jkjav – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Aug 2021 09:47:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jkjav – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PICK : Pemberian Vaksin Di Malaysia Cecah 30.8 Juta Dos https://sabahmedia.com/2021/08/22/pick-pemberian-vaksin-di-malaysia-cecah-30-8-juta-dos/ https://sabahmedia.com/2021/08/22/pick-pemberian-vaksin-di-malaysia-cecah-30-8-juta-dos/#respond Sun, 22 Aug 2021 09:55:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5067
Read Time:1 Minute, 1 Second

KUALA LUMPUR: Sebanyak 469,690 dos vaksin diberikan semalam melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 30,840,093 dos.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) dalam hantaran melalui media sosial hari ini, berkata setakat jam 11.59 malam tadi sebanyak 159,792 menerima suntikan dos pertama dan 309,898 bagi dos kedua.

Jumlah peratusan vaksinasi terkini bagi populasi dewasa di negara ini juga terus mencatatkan peningkatan dengan sebanyak 77.4 peratus individu atau 18,121,392 sudah melengkapkan dos pertama, manakala 54.3 peratus atau 12,718,701 lengkap dua dos vaksin COVID-19.

Labuan mencatatkan peratusan vaksinasi lengkap bagi populasi dewasa tertinggi mengikut negeri iaitu 90.6 peratus, diikuti Sarawak 84.1 peratus dan Lembah Klang 81.3 peratus.

Dalam pada itu, Selangor mencatatkan kadar vaksinasi harian tertinggi semalam dengan 96,884 bagi dos kedua dan 14,745 untuk dos pertama.

Ia diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan 55,706 dos kedua dan 17,482 dos pertama.

Malaysia kini berada dalam Fasa Tiga PICK yang dilancarkan pada 24 Februari lalu membabitkan pemberian vaksin kepada 13.7 juta penduduk berusia 18 tahun ke atas serta kalangan warga asing yang berada di negara ini. – BH

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/22/pick-pemberian-vaksin-di-malaysia-cecah-30-8-juta-dos/feed/ 0 5067
Bung Gesa JKJAV Segera Hantar Bekalan Vaksin Ke Sabah Bagi Memastikan Pemberian Vaksin Berjalan Lancar https://sabahmedia.com/2021/07/21/bung-gesa-jkjav-segera-hantar-bekalan-vaksin-ke-sabah-bagi-memastikan-pemberian-vaksin-berjalan-lancar/ https://sabahmedia.com/2021/07/21/bung-gesa-jkjav-segera-hantar-bekalan-vaksin-ke-sabah-bagi-memastikan-pemberian-vaksin-berjalan-lancar/#respond Wed, 21 Jul 2021 05:22:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3383
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan pusat khususnya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) diminta supaya menyegerakan penghantaran vaksin ke Sabah bagi memastikan pemberian vaksin di negeri ini berjalan lancar.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, berdasarkan data JKJAV, penerima vaksin bagi dos pertama dan kedua di negeri ini amat rendah berbanding negeri-negeri lain dan perkara ini amat membimbangkan dengan peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah sejak beberapa minggu  lalu.

Jelas beliau, pelbagai pendekatan telah dilaksanakan kerajaan negeri seperti pembukaan lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) serta Program Outreach Vaksinasi COVID-19 sudah tentu sukar untuk mencapai sasaran vaksinasi sekiranya bekalan vaksin tidak mencukupi.

Justeru beliau mahu kerajaan pusat serta pihak terlibat terutama JKJAV agar bertindak segera dengan menghantar bekalan vaksin ke Sabah bagi mengurangkan jurang di antara negeri-negeri lain dalam soal pemberian vaksin.

“Selaku wakil rakyat yang prihatin dengan kesejahteraan rakyat Sabah, saya meminta kerajaan pusat supaya menyegerakan penghantaran vaksin ke Sabah bagi memastikan kita (kerajaan negeri) dapat memberikan suntikan imunisasi kepada lebih banyak rakyat di negeri ini. Soal berkaitan kesihatan dan kebajikan rakyat Sabah perlu diutamakan”.

“Perkara ini tidak boleh dilengahkan kerana kita berdepan dengan ancaman virus COVID-19 yang lebih berbahaya ekoran penemuan varian baharu yang lebih mudah menular. Justeru kita perlu segera membentuk imuniti berkelompok bagi mengurangkan risiko jangkitan, ” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan bilik mesyuarat di Bangunan Kementerian Kerja Raya disini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Bung yang juga Menteri Kerja Raya turut menyarankan kepada pihak terlibat supaya melaksanakan inisiatif lain bagi menggalakkan lagi pendaftaran vaksin memandangkan kaedah melalui MySejahtera tidak cukup berkesan.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, pendekatan ‘walk-in’ wajar dipertimbangkan kepada rakyat Sabah yang belum lagi menerima temujanji khususnya di kawasan luar bandar memandangkan sebahagian mereka tidak mempunyai akses kepada kemudahan internet.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan menjelaskan, selain melalui MySejahtera, pendaftaran secara ‘walk-in’ dan pandu lalu  juga perlu dibuka kepada orang ramai bagi memastikan Sabah dapat mencapai sasaran imuniti berkelompok dalam tempoh yang disasarkan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/21/bung-gesa-jkjav-segera-hantar-bekalan-vaksin-ke-sabah-bagi-memastikan-pemberian-vaksin-berjalan-lancar/feed/ 0 3383