jeti – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 08 Sep 2025 11:46:30 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jeti – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Jeti Pelancongan DBKK sedia pilihan baharu, dijangka beroperasi bulan ini https://sabahmedia.com/2025/09/08/jeti-pelancongan-dbkk-sedia-pilihan-baharu-dijangka-beroperasi-bulan-ini/ https://sabahmedia.com/2025/09/08/jeti-pelancongan-dbkk-sedia-pilihan-baharu-dijangka-beroperasi-bulan-ini/#respond Mon, 08 Sep 2025 11:32:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80825
Read Time:2 Minute, 13 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Orang ramai kini mempunyai pilihan baharu untuk ke pulau-pulau sekitar bandar raya apabila Jeti Pelancongan DBKK dijangka mula beroperasi dalam bulan ini.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah, berkata pengambilalihan jeti itu dibuat selepas perkara tersebut diputuskan di peringkat Kabinet Negeri dan telah diserahkan secara rasmi oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) baru-baru ini.

“Dengan penyerahan ini, pengurusan penuh jeti akan dikendalikan oleh anak syarikat DBKK, iaitu DBKK Holdings Sdn. Bhd. DBKK memilih untuk menguruskan sendiri operasi jeti berkenaan walaupun terdapat banyak tawaran daripada syarikat swasta bagi memastikan kadar tambang bot pelancong dapat dikawal serta menjamin aspek keselamatan, kebersihan dan tatacara operasi,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pra Pelancaran Operasi Jeti Pelancongan DBKK di sini, hari ini.

Beliau berkata, setakat ini terdapat sembilan pengusaha pelancongan menggunakan kemudahan jeti yang mampu menampung sehingga 2,000 pengunjung sehari. Simulasi operasi turut dilaksanakan beberapa kali bagi memastikan kelancaran perjalanan bot dan mengelakkan kesesakan.

Terdahulu dalam ucapannya, dengan kemudahan yang lebih tersusun, selesa dan selamat, jeti baharu itu diyakini dapat memperkukuh kedudukan Kota Kinabalu sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.

Antara tarikan utama yang bakal dihubungkan melalui jeti ini ialah gugusan pulau dalam Taman Tunku Abdul Rahman seperti Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Gaya dan Pulau Mengalum yang terkenal dengan pantai putih dan kepelbagaian marin.

“Pulau-pulau ini adalah khazanah pelancongan Sabah. Dengan adanya Jeti Pelancongan DBKK, kita memastikan setiap pengunjung mendapat pengalaman yang lebih baik, selamat dan berkualiti,” katanya.

Beliau menambah, kejayaan operasi jeti ini tidak akan tercapai tanpa sokongan pengusaha bot pelancong yang sekian lama menjadi penghubung utama ke pulau-pulau. Justeru, DBKK akan memperkenalkan sistem operasi yang lebih efisien dan adil demi manfaat semua pihak, sambil menjemput lebih ramai pengusaha bot serta pemain industri untuk menggunakan jeti ini sebagai pangkalan operasi mereka.

Majlis pra pelancaran hari ini turut dihadiri wakil pengusaha bot pelancong, pemain industri pelancongan, serta pengarah dan pegawai DBKK.
Dalam majlis sama, turut diadakan Majlis Menandatangani Surat Pelantikan Syarikat Ejen Pemungut Hutang DBKK Holdings Sdn. Bhd. Pelantikan ini adalah satu langkah strategik dalam memperkukuhkan aspek tadbir urus korporat serta pengurusan kewangan syarikat.

Menurut Sabin, dengan adanya ejen pemungut hutang yang dilantik secara rasmi, proses kutipan tunggakan dapat dijalankan dengan lebih sistematik, telus dan berkesan. Pendekatan ini amat penting kerana pengurusan kewangan yang baik bukan sahaja menjamin kelangsungan syarikat, malah hasil kutipan tersebut dapat disalurkan semula untuk menyokong pelbagai projek pembangunan bandar raya, termasuklah penyelenggaraan dan penambahbaikan Jeti Pelancongan DBKK.

