jheains – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Dec 2025 05:29:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jheains – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JHEAINS tingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan https://sabahmedia.com/2025/12/17/jheains-tingkat-kecekapan-penyampaian-perkhidmatan/ https://sabahmedia.com/2025/12/17/jheains-tingkat-kecekapan-penyampaian-perkhidmatan/#respond Wed, 17 Dec 2025 05:29:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88457
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) menetapkan hala tuju strategik bagi memperkasa keupayaan dan kapasiti organisasi menjelang tahun hadapan, selaras dengan peruntukan dan perancangan di bawah Belanjawan Negeri 2026.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif itu memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat melalui pengukuhan perjawatan serta pelaksanaan latihan secara berterusan kepada warga kerja jabatan itu.

Katanya, langkah itu penting bagi memastikan organisasi sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa dan masa hadapan, di samping meningkatkan profesionalisme, kecekapan pentadbiran serta kualiti perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat.

“Pemerkasaan perjawatan dan latihan berterusan merupakan antara teras utama dalam perancangan JHEAINS bagi memastikan setiap pegawai mempunyai kemahiran, pengetahuan dan keupayaan yang relevan dengan keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Rabu.

Arifin berkata, JHEAINS turut menekankan pembangunan modal insan sebagai aset utama organisasi, dengan pendekatan latihan yang bersifat menyeluruh dan berfokus kepada peningkatan kompetensi, tadbir urus berintegriti serta penggunaan teknologi dalam penyampaian perkhidmatan.

Katanya, langkah memperkasa keupayaan organisasi ini juga dilihat seiring usaha kerajaan negeri untuk memperkukuh institusi pentadbiran Islam agar lebih cekap, responsif dan berdaya saing, selaras aspirasi pembangunan negeri dan keperluan masyarakat Islam di Sabah.

Menurutnya, melalui perancangan strategik tersebut, JHEAINS optimis mampu meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar dan program berkaitan hal ehwal Islam, sekali gus memberi impak positif kepada kesejahteraan ummah serta keharmonian masyarakat menjelang tahun 2026.

Dalam pada itu, Arifin berkata, JHEAINS dengan kerjasama Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sentiasa komited dalam memperkukuh institusi kekeluargaan Islam sebagai asas kepada kesejahteraan masyarakat dan kestabilan sosial di Negeri Sabah.

Katanya, kerajaan negeri sedang meneliti secara berperingkat cadangan pemberian subsidi yuran Kursus Pra Perkahwinan Islam khususnya kepada golongan berpendapatan rendah dan pasangan muda yang bakal mendirikan rumah tangga.

Menurutnya, inisiatif ini bertujuan meringankan beban kewangan di samping memastikan setiap bakal pengantin mendapat pendedahan ilmu kekeluargaan, tanggungjawab dan kefahaman syariah yang mencukupi sebelum melangkah ke alam perkahwinan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/17/jheains-tingkat-kecekapan-penyampaian-perkhidmatan/feed/ 0 88457
Sabah negeri pertama laksana sistem eKahwin secara digital sepenuhnya https://sabahmedia.com/2025/08/15/sabah-negeri-pertama-laksana-sistem-ekahwin-secara-digital-sepenuhnya/ https://sabahmedia.com/2025/08/15/sabah-negeri-pertama-laksana-sistem-ekahwin-secara-digital-sepenuhnya/#respond Fri, 15 Aug 2025 05:22:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79299
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu :  Sabah menjadi negeri pertama di Malaysia melaksanakan sistem permohonan izin nikah dan pengesahan pernikahan secara digital sepenuhnya.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sistem yang dikenali sebagai eKahwin itu merupakan inisiatif yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah.

Katanya, ia selaras dengan agenda kerajaan negeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah untuk menuju ke arah pentadbiran digital.

“Permohonan perkahwinan kini boleh dilaksanakan secara dalam talian seperti izin kahwin, pengesahan kahwin, surat nikah dan kad nikah boleh diurus dengan lebih cepat dan mudah tanpa perlu beratur panjang. Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak terlibat.

