Jkns – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 23 Jul 2026 11:57:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jkns – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tindakan susulan sedang diambil terhadap dakwaan salah laku pengarah hospital – JKNS https://sabahmedia.com/2026/07/23/tindakan-susulan-sedang-diambil-terhadap-dakwaan-salah-laku-pengarah-hospital-jkns/ https://sabahmedia.com/2026/07/23/tindakan-susulan-sedang-diambil-terhadap-dakwaan-salah-laku-pengarah-hospital-jkns/#respond Thu, 23 Jul 2026 11:57:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100435
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memandang serius dakwaan berhubung salah laku membabitkan seorang pengarah hospital di negeri ini, yang dikaitkan dengan perbuatan serangan seksual dan buli di tempat kerja. 

JKNS dalam satu kenyataan memaklumkan, memaklumkan bahawa siasatan terperinci telah pun selesai dijalankan oleh jawatankuasa khas yang dilantik oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menyiasat perkara tersebut. 

Menurut kenyataan itu, hasil siasatan berkenaan telah diperolehi dan syor-syor tindakan susulan sedang dilaksanakan mengikut prosedur serta perundangan semasa yang berkuat kuasa.

“JKNS tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku, khususnya perbuatan serangan seksual, gangguan dan buli di tempat kerja. 

“Sebarang perlakuan sedemikian adalah bertentangan dengan nilai integriti serta etika perkhidmatan awam, di samping memberi kesan terhadap kesejahteraan fizikal dan mental warga kerja kesihatan,” menurut kenyataan itu di sini pada Khamis.

JKNS kekal komited untuk memastikan setiap warga kerja dapat menjalankan tugas dalam persekitaran yang selamat, saling menghormati dan kondusif. 

Sehubungan itu, JKNS akan terus memperkukuh usaha bagi memelihara integriti organisasi serta kebajikan warga kerjanya.

JKNS menghargai kerjasama semua pihak dalam memastikan ruang diberikan kepada proses pentadbiran yang sedang dilaksanakan agar dapat disempurnakan secara teratur, adil dan selaras dengan peraturan yang berkuat kuasa.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/23/tindakan-susulan-sedang-diambil-terhadap-dakwaan-salah-laku-pengarah-hospital-jkns/feed/ 0 100435
Pembedahan otak dalam keadaan sedar pertama berjaya dilaksanakan di Hospital Tawau https://sabahmedia.com/2026/02/25/pembedahan-otak-dalam-keadaan-sedar-pertama-berjaya-dilaksanakan-di-hospital-tawau/ https://sabahmedia.com/2026/02/25/pembedahan-otak-dalam-keadaan-sedar-pertama-berjaya-dilaksanakan-di-hospital-tawau/#respond Wed, 25 Feb 2026 11:36:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=92271
Read Time:1 Minute, 30 Second

TAWAU : Hospital Tawau mencatat satu pencapaian bersejarah dalam perkhidmatan kepakaran bedah saraf apabila berjaya melaksanakan prosedur Pembedahan Otak Dalam Keadaan Sedar (Awake Craniotomy) buat pertama kali di Dewan Bedah Hospital Tawau pada Isnin lalu.

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam satu kenyataan memaklumkan, pembedahan itu dijayakan melalui kerjasama antara pasukan Pembedahan Saraf Hospital Tawau dan pakar bius neuro dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) serta HQE2.

Prosedur itu diketuai oleh Dr Tan Shze Ee dan Dr Andy Yap Teck Cheng dengan sokongan Dr Ting Mei Sze Pakar Bius Neuro bersama pasukan anestesiologi Hospital Tawau.

Menurut JKNS, pesakit merupakan seorang wanita berusia 48 tahun yang telah didiagnos dengan lesi otak sejak November 2025. 

“Keadaan pesakit tidak menunjukkan tindak balas yang memuaskan terhadap rawatan awal dan gejala yang dialami pesakit semakin bertambah. 

