JKDM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 10 Jun 2025 10:21:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JKDM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JKDM Sabah mematahkan penyeludupan bernilai RM16.6 juta https://sabahmedia.com/2025/06/10/jkdm-sabah-mematahkan-penyeludupan-bernilai-rm16-6-juta/ https://sabahmedia.com/2025/06/10/jkdm-sabah-mematahkan-penyeludupan-bernilai-rm16-6-juta/#respond Tue, 10 Jun 2025 10:21:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75339
Read Time:1 Minute, 54 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya mematahkan penyeludupan tiga jenis barang iaitu minuman keras, produk ayam beku dan beras di Pelabuhan Teluk Sepanggar, dengan nilai rampasan keseluruhan mencecah RM16,668,938.04.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan / Pematuhan), Siti Mang, kejayaan tersebut merupakan hasil risikan dan operasi bersepadu yang dijalankan oleh pasukan Bahagian Penguatkuasaan JKDM Kota Kinabalu bersama Cawangan Risikan Ibu Pejabat dalam tempoh dua minggu berakhir Mei lalu.

Dalam kes pertama, Siti memaklumkan bahawa rampasan terbesar melibatkan muatan 33 buah kontena berisi minuman keras jenis bir yang diperiksa antara 14 hingga 29 Mei lalu.

“Pemeriksaan mendapati sebanyak 659,856 liter minuman keras cuba diseludup masuk dengan pengikraran sebagai barangan aluminium. Barangan itu dianggarkan bernilai RM3,977,318.40, manakala jumlah duti dan cukai yang dielakkan mencecah RM11,866,109.64,” katanya dalam sidang media di Pelabuhan Teluk Sepanggar di sini hari ini (10 Jun).

Manakala kes kedua, pada 16 Mei lalu, sebuah kontena berisi produk ayam beku (dada ayam) seberat 28,008 kilogram dirampas selepas didapati tidak mempunyai permit import yang sah daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

“Barangan tersebut diikrarkan sebagai produk sayur beku bagi mengaburi pihak berkuasa. Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM233,400 dengan duti dan cukai sebanyak RM93,360,” katanya.

Manakala rampasan ketiga berlaku pada 29 Mei melibatkan sebuah kontena berisi 150,000 kilogram beras wangi dan beras pulut yang diikrarkan sebagai beras hancur untuk makanan haiwan. Taktik ini digunakan bagi mengelak daripada keperluan permit import dan cukai. Jumlah nilai rampasan ialah RM356,250 dan cukai sebanyak RM142,500.

Kesemua kes sedang disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967. Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda tidak kurang daripada sepuluh kali ganda nilai barangan atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Saya menyeru orang awam untuk membantu pihak kastam memerangi jenayah penyeludupan, terutamanya membabitkan barangan berduti tinggi dan barangan larangan seperti rokok, minuman keras, mercun, dadah serta makanan dan kenderaan yang dibawa masuk secara tidak sah.

“Penyeludupan bukan sahaja menyebabkan ketirisan hasil negara, malah boleh mendatangkan ancaman kepada keselamatan dan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Tambahnya lagi, orang ramai digalakkan menyalurkan maklumat melalui Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau mana-mana pejabat kastam berhampiran. JKDM memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/10/jkdm-sabah-mematahkan-penyeludupan-bernilai-rm16-6-juta/feed/ 0 75339
Dadah jenis methamphetamine, pelbagai barangan seludup bernilai lebih RM3.3 juta dirampas -JKDM https://sabahmedia.com/2025/04/09/dadah-jenis-methamphetamine-pelbagai-barangan-seludup-bernilai-lebih-rm3-3-juta-dirampas-jkdm/ https://sabahmedia.com/2025/04/09/dadah-jenis-methamphetamine-pelbagai-barangan-seludup-bernilai-lebih-rm3-3-juta-dirampas-jkdm/#respond Wed, 09 Apr 2025 09:36:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71676
Read Time:3 Minute, 10 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah merampas dadah jenis methamphetamine seberat lebih 40.7 kilogram serta pelbagai barangan seludup lain yang keseluruhannya bernilai lebih RM3,344,312 dalam lima kes berasingan.