“Sabah adalah negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan digitalisasi dalam izin nikah, pengesahan kahwin dan yang berkaitan. Sistem lama (manual) tidak lagi digunakan dan kita sudah berpindah ke sistem dalam talian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan sistem permohonan kebenaran untuk berkahwin dalam talian (eKahwin) dan sistem pembayatan FPX di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) di sini pada Jumaat.

Hadir sama Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin; Timbalan Yang Dipertua MUIS Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Datuk Jumain Abdul Ghani.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, pelaksanaan sistem itu bertujuan memudahkan urusan umat Islam di seluruh negeri selain mempercepat proses, serta mengurangkan kerenah birokrasi.

Portal eKahwin yang diperkenalkan JHEAINS

Terdahulu, ketika berucap, beliau berkata, seramai 1,782 bakal pengantin telah mendaftar sebagai pengguna sejak pelaksanaannya pada 1 Ogos lalu.

“Mereka kini tidak lagi perlu beratur di kaunter atau mengambil cuti kerja hanya untuk menghantar dokumen. 

“Semua boleh dilakukan di hujung jari, kecuali kes-kes khas yang memerlukan penelitian lanjut seperti penentuan wali, pengesahan status nasab, atau dokumen pengenalan diri,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/15/sabah-negeri-pertama-laksana-sistem-ekahwin-secara-digital-sepenuhnya/feed/ 0 79299
JHEAINS juara karnival sukan IJPAM Sabah 2025 https://sabahmedia.com/2025/07/15/jheains-juara-karnival-sukan-ijpam-sabah-2025/ https://sabahmedia.com/2025/07/15/jheains-juara-karnival-sukan-ijpam-sabah-2025/#respond Tue, 15 Jul 2025 02:04:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77327
Read Time:1 Minute, 18 Second

Kota Kinabalu: Kontinjen mewakili Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) muncul juara keseluruhan pada Karnival Sukan Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) Sabah 2025 yang berlangsung di Stadium Likas di sini baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan JHEAINS memperoleh 37 mata menerusi menerusi pencapaian cemerlang dalam pelbagai acara sukan yang dipertandingkan sepanjang karnival, termasuk bola speak dan beberap acara lain.

Naib johan keseluruhan disandang Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), manakala tempat ketiga dimenangi oleh Gabungan Pejabat Mufti Negeri Sabah dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PMDB) yang turut memberi saingan sengit dalam beberapa kategori sukan utama.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ruslan Muharam.

Hadir sama Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani dan Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin.

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, sukan merupakan wadah bagi membentuk semangat kesukanan, disiplin diri, setiakawan, selain mengukuhkan tali persaudaraan dan ukhuwah antara peserta yang menyertai.

Katanya, sukan juga mampu membina sahsiah dan mengukuhkan semangat perpaduan, menghapuskan jurang perbezaan sekaligus mewujudkan suasana harmoni dan semangat kekitaan dalam kalangan para atlet.

“Dalam konteks kesihatan, sukan memainkan peranan yang cukup penting dan mempunyai hubung kait rapat di antara kesihatan fizikal dan mental.

“Hal ini berjalan seiringan, sebagaimana pepatah arab ada menukilkan ‘’Al-Aqlus Salim Fil Jismi Salim” iaini “akal yang sihat terdapat pada tubuh badan yang sihat”. membuktikan betapa pentingnya gaya hidup yang sihat boleh mencegah dari sebarang penyakit,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/15/jheains-juara-karnival-sukan-ijpam-sabah-2025/feed/ 0 77327
53 kakitangan JHEAINS ditawarkan lanjut pengajian di UMS mulai tahun ini https://sabahmedia.com/2025/06/17/53-kakitangan-jheains-ditawarkan-lanjut-pengajian-di-ums-mulai-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/53-kakitangan-jheains-ditawarkan-lanjut-pengajian-di-ums-mulai-tahun-ini/#respond Tue, 17 Jun 2025 05:49:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75714
Read Time:1 Minute, 28 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu : Seramai lebih 50 kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bermula pada tahun ini.

Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani berkata, kakitangan yang layak akan mengikuti pengajian dalam bidang Pengajian Islam dan Usuluddin Syariah yang akan bermula pengambilan pertama September depan.

“Seramai 53 kakitangan JHEAINS yang sudah lama berkhidmat di JHEAINS layak untuk diberikan peluang melanjutkan pelajaran ke UMS dalam bidang Pengajian Islam dan Usuluddin Syariah.

Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani

“Kerjasama erat antara JHEAINS dan UMS maka termeterailah usaha ini dan program ini akan berterusan sehinggalah semua kakitangan JHEAINS yang layak mendapat ijazah.  Ini akan kita selesaikan dan berikan kepada kakitangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JHEAINS 2024 di sini pada Selasa.

Majlis disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan turut dihadiri Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam.

Jumain berkata, usaha itu juga turut mendapat sokongan Kerajaan negeri selain akan berusaha untuk mendapatkan tajaan menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) kepada kakitangan yang layak.

“Kita akan berusaha untuk memohon bantuan TPNS sebagai dermasiswa atau apa sahaja yang bersesuaian bagi membolehkan kakitangan terlibat dapat menghabiskan pengajian sepenuhnya,” katanya.

Terdahulu, mengenai APC, Jumain berkata, seramai 70 kakitangan JHEAINS melibatkan 40 penerima APC dan 30 orang penerima Anugerah Khas dipilih menerima anugerah pada majlis itu.

Katanya, mereka yang terpilih melibatkan kakitangan berstatus VOT Terbuka dan berjawatan tetap.

“Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan kepada kakitangan yang telah menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tahun dan mereka ini sebenarnya masih ramai yang terbaik.

“Tetapi disebabkan kouta yang ditetalkan terhad, kita akan berikan dimasa-masa akan datang,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/53-kakitangan-jheains-ditawarkan-lanjut-pengajian-di-ums-mulai-tahun-ini/feed/ 0 75714
Terus imarah masjid dengan pelbagai program bermanfaat https://sabahmedia.com/2024/11/27/terus-imarah-masjid-dengan-pelbagai-program-bermanfaat/ https://sabahmedia.com/2024/11/27/terus-imarah-masjid-dengan-pelbagai-program-bermanfaat/#respond Wed, 27 Nov 2024 07:24:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64513
Read Time:1 Minute, 10 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dicadang agar terus mengimarahkan masjid dengan pelbagai program bermanfaat khususnya bagi golongan belia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah penganjuran kursus berkaitan keusahawanan selain meningkatkan ekonomi komuniti setempat.

“Saya turut mencadangkan kepada JHEAINS agar diperkasa semula unit remaja masjid di masjid masing- masing kerana kita inginkan belia terus berada di masjid, berjuang dan dibentuk di dalam masjid. 

“Dengan itu saya minta agar JHEAINS berkolaborasi dengan agensi dibawah Kerajaan negeri bagi melaksanakan program berkaitan terutama dalam penganjuran program berhubung dengan belia dan remaja termasuk hal-hal berhubungan teknologi maklumat (IT) dan kecerdasan buatan (AI),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Anugerah Tokoh Imam, Masjid dan Surau di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JHEAINS Datuk Jumain Abdul Ghani.

Arifin yang juga Exco Agama dan Pendidikan Sabah berkata, penganjuran program berhubung pembangunan keilmuan juga boleh dilaksanakan termasuklah bahasa.

“Mungkin mereka boleh belajar bahasa, bahasa Inggeris, bahasa asing yang lain yang juga boleh menarik minat belia untuk datang ke masjid dan surau masing-masing,”‘katanya.

Terdahulu, ketika berucap, Arifin berkata, para imam dan jawatankuasa selaku pemain industri masjid utama harus memantapkan lagi peranan masjid dalam usaha membangunkan ummah yang cemerlang.

