JHEWA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 09 Aug 2026 02:19:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JHEWA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 4,026 usahawan wanita terima manfaat program JHEWA sejak 2022 https://sabahmedia.com/2026/08/09/4026-usahawan-wanita-terima-manfaat-program-jhewa-sejak-2022/ https://sabahmedia.com/2026/08/09/4026-usahawan-wanita-terima-manfaat-program-jhewa-sejak-2022/#respond Sun, 09 Aug 2026 02:19:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=101286
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Seramai 4,026 usahawan wanita di Sabah menerima manfaat daripada pelbagai program keusahawanan anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) sejak 2022.

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Julita Majungki berkata, pencapaian itu membuktikan impak positif usaha berterusan kerajaan dalam memperkasakan ekonomi golongan wanita di negeri ini.

Beliau berkata, pelbagai pendekatan dilaksanakan menerusi program berkenaan, termasuk latihan, promosi usahawan, bantuan geran peralatan dan program pemasaran bagi membantu usahawan wanita memperkukuh perniagaan masing-masing.

“Program-program tersebut bertujuan membantu usahawan wanita memperkukuh perniagaan, meningkatkan keupayaan operasi serta memperluas peluang pasaran.

“Pencapaian ini merupakan gambaran jelas bahawa usaha pemerkasaan ekonomi wanita yang dilaksanakan secara berterusan telah memberi impak positif dalam melahirkan lebih ramai wanita yang berani menceburi bidang keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Blooming Womenpreneurs Gala 2026 di sini.

Menurut Julita, usaha memperkasa usahawan wanita perlu diteruskan supaya lebih ramai wanita bukan sahaja mampu memulakan perniagaan, malah berupaya mengembangkan perusahaan kecil menjadi perniagaan yang lebih berdaya saing.

Katanya, kejayaan agenda itu turut memerlukan sokongan dan kerjasama daripada pelbagai pihak dalam memastikan usahawan wanita mendapat akses kepada peluang serta sumber yang diperlukan.

“Pembangunan usahawan wanita memerlukan sokongan daripada seluruh ekosistem.

“Justeru, saya menyeru agar kerjasama antara kerajaan, jabatan dan agensi, institusi kewangan, sektor swasta serta rakan strategik terus diperkukuhkan bagi menyediakan lebih banyak peluang kepada wanita Sabah untuk berkembang dalam bidang keusahawanan.

“Kita perlu memastikan lebih ramai wanita mempunyai akses kepada ilmu, sumber, teknologi dan pasaran agar mereka mampu bersaing dalam ekonomi yang semakin mencabar,” katanya.

Julita berkata, pemerkasaan ekonomi wanita bukan sahaja memberi manfaat kepada golongan berkenaan, malah turut memberi kesan positif kepada keluarga, komuniti dan pembangunan negeri Sabah secara keseluruhannya.

“Saya percaya, apabila wanita diperkasa dari aspek ekonomi, mereka bukan sahaja mampu meningkatkan taraf kehidupan sendiri, malah turut menyumbang kepada keluarga, komuniti dan pembangunan negeri Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, majlis berkenaan turut menyaksikan pelancaran Biz Bloom, iaitu penjenamaan semula program keusahawanan JHEWA bagi memperkukuh agenda pemerkasaan usahawan wanita di Sabah.

Pada majlis sama, Julita turut menyampaikan Anugerah Usahawan Wanita Sabah kepada empat penerima yang diiktiraf atas pencapaian dan sumbangan masing-masing dalam bidang keusahawanan.

Usahawan kraftangan, Renny@Anna Jeneble@Damis menerima Anugerah Usahawan Sosial, manakala Tasyareena Jekar menerima Anugerah Usahawan Seni Kreatif.

Sementara itu, usahawan dalam bidang fotografi dan videografi profesional, Ramlah Ahmad menerima Anugerah Usahawan Muda Berpotensi, manakala usahawan kosmetik, Sitti Fatimah Janna menerima Anugerah Ikon Usahawan Wanita.

