Jetama – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 08 Jul 2025 00:37:43 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jetama – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kapasiti loji penyahgaraman air laut POIC LD dijangka meningkat lima kali ganda Ogos ini https://sabahmedia.com/2025/07/08/kapasiti-loji-penyahgaraman-air-laut-poic-ld-dijangka-meningkat-lima-kali-ganda-ogos-ini/ https://sabahmedia.com/2025/07/08/kapasiti-loji-penyahgaraman-air-laut-poic-ld-dijangka-meningkat-lima-kali-ganda-ogos-ini/#respond Tue, 08 Jul 2025 00:37:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76897
Read Time:1 Minute, 17 Second

Kota Kinabalu: Kapasiti loji penyahgaraman air masin di kawasan Palm Oil Industrial Cluster (POIC) Lahad Datu dijangka meningkat lima kali ganda kepada 2.5 juta liter sehari (MLD) menjelang Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif JETAMA Sdn Bhd, Datuk Ahmad Naim Uddang berkata loji berkenaan ketika ini hanya mampu menghasilkan 0.5 MLD atau bersamaan 500,000 liter air sehari.

“Kita menggunakan teknologi baharu untuk memproses air masin bagi kegunaan industri iaitu berbeza dengan kaedah konvensional yang bergantung kepada sumber air sungai, teknologi ini membolehkan rawatan dilakukan serta-merta di lokasi POIC.

“Ketika ini, JETAMA sedang menjalankan Proof of Concept (POC) bagi menguji kecekapan teknologi tersebut dan peningkatan kapasiti dapat dilaksanakan sebaik sahaja POC terbukti berjaya.

“Inisiatif ini merupakan pendekatan dua dalam satu yang bukan sahaja menyelesaikan isu bekalan air di taman perindustrian malah boleh dimanfaatkan bagi keperluan domestik di sekitar kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman, di sini pada Isnin.

Sementara itu, Pengerusi JETAMA Sdn Bhd, Datuk Yussof Abdul Manan berkata syarikat itu kini turut meneroka sektor tenaga boleh diperbaharui menerusi pembangunan projek tenaga solar terapung.

“Satu loji tenaga solar telah beroperasi di Labuan manakala projek kedua di Batu Sapi berkapasiti kira-kira 15 megawatt (MW) kini dalam peringkat memuktamadkan Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA).

“Manakala, projek yang dibangunkan di Empangan Babagon Penampang bakal menjadi loji solar terapung pertama di Sabah berkapasiti 13.21MWac. PPA bagi projek berkenaan juga sedang dimuktamadkan dan dijangka dimeterai dalam bulan ini,” katanya. 

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/08/kapasiti-loji-penyahgaraman-air-laut-poic-ld-dijangka-meningkat-lima-kali-ganda-ogos-ini/feed/ 0 76897
Jetama Sdn Bhd perkenal inisiatif baharu, laksana teknologi tenaga boleh baharu https://sabahmedia.com/2025/04/07/jetama-sdn-bhd-perkenal-inisiatif-baharu-laksana-teknologi-tenaga-boleh-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/04/07/jetama-sdn-bhd-perkenal-inisiatif-baharu-laksana-teknologi-tenaga-boleh-baharu/#respond Mon, 07 Apr 2025 00:32:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71554
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu: Syarikat konsesi air Kota Kinabalu, JETAMA Sdn Bhd memperkenalkan beberapa inisiatif baharu, termasuk pelaksanaan teknologi solar terapung dan sistem penyahgaraman air laut.

Pengerusi Jetama Sdn Bhd, Datuk Yussof Abdul Manan berkata, langkah itu antara lain adalah bagi memastikan kelestarian sumber tenaga dan air di Sabah dapat digunakan sebaiknya.

Katanya, pihaknya juga kini giat membangunkan sektor tenaga baharu menerusi pelaksanaan sistem solar, termasuk satu projek yang telah beroperasi di Labuan selain akan dilaksanakan di Empangan Babagon, Penampang.

