JKDM Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 28 Oct 2024 07:22:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JKDM Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JKDM Sabah: Sindiket seludup minuman keras & rokok bernilai lebih RM3 juta tumpas https://sabahmedia.com/2024/10/28/jkdm-sabah-sindiket-seludup-minuman-keras-rokok-bernilai-lebih-rm3-juta-tumpas/ https://sabahmedia.com/2024/10/28/jkdm-sabah-sindiket-seludup-minuman-keras-rokok-bernilai-lebih-rm3-juta-tumpas/#respond Mon, 28 Oct 2024 07:22:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62927
Read Time:3 Minute, 17 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan minuman keras dan rokok pelbagai jenama di tiga lokasi berasingan bernilai lebih RM3 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Siti Mang berkata, kejayaan ini merupakan usaha-usaha yang dilaksanakan secara kolaborasi strategik di antara unit, cawangan atau bahagian di JKDM Zon Sabah.

“Ianya bertujuan untuk menzahirkan salah satu rukun Malaysia Madani iaitu kemampanan di Bahagian Penguatkuasaan sendiri.

“Dengan tambahan 66 unit mesin pengimbas dan perolehan 20 ekor Anjing Pengesan Dadah (APD), semua unit, cawangan di Bahagian Penguatkuasaan komited untuk menguatkuasakan perundangan yang ditadbir dengan lebih berkesan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurut Siti, kes pertama merupakan rampasan rokok bercukai lebih kurang RM2 juta.

“Pada 26 September 2024, kira-kira jam 5:00 petang, bertindak atas maklumat, sepasukan pegawai kastam daripada Bahagian Penguatkuasaan Kota Kinabalu telah telah melakukan serbuan di sebuah stor yang tidak bernombor di Penampang.

“Hasil pemeriksaan telah menjumpai sejumlah rokok yang disyaki tak berkastam disimpan didalam premis tersebut.

“Rokok merupakan barang larangan yang mana pengimportnya dibenarkan dengan syarat seperti mana yang ditetapkan di bawah Butiran 1, Bahagian II, Jadual Ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.

“Kesemua rokok disyaki tak berkastam tersebut berjumlah 214,000 bungkus (4,280,000 batang) yang dianggarkan bernilai RM428,000.00 dan melibatkan cukai sebanyak RM2,867,600.00.

“Modus operandi bagi kes ini menjadikan stor yang tidak berpenghuni sebagai tempat penyimpanan barang-barang yang tak berkastam. Kes masih di dalam siasatan,” katanya.

Bagi kes kedua, Siti berkata, pada 30 September 2024, pasukan penguatkuasaan dari Bahagian Penguatkuasaan Kastam Kota Kinabalu telah menjalankan beberapa serbuan berasingan di sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu yang melibatkan tiga premis.

Katanya, serbuan dilakukan ketiga-tiga premis berkenaan sekitar jam 8 malam hingga 8.30 malam di Bandaran Berjaya.

“Serbuan pertama, hasil pemeriksaan telah menemui minuman keras tidak berkastam berjumlah 429 tin (139.02 liter) yang dianggarkan bernilai RM542.59 dan melibatkan cukai sebanyak RM2,185.73. 10.

“Seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 61 tahun telah ditahan.

“Serbuan kedua, pasukan menemui kesemua minuman keras disyaki tak berkastam tersebut berjumlah 8 karton (53.76 liter) yang dianggarkan bernilai RM203.75 dan melibatkan cukai sebanyak RM833.50. 13. Seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 41 tahun telah ditahan.

“Manakala serbuan ketiga pasukan telah menemukan sejumlah minuman keras pelbagai jenis disyaki tak berkastam berjumlah 8 karton (61.92 liter) yang dianggarkan bernilai RM234.68 dan melibatkan cukai sebanyak RM930.44. Seorang perempuan warganegara Malaysia berumur 50 tahun telah ditahan untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi bagi kes tersebut menjual minuman keras tidak berkastam di premis.

Sementara kes ketiga, Siti berkata, pada 1 Oktober 2024, kira-kira jam 2.00 pagi, bertindak atas maklumat risikan, Bahagian Penguatkuasaan Kota Kinabalu dengan bantuan Pasukan Cobra Zon Sabah telah melaksanakan serbuan di kawasan sebuah syarikat pengangkutan di Kota Kinabalu.

“Hasil daripada serbuan, sebuah lori yang membawa sejumlah minuman keras jenis bir yang disyaki tidak berkastam.

“Pemeriksaan lanjut di sekitar lokasi serbuan dilakukan, dua buah lori yang berisi muatan minuman keras jenis bir yang disyaki tidak berkastam dijumpai berjumlah 1,830 karton (14,736.81 liter) yang dianggarkan bernilai RM55,852.51 dan melibatkan cukai sebanyak RM228,479.50.22.