Turut hadir, Pembantu Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Rina Zainal; Setiausaha Tetap Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Maria Chong; serta Pengarah JHEWA, Haslina Ismail.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/08/09/4026-usahawan-wanita-terima-manfaat-program-jhewa-sejak-2022/feed/ 0 101286
Sabah salur RM1.5 juta kepada NGO laksana program pembangunan wanita https://sabahmedia.com/2025/11/21/sabah-salur-rm1-5-juta-kepada-ngo-laksana-program-pembangunan-wanita/ https://sabahmedia.com/2025/11/21/sabah-salur-rm1-5-juta-kepada-ngo-laksana-program-pembangunan-wanita/#respond Fri, 21 Nov 2025 01:38:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86584
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU:  Kerajaan negeri memperuntukkan RM1.5 Juta kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita untuk melaksanakan pelbagai program selari Pelan Induk Pembangunan Wanita Sabah (PIPWS).

Pengarah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah, Haslina Ismail berkata peruntukan yang disalurkan melalui jabatan itu bukan sekadar angka tetapi merupakan kepercayaan, amanah dan sokongan kerajaan kepada NGO Wanita Sabah yang memperjuangkan isu wanita, keluarga dan masyarakat.

“Melalui peruntukan ini, lebih daripada 100 program dirangka dan dilaksanakan di seluruh Sabah merangkumi pelbagai fokus seperti pemberdayaan ekonomi dan keusahawanan wanita, kesihatan, kesedaran mental serta kesejahteraan keluarga.

“Ini termasuk perpaduan, pemeliharaan budaya seni dan warisan, kepekaan dan keterangkuman gender, hak wanita dan undang-undang, sukan dan wanita, kesejahteraan alam sekitar serta sains dan teknologi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Program Pemerkasaan NGO Wanita Sabah Tahun 2025, pada Khamis.

Majlis tersebut disempurnakan dengan kehadiran Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Faridah Tussin yang turut menyampaikan sumbangan kepada beberapa penerima terdiri daripada ibu tunggal.

Menurut Haslina, program tersebut menjadi wadah penting merapatkan hubungan antara kerajaan dan rakyat melalui jaringan NGO wanita yang aktif di seluruh negeri.

“Program hari ini juga memberi fokus kepada peningkatan kemahiran kepimpinan, pengurusan organisasi, penyelarasan program, serta pendekatan komunikasi yang lebih kreatif dalam menjangkau masyarakat. 

“NGO bukan sahaja melaksanakan program kolaborasi bersama kerajaan, tetapi juga menjadi medium perantara penting antara kerajaan dan komuniti, penyampai isu sebenar di lapangan serta pemudah cara yang menjadikan intervensi kerajaan lebih efektif.

“Inilah erti kolaborasi antara NGO dan kerajaan satu jaringan kerjasama yang sangat bernilai dan perlu diteruskan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/21/sabah-salur-rm1-5-juta-kepada-ngo-laksana-program-pembangunan-wanita/feed/ 0 86584
Hampir 1,000 usahawan wanita Sabah terima bantuan peralatan sejak 2016 https://sabahmedia.com/2025/11/19/hampir-1000-usahawan-wanita-sabah-terima-bantuan-peralatan-sejak-2016/ https://sabahmedia.com/2025/11/19/hampir-1000-usahawan-wanita-sabah-terima-bantuan-peralatan-sejak-2016/#respond Wed, 19 Nov 2025 00:25:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86341
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Hampir 1,000 usahawan wanita di Sabah menerima bantuan peralatan daripada Kerajaan Negeri melalui Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah sejak 2016 sehingga kini.

Pengarah JHEWA Sabah, Haslina Ismail berkata dari 2016 seramai 927 usahawan wanita telah menerima bantuan dan ini dapat memperkukuh kemampuan mengurus serta mengembangkan perniagaan mereka secara lebih proaktif dan berdaya saing.

“Program Keusahawanan JHEWANITA menekankan pembangunan usahawan wanita yang mampan, berdaya tahan, dan mampu menyesuaikan diri. Ini bukan sahaja menyokong agenda pembangunan wanita, tetapi turut memperkukuh peranan mereka dalam ekosistem negeri Sabah.

“Melalui pelbagai aktiviti, termasuk 32 kursus kemahiran sepanjang tahun, ceramah dan sesi perkongsian pengalaman, peserta berpeluang menimba ilmu, meningkatkan kemahiran serta membina keyakinan diri dalam bidang keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Program Keusahawanan JHEWANITA Tahun 2025, di sini pada Selasa.

Program itu turut diserikan dengan kehadiran isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Faridah Tussin.