Penolong Ketua Pengarah JKDM Sabah, Saidin Jalaluddin, berkata kes pertama melibatkan rampasan dadah jenis methamphetamine di Semporna pada 11 Mac lepas, lebih kurang jam 9.23 pagi. Pasukan operasi yang terdiri daripada anggota Kastam Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Semporna, telah membuat serbuan dan merampas dua kotak berwarna coklat di Terminal Bas Semporna-Kota Kinabalu.

“Hasil pemeriksaan mendapati kotak tersebut mengandungi bungkusan yang dibalut dengan lapisan plastik berwarna hitam yang mengandungi hablur jernih disyaki dadah jenis methamphetamine. Kesemua barang kes seberat lebih 40.7 kilogram itu dianggarkan bernilai RM1,305,184.

“Modus operandi kes ini adalah dengan menyembunyikan dan menyeludup dadah menggunakan terminal bas sebagai tempat penyembunyian bagi mengelakkan pengesanan pihak berkuasa,” katanya dalam sidang media di Menara Kastam Sabah pada Rabu (9 April).

Sementara itu, kes kedua melibatkan rampasan daun ketum (Mitragyna Speciosa) di Tawau pada 6 Mac, lebih kurang jam 9 pagi. Pasukan operasi Bahagian Penguatkuasaan Tawau telah membuat serbuan dan merampas sembilan kotak berwarna coklat bersalut plastik hitam di Terminal Bas Tawau.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kotak tersebut mengandungi serbuk berwarna hijau yang disyaki daun ketum seberat 125 kilogram yang dianggarkan bernilai RM5,000.

“Di bawah Peraturan 6, Akta Racun (Jadual Pertama, Bahagian II) Peraturan-Peraturan Racun 1952, ketum disenaraikan sebagai bahan terkawal, menjadikannya larangan tanpa lesen atau kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Manakala, kes ketiga melibatkan dua kes rampasan mercun dan bunga api masing-masing di Lahad Datu dan Sandakan.

Beliau berkata, pada 18 Mac, lebih kurang jam 3 petang, pasukan operasi Bahagian Penguatkuasaan Lahad Datu telah membuat serbuan dan merampas kotak-kotak mercun dan bunga api di sebuah bangunan Sarang Burung, Jalan Airport Lahad Datu.

“Didapati kotak-kotak tersebut mengandungi mercun dan bunga api pelbagai jenama berjumlah 1,482 kotak. Kesemuanya dianggarkan bernilai RM1,130,640 dan melibatkan duti Kastam berjumlah RM737,239,” katanya.

Menurutnya pada 11 Mac, lebih kurang jam 3.45 petang, pasukan operasi Bahagian Penguatkuasaan Sandakan telah membuat rondaan dan merampas 11 kotak di kawasan belakang bangunan Agro Bazar, Sandakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati di dalam kotak itu mengandungi mercun dan bunga api berjenama ‘Happy Boom’ seberat 6.84 kilogram. Mercun dan bunga api itu dianggarkan bernilai RM943 dan melibatkan cukai sebanyak RM612.95.

“Manakala kes keempat melibatkan dua kes rampasan rokok di Tawau. Dalam kes rampasan pertama, pada 10 Mac sekitar 2.30 petang, bertindak atas maklumat, pasukan operasi menjalankan serbuan dan merampas sejumlah rokok dari sebuah kenderaan jenis Perodua Viva yang ditinggalkan di Jalan Apas, Tawau.

“Pasukan telah menemui sebanyak 29,600 batang rokok di dalam kenderaan itu yang dianggarkan bernilai RM5,712 dan melibatkan cukai sebanyak RM5,920. Perodua Viva yang dianggarkan bernilai RM8,000 juga disita,” katanya.

