Jerebu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 15 Oct 2026 06:00:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jerebu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penduduk Sandakan dinasihat kurangkan aktiviti luar susulan IPU tidak sihat https://sabahmedia.com/2026/10/15/penduduk-sandakan-dinasihat-kurangkan-aktiviti-luar-susulan-ipu-tidak-sihat/ https://sabahmedia.com/2026/10/15/penduduk-sandakan-dinasihat-kurangkan-aktiviti-luar-susulan-ipu-tidak-sihat/#respond Thu, 15 Oct 2026 05:59:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105417
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Penduduk di Sandakan dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti fizikal di luar bangunan susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu mencatatkan paras tidak sihat, iaitu 105.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) memaklumkan, bacaan itu melepasi paras sederhana dan berada dalam julat 101 hingga 200 yang dikategorikan sebagai tidak sihat.

Keadaan itu memerlukan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai asma atau penyakit berkaitan sistem pernafasan.

Mereka yang terpaksa melakukan aktiviti di luar bangunan disaran mengurangkan tempoh berada di kawasan terbuka dan mengelakkan aktiviti fizikal berat.

Sementara itu, bacaan IPU di beberapa stesen pemantauan lain kekal pada tahap sederhana, iaitu antara 72 hingga 92.

Antaranya di Tawau (96); Politeknik Kota Kinabalu (91); Keningau (86); Kimanis (75) dan Kota Kinabalu (72).

Mengikut pengelasan IPU, bacaan sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan melebihi 300 berbahaya.

Orang ramai juga diingatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan pencemaran udara.

Penduduk disaran memantau bacaan IPU melalui APIMS Jabatan Alam Sekitar dari semasa ke semasa kerana tahap kualiti udara boleh berubah mengikut keadaan persekitaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/15/penduduk-sandakan-dinasihat-kurangkan-aktiviti-luar-susulan-ipu-tidak-sihat/feed/ 0 105417
Kualiti udara di Tawau tidak sihat, catat IPU 154 https://sabahmedia.com/2026/10/13/kualiti-udara-di-tawau-tidak-sihat-catat-ipu-154/ https://sabahmedia.com/2026/10/13/kualiti-udara-di-tawau-tidak-sihat-catat-ipu-154/#respond Tue, 13 Oct 2026 01:47:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105280
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Tawau mencatat bacaan 154 pada jam 9 pagi pada Selasa, sekali gus berada pada tahap tidak sihat.

Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi laman sesawang memaklumkan, bacaan IPU di beberapa lokasi di Sabah pada masa berkenaan berada pada tahap sederhana, dengan bacaan antara 57 hingga 85.

Tawau merekodkan bacaan tertinggi iaitu 154, manakala Sandakan mencatat 85.

Beberapa lokasi lain di Sabah masing-masing merekodkan bacaan 76 di Keningau: Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dengan bacaan 61; Kota Kinabalu dan Kimanis masing-masing merekodkan bacaan 57 iaitu dalam keadaan IPU sederhana.

Mengikut kategori IPU, bacaan 0 hingga 50 berada pada tahap baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Keadaan IPU pada tahap tidak sihat boleh memberi kesan terutama kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan dan jantung.

Orang ramai khususnya di kawasan yang merekodkan bacaan tidak sihat disaran mengurangkan aktiviti luar yang berpanjangan dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai kualiti udara daripada pihak berkuasa.

Bacaan IPU boleh berubah mengikut keadaan cuaca, arah dan kelajuan angin serta faktor lain yang mempengaruhi kepekatan bahan pencemar di udara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/13/kualiti-udara-di-tawau-tidak-sihat-catat-ipu-154/feed/ 0 105280
KPM arah institusi pendidikan ditutup jika IPU melebihi 180 https://sabahmedia.com/2026/10/08/kpm-arah-institusi-pendidikan-ditutup-jika-ipu-melebihi-180/ https://sabahmedia.com/2026/10/08/kpm-arah-institusi-pendidikan-ditutup-jika-ipu-melebihi-180/#respond Thu, 08 Oct 2026 11:21:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=105046
Read Time:1 Minute, 8 Second

KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 180 akan ditutup mulai esok.

KPM dalam kenyataan media pada Khamis berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah melindungi keselamatan dan kesihatan murid serta warga pendidikan susulan keadaan jerebu yang melanda negara.

Menurut kementerian itu, penutupan turut dilaksanakan bagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 150 secara berpanjangan selama tiga hari berturut-turut, bermula Isnin, 12 Oktober 2026.