“JETAMA telah memulakan usaha untuk membangunkan satu lagi sektor dalam tenaga iaitu tenaga solar. Satu projek telah mula beroperasi di Labuan dan satu lagi akan bermula tidak lama lagi di Empangan Babagon, Penampang,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri JETAMA 2025 di sini semalam.

Majlis itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor; Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya dan Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun.

Yussof berkata, pelaksanaan projek itu akan menjadi sistem solar terapung pertama di atas permukaan air di negeri ini yang dikenali sebagai Solar-Powered Modular System (SOPMOD).

Katanya, projek berkenaan juga berkemungkinan akan dilaksanakan di kawasan Sandakan dalam masa terdekat.

“Ini adalah sebahagian usaha kami untuk menekankan pembangunan dalam sektor lain yang sedang dirancang. 

“Walaupun belum dapat saya dedahkan sepenuhnya, tumpuan awal adalah untuk meningkatkan bekalan elektrik di kawasan Pantai Barat,”katanya.

Dalam pada itu, Yussof berkata, pihaknya turut menerima permintaan daripada beberapa kawasan di negeri ini termasuk di Pulau Banggi dan sembilan lokasi lain yang telah dikenal pasti.

Katanya, JETAMA turut memperkenalkan satu teknologi baharu dinamakan ‘water desalination’ iaitu proses menyahgaramkan air laut untuk dijadikan air tawar yang boleh digunakan dalam sektor industri.

“Teknologi ini membolehkan air laut ditukar menjadi air tawar untuk kegunaan industri, manakala bekalan air dari Jabatan Air atau agensi tempatan di Lahad Datu pula boleh digunakan untuk keperluan domestik,” katanya.

Menurutnya, inisiatif itu adalah selaras dengan matlamat syarikat untuk memperluaskan capaian bekalan air bersih dan tenaga boleh diperbaharui kepada lebih ramai penduduk terutamanya di kawasan luar bandar dan pesisir pantai. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/07/jetama-sdn-bhd-perkenal-inisiatif-baharu-laksana-teknologi-tenaga-boleh-baharu/feed/ 0 71554
Jetama serah hadiah RM30,000 kepada juara Pasukan Perahu Naga Jetama Entulon Family Tuaran https://sabahmedia.com/2024/10/30/jetama-serah-hadiah-rm30000-kepada-juara-pasukan-perahu-naga-jetama-entulon-family-tuaran/ https://sabahmedia.com/2024/10/30/jetama-serah-hadiah-rm30000-kepada-juara-pasukan-perahu-naga-jetama-entulon-family-tuaran/#respond Wed, 30 Oct 2024 08:37:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63051
Read Time:4 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pasukan Perahu Naga, Jetama Entulon Family Tuaran mewakili negeri Sabah dinobatkan sebagai juara kategori DB20 Premier Open di Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Sarawak Edisi ke-10 2024 di Kuching, baru-baru ini.

Atas kejayaan tersebut, penaja utama pihak Jetama Sdn Bhd menyerahkan hadiah wang tunai RM30,000 dalam satu majlis ringkas di sini, hari ini.

Yusof (duduk tengah) dan Ahmad Naim (kanan) bersama pasukan Jetama Entulon Family Tuaran dan pengurus pasukan semasa sidang media di sini, hari ini.

Pengerusi Jetama, Datuk Yusof Abdul Mannan berkata, beliau berbangga dan menganggap ianya pencapaian yang luar biasa ditunjukkan oleh pasukan tersebut.

“Kita anggap satu pencapaian yang begitu luar biasa, apa yang kita harapkan inilah semangat akan dapat diteruskan dipupuk untuk mencapai yang lebih baik daripada yang sudah terbaik.

“Pada hari ini Alhamdulillah saudara-saudara telah menunjukkan satu semangat yang begitu tinggi di mana pencapaian ini adalah merupakan pencapaian bertaraf dunia ataupun bertaraf antarabangsa yang telah mengalahkan sebanyak 60 pasukan dari negara-negara lain yang menyertai perlumbaan perahu naga ini,” katanya pada sidang media semasa Majlis Penyerahan Wang Hadiah RM30,000 daripada Jetama di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Yusof berharap susulan daripada pencapaian ini, kita akan dapat menyaksikan satu lagi pencapaian di masa akan datang.

