jkr sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 05 Apr 2025 09:16:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jkr sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JKR Sabah aktifkan langkah keselamatan di Jalan Buli Sim-Sim https://sabahmedia.com/2025/04/05/jkr-sabah-aktifkan-langkah-keselamatan-di-jalan-buli-sim-sim/ https://sabahmedia.com/2025/04/05/jkr-sabah-aktifkan-langkah-keselamatan-di-jalan-buli-sim-sim/#respond Sat, 05 Apr 2025 09:16:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71494
Read Time:1 Minute, 27 Second

Kota Kinabalu: Langkah keselamatan telah diaktifkan di laluan berhampiran Jalan Buli Sim-Sim selepas kejadian bongkah batu besar yang runtuh pada Khamis lalu.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, berikutan kejadian itu, pihak terlibat terutama Jabatan Kerja Raya (JKR) akan memastikan langkah berjaga-jaga akan terus diambil.

“Setiap kali ada kejadian tanah runtuh ataupun batu terjatuh seperti demikian, pihak JKR melalui jurutera daerah dan juga sekiranya ada konsesi yang dilantik terlibat dalam kawasan tersebut, mereka akan mengenakan ataupun mengaktifkan apa yang kita panggil ‘Emergency Response Team’ (ERT).

“Jadi perkara pertama yang akan diambil adalah untuk memastikan bahawa tempat kejadian itu, tahap keselamatan diaktifkan, kalau di atas jalan raya macam kes ini batu besar jatuh atas jalan raya maka pihak JKR akan memastikan bahawa keselamatan dan hasil daripada runtuhan tersebut masih dikawal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kerajaan negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Majlis turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan isteri Toh Puan Faridah Tussin.

Hadir sama Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan isteri Datin Seri Juliah Salag.

Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, pada ketika ini pihaknya masih menunggu laporan penuh berhubung kejadian itu.

Katanya, kejadian itu mungkin disebabkan oleh cuaca basah dan hujan berterusan.

“Tapi punca-punca teknikal nanti kita tunggulah apa laporang yang akan dilaksanakan, jadi kita menasihatkan kepada semua pengguna jalan raya terutama yang melalui kawasan-kawasan cerun yang mungkin kurang stabil disebabkan oleh taburan hujan yang agak tinggi untuk sentiasa berhati-hati,” katanya.

Khamis lalu, bongkah batu telah runtuh menutupi laluan Jalan Buli Sim Sim Sandakan menyebabkan laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada pengguna jalan raya di kawasan berkenaan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/05/jkr-sabah-aktifkan-langkah-keselamatan-di-jalan-buli-sim-sim/feed/ 0 71494
KKR komited laksana projek LPB, pembangunan infrastuktur di Sabah https://sabahmedia.com/2024/10/07/kkr-komited-laksana-projek-lpb-pembangunan-infrastuktur-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/10/07/kkr-komited-laksana-projek-lpb-pembangunan-infrastuktur-di-sabah/#respond Mon, 07 Oct 2024 05:41:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61796
Read Time:1 Minute, 31 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Kementerian Kerja Raya (KKR) Malaysia mahu projek infrastruktur bernilai hampir RM40 bilion di Sabah dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk memberi manfaat rakyat di Sabah.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, ia termasuklah projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) dan projek pembangunan infrastruktur asas lain di negeri ini.

Katanya, usaha itu dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

“Sebagaimana saya sebut tadi agar semua projek-projek yang dilaksanakan iaitu 200 projek untuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); 41 untuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM); 200 untuk Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dan 47 projek untuk KKR berjumlah RM13 bilion di Sabah dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Saya juga memaklumkan bahawa kita ada ada pakej 1A dan  pakej 1B untuk LPB, jumlahnya adalah RM26.6 bilion, jadi jumlah keseluruhan, ianya hampir RM40 bilion projek yang dikendalikan oleh KKR, Kementerian Kewangan dan JKR Sabah untuk manfaat rakyat negeri Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke JKR Sabah di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah JKR Sabah Datuk Philemon Lajawai.

Dalam pada itu, Ahmad sekali lagi mengulangi peringatan agar kesilapan, kelewatan serta masalah yang dihadapi dalam pembinaan LPB Pakej 1A tidak diulangi pada pelaksaan Pakej 1B.

“Saya juga diberikan taklimat mengenai LPB Sabah dan saya memberikan pandangan agar yang mana dapat Pakej 1B belajar daripada Pakej 1A dan tidak mengulangi kesilapan, kelewatan, masalah yang dihadapi oleh Pakej 1A.

“Dan saya juga dimaklumkan bahawa JKR Sabah yang melaksanakan sektor Pan Borneo ini telah diundang ke Sarawak oleh JKR Sarawak untuk belajar Pan Borneo Sarawak dan mereka begitu terbuka, menasihati dan berkongsi pengalaman 99 peratus siap Pan Borneo Sarawak supaya sektor Pan Borneo Sabah boleh belajar dan tidak mengulangi perkara-perkara yang boleh diperbaiki dalam Pakej Pan Borneo Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/07/kkr-komited-laksana-projek-lpb-pembangunan-infrastuktur-di-sabah/feed/ 0 61796
JKR Malaysia & JKR Sabah Jalin Kerjasama Integrasi Data Sistem Pemantauan Projek https://sabahmedia.com/2021/09/17/jkr-malaysia-jkr-sabah-jalin-kerjasama-integrasi-data-sistem-pemantauan-projek/ https://sabahmedia.com/2021/09/17/jkr-malaysia-jkr-sabah-jalin-kerjasama-integrasi-data-sistem-pemantauan-projek/#respond Fri, 17 Sep 2021 09:50:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6474
Read Time:2 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia dan JKR Sabah melaksanakan kerjasama dua hala menerusi pemeteraian nota kerjasama bagi Pelaksanaan Program Integrasi Data Sistem SKALA-PALMS.