Rampasan kedua pada 12 Mac, sekitar 9.30 malam, menurutnya, pasukan yang sama telah menjalankan rondaan rutin penguatkuasaan dan merampas sejumlah rokok dari sebuah kenderaan jenis Nissan Navara di Jalan Merotai, Tawau. Sebanyak 20,280 batang rokok dirampas, dianggarkan bernilai RM3,456 dan melibatkan cukai sebanyak RM13,730. Kenderaan tersebut yang dianggarkan bernilai RM100,000 telah disita. Manakala kes kelima melibatkan sitaan kenderaan “overstay” di Tawau. Pada 18 Mac, sekitar 11 malam, pasukan serbuan telah menjalankan rondaan dan menyita sebuah kenderaan di sebuah rumah tanpa nombor di Kampung Labuan Senang, Tawau.

“Kenderaan jenis Honda Civic berwarna putih yang berdaftar di Labuan itu telah melebihi had kelayakan untuk berada di Kawasan Utama Kastam (KUK). Kenderaan tersebut yang dianggarkan bernilai RM15,000 melibatkan duti Kastam sebanyak RM12,875.00.

“Berdasarkan Perintah Duti Kastam (Pengecualian) 2017, kenderaan tersebut tidak boleh berada di KUK lebih daripada 90 hari dalam setahun. Kenderaan tersebut disalahgunakan dan dibiarkan melebihi tempoh kelayakan tanpa membayar cukai,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/09/dadah-jenis-methamphetamine-pelbagai-barangan-seludup-bernilai-lebih-rm3-3-juta-dirampas-jkdm/feed/ 0 71676
JKDM Sabah rampas barangan seludup bernilai RM878,855.76, enam individu ditahan https://sabahmedia.com/2025/03/26/jkdm-sabah-rampas-barangan-seludup-bernilai-rm878855-76-enam-individu-ditahan/ https://sabahmedia.com/2025/03/26/jkdm-sabah-rampas-barangan-seludup-bernilai-rm878855-76-enam-individu-ditahan/#respond Wed, 26 Mar 2025 08:10:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71129
Read Time:2 Minute, 21 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Sabah berjaya merampas pelbagai barangan yang cuba diseludup dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM878,855.76 dan menahan enam individu dalam empat kes berasingan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam, Saidin Jalaluddin berkata, rampasan itu melibatkan beberapa jenis barangan termasuk minuman keras, rokok, serta wayar dan barangan elektrik.

Katanya, dari jumlah tersebut termasuk cukai, RM809,028.53 adalah nilai rampasan minuman keras, RM32,116.48 bagi rokok, dan RM37,710.75 untuk wayar dan barangan elektrik.

“Dalam kes pertama, pada 4 Mac sekitar jam 2 petang, pasukan JKDM dari Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Kota Kinabalu, bersama pegawai dari Unit Marin dan Unit Luar Gudang, telah memeriksa tiga buah kontena di Pelabuhan Sepanggar.

“Hasil pemeriksaan mendapati sejumlah karton minuman keras jenis beer yang dimuatkan dalam kontena tersebut. Siasatan awal menunjukkan bahawa manifest kontena tersebut diisytiharkan sebagai makanan dalam tin dan barang lain,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Penguatkuasaan Sepanggar dekat sini pada Rabu.

Menurut Saidin, rampasan melibatkan 41,472 liter minuman keras yang dianggarkan bernilai RM157,178.88 dan cukai sebanyak RM642,981.90.

“Minuman keras itu merupakan barang larangan yang hanya boleh diimport dengan Permit Import.

“Modus operandi kes ini adalah membuat pengiktirafan yang tidak betul dan lengkap dalam Borang Kastam 1. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a), Akta Kastam 1967,” jelasnya.

Menurut beliau lagi, dalam kes kedua, sebanyak 751.16 liter minuman keras yang dianggarkan bernilai RM2,144.07, dengan cukai sebanyak RM6,723.68 dirampas dan enam individu telah ditahan dalam kes ini untuk siasatan lanjut.

“Minuman keras itu dirampas dalam operasi di beberapa premis perniagaan sekitar Kota Kinabalu pada hari yang sama, antara jam 2 petang hingga 8.30 malam, Rampasan minuman keras itu kerana tiada Permit Import,” katanya.

