JKKK – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 27 Jul 2026 01:27:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JKKK – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Enakmen baharu perkukuh pentadbiran akar umbi, Ketua Kampung dan JKKK diminta terus dekat dengan rakyat https://sabahmedia.com/2026/07/27/enakmen-baharu-perkukuh-pentadbiran-akar-umbi-ketua-kampung-dan-jkkk-diminta-terus-dekat-dengan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2026/07/27/enakmen-baharu-perkukuh-pentadbiran-akar-umbi-ketua-kampung-dan-jkkk-diminta-terus-dekat-dengan-rakyat/#respond Mon, 27 Jul 2026 01:26:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100631
Read Time:1 Minute, 27 Second

RANAU : Kelulusan Enakmen Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung 2026 mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri untuk memperkukuh sistem pentadbiran di peringkat akar umbi.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, enakmen itu bukan sahaja memperkemaskan tadbir urus institusi kepimpinan masyarakat, malah meningkatkan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada rakyat.

Beliau berkata, Ketua Kampung dan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) memainkan peranan penting sebagai penghubung antara kerajaan dengan masyarakat, justeru mereka perlu sentiasa mendampingi rakyat serta memahami keperluan komuniti masing-masing.

“Pemimpin masyarakat perlu sentiasa turun padang, mendengar suara rakyat dan memahami keperluan penduduk supaya setiap isu dapat ditangani dengan segera dan berkesan.

“Kerjasama erat antara pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan komuniti amat penting bagi memastikan segala usaha pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapan yang disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Johari Suhaimin, ketika merasmikan Majlis Penyerahan Watikah JKKK Kawasan N.37 Karanaan di Dewan Kampung Mininsalu, di sini.

Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata, watikah pelantikan yang diterima oleh Ketua Kampung dan Ahli JKKK bukan sekadar satu pengiktirafan, sebaliknya membawa amanah besar untuk memimpin masyarakat dengan penuh tanggungjawab, integriti dan keikhlasan.

Beliau turut mengingatkan bahawa kejayaan pelaksanaan dasar serta program kerajaan bergantung kepada komitmen pemimpin di peringkat akar umbi dalam memastikan setiap bantuan dan inisiatif kerajaan sampai kepada golongan yang memerlukan.

Pada majlis itu, seramai 46 Pengerusi JKKK dan dua Ketua Kampung bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Karanaan menerima watikah pelantikan.

Dua Ketua Kampung yang menerima watikah ialah Mohd Linggas Rasmin dari Kampung Purakogis dan Radzie Aziri Sanin dari Kampung Piasau.

Turut hadir Pegawai Daerah Ranau, Tinus Manggam; Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Karanaan, Suhaimi Manjun; Ketua Daerah Ranau, Muhasip Roman serta pemimpin masyarakat setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/27/enakmen-baharu-perkukuh-pentadbiran-akar-umbi-ketua-kampung-dan-jkkk-diminta-terus-dekat-dengan-rakyat/feed/ 0 100631
JKKK perlu lebih aktif turun padang, fahami keperluan masyarakat https://sabahmedia.com/2026/05/09/jkkk-perlu-lebih-aktif-turun-padang-fahami-keperluan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2026/05/09/jkkk-perlu-lebih-aktif-turun-padang-fahami-keperluan-masyarakat/#respond Sat, 09 May 2026 00:36:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96369
Read Time:1 Minute, 14 Second

BEAUFORT: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diminta untuk lebih aktif turun padang bagi membantu rakyat serta memahami keperluan sebenar masyarakat di peringkat akar umbi.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah Datuk Ruslan Muharam berkata, setiap JKKK perlu sentiasa peka terhadap isu semasa yang berlaku di kawasan masing-masing selain memainkan peranan sebagai penghubung utama antara rakyat dan kerajaan.

Beliau berkata, JKKK merupakan mata dan telinga kerajaan di peringkat kampung yang bertanggungjawab menyalurkan maklumat tepat berkaitan keperluan rakyat kepada pihak berkaitan.

“JKKK perlu sentiasa turun padang dan mengambil tahu keadaan penduduk di kawasan masing-masing supaya setiap masalah dapat dikenal pasti lebih awal dan ditangani dengan segera.

