JIM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 12 Jul 2024 12:37:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JIM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JIM wujudkan Pejabat Pasport pertama beroperasi dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu https://sabahmedia.com/2024/07/12/jim-wujudkan-pejabat-pasport-pertama-beroperasi-dalam-lapangan-terbang-antarabangsa-kota-kinabalu/ https://sabahmedia.com/2024/07/12/jim-wujudkan-pejabat-pasport-pertama-beroperasi-dalam-lapangan-terbang-antarabangsa-kota-kinabalu/#respond Fri, 12 Jul 2024 12:37:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57444
Read Time:2 Minute, 11 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah telah mewujudkan sebuah pejabat pengeluar pasport buat pertama kalinya di negara ini yang menjalankan operasinya dalam bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK) di sini, hari ini.

Acara perasmian disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Ruj Ubi dan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia Datuk Ruslin Jusoh.

Saifuddin berkata, Pejabat Pasport JIM itu adalah yang pertama di Malaysia diwujudkan di dalam bangunan Lapangan Terbang Antarabangsa, iaitu di Kota Kinabalu, Sabah.

“Kita tahu lapangan terbang ini dikendali oleh Malaysia Airport Berhad (MAB) dan mereka memberi ruang ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ini memang strategik, terutama sekarang Kota Kinabalu menerima ketibaan pesawat-pesawat antarabangsa yang semakin meningkat.

“Maknanya lapangan terbang ini menjadi tumpuan. Jadi kita percaya apabila kita buat keputusan untuk menempatkan pejabat pengeluar pasport ini, keutamaan kita adalah satu, keputusan yang kita buat ianya bersifat people-centered. Keutamaan kita adalah perkhidmatan kepada rakyat.

“Jadi saya percaya ini keputusan yang betul, yang tepat memilih Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu ini sebagai lokasi pertama pejabat pengeluar pasport ditempatkan dalam bangunannya.

“Buat masa ini kita buat operasi di sini dan kita tengok dia punya progres,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Saifuddin, Pejabat Pasport tersebut yang baharu beroperasi sejak dua minggu lalu merupakan pejabat penggeluar pasport yang ke-72 di seluruh negara.

“Tahun lepas kita luncurkan satu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tapi itu di luar premisnya. Berdekatan kompleks KLIA,” jelasnya.

Katanya, Pejabat Pasport LTAKK ini merupakan yang ke-7 diwujudkan Sabah selain di Ibu Pejabat Imigresen Kota Kinabalu, ada juga di pejabat UTC Kota Kinabalu, UTC Tawau, UTC Keningau, Pejabat Imigresen Sandakan dan Pejabat Imigresen Lahad Datu.

“Bila kita wujudkan satu lagi pejabat di sini. Tentunya ia memberi manfaat kepada komuniti berhampiran meliputi daerah Papar, Penampang, Putatan dan Kota Kinabalu,” katanya.

Saifuddin (kiri) menyerahkan pasport antarabangsa yang telah siap diperbaharui kepada salah seorang pelanggan selepas merasmikan pembukaan Pejabat Pasport di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada Jumaat. (12 Jul). Sitti Avida Ruhil, 40, merupakan pelanggan ke-69 menerima manfaat perkhidmatan sejak pejabat pasport tersebut dibuka dua minggu lalu.

Masa operasi pejabat pasport tersebut dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

Antara perkhidmatan yang disediakan iaitu permohonan pasport baharu dan pembaharuan sahaja.

“Buat masa sekarang, kita tumpukan kepada permohonan pasport baharu dan juga pembaharuan.