“KPM menjunjung kasih atas keprihatinan dan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berhubung keselamatan dan kesihatan murid susulan keadaan jerebu yang melanda di negara ini,” katanya.

KPM berkata, sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas akibat penutupan berkenaan dikehendaki melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).

Katanya, sepanjang tempoh pelaksanaan PdPR, pihak sekolah hendaklah memastikan kelangsungan proses pengajaran dan pembelajaran murid melalui kaedah yang bersesuaian.

“Pelaksanaan ini perlu mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru,” katanya.

Dalam pada itu, KPM memaklumkan guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, berdasarkan pertimbangan Menteri Pendidikan.

Langkah berkenaan dilaksanakan bagi mengurangkan pendedahan murid dan warga pendidikan kepada keadaan jerebu yang boleh menjejaskan kesihatan.

KPM berkata, pihaknya akan terus memberi keutamaan kepada aspek keselamatan dan kesihatan warga pendidikan dalam menghadapi situasi jerebu ketika ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/08/kpm-arah-institusi-pendidikan-ditutup-jika-ipu-melebihi-180/feed/ 0 105046
Tawau catat kualiti udara tidak sihat https://sabahmedia.com/2026/10/07/tawau-catat-kualiti-udara-tidak-sihat/ https://sabahmedia.com/2026/10/07/tawau-catat-kualiti-udara-tidak-sihat/#respond Wed, 07 Oct 2026 04:29:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104955
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Tawau merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras 155 setakat jam 12 tengah hari ini, sekali gus berada pada kategori tidak sihat.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan di beberapa kawasan lain di Sabah masih berada pada tahap lebih rendah.

Ini termasuk Sandakan yang merekodkan bacaan 56; Keningau (65); Kimanis (58); Kota Kinabalu (54) dan Politeknik Kota Kinabalu (PKK) merekodkan bacaan 56.

Bacaan berkenaan menunjukkan kualiti udara di kebanyakan kawasan yang dipaparkan masih dalam kategori sederhana, namun keadaan di Tawau memerlukan perhatian susulan bacaan IPU yang melepasi paras 100.

Dalam klasifikasi IPU, bacaan 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, yang boleh memberi kesan kepada golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan pernafasan.

Orang ramai, khususnya golongan berisiko, dinasihatkan mengurangkan aktiviti fizikal atau aktiviti luar yang berpanjangan sekiranya keadaan udara bertambah buruk.

Orang awam juga disaran mendapatkan maklumat terkini melalui sistem APIMS JAS berikutan bacaan kualiti udara boleh berubah mengikut keadaan cuaca, angin dan sumber pencemaran semasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/07/tawau-catat-kualiti-udara-tidak-sihat/feed/ 0 104955
Dua kawasan di Sabah kembali catat bacaan IPU tidak sihat https://sabahmedia.com/2026/09/21/dua-kawasan-di-sabah-kembali-catat-bacaan-ipu-tidak-sihat/ https://sabahmedia.com/2026/09/21/dua-kawasan-di-sabah-kembali-catat-bacaan-ipu-tidak-sihat/#respond Mon, 21 Sep 2026 00:11:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103837
Read Time:36 Second

KOTA KINABALU : Keadaan jerebu di dua stesen pemantauan di Sabah kembali mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 8 pagi ini.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), kawasan terlibat adalah di Politeknik Kota Kinabalu (PKK) dan Kota Kinabalu.

Stesen pemantauan PKK mencatatkan bacaan tertinggi iaitu dengan bacaan IPU 153 dan Kota Kinabalu 133.

Sementara empat lagi stesen pemantauan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana

Antara stesen terlibat adalah Tawau; Keningau; Sandakan dan Kimanis.

Stesen pemantauan Tawau mencatatkan IPU 78; Keningau 75; Sandakan 70 dan Kimanis 69.

Orang ramai di kawasan yang mencatatkan bacaan tidak sihat dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar, memperbanyakkan pengambilan air dan memakai pelitup muka yang sesuai bagi mengurangkan kesan jerebu terhadap kesihatan pernafasan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/21/dua-kawasan-di-sabah-kembali-catat-bacaan-ipu-tidak-sihat/feed/ 0 103837
Jerebu jejas sistem pernafasan, golongan berisiko perlu berwaspada – Pakar UMS https://sabahmedia.com/2026/09/08/jerebu-jejas-sistem-pernafasan-golongan-berisiko-perlu-berwaspada-pakar-ums/ https://sabahmedia.com/2026/09/08/jerebu-jejas-sistem-pernafasan-golongan-berisiko-perlu-berwaspada-pakar-ums/#respond Tue, 08 Sep 2026 07:14:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103053
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Orang ramai, khususnya golongan berisiko, disaran mengambil langkah berjaga-jaga ketika keadaan berjerebu kerana pendedahan kepada pencemaran udara boleh menjejaskan kesihatan, terutama sistem pernafasan.

Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi), Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr. Syed Sharizman Syed Abdul Rahim berkata, jerebu mengandungi pelbagai zarah halus dan berbahaya kepada kesihatan.

“Jerebu mengandungi banyak bahan pencemar termasuk gas-gas beracun seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang boleh memberi kesan kepada kesihatan manusia.

“Antara kesan yang sering berlaku adalah melibatkan sistem pernafasan, iaitu individu yang mempunyai masalah seperti asma boleh mengalami gejala yang lebih teruk seperti batuk, sesak nafas dan hidung tersumbat.

“Selain menjejaskan paru-paru, jerebu juga boleh memberi kesan kepada bahagian tubuh yang lain seperti jantung, kulit dan mata,” katanya dalam satu kenyataan

Pakar kesihatan awam itu turut mengulas, jerebu juga boleh menyebabkan individu mengalami masalah kulit seperti kegatalan dan jerawat, selain mata kering atau ketidakselesaan akibat pendedahan kepada udara tercemar dan cuaca panas.

Golongan yang paling berisiko katanya termasuk kanak-kanak yang sistem pernafasannya masih berkembang, warga emas serta individu yang mempunyai masalah kesihatan sedia ada seperti asma dan penyakit jantung.

“Wanita hamil dan individu yang bekerja di luar perlu diberikan perhatian kerana mereka lebih terdedah kepada pencemaran udara, termasuk pekerja dalam sektor pembinaan dan pertanian serta pekerja penghantaran.

“Bagi melindungi diri daripada kesan jerebu, orang ramai disaran sentiasa mendapatkan maklumat terkini mengenai bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sebelum melakukan aktiviti di luar.

“Penggunaan pelitup muka yang sesuai seperti N95 juga disarankan kerana zarah halus boleh menembusi pelitup muka biasa sekiranya tidak menggunakan perlindungan yang sesuai,” jelasnya.

Dalam pada itu, orang ramai turut digalakkan mengurangkan aktiviti luar seperti berjoging dan mendaki ketika keadaan berjerebu, terutama apabila keadaan tersebut berlaku bersama cuaca panas yang boleh meningkatkan risiko kesan terhadap kesihatan.

Bagi individu yang mempunyai penyakit seperti asma, mereka disaran memastikan ubat dan inhaler sentiasa tersedia bagi menghadapi kemungkinan serangan atau gejala yang berlaku secara tiba-tiba.

Individu yang mengalami sesak nafas yang berterusan atau semakin teruk pula perlu segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/08/jerebu-jejas-sistem-pernafasan-golongan-berisiko-perlu-berwaspada-pakar-ums/feed/ 0 103053
Jerebu: Kesihatan dan keselamatan murid jadi keutamaan, sekolah perlu pantau IPU https://sabahmedia.com/2026/09/07/jerebu-kesihatan-dan-keselamatan-murid-jadi-keutamaan-sekolah-perlu-pantau-ipu/ https://sabahmedia.com/2026/09/07/jerebu-kesihatan-dan-keselamatan-murid-jadi-keutamaan-sekolah-perlu-pantau-ipu/#respond Sun, 06 Sep 2026 21:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102951
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Keselamatan dan kesihatan murid perlu menjadi keutamaan semua pihak susulan pembukaan sesi persekolahan hari ini ketika beberapa kawasan di Sabah berdepan situasi jerebu.

Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Sabah, Datuk Mohammad Arif Sakaran berkata, pihak sekolah, ibu bapa dan komuniti perlu meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta sentiasa memantau perkembangan Indeks Pencemaran Udara (IPU).

Beliau berkata, pihak sekolah hendaklah mengambil tindakan berdasarkan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), khususnya berkaitan pelaksanaan aktiviti murid ketika bacaan IPU meningkat.

“Sekiranya bacaan IPU melebihi 100, semua aktiviti murid di luar bilik darjah termasuk aktiviti sukan dan kokurikulum hendaklah dihentikan atau ditangguhkan,” katanya.