” Justeru rawatan pembedahan adalah disyorkan bagi membolehkan pesakit menjalani kualiti kehidupan yang lebih baik.

“”Awake Craniotomy” ialah pembedahan otak yang dilakukan keatas pesakit dalam keadaan sedar sepanjang prosedur pembedahan,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut kenyataan itu lagi, keadaan sedar ini penting agar pakar bedah dapat menilai sejauh mana keberkesanan pembedahan serta memantau kesan sampingan yang mungkin timbul semasa pembedahan tersebut. 

Prosedur yang berlangsung selama dua jam setengah ini berjaya dilaksanakan dengan selamat dan pesakit kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani pemantauan rapi.

Kejayaan prosedur ini menandakan kesiapsiagaan Hospital Tawau dalam menyediakan perkhidmatan bedah saraf terbaik setaraf dengan perkhidmatan yang disediakan di hospital negeri. 

Perkhidmatan ini memberi manfaat langsung kepada penduduk di Pantai Timur Sabah untuk menerima rawatan kepakaran tersebut tanpa perlu dirujuk ke hospital tertier bagi mendapatkan rawatan kompleks disamping menjimatkan kos-kos lain yang terpaksa ditanggung oleh pesakit dan penjaga pesakit apabila dirujuk di fasiliti lain.

JKNS akan terus beriltizam dalam memperkukuhkan perkhidmatan kepakaran serta memperluas akses rawatan berkualiti demi kesejahteraan masyarakat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/25/pembedahan-otak-dalam-keadaan-sedar-pertama-berjaya-dilaksanakan-di-hospital-tawau/feed/ 0 92271
JKNS mobilasi pegawai perubatan ke Hospital Ranau, atasi isu kesesakan pesakit https://sabahmedia.com/2026/02/08/jkns-mobilasi-pegawai-perubatan-ke-hospital-ranau-atasi-isu-kesesakan-pesakit/ https://sabahmedia.com/2026/02/08/jkns-mobilasi-pegawai-perubatan-ke-hospital-ranau-atasi-isu-kesesakan-pesakit/#respond Sun, 08 Feb 2026 00:45:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91217
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan beberapa langkah segera bagi menangani isu kesesakan pesakit dan tempoh menunggu yang panjang di Jabatan Pesakit Luar (JPL), Hospital Ranau, susulan aduan awam yang tular di media sosial baru-baru ini.

JKNS dalam satu kenyataan memaklumkan, kesesakan tersebut berpunca daripada pertindihan jadual lawatan kepakaran serta kekurangan pegawai perubatan.

Selain itu, peningkatan mendadak bilangan pesakit yang hadir secara ‘walk-in’ bagi mendapatkan rawatan turut menjadi antara punca kesesakan di hospital berkenaan.

Ketika ini, seramai 16 pegawai perubatan bertugas di Hospital Ranau, namun pihak jabatan mengakui keperluan kepada penambahan tenaga kerja bagi memastikan kelancaran perkhidmatan kesihatan di daerah berkenaan

Sebagai langkah penambahbaikan, JKNS telah memobilisasikan pegawai perubatan ke Hospital Ranau sebagai langkah sementara sehingga terdapat penambahan pegawai perubatan di Sabah.

Dalam masa yang sama, sistem temu janji pesakit akan ditambah baik bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan pembahagian waktu rawatan serta mengurangkan kesesakan di kaunter pendaftaran.

JKNS turut menegaskan bahawa pengoperasian kaunter pendaftaran akan terus dipantau bagi memastikan ia berfungsi mengikut jadual yang ditetapkan dengan kehadiran anggota bertugas yang mencukupi.