“Kefungsian JKKK sebagai penghubung antara rakyat dan kerajaan perlu terus diperkasakan bagi memastikan setiap isu dapat diselesaikan dengan lebih berkesan dan cepat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat JKKK Tamalang Along di bilik mesyuarat Pejabat ADUN Lumadan, di sini, pada Jumaat.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, kunjungan tersebut amat dihargai kerana ia menjadi platform penting dalam memperkukuhkan hubungan kerjasama antara kepimpinan kampung dan pejabat wakil rakyat.

Dalam pertemuan itu, pelbagai perkara turut dibincangkan termasuk isu kebajikan rakyat, keperluan pembangunan kampung serta usaha mempertingkat kesejahteraan masyarakat setempat.

Beliau turut berharap hubungan baik antara JKKK dan pejabat ADUN dapat diteruskan demi memastikan setiap perancangan pembangunan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun dan menyeluruh.

Kunjungan berkenaan mencerminkan komitmen JKKK Tamalang Along dalam memainkan peranan aktif membantu masyarakat serta memperkukuhkan kerjasama dengan kepimpinan kawasan Lumadan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/09/jkkk-perlu-lebih-aktif-turun-padang-fahami-keperluan-masyarakat/feed/ 0 96369
Tanah terbiar akan dibangunkan, bantu tingkat ekonomi penduduk luar bandar – Ruslan https://sabahmedia.com/2026/04/20/tanah-terbiar-akan-dibangunkan-bantu-tingkat-ekonomi-penduduk-luar-bandar-ruslan/ https://sabahmedia.com/2026/04/20/tanah-terbiar-akan-dibangunkan-bantu-tingkat-ekonomi-penduduk-luar-bandar-ruslan/#respond Mon, 20 Apr 2026 06:43:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95216
Read Time:1 Minute, 31 Second

BEAUFORT : Kawasan tanah terbiar khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lumadan dikenal pasti untuk dibangunkan semula secara berperingkat bagi meningkatkan hasil pertanian dan memperkukuh ekonomi komuniti luar bandar.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, antara tumpuan utama adalah mengaktifkan semula kawasan jelapang padi yang tidak diusahakan selain memperluas sektor ternakan seperti kerbau, lembu dan kambing yang sebelum ini kurang dimanfaatkan.

Beliau berkata, langkah itu penting bagi memastikan sumber sedia ada dapat digunakan secara optimum, sekali gus menyumbang kepada peningkatan pengeluaran makanan tempatan.

“Kita melihat masih banyak kawasan sawah padi yang terbiar dan ini akan menjadi keutamaan untuk diaktifkan semula.

“Begitu juga dengan sektor ternakan yang mempunyai potensi besar jika diurus dengan baik dan diberi sokongan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di sini pada Ahad.

Ruslan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lumadan berkata, industri tanaman rumbia atau sagu di daerah Beaufort turut diberi perhatian berikutan potensinya yang semakin berkembang.

Katanya, harga sagu yang mencecah sekitar RM150 bagi 50 kilogram menunjukkan permintaan tinggi, namun penanaman pokok rumbia semakin berkurangan dan perlu dipulihkan.

“Usaha penanaman semula pokok rumbia perlu dipergiat bagi memastikan sumber ini tidak pupus, malah ia berpotensi menjadi produk bernilai tinggi.

“Malah, industri ini juga mempunyai tarikan pelancongan apabila pelawat berminat melihat proses penghasilan sagu dan produk tradisional seperti ambuyat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa sektor akuakultur khususnya penternakan udang di kampung-kampung seperti Kampung Teretak dan Bintuka menunjukkan perkembangan positif.

Sehubungan itu, kerajaan akan terus memberi sokongan dari segi latihan, kursus serta bantuan teknikal bagi membantu lebih ramai penduduk menceburi bidang berkenaan.

Menurutnya, pendekatan bersepadu melibatkan komuniti setempat, agensi kerajaan dan kepimpinan kampung diyakini mampu mengoptimumkan penggunaan tanah terbiar sekali gus meningkatkan pendapatan rakyat di kawasan luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/20/tanah-terbiar-akan-dibangunkan-bantu-tingkat-ekonomi-penduduk-luar-bandar-ruslan/feed/ 0 95216
JKKK perlu utamakan integriti tinggi dalam tugasan harian https://sabahmedia.com/2025/03/27/jkkk-perlu-utamakan-integriti-tinggi-dalam-tugasan-harian/ https://sabahmedia.com/2025/03/27/jkkk-perlu-utamakan-integriti-tinggi-dalam-tugasan-harian/#respond Thu, 27 Mar 2025 02:16:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71172
Read Time:1 Minute, 14 Second

Sook : Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik diingatkan agar mengutamakan budaya etika yang baik dan integriti tinggi ketika menjalankan tugasan.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin berkata, ini kerana JKKK berperanan sebagai salah satu agen perancang dan penghubung antara masyarakat dan Kerajaan.

