JIM SABAH – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Jul 2026 03:14:13 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JIM SABAH – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JIM Sabah nafi Depot Tahanan Imigresen Sabah sesak https://sabahmedia.com/2026/07/26/jim-sabah-nafi-depot-tahanan-imigresen-sabah-sesak/ https://sabahmedia.com/2026/07/26/jim-sabah-nafi-depot-tahanan-imigresen-sabah-sesak/#respond Sun, 26 Jul 2026 03:14:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100596
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang tular di media sosial berhubung dakwaan berlaku penahanan dalam keadaan sesak sehingga mengakibatkan ramai tahanan warganegara Filipina meninggal dunia di Depot Tahanan Imigresen Negeri Sabah.

Pengarah Imigresen Negeri Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, JIM Negeri Sabah ingin menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar, tidak berasas dan mengelirukan.

Katanya, gambar-gambar yang tular di media sosial tersebut bukan merupakan gambar yang merujuk kepada mana-mana Depot Tahanan Imigresen di bawah seliaan Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah.

“Semua tahanan warganegara Filipina yang ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Negeri Sabah berada dalam keadaan baik sementara menunggu proses penghantaran pulang ke negara asal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sh Sitti Saleha, sepanjang tempoh tahanan, semua penghuni depot diberikan layanan dan perlindungan sewajarnya selaras dengan peruntukan undang-undang serta prosedur operasi yang berkuat kuasa.

“Tahanan turut diberikan kemudahan asas termasuk penyediaan makanan mengikut jadual yang ditetapkan serta mematuhi menu dan ketetapan nutrisi yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut keperluan orang dewasa dan kanak-kanak.

“Selain itu, tahanan turut diberikan akses kepada rawatan perubatan apabila diperlukan serta keperluan asas lain mengikut keperluan,” ujarnya.

Beliau turut menjelaskan bahawa proses penghantaran pulang tahanan warganegara Filipina melalui operasi kapal dari Sandakan ke Zamboanga, yang sebelum ini merupakan laluan utama repatriasi, telah digantung operasinya oleh pihak berkuasa Filipina sejak bulan Februari 2026.

“Keadaan ini telah memberi kesan kepada kelancaran proses penghantaran pulang tahanan ke negara asal,” katanya.

Justeru, beliau memaklumkan, bagi memastikan proses repatriasi terus dilaksankan, JIM Negeri Sabah menggunakan laluan alternatif iaitu melalui penerbangan dari Kota Kinabalu ke Manila serta laluan laut dari Lahad Datu ke Bongao.

Walau bagaimanapun, katanya, pelaksanaan penghantaran pulang melalui laluan alternatif ini adalah tertakluk kepada persetujuan keluarga tahanan untuk menanggung kos perjalanan berkenaan.

Sh Sitti Saleha turut menegaskan JIM Negeri Sabah sentiasa komited untuk memastikan kebajikan, keselamatan dan kesihatan semua tahanan terus terpelihara di samping melaksanakan proses penghantaran pulang mengikut undang-undang, prosedur yang ditetapkan serta kerjasama erat dengan pihak berkuasa Republik Filipina.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempercayai atau menyebarkan sebarang maklumat, gambar atau kandungan yang tidak sahih dan mengelirukan.

“Orang ramai juga disaran mendapatkan maklumat yang tepat hanya melalui saluran rasmi Jabatan Imigresen Malaysia,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/26/jim-sabah-nafi-depot-tahanan-imigresen-sabah-sesak/feed/ 0 100596
62 PATI ditahan dalam operasi penguatkuasaan di tiga daerah https://sabahmedia.com/2026/07/13/62-pati-ditahan-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-tiga-daerah/ https://sabahmedia.com/2026/07/13/62-pati-ditahan-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-tiga-daerah/#respond Mon, 13 Jul 2026 01:59:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99771
Read Time:1 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU :  Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan seramai 62 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi beberapa operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di beberapa buah daerah di Sabah.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, antara daerah terlibat adalah di Kota Kinabalu, Kudat dan Sandakan yang bertujuan bagi membanteras kehadiran warga asing yang melanggar undang-undang imigresen negara.

Menurut kenyataan itu, operasi berkenaan melibatkan pelaksanaan Ops Minyak, Ops Selera, Ops Sapu, Ops Kutip serta operasi bersama agensi penguatkuasaan yang dijalankan di beberapa lokasi yang dikenal pasti menjadi tumpuan warga asing.

