JKM – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Apr 2026 05:29:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JKM – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pegawai lantikan politik lafaz Ikrar Bebas Rasuah https://sabahmedia.com/2026/04/01/pegawai-lantikan-politik-lafaz-ikrar-bebas-rasuah/ https://sabahmedia.com/2026/04/01/pegawai-lantikan-politik-lafaz-ikrar-bebas-rasuah/#respond Wed, 01 Apr 2026 05:29:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94090
Read Time:23 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyaksikan majlis lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh para pegawai lantikan politik di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.

Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri, Elvin Alrick Jilan mengetuai majlis lafaz ikrar yang melibatkan setiausaha-setiausaha sulit dan setiausaha-setiausaha akhbar daripada pelbagai kementerian.

Turut hadir ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah Datuk Mohd Fuad Bee Basrah

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/01/pegawai-lantikan-politik-lafaz-ikrar-bebas-rasuah/feed/ 0 94090
Tiga Keluarga Terkesan Akibat Tanah Runtuh Terima Bantuan JKM https://sabahmedia.com/2021/09/18/tiga-keluarga-terkesan-akibat-tanah-runtuh-terima-bantuan-jkm/ https://sabahmedia.com/2021/09/18/tiga-keluarga-terkesan-akibat-tanah-runtuh-terima-bantuan-jkm/#respond Sat, 18 Sep 2021 09:04:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6525
Read Time:1 Minute, 4 Second

TAMPARULI: Tiga keluarga yang terkesan akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Bontoi disini menerima bantuan kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan beberapa minggu lalu itu mengakibatkan tiga buah rumah milik tiga keluarga turut terjejas.

Pegawai JKM Tamparuli Siti Faizah Asli berkata, pada 6 September lalu, kira-kira jam 5.00 petang, berlaku kejadian tanah runtuh akibat hujan berterusan seharian sehingga menyebabkan tiga keluarga itu terkesan.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan sepanjang kejadian berkenaan.

Justeru, bagi meringankan beban keluarga terbabit, JKM Tamparuli tampil memberi sumbangan menerusi Bantuan Tabung Segera.

“Walaupun tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban keluarga yang terlibat,” kata Siti Faizah.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, yang hadir bagi memberikan sokongan kepada mangsa, berharap kesemua keluarga dapat bersabar dengan kejadian berlaku dan dipermudahkan segala urusan selanjutnya.

Seorang mangsa, James Bungin, 44 tahun, menghargai usaha kerajaan tersebut menerusi JKM Tamparuli.

Juis Bin Darusin, 44 tahun, menganggap bantuan tersebut sebagai berkat bagi menampung keperluan sementara mereka selepas mengalami musibah berkenaan.

Seorang lagi mangsa, Darusin @ Densin Singkun, turut bersyukur atas ihsan kerajaan tersebut dan berterima kasih atas keprihatinan Jahid kepada mereka.

Turut hadir Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Jilias Lintar, dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Tamparuli, Gustin Gagah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/18/tiga-keluarga-terkesan-akibat-tanah-runtuh-terima-bantuan-jkm/feed/ 0 6525