Katanya, penerapan kedua-dua nilai itu penting dalam badan JKKK agar perancangan dan pembangunan yang disalurkan oleh kerajaan lebih berkesan dan efisien sehingga sampai ke akar umbi.

“Anda adalah mata dan telinga kerajaan, jadi manfaatlah kepercayaan yang diberikan ini untuk menabur jasa dan bakti kepada masyarakat dengan penuh komitmen dan tanggungjawab terutamanya di kampung jagaan masing-masing.

“Kerajaan pastinya menaruh harapan besar terhadap peranan anda semua (Pengerusi JKKK) dalam memastikan setiap permasalahan dan keperluan akar umbi dapat disampaikan kepada mereka yang berkaitan,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sook berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi JKKK Mukim Sook dan Mukim Tiulon di Dewan Masyarakat Sook di sini.

Hadir sama dalam majlis ini, Penolong Pegawai Daerah Sook Puan Caroline Benjamin Jiugan, dan Pegawai Pembangunan Masyarakat Tony Talasoi.

Seramai 35 orang pengerusi yang telah dilantik merangkumi 18 orang Mukim Sook dan 17 orang Mukim Dalit.

Sebilangan besar pengerusi JKKK ini dilantik semula dan sebahagian kecil lagi pelantikan baru bagi sesi 2025/2026.

Di majlis yang berasingan pada hari yang sama, Ellron turut menyerahkan watikah pelantikan pengerusi JKKK DUN N.45 Sook 37 Pengerusi JKKK untuk Mukim Dalit dan Mukim Ansip di Dewan Belia, Kampung Biah Tengah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/27/jkkk-perlu-utamakan-integriti-tinggi-dalam-tugasan-harian/feed/ 0 71172
Pengerusi JKKK diingatkan laksana tugas tanpa sempadan politik, kaum dan agama https://sabahmedia.com/2024/08/06/pengerusi-jkkk-diingatkan-laksana-tugas-tanpa-sempadan-politik-kaum-dan-agama/ https://sabahmedia.com/2024/08/06/pengerusi-jkkk-diingatkan-laksana-tugas-tanpa-sempadan-politik-kaum-dan-agama/#respond Tue, 06 Aug 2024 09:13:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58628
Read Time:1 Minute, 38 Second

Sipitang:  Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang dilantik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin diingatkan untuk berkhidmat kepada penduduk di kawasan mereka tanpa sempadan politik, kaum dan agama.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN( Sindumin Datuk Dr Yusof Yacob berkata, ia penting agar semua penduduk kampung di kawasan mereka mendapat perkhidmatan yang baik dan sama rata menerusi JKKK, sebuah institusi pentadbiran di peringkat akar umbi.

“Laksanakan amanah yang diberikan dengan baik bagi memastikan semua penduduk di setiap pelusuk kawasan di DUN Sindumin mendapat impak menerusi JKKK khususnya pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan 26 Pengerusi dan 26 Setiausaha JKKK DUN Sindumin di Dewan KBS Sipitang, di di sini semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Sipitang Ak. Raimy Pg. Abdul Rahman dan PPM DUN Sindumin Wendey Agong Baruh.

Turut disampaikan komputer riba dan mesin pencetak kepada setiap JKKK.

Pada masa sama, Dr Yusof mahu semua JKKK yang dilantik ini diberikan kursus untuk mereka mendalami cara kerja dan peranan seseorang Pengerusi JKKK.

Menurutnya, setiap JKKK juga perlu ada profile kampung untuk mereka tahu sempadan kawasan mereka dan kemudahan-kemudahan yang ada khususnya jumlah penduduk, jumlah rumah, jalan raya yang ada, lokasi saluran paip, tiang elektrik, parit, masjid, surau dan gereja.

“Semua informasi ini mesti ada bagi setiap JKKK. Mereka juga perlu tahu identiti penduduk kampung, ketua keluarga dan lokasi rumah.