“Ini kerana hubungan masyarakat Islam dan masjid tidak boleh dipisahkan kerana saling berkait dan saling memerlukan antara satu sama lain,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/27/terus-imarah-masjid-dengan-pelbagai-program-bermanfaat/feed/ 0 64513
Orang ramai dipelawa hadir meriahkan Mahrajan Maulidur Rasul https://sabahmedia.com/2024/09/09/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-mahrajan-maulidur-rasul/ https://sabahmedia.com/2024/09/09/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-mahrajan-maulidur-rasul/#respond Mon, 09 Sep 2024 04:29:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60371
Read Time:1 Minute, 4 Second

Kota Kinabalu : Orang ramai sekitar bandaraya Kota Kinabalu dipelawa untuk hadir memeriahkan Mahrajan Maulidur Rasul yang berlangsung selama empat hari bermula hari ini.

Mahrajan yang berlangsung di Wisma Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) sempena sambutan Maulidur Rasul itu dirasmikan Yang Dipertua MUIS Datuk Seri Yahya Hussin.

Pelbagai aktiviti dan program akan diadakan antaranya pameran dan jualan industri kecil dan sederhana (IKS); pemeriksaan kesihatan; majlis tahlil dan doa kesyukuran serta beberapa program lain yang dirancang.

Yahya ketika berucap berkata, pihaknya cukup yakin dan optimis penganjuran program seumpama itu akan memberikan suntikan motivasi yang amat dalam kepada semua masyarakat.

Katanya, masyarakat juga akan sentiasa berusaha memperbaiki diri dan melaksanakan budaya kerja lebih cemerlang demi mencapai kejayaan bukan sahaja kejayaan di Dunia bahkan kejayaan di Akhirat.

“Ini juga amat bertepatan dan bersesuaian dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu ‘Al Falah Pemacu Malaysia Madani’. Al Falah yang bermaksud kejayaan adalah merujuk kepada keberhasilan apa yang kita usahakan sama ada dalam bentuk kejayaan peribadi, organisasi , mahupun kejayaan negeri dan Negara.

“Ketamadunan dan kemodenan yang kita kecapi tidak akan bermakna jika sekiranya kita masih leka dan lalai dengan perkara-perkara yang sia-sia.

“Lebih-lebih lagi, perkara yang perlu dan wajib kita elakkan adalah perpecahan kesatuan antara kita. Moga Allah SWT menjauhkan kita daripada bala perpecahan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/09/orang-ramai-dipelawa-hadir-meriahkan-mahrajan-maulidur-rasul/feed/ 0 60371
MUIS, JHEAINS digesa bincang, kajian bina kuarters https://sabahmedia.com/2024/05/09/muis-jheains-digesa-bincang-kajian-bina-kuarters/ https://sabahmedia.com/2024/05/09/muis-jheains-digesa-bincang-kajian-bina-kuarters/#respond Thu, 09 May 2024 08:03:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54167
Read Time:1 Minute, 21 Second

Kota Kinabalu : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) digesa mengadakan perbincangan serta kajian pembinaan kuarters kakitangan.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, perbincangan dan kajian bersama yang akan dibuat dua agensi agama itu penting bagi merealisasikan hasrat tersebut.

“Ia merupakan salah satu usaha bagi memastikan kebajikan kakitangan jabatan tersebut terus dijaga dan sekiranya dapat dilaksana ia sangatlah baik bagi membantu kakitangan yang memerlukan kemudahan tersebut.

“Diharap kajian itu dapat dijalankan dengan kadar segera dan maklumat lanjut mengenai usaha berkenaan akan segera dimaklumkan kepada media dari masa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) JHEAINS Tahun 2023 di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah JHEAINS, Jumain Abdul Ghani turut menyambut baik saranan untuk membina kuarters bagi kakitangan jabatan tersebut memandangkan ramai kakitangan JHEAINS dan MUIS yang mengalami kesukaran seperti tidak mempunyai rumah sehingga perlu menyewa.

“Bagi memastikan usaha tersebut kena pada sasarannya maka keutamaan yang akan menikmati kemudahan tersebut nanti akan diberikan kepada kakitangan peringkat rendah dan kurang berkemampuan.