“Sepanjang operasi itu, seramai 216 individu telah diperiksa. Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan 62 warga asing yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, tinggal melebihi tempoh dibenarkan serta melanggar syarat pas.

“Di Kota Kinabalu, Ops Minyak dan Ops Selera melibatkan pemeriksaan terhadap 13 individu. Daripada jumlah itu, sembilan warga asing ditahan terdiri daripada dua wanita warga Filipina, seorang lelaki warga India, lima lelaki warga Indonesia dan seorang wanita warga Indonesia.

“Di Kudat pula, Ops Sapu dan Ops Kutip memeriksa seramai 37 individu dengan 14 warga Filipina ditahan. Mereka terdiri daripada lima lelaki dewasa, dua wanita dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak Perempuan,”menurut kenyataan itu di sini pada Isnin.

Sementara itu, operasi penguatkuasaan bersama agensi di Sandakan mencatat jumlah pemeriksaan tertinggi apabila melibatkan 166 individu.

Daripada jumlah itu, seramai 39 warga asing ditahan, terdiri daripada 32 warga Filipina iaitu dua lelaki dewasa, 29 wanita dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan, selain tujuh warga Indonesia membabitkan lima lelaki dewasa dan dua wanita dewasa.

Secara keseluruhan, daerah Sandakan merekodkan jumlah tangkapan tertinggi dengan 39 orang, diikuti Kudat seramai 14 orang dan Kota Kinabalu sembilan orang.

JIM Sabah berkata, semua individu yang ditahan dibawa ke Depot Imigresen untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut sebelum tindakan diambil mengikut peruntukan Akta Imigresen 1959/63 serta peraturan-peraturan imigresen yang sedang berkuat kuasa.

Menurut jabatan itu, operasi penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan secara berterusan di seluruh Sabah bagi mengesan dan menahan pendatang asing tanpa izin serta memastikan setiap warga asing yang berada di negeri ini mematuhi undang-undang imigresen negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/13/62-pati-ditahan-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-tiga-daerah/feed/ 0 99771
103 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan JIM Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/09/103-warga-asing-ditahan-dalam-operasi-penguatkuasaan-jim-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/09/103-warga-asing-ditahan-dalam-operasi-penguatkuasaan-jim-sabah/#respond Thu, 09 Jul 2026 12:11:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99593
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan seramai 103 warga asing dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di empat daerah di negeri ini bagi membanteras kehadiran Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, antara daerah terlibat termasuklah Kota Kinabalu, Keningau, Sandakan dan Tawau 

Menurut kenyataan itu, operasi yang dijalankan melibatkan beberapa siri tindakan penguatkuasaan termasuk Ops Kutip, Ops Belanja, Ops Jaja, Ops Sapu, Ops Selera serta operasi bersama agensi penguatkuasaan lain.

Operasi yang dijalankan di Kota Kinabalu telah memeriksa seramai 94 individu dan menahan 32 warga asing kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan imigresen, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta melanggar syarat pas di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Daripada jumlah itu, tangkapan membabitkan 26 warga Filipina iaitu lima lelaki dewasa, 16 perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

Turut ditahan ialah seorang lelaki dewasa warga Indonesia, dua lelaki dewasa warga Pakistan serta tiga lelaki dewasa warga India.

Sementara itu di Keningau, Ops Sapu dan Ops Kutip yang dilaksanakan telah memeriksa 77 individu dan menahan 21 warga asing. Mereka terdiri daripada 15 warga Filipina iaitu tiga lelaki dewasa, enam kanak-kanak lelaki dan enam kanak-kanak perempuan.

Bagi warga Indonesia pula, seramai enam individu ditahan melibatkan dua lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.

Di Sandakan, operasi penguatkuasaan termasuk operasi bersama agensi penguatkuasaan lain telah memeriksa 68 individu dan menahan 28 warga asing.

Tangkapan itu melibatkan 23 warga Filipina iaitu 14 lelaki dewasa, lima perempuan dewasa, dua kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan, selain lima lelaki dewasa warga Indonesia.

Di Tawau, operasi penguatkuasaan yang dijalankan telah memeriksa 261 individu dan menahan 22 warga asing. 

Mereka terdiri daripada 19 warga Filipina iaitu lapan lelaki dewasa dan 11 perempuan dewasa, manakala tiga lagi adalah warga Indonesia membabitkan dua lelaki dewasa dan seorang perempuan dewasa.

JIM  Sabah menegaskan akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran PATI serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara sentiasa dipelihara.

