkata sebagai peralihan rantaian bekalan global ke arah kemampanan tenaga dan ekonomi rendah karbon, perkongsian dan pelaburan dari Jepun adalah kritikal.

“Kerjasama antara Sabah dan Jepun akan menjadi kunci dalam memanfaatkan kepakaran dan teknologi Jepun untuk memacu inovasi dan kemampanan dalam pelbagai sektor,” katanya.

Beliau berkata bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Zafrul Aziz, berjaya meraih potensi pelaburan bernilai RM1.45 bilion dan eksport RM550 juta semasa lawatan kerja mereka ke Jepun.

Sehubungan dengan itu, Phoong menggalakkan pelabur dan perniagaan Jepun untuk mempertimbangkan Sabah dengan serius.

“Sabah menawarkan persekitaran yang kondusif untuk syarikat dan pelabur Jepun. Kami telah bekerjasama rapat dengan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Takahashi Katsuhiko, dan persatuan perdagangan Jepun, termasuk JACTIM dan JETRO.

“Kedudukan Sabah yang dekat dengan Jepun meletakkannya sebagai pemain penting dalam perjalanan ke arah pembangunan penyelesaian tenaga mampan di rantau ini,” katanya.

Antara yang hadir semasa Forum ESG Sabah -Jepun di Kota Kinabalu, hari ini.

Justeru, katanya, kerajaan Sabah teruja untuk mengalu-alukan pelabur Jepun untuk meneroka potensi pelaburan dalam tenaga boleh diperbaharui dan industri semikonduktor.

“Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah juga merakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur Forum ESG Sabah-Jepun atas usaha mereka dalam melancarkan acara penting ini,” ujarnya.

Datuk Jasnih Daya ketika menyampaikan taklimat pada forum itu.

Hadir sama ialah Ketua Pejabat Konsular Jepun di Kota Kinabalu, Yamashita Yoshito, Pengerusi Eksekutif Innoprise Corporation Sdn Bhd merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Dalit, Datuk Jasnih Daya, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Datuk Thomas Logijin, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, Timbalan Pengerusi Invest Sabah Berhad, George Wong dan Pengerusi Penganjur Forum, Hiro Chai.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/21/phoong-alu-alukan-pelabur-dan-perniagaan-berkembang-ke-sabah/feed/ 0 56327
Kumpulan Poseidon bakal ‘tawan’ Jepun Oktober ini https://sabahmedia.com/2023/07/11/kumpulan-poseidon-bakal-tawan-jepun-oktober-ini/ https://sabahmedia.com/2023/07/11/kumpulan-poseidon-bakal-tawan-jepun-oktober-ini/#respond Tue, 11 Jul 2023 04:39:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38082
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA.KINABALU: Sekumpulan tujuh anak seni Sabah yang menggelarkan diri mereka Poseidon bakal mengadakan persembahan mereka di beberapa bandar wilayah Jepun dalam siri jelajah kumpulan tersebut, bermula 8 Oktober depan.

Ketua Pegawai Operasi AJ Productions, Jasnie Mohd Yaakub

Menurut Ketua Pegawai Operasi AJ Productions, Jasnie Mohd Yaakub, siri jelajah Poseidon kali kedua ini memilih sembilan tempat sebagai lokasi persembahan Poseidon di sana nanti.

“Antaranya di Babel (The Rock Tower) Tachikawa Tokyo (8 Oktober), Shinjuku Samurai Tokyo (10 Oktober), Shuffle Tokyo (11 Oktober), Heavens Door Tokyo (13 Oktober), Music Farm Nagoya (16 Oktober), Vijon Osaka (18 Oktober), Gattacca Kyoto (19 Oktober), Alchemy Kobe (21 Oktober) dan Padoma Kobe (23 Oktober).

“Pihak pengurusan AJ Productions telah mengilhamkan siri jelajah ini kerana percaya kepada potensi Poseidon untuk memasuki pasaran negara matahari terbit, Jepun ini, lebih-lebih lagi Poseidon pernah mengadakan persembahan di Jepun sebelum ini dan mendapat sambutan yang sangat baik.” Kata Jasnie dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, siri jelajah kali ini amat istimewa buat Poseidon yang telah menjangkau lapan tahun penubuhannya.

“Persiapan awal bersama wakil pengurusan persembahan mereka di Jepun telah dibuat dengan teliti bermula awal tahun lagi dan sekarang ini dalam fasa mempromosikannya di sana,” ujarnya.