“InsyaAllah kita menyahut seruan yang diberi oleh Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di mana beliau meminta Jetama untuk memberi sokongan kepada pasukan ini.

“Jadi mudah-mudahan pada masa yang akan datang InsyaAllah Jetama Akan terus memberikan semangat dan apa juga sokongan yang diperlukan oleh mana-mana pasukan yang telah menaikkan nama negeri Sabah di peringkat antarabangsa seperti mana yang telah pasukan (Jetama Entulon Family Tuaran) ini lakukan,” katanya

Yusof berkata, pencapaian ini bukan satu pencapaian yang biasa-biasa tetapi luar daripada biasa di mana anak-anak kampung yang kita fikir tidak dapat menyumbang pada hari ini tetapi kini telah menaikkan nama negeri dan negara.

“Justeru saya ucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada anak-anak yang telah berjuang begitu hebat sekali,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Jetama, Ahmad Naim Uddang berkata, Jetama sebagai sebuah anak syarikat di bawah Sabah Development Berhad di bawah kementerian Kewangan negeri Sabah selaku Government Link Company atau GLC akan terus menyokong usaha-usaha kesukaanan inisiatif-inisiatif sebegini yang boleh mengharumkan negeri Sabah.

Ini katanya, bukan sahaja di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa.

“Oleh itu, kami bagi pihak pengurusan GLC utama ingin menyatakan usaha dan inisiatif ini kita akan teruskan dan ini bukanlah inisiatif yang terakhir kita untuk menyokong negeri Sabah,” katanya.

Ahmad Naim juga turut mengalu-alukan mana-mana institusi di Sabah yang memerlukan tajaan, Jetama sentiasa terbuka.

“Kita terbuka pada mana-mana institusi samada sekolah, persatuan dan sebagainya.

“Pada tahun ini pun kita ada menaja sebuah sekolah SK Mutiara telah menjadi juara kategori Solo Nasional dan Budaya Rakyat Kanak-Kanak, pertandingan tarian antarabangsa Dance World Cup (DWC), National Folk Dance, Prague, Republik Czech awal Julai tahun ini.

“Ini bukan sahaja dalam bidang kesukanan tetapi juga acara-acara lain pun asalkan Sabahan, sebagai GLC Sabah kita terpanggil untuk membantu Sabahan dan kita terbuka, tidak ada masalah,” ujar beliau lagi.

Jasri (tengah) diapit timbalan pengurus pasukan Ariffin Likin, 40,(kanan) dan Ketua Pasukan Masuari Mini, 31.

Bagi Pengurus Pasukan Entulon Family Tuaran, Jasri Mini, 35, berkata pasukannya mengucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan yang yang diberikan oleh pihak Jetama Sdn Bhd dan individu-individu yang telah turut sama memberikan sokongan kepada pasukannya.

“Kami berterima kasih dengan pihak Jetama kerana menberikan kepercayaan kepada pasukan kami dalam perlumbaan perahu naga kali ini, kami harap Jetama akan meneruskan kerjasama dengan pasukan-pasukan lain untuk mengharumkan nama negeri Sabah,” katanya.

Ditanya mengenai cabaran perlumbaan itu, Jasri berkata bermula pada latihan selama tiga bulan di sungai Tuaran, kekangan masa dan cuaca sangat membimbangkan pasukannya.

“Kami berlatih selama tiga bulan sebelum bertanding, kami mnghadapi kekangan masa iaitu perlu membahagikan masa latihan dan bekerja, keadaan cuaca yang tidak mengizin menjadikan kami bimbang sebab masa tidak mencukupi untuk latihan.

“Syukur Alhamdulillah… berkat semangat berpasukan, kami semua bersatu lagipun kami semua adalah keluarga, sekampung, kami berjaya merangkul kejuaraan ini,” katanya.

Menurut Jasri, pasukannya terdiri daripada 20 orang termasuk ahli keluarga dan saudara mara mereka yang berumur antara 15 hingga 50 tahun.

Perlumbaan Perahu Naga Antarabangsa Sarawak Edisi ke-10 2024 itu menyaksikan penyertaan 2,066 pengayuh dari 21 negara melibatkan 61 pasukan, termasuk pegawai teknikal antarabangsa dan tempatan.