“Inilah yang saya sebut sebagai kitaran pembangunan yang mampan, hasil yang dipungut akan dipulangkan semula kepada rakyat, pengusaha dan para pelancong, demi manfaat bersama,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/08/jeti-pelancongan-dbkk-sedia-pilihan-baharu-dijangka-beroperasi-bulan-ini/feed/ 0 80825
Beluran bakal miliki jeti pelancongan dan jalan raya baharu https://sabahmedia.com/2025/08/16/beluran-bakal-miliki-jeti-pelancongan-dan-jalan-raya-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/08/16/beluran-bakal-miliki-jeti-pelancongan-dan-jalan-raya-baharu/#respond Sat, 16 Aug 2025 06:55:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79388
Read Time:51 Second

Oleh J. Evachel John

BELURAN: Masyarakat Beluran bakal menikmati pembangunan baharu apabila kerajaan negeri meluluskan pembinaan sebuah jeti pelancongan dan jalan raya ke Kampung Air di daerah ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, permintaan itu disuarakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk, Datuk Samad Jambri, mewakili penduduk setempat.

“Ada permintaan daripada masyarakat di Beluran ini. Beliau (Samad) memohon pembinaan jeti pelancongan di pekan Beluran ini, dan juga pembinaan jalan raya ke Kampung Air Beluran.

“Sebagai ketua menteri, saya ingin nyatakan bahawa kita meluluskan permohonan ini.

“Jadi kita minta pihak pegawai daerah untuk menulis surat dengan kos anggaran projek ini kepada saya secepat mungkin,” katanya ketika berucap sempena Majlis Perasmian Pesta Labuk di Beluran, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri komited memenuhi keperluan rakyat di kawasan luar bandar, selaras dengan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Projek pembinaan jeti pelancongan itu dijangka memberi nilai tambah kepada sektor pelancongan daerah Beluran, manakala jalan raya ke Kampung Air akan memudahkan pergerakan penduduk dan meningkatkan kesejahteraan komuniti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/16/beluran-bakal-miliki-jeti-pelancongan-dan-jalan-raya-baharu/feed/ 0 79388
TPM setuju beri peruntukan bina semula jeti yang roboh di Pulau Pababag – Abdul Manan https://sabahmedia.com/2023/01/30/tpm-setuju-beri-peruntukan-bina-semula-jeti-yang-roboh-di-pulau-pababag-abdul-manan/ https://sabahmedia.com/2023/01/30/tpm-setuju-beri-peruntukan-bina-semula-jeti-yang-roboh-di-pulau-pababag-abdul-manan/#respond Mon, 30 Jan 2023 11:15:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28757
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersetuju memberi peruntukan untuk membina semula jeti yang roboh melibatkan 20 orang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Pababag di Semporna terjatuh ke dalam laut awal pagi tadi.

Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Sulabayan, Abdul Manan Indanan berkata, beliau telah mengajukan perkara itu dan telah menunjukkan video jeti yang roboh berkenaan kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

“Alhamdulillah kebetulan pula pada hari ini, menteri (Zahid) yang berkenaan datang ke Sabah, jadi kita kemukakan video tadi.

“Saya telah menunjukkan video tersebut supaya peruntukan segera untuk melaksanakan pembinaan jeti yang roboh itu dan beliau bersetuju supaya pembinaan jeti tersebut dilaksanakan secepat mungkin.,” katanya ketika ditemui pemberita selepas beliau menghadiri Mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Sabah di sini, hari ini.

Sebelum itu, Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah telah mengadakan lawatan dan meninjau keadaan banjir di Pitas pada pagi tadi.

Ditanya mengenai jumlah peruntukan yang akan diberikan, Abdul Manan berkata, menteri berkenaan (Zahid) tidak umum berapa peruntukan tapi beliau mahu perlu siapkan jeti tersebut dalam kadar yang cepat.

Terdahulu, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Abidin Marjan berkata, selain itu, lima orang murid Tabika KEMAS serta beberapa orang ibu bapa yang menghantar murid ke sekolah berkenaan turut terjatuh ke laut dalam kejadian pada jam 6.45 pagi tadi.

“Turut bertindak dua orang guru iaitu Penolong Kanan (PK) 1 dan PK Hal Ehwal Murid (HEM) terjun membantu menyelamat mangsa terlibat.

““Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berat yang dilaporkan setakat ini. Manakala bagi murid yang diberi sijil sakit selepas menerima rawatan di klinik atau hospital adalah dibenarkan untuk berehat,”‘ katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/30/tpm-setuju-beri-peruntukan-bina-semula-jeti-yang-roboh-di-pulau-pababag-abdul-manan/feed/ 0 28757