Menurutnya, ketika ini, Poseidon sedang dalam rangka menyiapkan rakaman mini album mereka yang bakal dilancarkan pada siri jelajah itu nanti.

“Sebagai rekod, kumpulan ini telahpun menerbitkan empat buah lagu single dan satu EP sejak ia mula ditubuhkan pada 2015.

“Kumpulan bertaraf antarabangsa yang bertapak di Kota Kinabalu, Sabah ini pernah memenangi tempat ketiga Asian Beat Tokyo 2016 dan telah dijemput mengadakan persembahan di Jepun sempena Shibuya Showcase Fest pada tahun 2018.

“Kumpulan Poseidon yang aktif memperjuangkan muzik Rock Progresif dan Metal Etnik ini terdiri daripada Kaynizam (penyanyi), Ramzul Ihsan (pemain dram), Hasdee (gitaris), Am Syukri @ Nai (pemain gitar bass), Al Hafiz (keyboardis), Abdul Muiz@ Rommey (pemain seruling) dan Mohamad Reduan@ Wan Kibot (FX & Sequencer),” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif AJ Productions Asmi Datuk Andi Yakin

Turut serta dalam Siri Jelajah Jepun itu nanti ialah Asmi Datuk Andi Yakin, Ketua Pegawai Eksekutif AJ Productions.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/11/kumpulan-poseidon-bakal-tawan-jepun-oktober-ini/feed/ 0 38082
Sabah, Jepun Teruskan Kerjasama https://sabahmedia.com/2022/03/22/sabah-jepun-teruskan-kerjasama/ https://sabahmedia.com/2022/03/22/sabah-jepun-teruskan-kerjasama/#respond Tue, 22 Mar 2022 09:34:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13343
Read Time:18 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berpeluang membincangkan isu kepentingan bersama dengan Duta Jepun ke Malaysia Takahashi Katsuhiko di Menara Kinabalu dekat sini pada Selasa.

Antara isu yang dibincangkan iaitu hubungan perdagangan serta kerjasama dua hala antara Sabah dan Jepun yang telah lama terjalin.

Dalam kunjungan itu, Takahashi berharap kerjasama antara Jepun dan Sabah akan diteruskan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/22/sabah-jepun-teruskan-kerjasama/feed/ 0 13343
Sabah Berpotensi Jadi Tarikan Pelancong Jepun https://sabahmedia.com/2021/11/17/sabah-berpotensi-jadi-tarikan-pelancong-jepun/ https://sabahmedia.com/2021/11/17/sabah-berpotensi-jadi-tarikan-pelancong-jepun/#respond Wed, 17 Nov 2021 10:24:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8551
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Sabah berpotensi menjadi tarikan kepada pelancong Jepun ke negeri ini bagi menikmati keindahan alam semulajadi yang menarik.

Perkara itu dinyatakan Pengarah Urusan Biro Pelancongan Jepun (JBT) Malaysia, Kiyoshi Fujita dalam lawatannya ke Sabah yang memuji keindahan negeri ini.

Fujita berkata Sabah merupakan salah satu destinasi tumpuan di Malaysia dalam kalangan orang Jepun dan ramai yang melancong ke negeri ini sebelum pandemik COVID-19.

“Ini adalah lawatan pertama saya ke Sabah dan saya telah pun melawat beberapa tempat menarik yang pasti menjadi popular dalam kalangan orang Jepun.

“Saya agak kagum, dan saya pasti pelancong Jepun tidak sabar untuk kembali ke Sabah,” katanya.

Selasa lalu, Fujita mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB) Datuk Joniston Bangkuai bagi berkongsi pandangannya mengenai potensi negeri ini bagi menarik pelancong Jepun.

Hadir sama Ketua Pegawai Pemasaran STB, Tay Shu Lan.

Dalam perjumpaan itu, Fujita turut menekankan kepentingan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dalam industri pelancongan, sambil menyatakan bahawa Kerajaan Jepun sangat tegas mengenai perkara itu.

JTB ditubuhkan pada tahun 1912 dan ia merupakan agensi pelancongan terbesar di Jepun. Ia juga adalah salah satu agensi pelancongan terbesar di dunia.