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, sistem itu akan dapat memberi manfaat kepada pegawai JKR Malaysia dan JKR Sabah dalam mengurus projek-projek yang sedang dilaksanakan.

Katanya, melalui pemantauan projek yang dilaksanakan, ianya berupaya dapat memberi maklumat yang tepat dan terkini bagi meningkatkan kecekapan komunikasi dan pelaporan secara atas talian.

“Ini membolehkan data-data projek pembangunan Persekutuan dan Negeri dapat diakses secara bersama.

“Perkongsian data ini juga akan mempercepatkan proses pelaporan kemajuan fizikal projek bagi membolehkan pemegang taruh (stakeholder) memperolehi maklumat dengan segera, tepat serta menjimatkan kos.

“Ia sekaligus dapat meningkatkan kecekapan sistem antara Persekutuan dan Negeri,” katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Nota Kerjasama antara JKR Malaysia dan JKR Sabah di Ibu Pejabat JKR Sabah disini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Arthur berkata, kerjasama dan koordinasi antara agensi Persekutuan dengan Negeri perlu dipertingkatkan dalam usaha mempercepatkan pelaksanaan projek serta program Kerajaan ke arah transformasi digital.

Katanya, kerajaan dipacu teknologi akan menyediakan perkhidmatan awam yang lebih cekap, berkesan dan moden.

“Perancangan negara akan lebih berpandukan data bagi memenuhi keperluan dan jangkaan rakyat.

“Pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan akan memastikan pembangunan di negeri Sabah khususnya jajaran jalan raya yang menghubungkan antara bandar dan projek infrastruktur lain akan diberi perhatian sepenuhnya.

“Ini penting untuk kita merapatkan jurang pembangunan di antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu, Arthur berkata, projek-projek yang telah diluluskan Kerajaan Persekutuan perlu dilaksanakan segera.

Katanya, ianya amat penting bagi memberi kemudahan pembangunan yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat.

Tambahnya, kelewatan dalam melaksanakan mana-mana projek yang telah diluluskan hanya merugikan rakyat dan Kerajaan selain akan meningkatkan lagi kos projek.

“Sektor pembinaan merupakan sektor penting untuk pembangunan ekonomi negara. Sektor ini harus digerakkan ke tahap optimum dalam keadaan norma baharu.

“Industri pembinaan merupakan agen pengganda ekonomi yang boleh memberi manfaat ekonomi bukan sahaja kepada eko-sistem industri pembinaan itu sendiri bahkan kepada 196 industri lain contohnya seperti besi dan keluli, simen, lime dan plaster, pertukangan kayu, perdagangan motor dan kenderaan serta lain-lain lagi,” katanya.

Justeru itu, katanya, perbelanjaan ke arah projek infrastruktur utama akan menjadi pelaburan jangka panjang yang baik untuk memupuk pembangunan fizikal dan limpahan ekonomi dengan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dalam usaha bagi memulihkan ekonomi negara pasca COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/17/jkr-malaysia-jkr-sabah-jalin-kerjasama-integrasi-data-sistem-pemantauan-projek/feed/ 0 6474
Penduduk Rayu Jalan Kampung Dinaik Taraf https://sabahmedia.com/2021/02/16/penduduk-rayu-jalan-kampung-dinaik-taraf/ https://sabahmedia.com/2021/02/16/penduduk-rayu-jalan-kampung-dinaik-taraf/#respond Tue, 16 Feb 2021 11:43:39 +0000 http://18.136.128.23/?p=183
Read Time:51 Second

Penduduk Kampung Loputung, khususnya yang tinggal di Zon Masapang dan Sinsibon merayu agar jalan yang menghubungkan kawasan kampung  dinaik taraf kerana  tidak dapat dilalui ketika musim hujan.

memetik laporan utusan Borneo perkara berkenaan berlaku ekoran jalan yang tidak berturap itu berlumpur dan tidak dapat digunakan oleh penduduk kampung

” Lebih menyukarkan penduduk kampung apabila berlaku kecemasan seperti berlaku kematian atau ada penduduk yang sakit dan dalam masa yang sama hujan turun menyebabkan jalan tersebut tidak dapat dilalui,” kata Edward Solibi, 28, salah seorang penduduk kampung.

“Walaupun kawasan Zon Masapang dan Sinsibon mempunyai penduduk sekitar 15 buah rumah, jumlah itu pasti akan bertambah apabila jalan perhubungan ke kawasan itu dinaik taraf. 

“Aktiviti pertanian yang menjadi sumber rezeki utama penduduk kampung dan hasil kebun pula akan dijual ke pekan yang berhampiran,” jelasnya.

Menurutnya, jalan itu sudah pasti akan menjadi laluan utama termasuk laluan ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah. 

“Jadi saya sebagai penduduk kampung sangat berharap masalah yang kami hadapi ini mendapat perhatian daripada pihak berkenaan,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/02/16/penduduk-rayu-jalan-kampung-dinaik-taraf/feed/ 0 183