Menurut beliau, sekiranya bacaan IPU melebihi 200, sekolah di kawasan atau daerah yang terlibat hendaklah ditutup serta-merta demi keselamatan dan kesihatan murid.

Katanya, pihak sekolah juga perlu memberi perhatian terhadap murid yang menunjukkan tanda-tanda kurang sihat seperti batuk, sesak nafas, sakit tekak, pedih mata atau mengalami kesukaran bernafas.

“Sekiranya terdapat murid yang mengalami gejala berkenaan, pihak sekolah perlu segera menghubungi ibu bapa atau penjaga untuk tindakan lanjut,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Arif menasihatkan ibu bapa supaya memantau tahap kesihatan anak-anak sebelum menghantar mereka ke sekolah, terutama ketika kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.

Beliau berkata, ibu bapa juga boleh menggalakkan anak-anak memakai pelitup muka yang sesuai, minum air secukupnya serta mengurangkan aktiviti di luar rumah ketika keadaan udara tidak sihat.

“Perhatian khusus juga perlu diberikan kepada murid yang mempunyai masalah kesihatan dan lebih sensitif terhadap pencemaran udara,” katanya.

Beliau turut menyeru pihak sekolah dan ibu bapa supaya mendapatkan maklumat berkaitan bacaan IPU daripada sumber rasmi dan tidak bergantung kepada maklumat yang tidak disahkan di media sosial.

Menurutnya, dalam situasi jerebu, aspek kehadiran murid ke sekolah tidak seharusnya mengatasi kepentingan kesihatan dan keselamatan mereka.

“Kesihatan dan keselamatan anak-anak mesti menjadi keutamaan bersama,” katanya.

Mohammad Arif berkata, kerjasama erat antara pihak sekolah, ibu bapa, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta agensi berkaitan amat penting bagi memastikan setiap tindakan dapat dibuat dengan cepat dan teratur sekiranya keadaan jerebu bertambah buruk.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/07/jerebu-kesihatan-dan-keselamatan-murid-jadi-keutamaan-sekolah-perlu-pantau-ipu/feed/ 0 102951
Tiada kematian akibat komplikasi jerebu dilaporkan di fasiliti KKM https://sabahmedia.com/2026/09/05/tiada-kematian-akibat-komplikasi-jerebu-dilaporkan-di-fasiliti-kkm/ https://sabahmedia.com/2026/09/05/tiada-kematian-akibat-komplikasi-jerebu-dilaporkan-di-fasiliti-kkm/#respond Sat, 05 Sep 2026 08:00:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102869
Read Time:1 Minute, 43 Second

TUARAN : Tiada kematian akibat komplikasi berkaitan jerebu dilaporkan di mana-mana fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seluruh negara setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkembangan itu berdasarkan pemantauan KKM terhadap kesihatan awam susulan keadaan jerebu yang melanda beberapa kawasan.

Beliau berkata, walaupun keadaan jerebu perlu diberi perhatian, trend penyakit berkaitan pencemaran udara di Sabah ketika ini menunjukkan penurunan.

Katanya, antara penyakit yang dipantau ialah konjunktivitis, jangkitan saluran pernafasan atas (URTI) dan asma.

“Konjunktivitis turun 87.5 peratus, URTI adalah 28.9 peratus dan asma adalah 26.9 peratus. Semua menunjukkan trend yang menurun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Perasmian Kembara TOBaTS (Tolak Ubat Tidak Sah) Zon Borneo 2026 di Dewan Seri Sulaman di sini, hari ini.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Dr. Dzulkefly berkata, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil mudah risiko kesihatan yang boleh timbul akibat pendedahan kepada jerebu.

Menurutnya, golongan rentan seperti kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai penyakit sedia ada perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Beliau berkata, individu yang menghidap asma atau mengalami jangkitan saluran pernafasan atas khususnya perlu mengelakkan aktiviti atau berada terlalu lama di kawasan terdedah kepada jerebu.

“Jangan bermudah-mudah, terutamanya bagi kumpulan rentan, berisiko, kanak-kanak sekolah dan juga orang tua serta mereka yang ada komorbiditi.

“Elakkan daripada berada di tempat yang terdedah dan jika perlu, gunakan pelitup muka,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata keadaan jerebu di Sabah masih terkawal dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa kawasan menunjukkan trend menurun.