Fujita dilantik sebagai Pengarah Urusan JTB untuk Malaysia sejak Februari 2021 dan beliau telah melawat Melaka, Langkawi dan Kuala Lumpur.

Beliau tiba di Kota Kinabalu pada 13 November untuk lawatan kerja selama empat hari, di mana beliau melawat Pasar Minggu, Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Taman Kinabalu, Kolam Air Panas Poring, Klias River Cruise, dan pusat peranginan lain.

Sementara itu, Joniston percaya Sabah dan Jepun berkongsi idea yang sama tentang pelancongan mampan dan ekopelancongan.

Beliau berkata, pelancongan luar bandar boleh menjadi popular di kalangan pelancong Jepun, di mana mereka boleh melakukan aktiviti ‘shinrin-yoku’ atau ‘mandi hutan’ – konsep  yang digunakan di Jepun untuk menggalakkan orang ramai meluangkan masa menikmati alam dan udara segar.

“STB sentiasa bekerjasama dengan rakan kongsi kita di Jepun untuk terus mempromosikan Sabah sebagai destinasi pilihan.

“Sudah tentu dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa tahun depan, kita tidak sabar untuk mengalu-alukan kedatangan kembali pelancong dari negara Jepun,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/17/sabah-berpotensi-jadi-tarikan-pelancong-jepun/feed/ 0 8551
Tiga atlet Sabah sertai Sukan Paralimpik XVI Tokyo 2020 di Jepun https://sabahmedia.com/2021/07/29/tiga-atlet-sabah-sertai-sukan-paralimpik-xvi-tokyo-2020-di-jepun/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/tiga-atlet-sabah-sertai-sukan-paralimpik-xvi-tokyo-2020-di-jepun/#respond Thu, 29 Jul 2021 10:27:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3764
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Tiga atlet Sabah akan menyertai Sukan Paralimpik XVI Tokyo 2020 di Jepun bermula 25 Ogos hingga 6 September depan.

Tiga atlet Para yang dimaksudkan itu ialah Brenda Anallia Larry, 15, atlet renang yang akan bersaing dalam acara 50 meter (m) Kuak Lentang kategori S4 wanita, Jonathan Wong Kar Gee, 30, atlet olaharaga yang akan bertanding dalam acara lompat jauh kategori F13 lelaki dan Didin Taresoh, 46, pemain badminton yang akan bertarung dalam acara perseorangan kategori SS6 lelaki.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Ir Shahelmy Yahya berkata, seluruh rakyat negeri ini mendoakan semoga ketig-tiga atlet ini berjaya membawa pulang pingat yang mana pastinya menjadi kebanggaan Sabah dan Malaysia amnya.

“Bertandinglah dengan sepenuh tenaga, dengan sepenuh keyakinan dan dengan sepenuh keazaman,” jelas beliau semasa mengiringi pelepasan Brenda dan Didin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) pada petang Rabu.

Penerbangan Brenda dan Didin juga disertai bersama oleh atlet renang Para dari Sarawak; Jamery Gisa, 36, di mana mereka akan berkumpul untuk menjalani Latihan Pusat di Pusat Sukan Negera bersama 19 lagi atlet negara yang lain termasuk Jonathan yang mana lebih awal berada di Kuala Lumpur, sekembalinya dari Uzbekistan pada 18 Julai lalu.

Dalam pada itu, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Andi Muhammad Suryady Bandy yang hadir sama berkata, kerajaan negeri melalui KBSS memberikan sokongan terbaik dalam memastikan ketiga-tiga atlet negeri ini dapat berlatih dengan selesa di Sabah, sekalipun berhadapan kekangan pandemic Covid-19.

“KBSS memberikan sokongan seratus peratus untuk kamu (Brenda, Jonathan dan Didin). Layak ke Paralimpik semenangnya sudah menjadi kebanggaan Sabah tetapi jika mampu membawa pulang pingat, sudah tentu ianya akan menjadi kebanggaan lebih manis lagi,” jelas beliau.

Hadir sama semasa pertemuan ringkas itu ialah Setiausaha Tetap KBSS, Sr. Mohd Yusrie Abdullah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah (JBSS) Apui Jan, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Sabah; Mohd. Asneh Mohd. Noor, Presiden Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya (PESRON) Sabah,Tan Hwa Koon serta wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelajaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/tiga-atlet-sabah-sertai-sukan-paralimpik-xvi-tokyo-2020-di-jepun/feed/ 0 3764