Jabatan itu menegaskan komitmen berterusan untuk memastikan perkhidmatan kesihatan yang disediakan kepada rakyat adalah selamat, berkualiti dan berterusan, sejajar dengan tanggungjawab menjaga kesejahteraan masyarakat di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/08/jkns-mobilasi-pegawai-perubatan-ke-hospital-ranau-atasi-isu-kesesakan-pesakit/feed/ 0 91217
Pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial digalakkan sepanjang tempoh PRU Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/16/pemakaian-pelitup-muka-penjarakan-sosial-digalakkan-sepanjang-tempoh-pru-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/16/pemakaian-pelitup-muka-penjarakan-sosial-digalakkan-sepanjang-tempoh-pru-sabah/#respond Sun, 16 Nov 2025 03:07:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=86007
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU : Orang ramai diingatkan untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan langkah pencegahan khususnya sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Sabah ke-17 (PRU DU Sabah ke-17).

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) dalam satu kenyataan memaklumkan, pilihan raya secara umumnya sering melibatkan perhimpunan orang ramai dan agihan makanan yang akan berlaku sepanjang tempoh berkempen, pada dan selepas hari pengundian.

Menurut JKNS, situasi itu boleh meningkatkan risiko penularan penyakit berjangkit seperti penyakit sebaran udara atau penyakit bawaan makanan dan air.

“Justeru, individu yang bergejala dinasihatkan untuk berehat di rumah dan mengelakkan kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai sepanjang tempoh kempen.

“Pemakaian pelitup muka amat digalakkan kepada petugas pilihan raya dan semua pengundi terutamanya bagi yang bergejala atau ketika berada di tempat tertutup, sempit dan sesak.

“Selain itu, orang ramai turut digalakkan untuk mengamalkan penjarakan sosial dan sentiasa mengamalkan penggunaan cecair pembasmi kuman serta memastikan kebersihan persekitaran terjaga,” menurut kenyataan itu di sini.

JKNS turut menasihati orang ramai agar patuh kepada cadangan masa mengundi yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mengelakkan kesesakan di pusat-pusat pengundian.

Selain itu, orang ramai turut digalakkan untuk mendapatkan vaksin Influenza bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan influenza semasa, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi.

“Pengendalian dan penyediaan makanan dan minuman perlu mematuhi standard kebersihan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selain orang ramai dinasihatkan supaya memastikan makanan / minuman yang dimakan / minum dimasak dengan sempurna dan dalam keadaan yang baik,” tambah kenyataan itu di sini pada Sabtu.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi kawasan larangan merokok di bawah Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852).

Kerjasama semua pihak termasuk individu dan masyarakat dalam bersama-sama menangani penularan penyakit berjangkit dan pematuhan peraturan-peraturan lain yang berkait adalah sangat dihargai. JKNS sentiasa memantau situasi semasa penularan penyakit berjangkit selain memastikan kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan berada dalam keadaan yang optimum. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/16/pemakaian-pelitup-muka-penjarakan-sosial-digalakkan-sepanjang-tempoh-pru-sabah/feed/ 0 86007
JKNS pantau isu penjualan ‘gummy eyeball’ https://sabahmedia.com/2025/02/27/jkns-pantau-isu-penjualan-gummy-eyeball/ https://sabahmedia.com/2025/02/27/jkns-pantau-isu-penjualan-gummy-eyeball/#respond Thu, 27 Feb 2025 00:31:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69452
Read Time:1 Minute, 7 Second

Kota Kinabalu : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) terus memantau isu penjualan gula-gula berbentuk mata atau lebih dikenali sebagai ‘gummy eyeball’ di negeri ini yang telah dilarang penjualannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pengarah JKNS Dr Maria Suleiman berkata, kawal selia keselamatan makanan adalah tertakluk di bawah Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

“Setakat ini, tiada kes seumpama itu dilaporkan di negeri ini, namun kami tetap menjalankan penguatkuasaan berdasarkan Akta Makanan yang sedia ada.

Pengarah JKNS Dr Maria Suleiman

“Bagaimanapun tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan makanan termasuk dalam aspek pembungkusan, saiz dan jenis makanan yang boleh mengundang risiko keselamatan kepada pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri, Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini semalam.

Dr Maria berkata, kunjungan tersebut bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama antara JKNS dengan Kerajaan Sabah selain membincangkan perancangan kesihatan yang lebih baik untuk negeri ini.