“Modus operandi bagi kes ini menggunakan lori untuk mengangkut minuman keras tidak berkastam.

“Semua barang kes, termasuk pemandu dan kelindan, telah ditahan dan dibawa ke Pejabat Wisma Penguatkuasaan Sepanggar, Kota Kinabalu,” katanya.

Siti berkata, ketiga-tiga kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak kurang sepuluh kali ganda nilai barang atau seratus ribu ringgit (RM100,000.00), amaun mana yang lebih besar, dan tidak lebih daripada dua puluh kali ganda nilai barang atau lima ratus ribu ringgit (RM500,000.00), amaun mana yang lebih besar atau penjara bagi tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.

“Pihak JKDM masih menjalankan siasatan ke atas semua kes berkenaan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/28/jkdm-sabah-sindiket-seludup-minuman-keras-rokok-bernilai-lebih-rm3-juta-tumpas/feed/ 0 62927
JKDM Zon Sabah rekod rampasan RM348 juta https://sabahmedia.com/2024/07/26/jkdm-zon-sabah-rekod-rampasan-rm348-juta/ https://sabahmedia.com/2024/07/26/jkdm-zon-sabah-rekod-rampasan-rm348-juta/#respond Fri, 26 Jul 2024 06:24:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58079
Read Time:2 Minute, 3 Second

Kota Kinabalu:   Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Sabah berjaya merekodkan jumlah keseluruhan rampasan RM348 juta bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, berbanding tempoh sama pada tahun lalu, jumlah itu meningkat dari segi nilai namun bilangan kes adalah menurun.

“Untuk tempoh enam bulan pertama ini dari segi volume meningkat kerana melibatkan rampasan yang besar. Dari segi bilangan kes adalah menurun.

“Secara keseluruhan untuk tempoh enam bulan kita dapat kes adalah RM348 juta, ini bercampur barang-barang lain tapi dari segi jumlah komoditi utama dadah, rokok dan minuman keras,” katanya.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin serta Toh Puan Norlidah R.M. Jasni di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Mohd Nasir yang ditemani isterinya Datin Halizah Abdul Samat memaklumkan kunjungan itu bertujuan untuk menyampaikan ucapan terima kasih kepada Tun Juhar mengenai persaraannya hari ini.

Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan serta terima kasih atas hubungan baik di antara pihak Istana Seri Kinabalu dengan JKDM Zon Sabah.

Dalam pada itu, Mohd Nasir berkata, dalam konteks kastam memerangi penyeludupan ia terfokus kepada tiga komoditi utama iaitu rokok, minuman keras dan dadah tetapi Sabah berdepan dengan komoditi lain seperti ayam import.

“Cuma di Sabah ini, berdasarkan pencapaian serta rekod, barangan sejuk beku seperti ayam menjadi komoditi yang besar dalam tangkapan dan rampasan.

“Ia merupakan barangan import dari luar negara yang memasuki negeri ini melalui Pelabuhan Sepanggar untuk pengguna dalam negeri ini,” katanya.

Meskipun keadaan kini terkawal dan kes telah berkurang, Mohd Nasir menyatakan, pihaknya akan terus meningkatkan langkah kawalan di pelabuhan menerusi kaedah pemeriksaan menggunakan mesin pengimbas yang dilengkapi Artificial Intelligence (A.I.).

“JKDM turut menguatkuasakan arahan kepada agen penghantaran untuk membuat pengikraran lengkap dan teratur supaya JKDM dapat mengenal pasti secara terus barangan yang diikrarkan,” katanya.

Dalam masa yang sama, Mohd Nasir berkata, sebagai check and balance pihaknya mengadakan operasi payung di luar pelabuhan sebagai second check untuk memastikan keadaan benar-benar dapat meningkatkan kepatuhan pihak pengimport di pelabuhan utama Sabah iaitu Sepanggar, Tawau dan Sandakan.

Mohd Nasir yang mula melapor diri pada 10 Oktober 2022, dikurniakan darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) oleh Tun Juhar bersempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Ke-70 tahun lalu.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/26/jkdm-zon-sabah-rekod-rampasan-rm348-juta/feed/ 0 58079
JKDM Sabah rampas tiga kontena seludup minuman keras lebih RM1.5 juta https://sabahmedia.com/2024/06/04/jkdm-sabah-rampas-tiga-kontena-seludup-minuman-keras-lebih-rm1-5-juta/ https://sabahmedia.com/2024/06/04/jkdm-sabah-rampas-tiga-kontena-seludup-minuman-keras-lebih-rm1-5-juta/#respond Tue, 04 Jun 2024 05:37:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55479
Read Time:3 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya menahan tiga kontena dan merampas pelbagai jenis minuman keras dipercayai cuba diseludup ke negara ini dengan jumlah keseluruhan nilai rampasan lebih RM1.5 juta.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, pada 24 April 2024, lebih kurang 10.50 pagi, bertindak berdasarkan maklumat, pasukan serbuan yang terdiri daripada anggota di bawah Cawangan Import Eksport Pelabuhan Sepanggar dan Unit Operasi Penguatkuasaan Kota Kinabalu telah berjaya menahan dua buah kontena disyaki berisi minuman keras yang cuba diseludup masuk ke dalam negara ini melalui Pelabuhan Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan awal terhadap kontena yang ditahan, pasukan serbuan Kastam telah menjumpai sejumlah 47,520.00 liter minuman keras jenis bir dengan anggaran nilai harga RM202,276.80 dan jumlah anggaran nilai duti serta cukai yang terlibat adalah berjumlah RM815,807.52