“Beberapa lokasi juga sudah ada dalam senarai untuk dipertimbangkan bagi menjadi tapak lokasi pembinaan kuarters tersebut dan Insyaallah perbincangan lebih lanjut juga akan diadakan dalam masa terdekat,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, seramai 35 kakitangan JHEAINS menerima APC bagi Tahun 2023 manakala 20 orang penerima pula menerima kategori Anugerah Khas Cemerlang JHEAINS bagi Tahun 2023.

Hadir sama,Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Islam (SIEDEC) merangkap Ahli Majlis Tertinggi MUIS, Datuk Sairin Karno,Timbalan Yang Dipertua MUIS, Datuk Malai Ali Malai Ahmad dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah, Datuk Norjeli Dais.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/09/muis-jheains-digesa-bincang-kajian-bina-kuarters/feed/ 0 54167
DUN Sabah : JHEAINS,PBT akan berbincang sedia ruang solat tapak bazaar Ramadan https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-jheainspbt-akan-berbincang-sedia-ruang-solat-tapak-bazaar-ramadan/ https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-jheainspbt-akan-berbincang-sedia-ruang-solat-tapak-bazaar-ramadan/#respond Wed, 23 Mar 2022 12:31:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13412
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) akan mengadakan perbincangan bersama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menyediakan ruangan solat di tapak bazaar Ramadan.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ruangan solat itu melibatkan surau atau musalla bersaiz sederhana terutama bagi tapak bazar Ramadan yang kekal.

“Kerajaan melalui JHEAINS akan mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan PBT untuk menyediakan surau atau musalla bersaiz sederhana terutama bagi tapak bazaar Ramadan yang kekal untuk menampung keperluan pengunjung dan peniaga Islam yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut.

“Adapun bagi tapak bazaar sementara memadai sekadar musalla bergerak dan surau bersifat sementara,” katanya bagi menjawab pertanyaan Dr Aliakhbar Gulasan pada ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kementeriannya menyambut baik cadangan daripada Dr. Aliakbar Gulasan mengenai penyediaan surau sementara menggunakan kanopi di kawasan tapak bazaar ramadhan.

“Walau bagaimanapun, ianya adalah tertakluk kepada prosedur standard operasi (SOP) bazaar ramadhan, kesesuaian lokasi dan keluasan tapak bazaar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-jheainspbt-akan-berbincang-sedia-ruang-solat-tapak-bazaar-ramadan/feed/ 0 13412
Jemaah Solat Lima Waktu, Solat Jumaat di Masjid Dan Surau Di Sabah Dihadkan https://sabahmedia.com/2022/02/12/jemaah-solat-lima-waktu-solat-jumaat-di-masjid-dan-surau-di-sabah-dihadkan/ https://sabahmedia.com/2022/02/12/jemaah-solat-lima-waktu-solat-jumaat-di-masjid-dan-surau-di-sabah-dihadkan/#respond Sat, 12 Feb 2022 08:22:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12149
Read Time:1 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU : Jemaah solat lima waktu dan solat Jumaat membabitkan Masjid Negeri; Masjid Bandaraya; Masjid Bahagian (Tawau dan Sandakan) dan Masjid Daerah dihadkan kepada tidak lebih 150 orang atau satu pertiga luas ruang utama masjid.

Had jumlah jemaah itu selaras dengan prosedur operasi standand (SOP) baharu yang dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) berkuatkuasa semalam.

Pengarah JHEAINS Datuk Saifulzaman Sangul berkata, solat lima waktu dan solat Jumaat di masjid dan surau lain adalah dihadkan tidak lebih 100 orang atau satu pertiga daripada keluasan ruang lantai tertutup masjid dan surau atau mana-mana yang lebih rendah.

Katanya, jemaah juga perlu mematuhi penjarakkan fizikal satu meter dan mewajibkan pemakaian pelitup muka selain jemaah dikehendaki membawa sejadah masing-masing.