Dalam pada itu, Dr Maria berkata, JKNS  menggariskan lima strategi utama bagi meningkatkan taraf kesihatan di negeri ini.

Katanya, lima strategi tersebut antaranya merangkumi kuasa autonomi kesihatan bagi JKNS.

“Kedua adalah untuk meningkatkan struktur pembangunan fasiliti kesihatan negeri Sabah dan ketiga memperkasakan perkhidmatan kesihatan bagi memberi perkhidmatan kualiti yang terbaik.

“Manakala yang keempat adalah untuk mempertingkatkan sumber manusia dan yang terakhir adalah strategi untuk meningkatkan peruntukan kewangan mengurus,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/27/jkns-pantau-isu-penjualan-gummy-eyeball/feed/ 0 69452
Dr Maria dilantik Pengarah JKNS baharu https://sabahmedia.com/2024/12/20/dr-maria-dilantik-pengarah-jkns-baharu/ https://sabahmedia.com/2024/12/20/dr-maria-dilantik-pengarah-jkns-baharu/#respond Fri, 20 Dec 2024 06:43:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65730
Read Time:1 Minute, 25 Second

Kota Kinabalu : Timbalan Pengarah (Kesihatan Awam) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Dr Maria Suleiman dilantik sebagai Pengarah JKNS yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Dr Asits Sanna yang telah bersara wajib pada 4 Disember lalu.

Beliau menerima watikah pelantikan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz  pada 17 Disember lalu di Jabatan Perkhidmatan Awam. 

Dr Maria mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang Kesihatan Awam dan pernah bertugas di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Selain itu, beliau juga merupakan pegawai penting dalam pengurusan wabak COVID-19 serta berpengalaman dalam pengurusan kesihatan sama dalam mahupun luar negeri Sabah serta Malaysia. 

Sumbangan penting beliau termasuk menguruskan wabak dan bencana besar, seperti pandemik H1N1 pada tahun 2009, pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013, gempa bumi Gunung Kinabalu pada tahun 2015, operasi Hospital Lapangan Malaysia di Cox’s Bazaar, Bangladesh pada tahun 2018, dan pencemaran kimia Sungai Kim Kim pada tahun 2019.

Beliau juga pernah mengawasi pengurusan data penting, protokol kuarantin, bantuan kemanusiaan, dan komunikasi risiko. 

Beliau turut terlibat secara aktif dalam pengurusan ujian makmal di Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2022 hingga 2023. Dalam peranan semasa, beliau menguruskan perkhidmatan kesihatan awam di Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili Malaysia dalam forum ASEAN, memainkan peranan utama dalam inisiatif seperti Rangkaian EOC ASEAN, Pengurusan Kesihatan Bencana ASEAN, dan program bioselamat dan biosekuriti.

Dr. Maria juga seorang penyelidik yang berjaya, dengan banyak menerbitkan kajian mengenai topik seperti keracunan tetrodotoxin dan keracunan shellfish paralitik di Sabah. 

Sumbangan akademiknya termasuk berkhidmat sebagai pensyarah sambilan di Universiti Malaysia Sabah dan Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Kota Kinabalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/20/dr-maria-dilantik-pengarah-jkns-baharu/feed/ 0 65730
Pembedahan otak secara sedar satu kejayaan dalam bidang neurosurgeri https://sabahmedia.com/2024/08/22/pembedahan-otak-secara-sedar-satu-kejayaan-dalam-bidang-neurosurgeri/ https://sabahmedia.com/2024/08/22/pembedahan-otak-secara-sedar-satu-kejayaan-dalam-bidang-neurosurgeri/#respond Thu, 22 Aug 2024 00:34:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=59473
Read Time:1 Minute, 43 Second

Kota Kinabalu : Pembedahan otak secara sedar ‘awake mini craniotomy‘ yang pertama di Sabah ke atas seorang lelaki berusia 88 tahun mengalami kecederaan otak traumatik baru-baru ini merupakan satu kejayaan dalam memperkembangkan lagi kemajuan dalam bidang neurosurgeri dan neurokritikal di negeri ini. 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna berkata, pihaknya komited untuk terus menyokong dan memperkukuh kerjasama dengan mana-mana pihak demi manfaat kesihatan dan rawatan kepada rakyat di negeri Sabah.