Haslina berkata, JHEWA sentiasa komited menjadi rakan strategik dalam membimbing, memantau, dan menghubungkan usahawan wanita Sabah dengan peluang perniagaan yang lebih luas.

“Ini termasuk akses kepada modal, latihan teknikal, bimbingan digital dan pasaran antarabangsa yang akan menjadi pemangkin kepada lahirnya lebih ramai usahawan wanita,” katanya.

Beliau berharap program berkenaan dapat menyediakan platform pembelajaran dan jaringan strategik bagi membantu para usahawan wanita terus berkembang dan berdaya saing.

Turut berlangsung semasa program tersebut ialah sesi ceramah dan segmen Inspirasi Keusahawanan yang disampaikan oleh Wanita Ikon Sabah 2024, Mardiana Made.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/19/hampir-1000-usahawan-wanita-sabah-terima-bantuan-peralatan-sejak-2016/feed/ 0 86341
JHEWA Sabah anjur tiga program besar perkasa wanita November ini https://sabahmedia.com/2025/10/31/jhewa-sabah-anjur-tiga-program-besar-perkasa-wanita-november-ini/ https://sabahmedia.com/2025/10/31/jhewa-sabah-anjur-tiga-program-besar-perkasa-wanita-november-ini/#respond Thu, 30 Oct 2025 22:09:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84528
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah akan menganjurkan tiga program utama yang menumpukan aspek keusahawanan, kepimpinan dan kesedaran undang-undang membabitkan lebih 2,000 wanita sepanjang November ini.

Pengarah JHEWA Haslina Ismail berkata, pelaksanaan program-program tersebut memperkasa wanita daripada pelbagai lapisan masyarakat untuk melahirkan wanita yang berilmu, berdikari, memahami hak mereka dalam konteks undang-undang dan berperanan aktif dalam pembangunan komuniti.

“Program Keusahawanan JHEWANITA yang dijadualkan pada 18 November akan disertai kira-kira 500 peserta wanita dengan fokus kepada pembangunan keusahawanan melalui sesi perkongsian ilmu, pendedahan dan interaksi bersama pelbagai agensi berkaitan.

“Selain itu, Program Pemerkasaan NGO Wanita Sabah pada 20 November dijangka menghimpunkan 1,000 peserta daripada pelbagai pertubuhan wanita seluruh negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman dan Isterinya, Toh Puan Faridah Tussin, pada Rabu.

Haslina berkata, program itu menekankan latihan pengurusan organisasi, tatacara protokol dan kepimpinan agar NGO wanita Sabah lebih efisien dan berdaya saing.

“Sementara itu, Program Wanita Peka Undang-Undang pada 27 November pula akan memberi tumpuan kepada peningkatan kefahaman wanita terhadap hak perundangan, keselamatan diri, perlindungan daripada keganasan dan diskriminasi,” katanya.

Kunjungan tersebut bertujuan memaklumkan perkembangan terkini Program GLOW at Sabah, hasil inisiatif JHEWA bersama Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) yang memberi tumpuan kepada pembangunan wanita berpotensi tinggi dalam bidang pendidikan, ekonomi dan kepimpinan.

“Melalui GLOW at Sabah, kita ingin melahirkan wanita Sabah yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan ekonomi, tetapi juga berjiwa kepimpinan.

“Fokus utama kita adalah memperkasa wanita dari pelbagai lapisan masyarakat seperti ibu tunggal, wanita B40, usahawan dan pemimpin NGO agar mereka lebih berkeyakinan, berpengetahuan serta mampu menjadi ejen perubahan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/31/jhewa-sabah-anjur-tiga-program-besar-perkasa-wanita-november-ini/feed/ 0 84528
52 usahawan wanita terima geran pembungkusan produk https://sabahmedia.com/2025/06/26/52-usahawan-wanita-terima-geran-pembungkusan-produk/ https://sabahmedia.com/2025/06/26/52-usahawan-wanita-terima-geran-pembungkusan-produk/#respond Thu, 26 Jun 2025 06:57:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76209
Read Time:1 Minute, 30 Second

Kota Kinabalu: Seramai 52 usahawan di bawah Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) menerima geran pembungkusan dan pelabelan produk sejak program itu diperkenalkan pada 2018.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk James Ratib berkata pencapaian itu membuktikan potensi besar golongan wanita di negeri ini untuk terus maju dalam bidang keusahawanan.

“Pada masa sama, kita turut meraikan kejayaan 32 peserta yang berjaya memperoleh Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam pelbagai bidang.