“Tiada kompromi jika JKKK tidak kenal penduduk kampung dalam kawasan mereka. Lawat semua rumah dan kenal pasti jika ada kekurangan untuk dibantu,” katanya 

Dalam pada itu, Dr Yusof berkata, pemilihan Pengerusi JKKK bagi DUN Sindumin dibuat menerusi perbincangan dengan semua Ketua-Ketua Bahagian parti komponen Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan Sabah 

“Biarpun sebagai ADUN, saya  boleh melantik sesiapa yang layak, namun saya panggil rakan-rakan komponen untuk bincang melantik Pengerusi JKKK dan Ketua Kampung.

“Lantikan 26 Pengerusi JKKK ini adalah keputusan bersama dan dibuat secara adil,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/06/pengerusi-jkkk-diingatkan-laksana-tugas-tanpa-sempadan-politik-kaum-dan-agama/feed/ 0 58628
JKKK perlu buat verifikasi mangsa banjir https://sabahmedia.com/2024/07/07/jkkk-perlu-buat-verifikasi-mangsa-banjir/ https://sabahmedia.com/2024/07/07/jkkk-perlu-buat-verifikasi-mangsa-banjir/#respond Sun, 07 Jul 2024 07:40:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57176
Read Time:2 Minute, 5 Second

Penampang : Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Penampang baru-baru ini tidak mengambarkan jumlah sebenar yang terkesan dengan bencana banjir.

Ahli Parlimen Penampang Datuk Ewon Benedick berkata, ini kerana, masih banyak yang terperangkap di rumah yang tidak dapat dipindahkan oleh anggota keselamatan pada malam kejadian banjir.

“Saya telah memaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri 1 Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS tidak menggambarkan jumlah sebenar keluarga yang terjejas banjir.

“Sebab itu saya telah mencadangkan supaya senarai yang terlibat itu diteliti semula dan Pegawai Daerah Penampang Francis Chong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana telah menyediakan satu borang khusus bagi pendaftaran mangsa banjir,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian banjir di Penempang selepas merasmikan Galeri Jualan dan Pelancaran Sky88 Residences Bundusan, di sini, hari ini.

Ewon berkata, penduduk kampung yang terjejas banjir perlu mengisi borang berkenaan dan disahkan oleh Pengerusi JKKK, Ketua Kampung atau JKDB sebelum dihantar kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah.

“Kemudiannya Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan memaklumkan kepada NADMA bilangan keluarga yang terlibat,” katanya.

Ewon berkata, berdasarkan laporan Pegawai Daerah Penampang pada Jumaat lalu sebelum beliau menghadiri Mesyuarat Kabinet, sebanyak 2,300 ketua isi rumah (KIR) atau keluarga terlibat dalam bencana banjir di 16 buah kampung di Penampang.

“Saya percaya jawatankuasa bencana  masih membuat pengesahan dengan semua JKKK kampung di Penampang yang terlibat banjir untuk kita melihat jenis bantuan yang boleh disalurkan kepada mereka,” katanya.

Katanya lagi, di peringkat Pusat Khidmat Parlimen Penampang, para pegawainya sudah seminggu menyalurkan pelbagai bantuan.

“Selain bantuan bakul makanan, kita juga memberikan keperluan ringkas lain seperti tilam, bantal, tong gas dan lain-lain keperluan yang diperlukan oleh penduduk kampung termasuk sedikit perbelanjaan kepada JKKK, persatuan-persatuan, parti politik atau badan bukan kerajaan untuk menganjurkan program gotong royong membuat pembersihan rumah.

“Kita juga telah menyalurkan sedikit sumbangan daripda peruntukan Ahli Parlimen kepada sekolah-sekolah yang terjejas banjir dan beberapa persatuan lain yang terjejas termasuk rumah ibadat.

“Saya sedang melihat jenis bantuan yang boleh diberikan kepada pelajar yang terjejas teruk kehilangan baju seragam sekolah, kasut dan kelengkapan lain.Menjadi tanggungjawab saya memastikan semua mangsa banjir di Penampang mendapat bantuan bersesuaian,” katanya.

Ewon berkata, pada Selasa ini pejabatnya akan mengadakan perbincangan bersama kesemua 10 agensi di bawah kementeriannya termasuk Co-Opbank dsn ANGKASA untuk mengadakan perbincangan jenis bantuan yang perlu disalurkan kepada pelajar yang kehilangan segala-galanya.