Katanya, ia juga merupakan satu kejayaan besar yang telah dicapai oleh Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).

“Pasukan pembedahan Neuro hospital ini dengan kolaborasi bersama Pakar Bius Otak Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah berjaya melakukan pembedahan otak secara sedar ‘awake mini craniotomy‘ yang pertama di Sabah ke atas seorang lelaki berusia 88 tahun yang mengalami kecederaan otak traumatik pada 30 Julai lalum

“Pesakit tersebut mengalami pendarahan subdural kronik yang besar di bahagian kiri otak akibat terjatuh di taman perumahannya dua minggu lalu, yang mengakibatkan pesakit mengalami gejala sakit kepala yang teruk, kabur penglihatan, pertuturan yang tidak jelas dan kelemahan badan di sebelah kanan.

“Keputusan untuk melakukan pembedahan ini dengan segera telah dibuat bagi mengeluarkan darah beku di otak memandangkan fungsi saraf pesakit ini yang semakin merosot,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Dr Asits berkata, tujuan utama pembedahan dilakukan secara sedar adalah untuk menilai fungsi saraf pesakit secara intraoperatif. 

Katanya, setelah kira-kira 30ml darah beku dikeluarkan, fungsi saraf pesakit telah menunjukkan peningkatan yang baik. 

“Pesakit kini telah pulih sepenuhnya.

Pembedahan ini diketuai oleh Dr. (Mr) Sofan Zenian, Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Pembedahan Neuro HQE II, bersama Dr. Yeap Boon Tat, Pensyarah Kanan dan Pakar Neuroanestetik dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK), UMS,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Asits berkata, kejayaan pembedahan secara sedar itu telah mengurangkan risiko komplikasi bius penuh dan mengelakkan keperluan pesakit dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Ini sekaligus katanya telah mengurangkan kadar jangkitan nosokomial di ICU.

“JKNS ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada pasukan pembedahan HQE II dan UMS atas kejayaan dan kerjasama ini,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/22/pembedahan-otak-secara-sedar-satu-kejayaan-dalam-bidang-neurosurgeri/feed/ 0 59473
Keracunan makanan : Murid SK Pulau Gaya ada sejarah makan nasi lemak – JKNS https://sabahmedia.com/2024/07/24/keracunan-makanan-murid-sk-pulau-gaya-ada-sejarah-makan-nasi-lemak-jkns/ https://sabahmedia.com/2024/07/24/keracunan-makanan-murid-sk-pulau-gaya-ada-sejarah-makan-nasi-lemak-jkns/#respond Wed, 24 Jul 2024 06:13:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57956
Read Time:2 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Seramai 103 Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya yang disahkan mengalami keracunan makanan pada Isnin lalu mempunyai sejarah memakan nasi lemak.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Asits Sanna berkata, murid yang terlibat dengan insiden itu didapati telah memakan makanan itu sekitar jam 9.50 pagi hari sama.

Katanya, pihaknya melalui Pejabat Kesihatan Kawasan (PKK) Kota Kinabalu telah menerima notifikasi insiden berkenaan pada hari sama kira-kira jam 2.09 petang.

“Siasatan awal mendapati bahawa kesemua kes mempunyai sejarah memakan nasi lemak sekitar jam 9.50 pagi pada Isnin lalu. Bagaimanapun, sejarah lengkap pergerakan serta pendedahan kes kepada makanan masih dalam siasatan. 