“Kebenaran aktiviti solat lima waktu itu mengambil kira Maqasid al-Syar’ieyyah dan situasi indeks kes jangkitan pandemik Covid-19 berada di tahap yang membimbangkan.

“Perkara itu merujuk kepada kenyataan media Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun pada 11 Februari berhubung SOP bagi majlis keagamaan,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Sementara itu, Saifulzaman berkata, sekiranya ada jemaah yang disyaki atau disahkan positif Covid-19, masjid atau surau tersebut perlu melakukan proses sanitasi penuh dan jemaah lain yang hadir pada hari berkenaan perlu melakukan saringan mengikut prosedur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Garis Panduan itu hendaklah dipatuhi oleh semua anggota masyarakat sama ada Pentadbir Masjid atau Surau, Pegawai Masjid dan ahli kariah.

“Pentadbir Masjid atau Surau, Pegawai Masjid dan ahli kariah adalah dipertanggungjawabkan sepenuhnya ke atas sebarang perlanggaran terhadap arahan dan tatacara yang ditetapkan ini,” katanya

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/12/jemaah-solat-lima-waktu-solat-jumaat-di-masjid-dan-surau-di-sabah-dihadkan/feed/ 0 12149
MUIS Dicadang Tingkat Kursus SPPM Ke Taraf Diploma https://sabahmedia.com/2022/01/26/muis-dicadang-tingkat-kursus-sppm-ke-taraf-diploma/ https://sabahmedia.com/2022/01/26/muis-dicadang-tingkat-kursus-sppm-ke-taraf-diploma/#respond Wed, 26 Jan 2022 08:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11564
Read Time:1 Minute, 39 Second

KOTA KINABALU : Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) diminta untuk mencari jalan bagi meningkatkan kursus Sijil Profesional Pengurusan Masjid (SPPM) ke taraf diploma.

Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia boleh dilaksanakan melalui kerjasama dengan agensi agama khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Sehubungan itu program SPPM untuk semua ahli jawatankuasa masjid di Sabah dan juga dibuka kepada penyertaan awam ini adalah sebagai langkah awal dalam memastikan sistem amalan pengurusan masjid teratur dan sistematik. 

“Justeru itu, saya mencadangkan kepada MUIS, JHEAINS dan UMS mencari jalan untuk meningkatkan kursus ini ke taraf diploma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi SPPM Siri 1 dan 2 Sesi 2021/2022 disini semalam.

Hadir sama Naib Canselor UMS Profesor Datuk ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Him; Pengarah JHEAINS Datuk Saifulzaman Sangul dan Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Norjeli Dais.

Mohd Arifin berkata, Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 bagi tempoh 2021 hingga 2025 yang digariskan oleh kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor adalah untuk membawa citra inklusiviti, pemilikan bersama dan kebertanggungjawaban setiap anak Sabah untuk menjayakan agenda pembangunan negeri.

Katanya, JHEAINS melihat peranan masjid dalam konteks memantapkan pembangunan Insan menurut acuan Islam perlu dimurnikan selaras dengan teras utama yang kedua iaitu Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat.

“Diharap program ini menjadi antara faktor pengukuh kepada terbangunnya pengurusan masjid yang professional dan diharapkan lebih banyak program yang akan dirangka oleh pihak masjid dalam terus membangunkan modal insan.

“Saya amat yakin dan percaya institusi masjid kini bukan sekadar tempat untuk menunaikan solat semata-mata tetapi juga mencakupi aktiviti kemasyarakatan dan pendidikan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Arifin turut meminta JHEAINS dan MUIS dengan dukungan MUIS merealisasikan usaha untuk melaksanakan kursus yang melahirkan Huffaz Profesional dengan kursus bertaraf diploma dan ijazah.

Beliau turut meminta MUIS, JHEAINS dan UMS membina modul bagi persijilan kursus untuk para muallaf yang boleh dibuat secara maya dan fizikal di tempat kuliah yang lebih selesa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/26/muis-dicadang-tingkat-kursus-sppm-ke-taraf-diploma/feed/ 0 11564