Jkr tanah runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Jan 2025 03:02:14 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jkr tanah runtuh – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tanah Runtuh di Jalan Randagong Himbaan Ranau https://sabahmedia.com/2025/01/10/tanah-runtuh-di-jalan-randagong-himbaan-ranau/ https://sabahmedia.com/2025/01/10/tanah-runtuh-di-jalan-randagong-himbaan-ranau/#respond Fri, 10 Jan 2025 02:46:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66723
Read Time:47 Second

Ranau : Kegagalan di bahagian cerun mengakibatkan Jalan Randagong Himbaan di kilometer 8.150 di sini runtuh dan terpaksa ditutup hari ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi kemaskini di Facebook hari ini memaklumkan runtuhan itu adalah disebabkan berlaku hujan lebat berterusan dan air deras dari bukit berhampiran.

“Jalan Randagong Himbaan di kilometer 8.150 tidak dapat dilalui oleh kenderaan berikutan berlaku runtuhan dan kegagalan di bahagian cerun.

“Berikutan itu, laluan berkenaan ditutup dan proses baik pulih serta pembersihan laluan sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

JKR turut memaklumkan air sungai dari bukit berhampiran turut menyebabkan hakisan cerun semakin lebar.

“Sebagai alternatif, pengguna boleh menggunakan Jalan Tenompok Bundu Tuhan,” tambah kenyataan itu di sini.

Bagaimanapun, satu laluan telah dibuka kira-kira jam 9.30 pagi tadi untuk semua kenderaan selepas proses kerja pembersihan dilakukan.

Terdahulu, hujan berterusan sejak petang semalam turut mengakibatkan berlaku banjir di beberapa kawasan di daerah ini. – SABAH MEDIA / FOTO JKR SABAH

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/10/tanah-runtuh-di-jalan-randagong-himbaan-ranau/feed/ 0 66723