“Tindakan kawalan yang telah dilaksanakan termasuk memberi rawatan yang bersesuaian, menjalankan pengesanan kes secara aktif (ACD), pendidikan kesihatan kepada individu terlibat serta pengambilan sampel makanan, minuman, dan persekitaran bagi tujuan pengesahan punca kejadian.

“Kes-kes mengalami gejala muntah, cirit-birit, dan sakit perut. Sebanyak lapan kes telah dimasukkan ke wad, manakala 95 kes dirawat sebagai pesakit luar. Kesemua kes berumur di antara enam hingga 12 tahun dan berada dalam keadaan stabil, serta tiada kematian dilaporkan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Asits berkata, keracunan makanan adalah penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

“Ianya boleh disebabkan bakteria atau toksin bakteria tersebut, virus, parasit, bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai, logam berat, tumbuhan yang beracun seperti cendawan dan hasilan laut seperti kerang. 

“Sebagai pencegahan, JKNS menasihati orang ramai agar sentiasa mengamalkan beberapa langkah antaranya sentiasa menjaga kebersihan dengan membasuh tangan dengan air dan sabun sebelum mengendalikan makanan.

“Selain itu, orang ramai juga perlu memastikan kawasan dapur bebas dari serangga, makhluk perosak, dan haiwan-haiwan yang lain,” katanya.

Tambahnya lagi, orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa menggunakan peralatan yang berasingan untuk makanan mentah bagi mengelakkan pencemaran kepada makanan yang telah dimasak.

Selain itu, makanan juga perlu dimasak dengan sempurna dan memastikan ianya dimakan dalam tempoh tidak melebihi empat jam.

“Simpan makanan sedia dimakan pada suhu yang bersesuaian di dalam peti sejuk dan tidak melebihi tempoh yang ditetapkan selain gunakan bahan mentah yang segar dan air yang bersih untuk memasak.

“Amalkan konsep lihat, hidu, dan rasa dan elakkan makan sekiranya makanan atau minuman telah rosak dan pihak sekolah juta dinasihatkan untuk sentiasa memantau serta menjalankan pemeriksaan ke atas  makanan yang dijual atau dibekalkan di kawasan sekolah,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Asits berkata, JKNS Sabah juga ingin menasihatkan orang ramai agar segera mendapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala keracunan makanan.

Katanya, JKNS dengan kerjasama PKK Kota Kinabalu akan terus memantau situasi kejadian ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari semasa ke semasa. – SABAH MEDIA / FOTO MAHA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/24/keracunan-makanan-murid-sk-pulau-gaya-ada-sejarah-makan-nasi-lemak-jkns/feed/ 0 57956
JKNS anjur Program SGB Challenge Peringkat Negeri Sabah 2023 https://sabahmedia.com/2023/08/11/jkns-anjur-program-sgb-challenge-peringkat-negeri-sabah-2023/ https://sabahmedia.com/2023/08/11/jkns-anjur-program-sgb-challenge-peringkat-negeri-sabah-2023/#respond Fri, 11 Aug 2023 08:33:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39894
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Keracunan makanan merupakan satu masalah besar yang melanda sekolah-sekolah di seluruh negara.

Justeru dalam usaha menangani isu ini, satu platform bagi mendidik para pelajar mengenai aspek kebersihan dan keselamatan makanan melalui cara yang lebih interaktif selaras dengan perkembangan semasa telah diadakan satu aktiviti dikenali sebagai Program Skuad Germ Buster Challenge (SGB Challenge).

Program peringkat negeri anjuran Bahagian Keselamatan & Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kawasan Tuaran dan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau telah berlangsung pada 10 Ogos lalu dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Kauluan, Kundasang sebagai tuan rumah.

Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Sitti Aralas berkata pelaksanaan program pada kali ini yang melibatkan dua komponen aktiviti iaitu Pertandingan Explorace dan Science Show Talk bertemakan kebersihan dan keselamatan makanan amat penting dalam usaha untuk mengaplikasikan konsep Lihat, Hidu, Rasa sebagai amalan yang berterusan bermula sejak mereka dari kecil lagi.