Kategori Terbuka Perdana DB20 menyaksikan pemenang tempat pertama, Jetama Entulon Family Tuaran dari Sabah, yang bertarung dengan Machong Dabu Dragonboat Club, yang dianggap sebagai pesaing paling sengit dalam pertandingan itu, diikuti oleh pesaing SPTB Negara Brunei Darussalam dan LANDAS A.

Dalam acara itu Pasukan Jetama Entulon Family Tuaran berjaya membawa pulang wang tunai RM7,000 berserta sebuah trofi kemenangan.

Acara tersebut adalah bersempena dengan Regatta Sarawak 2024 yang bermula dari 26 Oktober hingga 3 November 2024.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/30/jetama-serah-hadiah-rm30000-kepada-juara-pasukan-perahu-naga-jetama-entulon-family-tuaran/feed/ 0 63051
Jetama perkenal sistem Desalinasi Air Laut https://sabahmedia.com/2024/10/23/jetama-perkenal-sistem-desalinasi-air-laut/ https://sabahmedia.com/2024/10/23/jetama-perkenal-sistem-desalinasi-air-laut/#respond Wed, 23 Oct 2024 04:25:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62621
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Jetama Sdn Bhd (JSB) salah sebuah anak syarikat Sabah Development Berhad (SDB) dibawah Kementerian Kewangan Negeri Sabah terus menjadi peneraju dalam mengurangkan isu bekalan air di Sabah dengan memperkenalkan sistem penyahgaraman (Sea Water Desalination).

Sistem itu dipamerkan di Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (CAFEO 42) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 22 hingga 24 Oktober 2024.

Sistem ini berupaya menyahgaram air laut menjadi air osmosis berbalik atau ‘RO’ yang boleh digunakan sebagai bekalan air industri.

Dengan pendekatan inovatif ini, air terawat yang sebelum ini digunakan oleh industri kini boleh disalurkan kepada penduduk setempat, sekali gus membantu mengatasi masalah isu kekurangan bekalan air untuk kegunaan domestik.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif JSB, Datuk Ahmad Naim Uddang, sistem itu direka bentuk secara modular mudah alih supaya pemasangan yang cepat dan dapat menyediakan bekalan air kepada taman-taman industri Sabah yang semakin berkembang pesat,

Katanya, tempoh pemasangan sistem itu mengambil masa diantara 5 hingga 6 bulan sahaja, dan ianya juga boleh dilengkapi dengan tenaga solar dan bateri untuk kawasan yang tidak mempunyai bekalan elektrik mencukupi atau yang bergantung kepada generator diesel.

Pada hari pertama Persidangan CAFEO, Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya telah menyaksikan sendiri demonstrasi fungsi sistem penyahgaraman.

Beliau melihat sendiri proses penapisan dan penyahgaraman air laut sehingga menjadi air yang boleh terus digunakan sebagai air minum selepas melalui proses penapisan nano dan rawatan ultra ungu (UV light).

Shahelmey memuji inisiatif JSB dan menyifatkan ia sebagai satu kejayaan besar bagi syarikat milik kerajaan negeri (GLC) Sabah, dan berharap agar sistem ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat untuk memenuhi permintaan air bagi sektor industri di negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/23/jetama-perkenal-sistem-desalinasi-air-laut/feed/ 0 62621
Jetama terbit filem pendek “Hero Kaamatan Ku” https://sabahmedia.com/2024/05/28/jetama-terbit-filem-pendek-hero-kaamatan-ku/ https://sabahmedia.com/2024/05/28/jetama-terbit-filem-pendek-hero-kaamatan-ku/#respond Tue, 28 May 2024 10:12:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55175
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Buat julung-julung kalinya, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah naungan Kementerian Kewangan Negeri Sabah, Jetama Sdn Bhd menerbitkan sebuah filem pendek bersempena dengan Sambutan Pesta Kaamatan 2024.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Naim Uddang berkata, filem bertajuk “JETAMA | Kaamatan 2024 : Hero Kaamatan Ku” tersebut telah dimuatnaik di saluran YouTube Jetama Sdn Bhd pada 26 Mei lepas.