Orang ramai turut diingatkan agar tidak melindungi, menggaji atau membantu warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara. 

Sebarang maklumat berkaitan PATI boleh disalurkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) dan Sistem Pertanyaan Online (SPO).

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/09/103-warga-asing-ditahan-dalam-operasi-penguatkuasaan-jim-sabah/feed/ 0 99593
208 PATI ditahan dalam 26 operasi serentak JIM Sabah https://sabahmedia.com/2026/07/03/208-pati-ditahan-dalam-26-operasi-serentak-jim-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/07/03/208-pati-ditahan-dalam-26-operasi-serentak-jim-sabah/#respond Fri, 03 Jul 2026 10:30:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99286
Read Time:1 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU :  Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan seramai 208 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam 26 operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan secara serentak di seluruh daerah di negeri ini sepanjang tempoh tiga hari berakhir pada Khamis.

JIM Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, operasi tersebut dijalankan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan membanteras kehadiran PATI serta mengekang penyalahgunaan kemudahan imigresen.

Sepanjang operasi itu, seramai 1,187 individu telah diperiksa, dengan 208 daripadanya ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen.

“Daripada jumlah yang ditahan, majoritinya merupakan warganegara Filipina membabitkan 53 lelaki dewasa, 72 perempuan dewasa, 21 kanak-kanak lelaki dan 18 kanak-kanak perempuan.

“Turut ditahan ialah 30 warganegara Indonesia yang terdiri daripada 15 lelaki dewasa dan 15 perempuan dewasa, selain lima lelaki dewasa warga Pakistan, enam lelaki dewasa warga China serta tiga lelaki dewasa warga India,” menuru kenyataan itu di sini pada Jumaat.

JIM Sabah menegaskan pihaknya akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan secara berterusan di lokasi-lokasi strategik di seluruh negeri bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen dan membanteras kehadiran PATI.

Orang ramai turut diingatkan supaya tidak melindungi, menggaji atau membantu warga asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara.

Sebarang maklumat berkaitan kehadiran PATI boleh disalurkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Sabah melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) atau Sistem Pertanyaan Online (SPO) bagi membantu tindakan penguatkuasaan diambil.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/03/208-pati-ditahan-dalam-26-operasi-serentak-jim-sabah/feed/ 0 99286
91 PATI ditahan dalam operasi bersepadu di empat daerah https://sabahmedia.com/2026/06/26/91-pati-ditahan-dalam-operasi-bersepadu-di-empat-daerah/ https://sabahmedia.com/2026/06/26/91-pati-ditahan-dalam-operasi-bersepadu-di-empat-daerah/#respond Fri, 26 Jun 2026 00:50:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98891
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah menahan seramai 91 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dalam beberapa operasi penguatkuasaan yang dilaksanakan di Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan Ranau bagi membanteras pelanggaran undang-undang imigresen.

JIM Sabah dalam kenyataan memaklumkan, seramai 373 individu telah diperiksa menerusi pelbagai operasi termasuk Ops Selera, Ops Belanja, Ops Serkap, Ops Sapu dan Ops Kutip yang dijalankan di empat daerah berkenaan.

Menurut kenyataan itu, di Kota Kinabalu, seramai 151 individu diperiksa dengan 46 warga asing ditahan kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, termasuk tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta melanggar syarat pas.

“Tangkapan di Kota Kinabalu melibatkan 43 warga Filipina terdiri daripada 14 lelaki dewasa, 18 perempuan dewasa, empat kanak-kanak lelaki dan tujuh kanak-kanak perempuan, selain dua lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki warga Pakistan,” menurut kenyataan itu.

Di Kudat pula, Ops Sapu yang dijalankan memeriksa 46 individu dengan sembilan warga Filipina ditahan, membabitkan seorang lelaki dewasa, empat perempuan dewasa dan empat kanak-kanak lelaki.

Sementara itu, operasi bersepadu di Tawau yang dilaksanakan bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Daerah Tawau dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Tawau memeriksa seramai 159 individu.

Hasil operasi itu, seramai 23 warga asing ditahan, terdiri daripada enam lelaki dewasa, lima perempuan dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki warga Filipina, selain lima lelaki dewasa serta enam perempuan dewasa warga Indonesia.

Di Ranau, Ops Sapu yang dijalankan memeriksa 17 individu dan menahan 13 warga asing, melibatkan tujuh lelaki dewasa warga Filipina serta dua lelaki dewasa, dua perempuan dewasa, seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia.