“Selain itu, kita juga merasa teruja dengan bakat yang ditunjukkan oleh murid-murid dalam Pertandingan Mencipta & Deklamasi Sajak sempena World Food Safety Day yang turut diadakan bersekali dengan program ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penutupan Program Skuad Germ Buster Challenge Peringkat Negeri Sabah 2023.

Majlis penutupan ini turut dihadiri oleh Guru Besar SK Kauluan , Ramlee Ambu, Penolong Pegawai Sektor Pembangunan Murid PPD Ranau, Nonja Keh, Pegawai Kesihatan Kawasan Tuaran , Dr Noraziah Bakri dan Pegawai Kesihatan Pentadbir Daerah Ranau , Dr.Fiona Vincent Bazini.

Penyertaan program kali ini melibatkan 10 buah sekolah terdiri dari 74 peserta iaitu murid-murid dari SK Kauluan, SK Kundasang, SK Pinausok, SK Mesilou, SK Bundu Tuhan, SK Kinasaraban, SK Pahu Himbaan, SK Tudan, SK Pekan Ranau dan SRK Don Bosco.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/11/jkns-anjur-program-sgb-challenge-peringkat-negeri-sabah-2023/feed/ 0 39894
JKNS Sedia Bantu Wujudkan Bilik Laktasi Di Premis Kerajaan, Swasta https://sabahmedia.com/2022/03/12/jkns-sedia-bantu-wujudkan-bilik-laktasi-di-premis-kerajaan-swasta/ https://sabahmedia.com/2022/03/12/jkns-sedia-bantu-wujudkan-bilik-laktasi-di-premis-kerajaan-swasta/#respond Sat, 12 Mar 2022 10:21:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12932
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) mahu lebih banyak agensi dan jabatan kerajaan mewujudkan bilik laktasi bagi memudahkan kakitangan menyusukan bayi mereka dengan lebih selesa.

Pengarah JKNS Datuk Dr Rose Nani Mudin berkata, usaha bagi mewujudkan bilik laktasi itu juga berupaya membantu mengekalkan imuniti bayi menerusi pengumpulan dan pemberian susu ibu kepada bayi mereka.

“Pada hari ini adalah sangat istimewa dimana Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah berjaya mewujudkan sebuah bilik laktasi bagi memberi keselesaan kepada kakitangan untuk mengumpul seterusnya menyusukan bayi mereka.

“Saya harap konsep ini akan dapat dilaksanakan di seluruh Sabah terutama di pejabat-pejabat bagi memudahkan ibu mengekalkan imuniti bayi-bayi mereka selain mewujudkan kasih sayang di antara ibu dan bayi itu.

“KPLB Sabah merupakan kementerian pertama di Sabah yang melaksanakan inisiatif ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu (AKSSI) Sabah di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pemakanan) JKNS Shahrulnaz Norhazli Nazri dan Pengerusi AKSSI Sabah Datin Malianah Ugau.

Dr Rose Nani berkata, pelaksanaan bilik laktasi itu juga dilihat baik dari segi sosial, mental ibu dan juga khasiat kepada bayi mereka.

“Bagi pihak JKNS, sudah tentu kami akan memberi bantuan nasihat teknikal dan sebagainya bagi mewujudkan bilik laktasi ini.

“Ini juga merupakan projek Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), bukan sahaja kepada JKNS malah untuk rakyat sejagat dan semua pihak perlu mengambil tanggungjawab bersama,” katanya.

Sementara itu, Dr Rose Nani berkata, pihak swasta juga diseru untuk menyahut cabaran bagi mewujudkan bilik laktasi dipremis mereka.

“Sama seperti agensi kerajaan, JKNS akan turut memberi nasihat teknikal bagaimana untuk mewujudkan dan memberi mesej atau pengajaran bagi memberi pengetahuan kepada mereka yang berminat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/12/jkns-sedia-bantu-wujudkan-bilik-laktasi-di-premis-kerajaan-swasta/feed/ 0 12932