“Tahniah saya ucapkan kepada semua penerima. Anda adalah contoh terbaik kepada generasi wanita berdikari dan berdaya saing,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Geran Pembungkusan Produk dan Sijil Penyertaan SKM Usahawan JHEWA Tahun 2025, di sini pada Rabu.

James berkata, kerajaan negeri menerusi pelbagai agensi termasuk JHEWA akan terus mempergiat usaha membina kapasiti, menyediakan latihan berterusan dan memberi bantuan bersasar bagi memastikan usahawan bukan sahaja mampu bertahan, tetapi juga berjaya menembusi pasaran lebih luas termasuk antarabangsa.

“Namun, kejayaan jangka panjang bergantung kepada kesungguhan, disiplin dan keazaman usahawan sendiri untuk terus belajar, berinovasi dan menyesuaikan diri dengan kehendak pasaran,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa bantuan yang diberikan bukan hanya dalam bentuk fizikal seperti pembungkusan atau sijil semata-mata, tetapi turut menjadi suntikan keyakinan dan dorongan moral bahawa kerajaan sentiasa menyokong perjuangan usahawan wanita.

Dalam pada itu, Pengarah JHEWA, Haslina Ismail berkata sebagai agensi pelaksana di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, JHEWA sentiasa komited memperkasa golongan wanita dan kumpulan sasar melalui pelbagai program pembangunan kapasiti dan kemahiran.

“Kami percaya, pelaburan dalam pembangunan insan terutamanya dalam kalangan wanita, ibu tunggal dan golongan B40 akan membuahkan hasil yang mampan untuk negeri ini khususnya daripada aspek pembangunan ekonomi,” katanya..

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah (Sektor Dasar dan Pengurusan) Henry Idol, Timbalan Pengerusi Majlis Penasihat Wanita Sabah Datin Fauziah DSP Abu Bakar Titingan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/26/52-usahawan-wanita-terima-geran-pembungkusan-produk/feed/ 0 76209
Kerjasama JHEWA,MPWS lonjak peranan wanita Sabah https://sabahmedia.com/2025/06/17/kerjasama-jhewampws-lonjak-peranan-wanita-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/06/17/kerjasama-jhewampws-lonjak-peranan-wanita-sabah/#respond Tue, 17 Jun 2025 00:34:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75679
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu : Kerjasama strategik Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) memacu usaha pemerkasaan wanita berteraskan aspek ekonomi, pendidikan dan kepimpinan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk James Ratib berkata, kedua-dua entiti itu akan berganding bahu menjayakan pelbagai program yang dirancang bagi meningkatkan pembangunan modal insan wanita di negeri ini.

“JHEWA berperanan sebagai sekretariat yang membantu pelaksanaan program dirancang MPWS meliputi pelbagai bidang termasuk ekonomi, sosial, undang-undang, pendidikan, kesihatan, gender, wanita dan media.

“MPWS pula bertindak sebagai badan penasihat kepada kerajaan negeri serta pemikir program menerusi tujuh jawatankuasa yang menyatukan usaha membangunkan kaum wanita di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Engagement With Sabah’s Women Leaders di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Isnin.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri, Datuk Flovia Ng.

James berkata, program berkenaan akan diteruskan ke peringkat sesi lab yang memfokuskan pemerkasaan wanita dalam tiga teras utama tersebut.

“Melalui program seumpama ini, usaha kerajaan untuk memperkasakan golongan wanita dijangka memberi hasil yang lebih berimpak tinggi, dalam usaha menjana kepimpinan berintegriti dan prihatin, kita memerlukan pemimpin wanita yang mampu membawa pendekatan kepimpinan berteraskan empati dan keadilan sosial.

“Kita juga memerlukan lebih ramai wanita berkelayakan dalam arena pentadbiran awam dan politik bagi membentuk dasar yang lebih sensitif terhadap isu berkaitan wanita.

“Penting untuk memastikan pemerkasaan wanita dilaksanakan dalam usaha mewujudkan pembangunan komuniti yang lebih inklusif,” katanya.