Kesemua warga asing yang ditahan disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan telah dibawa ke depot imigresen bagi tujuan dokumentasi serta siasatan lanjut.

JIM Sabah menegaskan operasi penguatkuasaan akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini, sekali gus memastikan pematuhan terhadap undang-undang imigresen negara sentiasa terpelihara.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/26/91-pati-ditahan-dalam-operasi-bersepadu-di-empat-daerah/feed/ 0 98891
19 PATI ditahan dalam operasi di Sipitang https://sabahmedia.com/2026/04/25/19-pati-ditahan-dalam-operasi-di-sipitang/ https://sabahmedia.com/2026/04/25/19-pati-ditahan-dalam-operasi-di-sipitang/#respond Fri, 24 Apr 2026 23:47:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95478
Read Time:59 Second

SIPITANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) di sekitar kawasan tanggungjawab Pejabat Imigresen Daerah Sipitang.

Dalam operasi yang dilaksanakan di empat (4) premis, seramai 19 individu ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Operasi yang dilaksanakan pada 23 April 2026 itu melibatkan lapan pegawai penguat kuasa daripada Pejabat Imigresen Sipitang dengan sokongan JIM Sabah.

“Hasil pemeriksaan ke atas 41 individu, 19 orang PATI berjaya ditahan, melibatkan warganegara Indonesia dan Filipina, yang dipercayai berada dan bekerja tanpa dokumen sah di kawasan terbabit.

“Kesemua individu yang ditahan didapati tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah atau pas yang sah, dan akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) serta Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” menurut JIM Sabah dalam satu kenyataan.

JIM Sabah menegaskan bahawa tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji pendatang asing tanpa izin (PATI).

Pada masa sama, orang awam diseru untuk menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin bagi membantu operasi penguatkuasaan.

“Tiada sebarang kompromi akan diberikan terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, khususnya yang melibatkan isu keselamatan,” tambah kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/25/19-pati-ditahan-dalam-operasi-di-sipitang/feed/ 0 95478
Ops Bazar Ramadan kekang kegiatan PATI https://sabahmedia.com/2025/03/14/ops-bazar-ramadan-kekang-kegiatan-pati/ https://sabahmedia.com/2025/03/14/ops-bazar-ramadan-kekang-kegiatan-pati/#respond Fri, 14 Mar 2025 01:30:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70351
Read Time:1 Minute, 19 Second

Kota Kinabalu: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah terus komited untuk melaksanakan operasi membanteras kegiatan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) termasuk Ops Bazar Ramadan sepanjang bulan ini.

Pengarah JIM Sabah Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yusof berkata, operasi yang dilaksanakan itu adalah bagi memastikan tiada PATI berniaga di kawasan tersebut.

“Dari segi operasi bazar, kami memang lakukan setiap hari untuk memastikan tiadanya warga asing tanpa dokumen berniaga di kawasan bazar. 

Pengarah Jabatan Imigresen Sabah Datuk Sh. Sitti Saleha Habib Yusof

“Jadi yang ini telah pun kami lakukan dan operasi-operasi lain juga seperti Ops Kutip dan Ops Sapu juga kami masih melaksanakan operasi sedemikian. 

“Selain daripada Ops Bazar, kami juga lebih melihat kepada melaksanakan operasi berdasarkan aduan awam. Kami ada menerima aduan-aduan awam mengenai keberadaan PATI, khususnya di kawasan-kawasan yang dianggap sebagai kawasan setinggan.

“Jadi itulah imigresen, memang fokus kepada penguatkuasaan sebenarnya,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Saleha berkata, setakat ini tangkapan telah dilaksanakan dan fokus utama di bulan ramadan adalah melihat kepada kewujudan warga asing tanpa dokumen yang berniaga di bazar.

Katanya, sehingga kini, JIM Sabah telah membuat tangkapan ke atas 1,143 orang, manakala pemindahan ke negara asal pula dijalankan sebanyak 21 kali melibatkan 1,382 orang dan 90 peratus daripadanya merupakan warga Filipina.

