JKKN – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 05 Oct 2026 00:41:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JKKN – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Legenda dan warisan Sabah diangkat menerusi ROK 2026 https://sabahmedia.com/2026/10/05/legenda-dan-warisan-sabah-diangkat-menerusi-rok-2026/ https://sabahmedia.com/2026/10/05/legenda-dan-warisan-sabah-diangkat-menerusi-rok-2026/#respond Mon, 05 Oct 2026 00:40:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104760
Read Time:1 Minute, 52 Second

KOTA KINABALU: Pelbagai legenda, cerita rakyat dan warisan masyarakat Sabah diangkat menerusi Program Ritma Kinabalu @ Rhythms of Kinabalu (ROK) 2026 dalam usaha memperkenalkan khazanah budaya negeri itu kepada khalayak lebih luas.

Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Mohd Amran Mohd Haris berkata, persembahan yang diketengahkan pada edisi ke-12 ROK memberi penekanan kepada identiti serta kepelbagaian budaya Sabah.

Katanya, pendekatan melalui persembahan seni membolehkan kisah dan warisan masyarakat Sabah diketengahkan dalam bentuk yang lebih menarik serta mudah dihayati oleh penonton.

“Sabah sememangnya kaya dengan pelbagai etnik dan warisan budaya. Oleh itu, kita tampilkan kekayaan tersebut dalam bentuk persembahan untuk masyarakat tempatan dan juga pelancong antarabangsa.

“Antara yang diketengahkan kali ini ialah legenda Aki Nabalu, kisah pahlawan etnik Murut, penceritaan Huminodun serta kebudayaan Ratu Lepa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Program ROK 2026 di Padang Merdeka, di sini.

Amran berkata, pengisian berasaskan identiti budaya itu turut mempunyai nilai penting dalam memupuk kefahaman terhadap kepelbagaian masyarakat Sabah.

Menurutnya, kesenian bukan sekadar medium hiburan, sebaliknya boleh menjadi wadah untuk memperkenalkan sejarah, tradisi dan warisan sesebuah masyarakat.

“Pengisian berteraskan identiti budaya ini bukan sahaja menjadi lambang perpaduan menerusi kesenian, malah menjadi platform untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) serta Tahun Melawat Sabah 2027,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata Sabah menjadi negeri ke-10 yang dipilih sebagai lokasi penganjuran program Pelancongan Budaya JKKN bagi tahun ini.

Katanya, siri program berkenaan akan diteruskan ke beberapa negeri lain selepas penganjuran di Sabah.

“Selepas ini, kita akan ada beberapa lagi siri persembahan Program Pelancongan Budaya, antaranya di Pahang, Kuala Lumpur dan Sarawak sebelum menutup tirai penganjuran program bagi tahun 2026,” katanya.

Mengulas mengenai TMM2026 dan Tahun Melawat Sabah 2027, Amran berkata, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah akan diperkukuh bagi memastikan usaha merancakkan sektor pelancongan dapat dilaksanakan secara berkesan.

Katanya, program berasaskan kebudayaan seperti ROK turut boleh menjadi antara medium promosi bagi menarik lebih ramai pelancong untuk mengenali Sabah dari sudut seni dan warisannya.

“TMM2026 juga bakal diteruskan pada tahun hadapan dan Sabah pula akan menganjurkan Tahun Melawat Sabah 2027.

“Justeru, ROK merupakan antara pengisian yang kita bawakan melalui Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta JKKN untuk mempromosikan program berkenaan,” katanya.

ROK 2026 dirasmikan oleh wakil Ketua Menteri Sabah, Datuk Joniston Bangkuai.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/05/legenda-dan-warisan-sabah-diangkat-menerusi-rok-2026/feed/ 0 104760
Ketua Menteri pengerusi Mesyuarat JKKN Sabah https://sabahmedia.com/2026/02/26/ketua-menteri-pengerusi-mesyuarat-jkkn-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/02/26/ketua-menteri-pengerusi-mesyuarat-jkkn-sabah/#respond Thu, 26 Feb 2026 07:39:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92300
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) Bil. Pertama bagi tahun 2026 di Menara Kinabalu, di sini pada Khamis.

Mesyuarat itu diadakan bagi meneliti secara menyeluruh aspek keselamatan negeri, di samping memperkemas penyelarasan dan kerjasama strategik antara agensi berkaitan dalam usaha meningkatkan tahap kesiapsiagaan, memperkukuh kawalan keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negeri dan negara daripada sebarang ancaman.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, Pengarah Imigresen Negeri, Datuk Sh.Sitti Saleha Habib Yussof, Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Datuk Victor Sanjos dan Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid@Razali.