Program berkenaan disertai kira-kira 1,300 peserta yang terdiri daripada pemimpin jabatan, pegawai wanita agensi kerajaan dan swasta, GLC, pemimpin akar umbi, usahawan, NGO serta wakil institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/17/kerjasama-jhewampws-lonjak-peranan-wanita-sabah/feed/ 0 75679
JHEWA terus laksana perubahan, bela hak manusia sejagat https://sabahmedia.com/2024/10/31/jhewa-terus-laksana-perubahan-bela-hak-manusia-sejagat/ https://sabahmedia.com/2024/10/31/jhewa-terus-laksana-perubahan-bela-hak-manusia-sejagat/#respond Thu, 31 Oct 2024 01:55:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=63098
Read Time:1 Minute, 39 Second

Tuaran : Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah akan terus melaksanakan perubahan bagi membela hak-hak manusia sejagat khususnya golongan wanita dan yang memerlukan di negeri ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, masih terdapat beberapa halangan yang perlu ditangani dalam usaha mengangkat martabat golongan berkenaan.

“Stereotaip terhadap kepimpinan wanita, perkahwinan awal usia, penganiayaan wanita dan kanak-kanak serta keganasan rumah tangga adalah antara beberapa halangan yang perlu diatasi.

“Sehubungan itu, JHEWA komited untuk melaksanakan perubahan bagi membela hak-hak manusia sejagat terutama masyarakat di Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Outreach Santuni Wanita dan Mengarusperdanakan Gender Dalam Pembangunan Luar Bandar di Dewan Seri Sulaman, di sini semalam.

Flovia berkata, Program Santuni Wanita yang dilaksanakan itu akan menjadi wadah penyampaian perkhidmatan serta perkongsian ilmu yang sangat efektif dalam usaha JHEWA memperkasa golongan wanita serta masyarakat secara amnya agar terus relevan dan menepati keperluan semasa.

“Berbekalkan panduan yang digariskan dalam dokumen-dokumen antarabangsa yang telah digubal, banyak lagi usaha yang diperlukan demi memastikan wanita mahupun lelaki mendapat ekuiti dan kesaksamaan.

“Apabila kesaksamaan dicapai, persekitaran yang kondusif dan menyokong akan memberi peluang untuk mendapatkan kemahiran, harga diri dan keyakinan untuk berjaya dalam hidup,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah JHEWA, Haslina Ismail berkata, kira-kira 650 kes berjaya diselesaikan oleh Pusat Bantuan Guaman Wanita di Sabah setakat ini.

“Bermula 2018 sehingga hari ini, Pusat Bantuan Guaman Wanita menerima banyak kes antaranya kes perceraian, Hadanah dan Mutaah.

“Kita ingin membantu wanita-wanita yang tidak tahu di mana jalan untuk mereka meminta bantuan dan melalui program pada hari ini, kita bawa peguam untuk menasihati supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini,”katanya.

Program Outreach Santuni Wanita berjaya menyantuni seramai 4,807 peserta daripada 55 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sejak dimulakan pada tahun 2021.

Hadir sama, Pegawai Daerah, Herman Tunggiging, Penolong Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Leprus Esuvas, Pegawai Perlesenan Ibu Pejabat Polis Daerah, ASP Mohd Sholihin Ismail dan wakil Ahli Parlimen Tuaran, Jeffrey Teo.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/31/jhewa-terus-laksana-perubahan-bela-hak-manusia-sejagat/feed/ 0 63098
Lebih 180 NGO Wanita berdaftar di bawah JHEWA Sabah https://sabahmedia.com/2024/10/08/180-ngo-wanita-berdaftar-di-bawah-jhewa-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/10/08/180-ngo-wanita-berdaftar-di-bawah-jhewa-sabah/#respond Tue, 08 Oct 2024 01:40:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61862
Read Time:2 Minute, 12 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Setakat ini, lebih daripada 180 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita yang berdaftar di bawah Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah, data ini menunjukkan peningkatan pendaftaran NGO yang sangat ketara, kata Pengarah JHEWA, Haslina Ismail.

Menurutnya, pada tahun ini, penyerahan geran kepada 32 NGO yang berdaftar di bawah JHEWA merupakan bukti keterlibatan NGO Wanita dari pelbagai daerah yang menjadi penggerak dalam masyarakat bersama-sama dengan JHEWA.

“Setiap tahun kerajaan negeri memberi peruntukan kepada wanita melalui JHEWA.

“Pada tahun ini juga kita memberi fokus kepada pemberian geran berkaitan isu gender, keganasan rumah tangga dan kesihatan mental. hal ini memberi kesedaran kepada semua lapisan masyarakat khususnya wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya pada Majlis JHEWA “Synergy Night” yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, malam tadi (7 Okt).