Menurutnya, kunjungan hormat tersebut bertujuan untuk memperkenalkan diri, selain memaklumkan prestasi serta fungsi imigresen yang berkaitan dengan Bahagian (7) Akta Imigresen dan keperluan pembinaan Kompleks Imigresen bagi menempatkan keseluruhan bahagian JIM Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/14/ops-bazar-ramadan-kekang-kegiatan-pati/feed/ 0 70351
JIM Sabah dapatkan kerjasama Kementerian Komunikasi kesan ‘pembocor’ maklumat operasi https://sabahmedia.com/2025/02/23/jim-sabah-dapatkan-kerjasama-kementerian-komunikasi-kesan-pembocor-maklumat-operasi/ https://sabahmedia.com/2025/02/23/jim-sabah-dapatkan-kerjasama-kementerian-komunikasi-kesan-pembocor-maklumat-operasi/#respond Sun, 23 Feb 2025 02:58:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69197
Read Time:1 Minute, 15 Second

BERNAMA

Tawau : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah akan mendapatkan kerjasama Kementerian Komunikasi bagi mengesan pihak yang ‘membocorkan’ maklumat berkaitan operasi agensi berkenaan di Keningau baru-baru ini menerusi hebahan secara meluas di Whatsapp.

Pengarahnya Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yusof berkata hebahan tidak bertanggungjawab termasuk mengambil gambar kehadiran kenderaan imigresen dan memaklumkan pergerakan penguat kuasa itu secara langsung mengganggu operasi JIM.

“Mereka siap mengambil gambar kehadiran kenderaan imigresen, pergerakan pun diiringi tonto-tonto mereka, maklumat mereka hantar khusus memaklumkan ke dalam kumpulan Whatsapp bahawa ada operasi di kawasan tersebut.

“Kita akan cari mereka ini melalui risikan dan akan mendapatkan bantuan Kementerian Komunikasi selain kita juga sebenarnya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi tujuan menyelesaikan perkara ini,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau turut percaya bahawa sebahagian penyebar maklumat itu merupakan warga asing yang berkepentingan.

“Sekiranya penyebar itu merupakan warganegara Malaysia orang itu adalah pengkhianat negara, menjual kedaulatan negara, sanggup menjadi tali barut dalam menghebahkan operasi penguat kuasa sehingga membolehkan pendatang haram ini sempat lari daripada pihak penguat kuasa,” katanya.

Sementara itu, Sitti Saleha berkata 462 individu diperiksa dalam operasi di Tawau dan Semporna semalam hingga pagi ini dengan 139 ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

“Individu yang ditahan berumur antara setahun hingga 72 tahun yang terdiri daripada 53 lelaki, 37 wanita dan 49 kanak-kanak, kesemua tahanan ini ditempatkan di Depot Imigresen Tawau,” katanya.

Menurutnya operasi berdasarkan aduan awam itu membabitkan 66 anggota penguat kuasa dan dijalankan antaranya di tapak pembinaan dan rumah setinggan.  BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/23/jim-sabah-dapatkan-kerjasama-kementerian-komunikasi-kesan-pembocor-maklumat-operasi/feed/ 0 69197
JIM Sabah tahan 24 PATI dalam Operasi Penguatkuasaan di rumah setinggan Lahad Datu https://sabahmedia.com/2024/11/27/jim-sabah-tahan-24-pati-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-rumah-setinggan-lahad-datu/ https://sabahmedia.com/2024/11/27/jim-sabah-tahan-24-pati-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-rumah-setinggan-lahad-datu/#respond Wed, 27 Nov 2024 04:44:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64492
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU: Seramai 24 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan dipercayai melakukan kesalahan iaitu tiada dokumen pengenalan diri Seksyen 6 (1) (c) dalam satu Operasi Penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah.

Operasi Penguatkuasaan dijalankan pada Selasa (26 Nov) bertempat di kawasan rumah setinggan daerah Lahad Datu bermula pada tengah malam dan berakhir pada jam 4:00 pagi tadi. (27 Nov)

Operasi ini dijayakan dengan kekuatan seramai 63 orang pegawai daripada Ibu Pejabat Imigresen Kota Kinabalu, Pejabat Imigresen Lahad Datu, Pejabat Imigresen Tawau dan Pejabat Imigresen Sandakan.

Turut serta dalam operasi ini ialah Jafri Embok Taha, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi) bersama Basri Othman, Pengarah Bahagian Operasi daripada Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Pengarah JIM Sabah Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan daripada aduan awam berhubung warga asing yang dipercayai tiada dokumen pengenalan diri.

“Seramai 53 orang telah diperiksa dalam operasi ini. Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 24 orang PATI telah ditahan yang dipercayai melakukan kesalahan iaitu tiada dokumen pengenalan diri Seksyen 6 (1) (c),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Sitti Saleha, PATI yang ditahan terdiri daripada warganegara Filipina iaitu seramai 16 orang lelaki dewasa, empat orang perempuan dewasa, dua orang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. Manakala warganegara Indonesia seramai seorang lelaki dewasa.