Sementara kes ketiga berhubung kes rampasan rokok di Tawau, Saidin berkata, pada 5 dan 7 Mac, sekitar jam 9.30 pagi, pasukan serbuan JKDM dari Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Tawau telah menjalankan operasi di sebuah stor ladang dan Pasar Tamu Brumas di Tawau.

“Rokok pelbagai jenis berjumlah 26,726 batang yang dianggarkan bernilai RM7,101.20 dan cukai sebanyak RM25,015.28, telah dirampas. Rokok berkenaan barang larangan yang hanya boleh diimport dengan Permit Import,” katanya.

Beliau berkata, bagi kes keempat pasukan JKDM Cawangan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Lahad Datu merampas wayar dan lampu LED di Terminal Bas Ekspres Lahad Datu.

“Pada 6 Mac sekitar jam 7.40 malam,
wayar dan lampu LED pelbagai jenama yang disyaki barang larangan, berjumlah 216 gulung, dengan nilai RM32,650 dan cukai sebanyak RM5,060.75. Barangan tersebut memerlukan Permit Import yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyeludupan dinasihatkan untuk menghubungi Talian Bebas Tol Kastam di 1-800-88-8855 atau pejabat JKDM yang terdekat. JKDM juga memberi jaminan bahawa identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/26/jkdm-sabah-rampas-barangan-seludup-bernilai-rm878855-76-enam-individu-ditahan/feed/ 0 71129
Perlantikan JKDM Melanggar Perlembagaan Dan Bertentangan Dengan MA63 – Ansari https://sabahmedia.com/2024/05/26/perlantikan-jkdm-melanggar-perlembagaan-dan-bertentangan-dengan-ma63-ansari/ https://sabahmedia.com/2024/05/26/perlantikan-jkdm-melanggar-perlembagaan-dan-bertentangan-dengan-ma63-ansari/#respond Sun, 26 May 2024 09:52:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55035
Read Time:2 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu,– Cadangan terbaru untuk menubuhkan JKDM di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar  ini  adalah melanggar Perlembagaan dan bertentangan dengan semangat dan teks Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC62) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ujar seorang ahli politik Sabah.

Peguam dan Timbalan Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Ansari Abdullah berkata sejarah kerajaan tempatan dan pentadbiran di Sabah yang telah melalui beberapa peristiwa penting sejak tamatnya Perang Dunia Kedua seharusnya menjadi rujukan bagi menghormati semangat pejanjian Malaysia 1963(MA63).

Mengungkap balik sejarah, Kerajaan Sivil untuk Borneo Utara, yang kini dikenali sebagai Sabah, telah ditubuhkan semula pada 15 Julai 1946 iaitu selepas penyerahan tentera Jepun.  Di bawah North Borneo Cession Order in Council  yang diwartakan pada 10 Julai 1946, ianya menjadikan Sabah sebagai “Koloni Borneo Utara,” termasuk Labuan.

Semasa zaman kolonial, Borneo Utara ditadbir oleh Gabenor, dibantu oleh Residen dan Pegawai Daerah. Rangka kerja pentadbiran ini berkembang dengan penggubalan Ordinan Pentadbiran Luar Bandar (cap 132) pada 6 Disember 1951.

Ordinan ini membolehkan penubuhan  pihak berkuasa tempatan untuk kawasan bandar dan melantik Ketua-ketua Anak Negeri dan ketua kampung untuk kawasan luar bandar.

Walau bagaimanapun pada tahun 1961 pula , Ordinan Kerajaan Tempatan (Ordinan No. 11 tahun 1961) telah diluluskan, di mana ianya mewujudkan satu undang-undang berasingan bagi pentadbiran bandar dan luar bandar.

Selepas  pembentukan Malaysia dibuat, rakyat Sabah kemudiannya telah mengemukakan “20 Perkara” sebagai langkah perlindungan dimana kawalan ke atas kawasan kritikal seperti tanah, perhutanan, dan kerajaan tempatan dikekalkan di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Sabah. 

Perlindungan ini dimasukkan ke dalam Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan, khususnya dalam Senarai II (Senarai Negeri) perkara  4 dan Senarai IIA (Tambahan kepada Senarai Negeri untuk Negeri Sabah dan Sarawak) perkara 14.