Majlis JHEWA “synergy night” dianjurkan adalah untuk mempertemukan ataupun menghimpunkan para tetamu yang terdiri daripada NGO wanita, rakan media dan rakan sinergi JHEWA bersama- sama untuk membina jaringan kerjasama.

Mengulas lanjut mengenai Hala Tuju JHEWA 2025, Haslina berkata, JHEWA komited terutamanya dalam tanggungjawab memperkasakan wanita sebagai agen perubahan dalam mencapai Sustainable Development Goals (SDG).

“Dalam agenda 2030, kesetaraan gender merupakan salah satu matlamat utama, SDG menekankan pentingnya memastikan penyertaan penuh dan berkesan wanita dalam kepimpinan, serta menghapuskan semua bentuk diskriminasi dan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan.

“Ini bukan hanya satu tanggungjawab moral, tetapi juga satu keperluan untuk mencapai pembangunan yang mampan dan inklusif,” jelasnya.

Tambah beliau, wanita mempunyai potensi yang luar biasa untuk membawa perubahan dari segi ekonomi, wanita yang berdaya saing dan berpendidikan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang lebih kukuh.

Manakala dalam aspek sosial, Haslina berkata, wanita sering menjadi pemimpin dalam komuniti, berperanan dalam pendidikan dan kesihatan golongan wanita.

“Justeru, golongan wanita merupakan satu aset negara yang berharga kerana mampu menjadi pengerak perubahan dalam masyarakat dan pembangunan ekonomi negara dan negeri khususnya,” ujarnya.

Sementara itu, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Flovia Ng berkata, pihak kementerian sentiasa menyokong penuh usaha dan inisiatif Hala Tuju JHEWA dalam membangun dan memperkasa wanita Sabah.

Menurutnya, NGO merupakan medium penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat, justeru, pada 23 Ogos 2024 sempena Majlis Hari Wanita Peringkat Negeri Sabah yang lalu melalui ucapan Ketua Menteri Sabah dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir. Shahelmy Yahya menyatakan pada tahun hadapan sebanyak RM 1.5 juta peruntukan diberikan kepada rakyat untuk memperkasakan golongan wanita melalui geran kepada NGO.

“Hal ini amat mengembirakan saya kerana dengan adanya peruntukan ini dapat memberi impak yang lebih besar dan turut sama bekerjasama menyumbangkan pelaksanaan program berkaitan wanita,” katanya semasa berucap seterusnya merasmikan majlis tersebut.

Pada majlis sama, turut dilancarkan lagu rasmi JHEWA.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/08/180-ngo-wanita-berdaftar-di-bawah-jhewa-sabah/feed/ 0 61862
‘Outreach’ Dekati Golongan Wanita Pastikan Kebajikan Terbela https://sabahmedia.com/2021/11/22/outreach-dekati-golongan-wanita-pastikan-kebajikan-terbela/ https://sabahmedia.com/2021/11/22/outreach-dekati-golongan-wanita-pastikan-kebajikan-terbela/#respond Mon, 22 Nov 2021 09:42:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8738
Read Time:1 Minute, 41 Second

PUTATAN: Mekanisme ‘outreach’ bagi mendekati golongan wanita merupakan elemen penting bagi memastikan kebajikan kaum hawa terus di bela di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, naratif membantu golongan B40 dan M40 di kalangan wanita  itu perlu diperluas dan dengan kaedah outreach agar ia dapat memanfaatkan lebih ramai golongan wanita. 

“Program Outreach Santuni Wanita ia merupakan satu program turun padang bersesuaian dengan hasrat Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu merakyatkan perkhidmatan untuk kesejahteraan rakyat dan bagi program ini golongan sasarnya adalah wanita.

“Salah satu flagship JHEWA ini adalah khidmat guaman untuk kaum wanita khususnya bagi mereka yang berada dalam golongan B40 dan M40 yang tidak  mampu untuk melantik peguam swasta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program ‘Outreach’ Santuni Wanita ‘Merakyatkan Perkhidmatan Ke Arah Kesejahteraan Wanita’ anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) negeri Sabah dengan kerjasama Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Keramat di Dewan Sri Putatan, disini hari ini.