“Kesemua yang ditahan berumur di antara 5 bulan hingga 55 tahun terdiri daripada 19 orang lelaki dan lima perempuan.

“Tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Tawau untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Beliau berkata, kesukaran akses ke kawasan setinggan dengan keadaan struktur rumah yang tidak teratur serta berlumpur menyukarkan anggota penguatkuasa dalam menjalankan operasi.

“Selain itu, kawasan rumah setinggan tersebut yang berbukit-bukau juga memberi kesukaran kepada kenderaan penguatkuasa untuk memasuki kawasan tersebut.

“Namun operasi telah berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.

“Operasi penguatkuasaan akan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang- undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan supaya tampil menyalurkan maklumat tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/27/jim-sabah-tahan-24-pati-dalam-operasi-penguatkuasaan-di-rumah-setinggan-lahad-datu/feed/ 0 64492
JIM Sabah tahan 197 PATI atas pelbagai kesalahan imigresen https://sabahmedia.com/2024/11/20/jim-sabah-tahan-197-pati-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen/ https://sabahmedia.com/2024/11/20/jim-sabah-tahan-197-pati-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen/#respond Wed, 20 Nov 2024 09:08:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64107
Read Time:2 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Seramai 197 orang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen dalam satu Operasi Penguatkuasaan oleh Jabatan Imigresen Negeri (JIM) Sabah pada Rabu.

Operasi telah dijalankan di rumah kongsi tapak pembinaan perumahan antara dua daerah iaitu Tuaran dan Menggatal bermula pada tengah malam tadi dan berakhir pada jam 5.00 pagi hari ini.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata operasi ini telah dijayakan dengan kekuatan seramai 53 orang pegawai daripada Ibu Pejabat Imigresen Kota Kinabalu.

“Seramai 270 orang telah diperiksa dalam operasi ini. Daripada jumlah yang diperiksa ini, seramai 197 orang PATI telah ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, PATI yang ditahan terdiri daripada warganegara Filipina iaitu seramai 49 orang lelaki dewasa, 54 orang perempuan dewasa, 61 orang kanak-kanak lelaki dan 31 orang kanak-kanak perempuan.

“Manakala warganegara Indonesia seramai dua orang lelaki dewasa. Kesemua yang ditahan berumur di antara tujuh bulan hingga 62 tahun yang terdiri daripada 85 orang lelaki dan 112 perempuan.

“Tahanan akan ditempatkan di Depot Tahanan Imigresen Papar untuk siasatan dan tindakan susulan,” katanya.

Sitti Saleha berkata, terdapat dua lokasi serbuan di kawasan tapak pembinaan perumahan yang berkonsepkan penempatan rumah kongsi di daerah Tuaran dan Menggatal.

“Pola penempatan tersebut dibina secara berkelompok di atas bukit dengan keadaan tanah yang berlumpur.

“Kegagalan dalam menyediakan persekitaran rumah yang kondusif menjadi trend menyebabkan PATI terpaksa membina rumah dengan keadaan bersempit dan bersesak yang memuatkan keluarga yang memberi implikasi negatif kepada kehidupan sosial kanak-kanak yang berada di kawasan tersebut,” jelasnya.

Antara cabaran yang dihadapi, Sitti Saleha berkata, semasa serbuan terdapat warga asing yang melarikan diri dan bersembunyi di kawasan semak samun.

“Keadaan jalan berbukit dan curam ditambah dengan pelbagai helah cuba dilakukan PATI berkenaan menyukarkan pergerakan pasukan operasi serta memberi risiko keselamatan termasuk berlaku pergelutan dengan pihak berkuasa.

“Namun keadaan adalah terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Beliau berkata, antara kesalahan yang dipercayai telah melakukan kesalahan iaitu tiada dokumen pengenalan diri Seksyen 6 (1) (c) dan tinggal lebih masa Seksyen 15 (1) (c).

“Operasi penguatkuasaan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang undang negara seperti di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007,” tegasnya.

Sehubungan dengan itu, Sitti Saleha mengingatkan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang PATI atau sebarang maklumat yang boleh membantu JIM dalam melaksanakan penguatkuasaan supaya tampil menyalurkan maklumat tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/20/jim-sabah-tahan-197-pati-atas-pelbagai-kesalahan-imigresen/feed/ 0 64107