“Tadi saya tanya dengan beberapa pelanggan awal, mereka puas hati kerana mengambil masa satu jam sahaja. Dan itu tentu saja memberikan kelegaan kepada pelanggan kita iaitu rakyat negara kita yang berurusan,” kata Saifuddin.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/12/jim-wujudkan-pejabat-pasport-pertama-beroperasi-dalam-lapangan-terbang-antarabangsa-kota-kinabalu/feed/ 0 57444
JIM Sabah perkenal PMS kepada komuniti Pagalungan https://sabahmedia.com/2022/04/25/jim-sabah-perkenal-pms-kepada-komuniti-pagalungan/ https://sabahmedia.com/2022/04/25/jim-sabah-perkenal-pms-kepada-komuniti-pagalungan/#respond Mon, 25 Apr 2022 00:36:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14704
Read Time:2 Minute, 1 Second

NABAWAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah melaksanakan program jangkauan luar (outreach) di kawasan pedalaman khususnya di Kampung Pegalungan disini untuk memberi peluang penduduk mendapatkan Pas Menyeberang Sempadan (PMS) Malaysia-Indonesia.

Pengarahnya, SH Sitti Saleha Habib Yusof berkata, program yang dilaksanakan 25 anggota JIM ke kampung itu bertujuan untuk mempromosikan perkhidmatan operasi imigresen khususnya permohonan PMS di Pos Kawalan Imigresen Pagalungan.

“Antaranya, kita mahu memperkenalkan awal mengenai pengeluaran PMS bagi rakyat Malaysia khususnya kepada penduduk kawasan pedalaman dalam lingkungan radius 30 kilometer (km) dari sempadan Indonesia.

“Pas tersebut hanya sah digunakan dalam lingkungan radius 30 km dari sempadan Indonesia ke daerah Keningau,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena program tersebut di Balai Budaya, Kampung Pagalungan, di sini kelmarin.

Sitti Saleha berkata, bagi rakyat Indonesia yang mahu berurusan ke Keningau perlu mempunyai Pas Lintas Batas (PLB) manakala penduduk Malaysia yang ingin menyeberang ke negara Indonesia hendaklah mempunyai PMS dan itu adalah dokumen menggantikan Pasport Antarabangsa.

Katanya, PMS hanya perlu dibayar dengan bayaran RM20 sahaja, penduduk tidak perlu lagi memohon atau memiliki pasport antarabangsa untuk pergi ke Labang, Lumbis dan Mensalong, Indonesia yang radiusnya 30 km dari sempadan Malaysia.

“Pergerakan komuniti di Pagalungan tersebut agak aktif atas beberapa faktor antara satunya adalah hubungan kekeluargaan antara komuniti sempadan tersebut.

“Saya menyeru komuniti di daerah tersebut untuk memohon dan memiliki PMS sebagai dokumen sah bagi pergerakan antarabangsa dua negara agar mengelakkan ditahan atau ditangkap oleh pihak berkuasa Indonesia,” katanya.

Tambah beliau, kelak ibu Kota Indonesia akan berpindah ke Kalimantan Timur yang mana pintu masuk Labang dan Bantul, Indonesia adalah yang terdekat dengan sempadan Malaysia.

“Kita menjangkakan laluan Labang dan Bantul, Indonesia bakal menjadi laluan utama sekiranya ibu kota Indonesia mula beroperasi seterusnya Pagalungan akan menjadi kawasan yang aktif dari segi pergerakan keluar masuk sempadan antarabangsa dari Indonesia ke Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Sitti Saleha berkata pos kawalan pintu masuk antarabangsa di kawasan pedalaman yang sudah diwartakan adalah di Long Pasia, Sipitang dan Pagalungan, Nabawan.

Sebagai rekod, Pos Kawalan Imigresen Pagalungan mempunyai dua operasi iaitu kawalan dari segi kemasukan Indonesia ke Malaysia dan operasi pengeluaran Pasport Menyeberang Sempadan (PMS).

Operasi ini akan mula diperkenalkan mulai 1 Mei 2022 dan akan dilancarkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Hamzah Zainuddin pada Mei ini.

Hadir sama Pegawai Daerah Nabawan, Peter Jito, Ketua Imigresen Keningau, Roselizah Kahipin, Ketua Unit Pasport dan Dokumen Perjalanan (UTC) Pejabat Imigresen Keningau, Laindey Limpuong dan Ketua Imigresen Pos Kawalan Pagalungan, Spencer Billy P. Liberatus.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/25/jim-sabah-perkenal-pms-kepada-komuniti-pagalungan/feed/ 0 14704