Shahelmey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat berharap orang ramai akan dapat pemahaman yang jelas tentang perkhidmatan yang disediakan oleh JHEWA melalui program ‘outreach’ yang akan dilaksanakan.

“Panel peguam kita akan menerangkan apa dia kumpulan sasar yang dapat menerima khidmat daripada program-program JHEWA ini dan apa intipati yang akan dapat diberi oleh perkhidmatan guaman kepada wanita-wanita yang termasuk dalam golongan sasar.

“Saya berharap mereka yang hadir ke program ini akan dapat pemahaman yang jelas dan boleh berkongsi dengan rakan-rakan ataupun ahli keluarga yang memerlukan perkhidmatan sedemikian,” katanya.

Program Outreach Santuni Wanita ini akan diadakan secara bersiri di 73 kawasan DUN di Negeri Sabah.

Antara pengisian program ini adalah penerangan fungsi pusat bantuan guaman wanita meliputi perkhidmatan nasihat guaman, bantuan guaman, hak-hak wanita di bawah undang-undang keluarga, undang-undang perkahwinan bawah umur dan program-program kesedaran sosial serta motivasi.

Hadir sama, Timbalan Pengarah JHEWA; Haslina Ismail, Ketua Daerah Putatan; Datuk OKK Dahali Matsin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Keramat; Sufian  Matin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/22/outreach-dekati-golongan-wanita-pastikan-kebajikan-terbela/feed/ 0 8738
JHEWA Serah Geran Peruntukan Kepada NGO Wanita https://sabahmedia.com/2021/10/23/jhewa-serah-geran-peruntukan-kepada-ngo-wanita/ https://sabahmedia.com/2021/10/23/jhewa-serah-geran-peruntukan-kepada-ngo-wanita/#respond Sat, 23 Oct 2021 03:38:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7826
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Sabah semalam menyerahkan geran peruntukan kepada 20 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) wanita di negeri ini.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata, penyerahan geran itu melibatkan peruntukan geran keseluruhan tahunan sebanyak RM150 ribu.

“Persatuan yang terpilih merupakan persatuan yang mempunyai sijil pendaftaran (ROS) yang sah serta berdaftar di bawah JHEWA dan sering memberikan laporan pelaksanaan program geran bantuan pada tahun-tahun sebelumnya.

“Selain itu, komitmen dan aktif dalam sebarang program anjuran JHEWA dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) juga menjadi nilai tambah dalam pemberian geran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyerahan Geran Peruntukan Kepada Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal yang berdaftar di bawah JHEWA, disini semalam.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Flovia Ng, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Myrna Jimenez, Pengerusi MPWS, Datuk Dr.Tarsiah Tz Taman dan Pengarah JHEWA, Rusnah Kuyung.

Shahelmey berkata, usaha murni kerajaan ini membolehkan lebih banyak penyertaan daripada persatuan wanita untuk mengadakan program atau aktiviti bagi membantu golongan wanita yang terkesan akibat pandemik dan miskin B40.

“Diharap, dengan penyaluran geran ini dapat meningkatkan lagi penyertaan dan peranan wanita khususnya ahli-ahli dalam persatuan bagi membangun dan mensejahterakan wanita serta masyarakat melalui aktiviti-aktiviti kebajikan,” katanya.

Antara persatuan yang menerima geran ialah Persatuan Wanita Bersatu Pantai Barat, Pertubuhan Paradigma Wanita Sabah, Persatuan Pelindung Wanita Sabah, Be Frienders, Badan Wanita USIA Bahagian Kudat, Pertubuhan Pembangunan Wanita Desa Pantai Barat Sabah, The Federation of Sabah Chinese Women Association, Persatuan Usahawan Industri Kecil Wanita Membakut Sabah, Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Sabah dan Persatuan Ibu Tunggal Karambunai.

Turut menerima geran ialah Persatuan Ibu Tunggal Kinabatangan, Persatuan Ibu Tunggal Tambunan, Persatuan Wanita Jabatan Pelajaran Sabah, Persatuan Usahawan Daerah Sipitang, Persatuan Wanita Kampung Maraba Beaufort, Persatuan Ibu Tunggal Warga Sabah Lembah Klang, Persatuan Milineal Usahawan Wanita Maju Sabah dan Persatuan Usahawan Sandakan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/23/jhewa-serah-geran-peruntukan-kepada-ngo-wanita/feed/ 0 7826