“Saya telah melawat, meninjau dan melihat sendiri kerosakan di banyak rumah dan isu pelajar memerlukan bantuan juga perlu kita ambil perhatian,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/07/jkkk-perlu-buat-verifikasi-mangsa-banjir/feed/ 0 57176
JKKK diminta mainkan peranan bantu kerajaan beri maklumat tepat kepada rakyat https://sabahmedia.com/2024/02/14/jkkk-diminta-mainkan-peranan-bantu-kerajaan-beri-maklumat-tepat-kepada-rakyat/ https://sabahmedia.com/2024/02/14/jkkk-diminta-mainkan-peranan-bantu-kerajaan-beri-maklumat-tepat-kepada-rakyat/#respond Wed, 14 Feb 2024 05:47:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49468
Read Time:2 Minute, 20 Second

TUARAN: Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) diminta memainkan peranan mereka selaku ejen transformasi dan wakil kerajaan yang sentiasa memberi penerangan dan maklumat tepat kepada rakyat.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tugas JKKK antara keutamaan untuk memastikan rakyat tidak mudah terpengaruh dengan anasir jahat yang sentiasa berusaha memecahbelahkan rakyat dan menggugat kestabilan negeri dan negara.

“Salah satu tugas utama adalah untuk menjalinkan hubungan erat dan perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum selain membantu kerajaan menyebarluaskan
dasar serta pembangunan yang sudah dibawa dan akan dilaksanakan di negeri ini, khususnya inisiatif-inisiatif Hala Tuju SMJ,” katanya.

Hajiji berkata demikian semasa berucap di majlis penyampaian watikah pelantikan (2023-2025) kepada JKKK bagi DUN Sulaman dan Pantai Dalit di Dewan Seri Sulaman di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua Pengerusi JKKK serta ahli-ahlinya agar sentiasa menjalankan perancangan strategik, menunjukkan kesungguhan dan ketekunan serta mengamalkan semangat bekerjasama sebagai satu pasukan dalam usaha meningkatkan taraf hidup rakyat dan membangunkan kawasan masing-masing.

“Saya perlukan JKKK yang aktif dan komited membuat perancangan dan perlaksanaan program atau projek di kampung, di samping menggerakkan serta penglibatan komuniti setempat.

“Jangan pula apabila dilantik sebagai pemimpin, hanya mahu fikir projek sahaja, tidak mahu turun padang, tidak mahu bekerjasama termasuk meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Pengerusi dan ahli jawatankuasa JKKK perlu peka dengan setiap masalah penduduk di kawasan masing-masing dan menyampaikan maklumat berkaitan bantuan kerajaan kepada rakyat,” tegasnya.

Tambah beliau, Institusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung adalah satu entiti atau jentera yang amat penting di peringkat akar umbi.

Menurutnya, sejak penubuhannya pada tahun 1962, peranan dan fungsi JKKK terus relevan sehingga ke hari ini sebagai mata dan telinga serta penghubung antara kerajaan dengan rakyat sehingga ke akar umbi.

Justeru, Hajiji berkata kerajaan negeri terus komited untuk memperkukuhkan institusi ini khususnya dalam aspek kepimpinan dan kecekapan tadbir urus kampung.

“Ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri yang komited untuk memastikan pembangunan ekonomi di kawasan bandar dan luar bandar diurus dengan sebaik mungkin dengan bantuan yang padu daripada JKKK,” ujar beliau.

Beliau juga menyarankan kepada semua wakil rakyat agar melibatkan JKKK dalam setiap perancangan dan pelaksanaan pembangunan di luar bandar.

Hajiji menggesa agar Pengerusi JKKK dan ahli jawatankuasa mengaktifkan semua biro, untuk tidak membantutkan usaha kerajaan membangunkan negeri dan membantu rakyat.

Terdapat 11 Biro Ahli Jawatankuasa dalam organisasi JKKK antaranya Biro Pembangunan Prasarana; Keselamatan dan Kesihatan; Pengurusan Kewangan; Ekonomi dan Keusahawanan; Kesejahteraan dan Keceriaan; Pendidikan dan Inovasi; Kebajikan dan Kesukarelawan dan Hal Ehwal Wanita dan Keluarga.

Hajiji berkata peranan biro-biro ini akan membawa satu tranformasi dan impak yang besar dalam membantu Pelan Hala Tuju SMJ yang diterajui Kerajaan GRS menyantuni dan membantu rakyat.

“Saya juga berharap agar semua JKKK berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran secara berterusan untuk memperkukuhkan keupayaan dan kompetensi sebagai pemimpin dan pentadbir di peringkat paling asas,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/14/jkkk-diminta-mainkan-peranan-bantu-kerajaan-beri-maklumat-tepat-kepada-rakyat/feed/ 0 49468