“Filem berdurasi hampir lima minit tersebut mengangkat tema pengorbanan dan semangat kekeluargaan serta warisan keluarga.

“Ia mengisahkan seorang anak kecil sedih dengan kehidupannya yang tiba-tiba berubah menjadi sukar selepas berpindah ke kampung.

“Keadaan tersebut berlaku kerana bapanya mengambil keputusan untuk berhenti kerja di bandar bagi mengambil alih legasi ibunya yang uzur mengusahakan sawah warisan mereka. Walaubagaimanapun, akhirnya anak tersebut menyedari pengorbanan ayahnya apabila dewasa,”kongsinya.

Ahmad Naim berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Naim, antara lokasi penggambaran filem pendek tersebut adalah di sekitar Kampung Sagkir, Kota Belud dan juga Mari-Mari Culture Village, Kota Kinabalu yang mengambil masa pengambaran dan suntingan hampir dua minggu.

“Kami berharap filem pendek ini akan dapat menambat hati penonton dan secara tidak langsung dapat mengangkat tema Pesta Kaamatan tahun ini iaitu “Kaamatan, Melangkaui Keterjaminan Makanan” atau dalam bahasa Kadazan-Dusunnya, “Kaamatan, Poingalib Kohimaganan Taakanon”.

“Bagi memeriahkan sambutan Pesta Kaamatan tahun ini, Jetama Sdn Berhad turut menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM20 ribu kepada 20 penonton bertuah yang berkongsi (share) pautan Youtube tersebut di laman sosial Facebook, Instagram mahupun Tiktok dan merangka satu ayat pendek yang bermula dengan “Saya suka video ini kerana..” disertai dengan hashtag #KaamatanJetama2024 dan #Jetama.

“Mereka juga perlu berkongsi pautan video tersebut di laman sosial mereka bermula 26 Mei dan tarikh tutup penyertaan adalah pada 1 Jun, 6 petang.” ujarnya.

Filem tersebut dihasilkan oleh Pengurus Besar (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) Ag Ahmad Zaki Abu Bakar dan dibantu oleh pelakon tempatan iaitu adik Rafa Rasendrya Roger sebagai anak, Roger Jeno Sibin sebagai ayah, Winih Kimin sebagai nenek, dan Unduk Ngadau Kaamatan 2023, Carol Abbey Gail Grimaldi sebagai anak sewaktu dewasa.

“Hero Kaamatan Ku” boleh disaksikan di saluran Youtube https://www.youtube.com/watch?v=cTwty_gay6M.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/28/jetama-terbit-filem-pendek-hero-kaamatan-ku/feed/ 0 55175
Jetama serah sumbangan Ramadan sebanyak RM100,000 & 1,500 kotak kurma https://sabahmedia.com/2023/04/03/jetama-serah-sumbangan-ramadan-sebanyak-rm100000-1500-kotak-kurma/ https://sabahmedia.com/2023/04/03/jetama-serah-sumbangan-ramadan-sebanyak-rm100000-1500-kotak-kurma/#respond Mon, 03 Apr 2023 03:56:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=32067
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Syarikat konsesi air, Jetama Sdn Bhd menyampaikan RM100,000 Sumbangan Ramadan melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada Kerajaan Negeri hari ini.

Dalam pada itu, Pengerusi Jetama Datuk Yussof Abd Manan turut menyampaikan 1,500 kotak kurma.

Sumbangan yang akan diagihkan kepada pelbagai organisasi itu diserahkan kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor di Sri Gaya.

Sebelum ini, Ketua Menteri turut membincangkan isu mengenai bekalan air. Jetama telah berkonsesi untuk mengendalikan pengagihan bekalan air di Pantai Barat Sabah sejak 1993.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Datuk Juhari Janan, Ketua Pegawai Eksekutif Ahmad Naim Uddang dan Pengurus Besar Lo Ho Min.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/04/03/jetama-serah-sumbangan-ramadan-sebanyak-rm100000-1500-kotak-kurma/feed/ 0 32067