“Manakala pada hari dan lokasi sama, jam lebih kurang 3.39 petang, pasukan operasi tersebut berjaya menahan sebuah lagi kontena berisi 22,887.92 liter minuman keras pelbagai jenis dengan anggaran nilai harga masing-masing RM96,165.44 dan jumlah anggaran nilai duti serta cukai terlibat berjumlah RM388,439.13,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd Nasir turut memaklumkan pada 22 Mei 2024, Bahagian Penguatkuasaan JKDM Sabah telah melaksanakan OPS Tuai 2024 yang turut berjaya merampas pelbagai jenis dan jenama minuman keras berjumlah 16,767.59 liter dengan nilai harga berjumlah RM 80,453.19 dan anggaran nilai cukai serta duti terlibat berjumlah RM290,155.76.

“Turut dirampas pelbagai jenis dan jenama rokok berjumlah 15,480 batang dengan anggaran nilai harga berjumlah RM1,874.40 dan anggaran cukai serta duti terlibat berjumlah RM9,164.64.

“Selain itu dua buah lori, sebuah van dan sebuah kenderaan Perodua Viva yang disyaki digunakan untuk menyimpan minuman keras turut dirampas di dalam operasi ini dengan anggaran nilai harga keseluruhan RM75,000.00. Jumlah keseluruhan nilai rampasan semasa operasi ini adalah RM456,647.99,” katanya.

Beliau berkata, OPS TUAI 2024 di kawasan yang disasarkan untuk menyekat penjualan dan pengedaran barang-barang seludup khususnya rokok, minuman keras, mercun dan bunga api menjelang musim perayaan Pesta Kaamatan di Sabah.

“Operasi ini telah diketuai oleh Ketua Cawangan Operasi, Marin & Khidmat Sokongan (OMKS) Kota Kinabalu selaku Pengarah Operasi dan dibantu seramai empat (4) orang Pegawai Kanan dan 53 orang Anggota Operasi Kastam dari pelbagai stesen.

“Operasi ini telah dilaksana meliputi kawasan Ranau, Kota Kinabalu, Papar, Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang. Tenom dan juga Keningau,” jelasnya.

Menurutnya, sepanjang tempoh lapan hari operasi dijalankan, sebanyak 13 kes telah berjaya diperolehi di mana lima kes daripadanya adalah kes tangkapan yang melibatkan seorang warga asing berumur 41 tahun dan empat orang warga tempatan berumur 19 hingga 31 tahun.

“Modus operandi bagi kes minuman keras yang cuba dibawa masuk melalui Pelabuhan Sepanggar adalah membuat pemalsuan maklumat pada dokumen seperti bill of lading dan manifest untuk diikrar sebagai barang lain dalam usaha mengaburi mata pihak berkuasa dalam menjalankan penyeludupan.

“Manakala modus operandi bagi kes rokok dan minuman keras yang diperolehi semasa OPS TUAI 2024 adalah menyembunyikan barang tak berkastam dengan niat mengelak cukai dan mendapatkan kelebihan perniagaan di pasaran tempatan,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (a) Akta Kastam 1967 iaitu mengimport barang-barang larangan yang tertakluk pada butiran tiga(3), jadual ketiga, bahagian dua (2) Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023 dan 135 (1) (d) Akta Kastam 1967 iaitu kesalahan menyimpan barang larangan.

“Jika sabit kesalahan, kesalahan pertama memperuntukkan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda amaun duti kastam atau seratus ribu ringgit, mengikut mana-mana yang lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh kali ganda amaun duti kastam atau lima ratus ribu ringgit mengikut mana-mana yang lebih besar, atau dipenjara selama tempoh tidak kurang daripada enam bulan dan tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya,” tegasnya.

Justeru, beliau menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri.

“Pihak JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat adalah dirahsiakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/04/jkdm-sabah-rampas-tiga-kontena-seludup-minuman-keras-lebih-rm1-5-juta/feed/ 0 55479