Tambahnya  Pada masa kini, pentadbiran luar bandar, termasuk pelantikan ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKKK), berada di bawah kawalan Pegawai Daerah, Datuk Bandar, Majlis Perbandaran, dan Majlis Daerah.

“Dalam erti kata lain, ia di bawah kawalan dan arahan Kerajaan Negeri Sabah, bukan Kerajaan Persekutuan,” tegas beliau kepada Sabah Media hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri itu dilaporkan telah menyerahkan watikah pelantikan JKDM kepada Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang mewakili 132 pengerusi dan setiausaha jawatankuasa itu dari 66 kampung di Kinabatangan.

Pada Sabtu lalu, Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Ewon Benedick percaya penubuhan JKDM di Sabah lebih kepada inisiatif parti politik dan tidak melalui wakil rakyat di negeri ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah menjelaskan pandangannya yang tidak bersetuju dengan penubuhan JKDM apabila ia dibangkitkan di Kabinet.

Ewon yang juga Ahli Parlimen Penampang berkata, beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk Moyog dan Kadamaian tidak dibincangkan penubuhan JKDM.

Dalam pada itu, tambah Ansari lagi, cadangan ini juga dilihat sebagai tidak konsisten dengan janji Kerajaan MADANI untuk melaksanakan perjanjian IGC62/MA63 dan pengembalian kuasa kepada Sabah dan Sarawak.

Jika dilaksanakan, cadangan ini boleh mengurangkan kuasa dan tanggungjawab Kerajaan Negeri Sabah katanya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/26/perlantikan-jkdm-melanggar-perlembagaan-dan-bertentangan-dengan-ma63-ansari/feed/ 0 55035
Kastam Patah Cubaan Seludup Dadah Lebih 12KG Guna Ikan Sejuk Beku Di KKIA https://sabahmedia.com/2021/10/06/kastam-patah-cubaan-seludup-dadah-lebih-12kg-guna-ikan-sejuk-beku-di-kkia/ https://sabahmedia.com/2021/10/06/kastam-patah-cubaan-seludup-dadah-lebih-12kg-guna-ikan-sejuk-beku-di-kkia/#respond Wed, 06 Oct 2021 06:12:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7215
Read Time:1 Minute, 18 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kastam Diraja Malaysia mematahkan cubaan menyeludup lebih 12 kilogram (kg) dadah ke luar negara bernilai lebih RM500,000 dengan menggunakan 23 kotak polistirena mengandungi ikan sejuk beku antaranya ikan merah dan kerapu di sini, 29 Sept lepas.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah Datuk Abdullah Jaapar berkata dadah dipercayai Methamphetamine 9.21kg bernilai RM331,956, dan Ketamine 3.19 kg dengan nilai RM169,070 itu dirampas di Cawangan Kargo Udara, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (LTAKK).

“Lebih kurang pukul 5 petang, Cawangan Kargo Udara, LTAKK telah menerima makluman bahawa terdapat bungkusan plastik yang mencurigakan dan disyaki mengandungi bahan terlarang dadah di dalam kotak polistirena ikan sejuk beku untuk tujuan eksport ke luar negara. 

“Kes dirujuk kepada Cawangan Penguatkuasaan, LTAKK dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati 23 bungkusan plastik lutsinar yang dijumpai di dalam 23 kotak polystyrene mengandungi hablur kristal yang disyaki dadah,” katanya pada sidang media di Menara Kastam di sini hari ini.

Abdullah berkata ini merupakan kes kedua tahun ini dengan modus operandi sama iaitu menggunakan kotak polistirena mengandungi ikan sejuk beku eksport luar negara bagi mengaburi pihak berkuasa, dengan kes pertama ialah cubaan menyeludup 8.66kg dadah bernilai RM404,375 pada 29 Ogos lepas.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan beliau menyeru orang awam memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan kes itu atau sebarang kegiatan  penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam terdekat. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/06/kastam-patah-cubaan-seludup-dadah-lebih-12kg-guna-ikan-sejuk-beku-di-kkia/feed/ 0 7215