Dr. Dzulkefly berkata, pihaknya mengambil pendekatan berhati-hati dengan tidak mahu menimbulkan kebimbangan berlebihan dalam kalangan masyarakat, namun pada masa sama orang ramai tidak seharusnya mengambil ringan keadaan semasa.

“Kita tidak mahu terlalu alarmis, tetapi tidak juga mahu bermudah-mudah,” katanya.

Beliau berkata, pemantauan terhadap keadaan kesihatan awam akan terus dilakukan dan perkembangan jerebu akan diberi perhatian bagi memastikan sebarang risiko terhadap kesihatan rakyat dapat ditangani dengan sewajarnya.

Katanya, orang ramai juga disaran mengambil langkah perlindungan yang bersesuaian terutama mereka yang berisiko tinggi mengalami komplikasi akibat pendedahan kepada jerebu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/05/tiada-kematian-akibat-komplikasi-jerebu-dilaporkan-di-fasiliti-kkm/feed/ 0 102869
Yang di-Pertuan Agong perkenan isytihar darurat di seluruh Bahagian Serian https://sabahmedia.com/2026/09/04/yang-di-pertuan-agong-perkenan-isytihar-darurat-di-seluruh-bahagian-serian/ https://sabahmedia.com/2026/09/04/yang-di-pertuan-agong-perkenan-isytihar-darurat-di-seluruh-bahagian-serian/#respond Fri, 04 Sep 2026 09:43:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102800
Read Time:52 Second

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenankan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan keputusan berkenaan dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri dan Premier Sarawak serta agensi-agensi berkaitan berhubung tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.

Menurut kenyataan itu, pengisytiharan tersebut membolehkan langkah-langkah yang diperlukan diambil dengan lebih berkesan bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas akibat keadaan jerebu.

“Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas,” menurut kenyataan itu.

Kerajaan turut memberi jaminan akan terus memantau perkembangan keadaan dari semasa ke semasa bagi memastikan segala tindakan yang diperlukan dapat dilaksanakan dengan segera.

Ia termasuk pelaksanaan langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai bagi membantu penduduk mengambil langkah sewajarnya sepanjang tempoh keadaan jerebu berkenaan.

Kerajaan juga akan memastikan perkembangan berkaitan situasi itu terus dipantau bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan penduduk di seluruh Bahagian Serian.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/04/yang-di-pertuan-agong-perkenan-isytihar-darurat-di-seluruh-bahagian-serian/feed/ 0 102800
Bacaan IPU Sabah menurun, dua stesen masih catat tahap tidak sihat https://sabahmedia.com/2026/09/04/bacaan-ipu-sabah-menurun-dua-stesen-masih-catat-tahap-tidak-sihat/ https://sabahmedia.com/2026/09/04/bacaan-ipu-sabah-menurun-dua-stesen-masih-catat-tahap-tidak-sihat/#respond Fri, 04 Sep 2026 00:14:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=102765
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa stesen pemantauan di negeri ini mula menunjukkan penurunan setakat 8 pagi tadi berbanding tempoh sama semalam.

Antara stesen pemantauan yang menunjukkan penurunan pada tahap sederhana adalah stesen Tawau dengan bacaan 93.

Bagi stesen pemantauan Kota Kinabalu merekodkan bacaan 92; Kimanis 90 dan Keningau mencatat bacaan 85.

Bagaimanapun stesen pemantauan di Sandakan menunjukkan bacaan tidak sihat iaitu 152 dan stesen Politeknik Kota Kinabalu 118.

Semalam, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sabah dalam kenyataan memaklumkan tiada kejadian kebakaran besar lain dikesan atau dilaporkan di sekitar Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Sandakan dan Tawau berdasarkan laporan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah serta hasil rondaan pencegahan pembakaran terbuka oleh JAS.

Menurut kenyataan itu, laporan Pusat Meteorologi Khusus ASEAN (ASMC) berdasarkan imej satelit Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) 20 turut menunjukkan tiada titik panas dikesan di Sabah semalam.

Bagaimanapun, sebanyak 780 titik panas aktif dikesan di Kalimantan dan 142 lagi di Sumatera berdasarkan cerapan 2 Sept.

JAS memaklumkan pihaknya sentiasa bersiap siaga untuk meningkatkan tindakan penguatkuasaan serta rondaan harian di kawasan berpotensi berlaku pembakaran terbuka susulan keadaan cuaca panas dan kering.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/04/bacaan-ipu-sabah-menurun-dua-stesen-masih-catat-tahap-tidak-sihat/feed/ 0 102765