Turut hadir sama Timbalan Panglima Armada Timur, Laksamana Pertama Erman Shahril Adlan dan Setiausaha Majlis Keselamatan Negeri Sabah, Datuk Awang Yahya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/26/ketua-menteri-pengerusi-mesyuarat-jkkn-sabah/feed/ 0 92300
Ketua Menteri mempengerusikan Mesyuarat JKKN pertama pada tahun ini https://sabahmedia.com/2023/02/16/ketua-menteri-mempengerusikan-mesyuarat-jkkn-pertama-pada-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2023/02/16/ketua-menteri-mempengerusikan-mesyuarat-jkkn-pertama-pada-tahun-ini/#respond Thu, 16 Feb 2023 08:07:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29649
Read Time:25 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri (JKKN) yang pertama pada tahun ini, di Menara Kinabalu, hari ini.

Mesyuarat itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong, Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato Makhzan Mahyuddin, Pengarah Keselamatan Negeri, Datuk Noor Alam Khan A.Wahid Khan, Pesurujaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah dan Panglima Markas Divisyen Kelima Infantri, Mej.Jen. Datuk Abdul Rahman A.Wahab.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/16/ketua-menteri-mempengerusikan-mesyuarat-jkkn-pertama-pada-tahun-ini/feed/ 0 29649
JKKN Sabah Anjur Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 https://sabahmedia.com/2021/10/12/jkkn-sabah-anjur-rhythms-of-kinabalu-online-2021/ https://sabahmedia.com/2021/10/12/jkkn-sabah-anjur-rhythms-of-kinabalu-online-2021/#respond Tue, 12 Oct 2021 07:34:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7440
Read Time:2 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara (JKKN) Sabah akan menganjurkan Rhythms of Kinabalu @ Online 2021 yang bertemakan ‘Musical Land Below The Wind’.

Program yang dilaksanakan selama dua hari bermula 23 Oktober ini akan disiarkan menerusi saluran media sosial JKKN TV.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan JKKN Sabah berkata, program itu bertujuan untuk penyemarakkan dan pemeliharaan seni tari dan muzik selain menyebarluaskan aktiviti kesenian dalam usaha merancakkan dan memacu sektor industri kreatif di negeri Sabah.

Katanya, program itu turut meningkatkan apresiasi seni muzik dan tari khasnya masyarakat tempatan di Sabah.

“Program yang disiarkan melalui JKKN TV selama dua hari ini dianjurkan bersama beberapa agensi iaitu JKKN Sabah, Pejabat Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Sabah dan Kementerian Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS).

“Turut terlibat Radio Televisyen Malaysia, Tourism Malaysia, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, Sabah Tourism, Universiti Malaysia Sabah dan Akademi Seni Dan Teknologi Kreatif (ASTIF),” kata kenyataan itu disini hari ini.

Program yang dianjurkan sejak tahun 2011 hingga 2017 itu terhenti seketika dan di adakan semula pada tahun 2021 dengan konsep yang baharu dan norma baharu akibat daripada pandemik COVID-19 yang mana bentuk persembahan yang ditampilkan mengikuti SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan dari masa ke semasa.

JKKN Sabah telah menambahbaik serta memberi suntikan baharu dengan mempelbagaikan pengisian aktiviti untuk semua peringkat umur dan sesuai ditontoni oleh seisi keluarga serta khalayak yang berbeza.

Antara pengisian program ini adalah seperti persembahan muzikal ’Musical Land Below The Wind’ yang merangkumi Bahagian Pantai Barat Utara, Bahagian Pantai Barat, Bahagian Pedalaman Atas, Bahagian Pedalaman Bawah, Bahagian Sandakan dan Bahagian Pantai Timur Sabah seperti nyanyian, tarian, koir, okestra muzik, promosi produk seni budaya dan pelancongan negeri Sabah.

Antara artis tempatan yang turut membuat persembahan dan bersama-sama menjayakan ROK pada kali ini adalah Jimmy Palikat, Francis Landong, Canang Busker, Fauziah Gambus, Razali Kulintangan, Dyana, Aziz Omar, Siti Fairuz, Razip@Anip, Kumpulan Kesenian JKKN Sabah dan Kumpulan Kesenian Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Turut membuat persembahan Kumpulan Tagap Dance, Kumpulan Pratama Dance, Kumpulan D’Step, Kumpulan Pemuzik Tempatan Tradisional Negeri Sabah, Kumpulan Pemuzik Okestra Moden (UMS), Artis Budaya Muzik Tradisional Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah, In Unity Chorale Choir dan juga Maya Hejnowska yang merupakan Juara Unduk Ngadau Kaamatan 2021.

Penganjuran program ini diharap dapat memberi impak baharu dalam penyemarakan seni dan industri pelancongan negara khususnya di Sabah, dan seterusnya mewarnai seni di Sabah dalam pelbagai medium dan genre  kesenian pada setiap kali penganjurannya.

Apatah lagi meletakkkan ritma dan muzik tradisional negeri Sabah suatu acara penting untuk hidangan dan hiburan masyarakat umum.

Untuk maklumat lanjut mengenai ROK 2021, orang ramai boleh layari laman sesawang www.jkkn.gov.my atau laman sosial www.facebook.com/mysenibudaya dan www.facebook.com/jkknsabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/12/jkkn-sabah-anjur-rhythms-of-kinabalu-online-2021/feed/ 0 7440