JKR – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Jul 2026 22:25:08 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JKR – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KKR mahu budaya kerja baharu, tamatkan amalan bekerja secara silo https://sabahmedia.com/2026/07/20/kkr-mahu-budaya-kerja-baharu-tamatkan-amalan-bekerja-secara-silo/ https://sabahmedia.com/2026/07/20/kkr-mahu-budaya-kerja-baharu-tamatkan-amalan-bekerja-secara-silo/#respond Sun, 19 Jul 2026 22:25:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100160
Read Time:1 Minute, 42 Second

KOTA KINABALU: Kementerian Kerja Raya (KKR) mahu menerapkan budaya kerja baharu dalam kalangan semua kementerian, jabatan, agensi teknikal, syarikat utiliti dan pihak berkepentingan dengan menamatkan amalan bekerja secara silo bagi memastikan pelaksanaan projek infrastruktur dapat dipercepatkan demi kepentingan rakyat.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, cabaran terbesar ketika ini bukan lagi kekurangan perancangan, sebaliknya kelajuan pelaksanaan projek yang sering terjejas akibat isu pengambilan tanah, pemindahan utiliti, penyelarasan antara agensi serta proses membuat keputusan.

Menurutnya, semua pihak perlu meninggalkan budaya bekerja secara berasingan dan mengutamakan kolaborasi bagi menyelesaikan isu dengan lebih pantas.

“Cabaran sebenar ialah kelajuan pelaksanaan. Isu pengambilan tanah, pemindahan utiliti, penyelarasan antara agensi dan proses membuat keputusan tidak boleh terus menjadi alasan yang menghalang kemajuan projek.

“Rakyat tidak menilai kita berdasarkan alasan. Mereka menilai kita berdasarkan hasil,” katanya ketika berucap merasmikan Program Kolaborasi Strategik Kerja Raya Malaysia 2026 di sini, pada Ahad.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Alexander berkata, sebarang isu yang boleh diselesaikan melalui satu meja rundingan tidak seharusnya mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

“Kolaborasi mesti menjadi amalan harian, bukan sekadar tema seminar atau perbincangan meja bulat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata kejayaan pembangunan infrastruktur negara bergantung kepada keupayaan semua pihak bergerak sebagai satu pasukan.

Katanya, kemajuan projek strategik seperti Lebuhraya Pan Borneo, Sarawak-Sabah Link Road (SSLR), pelaksanaan inisiatif pendigitalan serta kerjasama merentas agensi membuktikan bahawa cabaran besar mampu diatasi apabila semua pihak berganding bahu.

Beliau turut mengingatkan bahawa kejayaan yang dicapai ketika ini bukan destinasi terakhir, sebaliknya amanah untuk terus meningkatkan kecekapan, mempercepat pelaksanaan projek dan berani melakukan pembaharuan.

“Saat kita mula berasa selesa dengan pencapaian hari ini, pada saat itulah kita sebenarnya mula ketinggalan. Negara lain sedang mempercepatkan transformasi mereka.

“Oleh itu, kita mesti sentiasa mencabar diri untuk menjadi lebih cekap, lebih inovatif dan lebih berani melakukan pembaharuan,” katanya.

Beliau berkata, KKR mahu budaya kecemerlangan menjadi identiti kementerian supaya setiap projek yang dilaksanakan bukan sahaja siap mengikut jadual, malah memberi manfaat yang nyata kepada rakyat melalui sistem penyampaian yang lebih pantas, cekap dan berintegriti.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/20/kkr-mahu-budaya-kerja-baharu-tamatkan-amalan-bekerja-secara-silo/feed/ 0 100160
JKR bertanggungjawab pantau, periksa jalan-jalan rosak di bandar, pekan https://sabahmedia.com/2025/02/20/jkr-bertanggungjawab-pantau-periksa-jalan-jalan-rosak-di-bandar-pekan/ https://sabahmedia.com/2025/02/20/jkr-bertanggungjawab-pantau-periksa-jalan-jalan-rosak-di-bandar-pekan/#respond Thu, 20 Feb 2025 11:26:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69091
Read Time:3 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) seharusnya bertanggungjawab membuat pemantauan, pemeriksaan yang kerap dan rapi serta berjadual terhadap jalan-jalan yang rosak di mana sekali pun, sama ada di bandar-bandar besar atau kawasan pekan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, jabatan itu jangan menunggu sehingga berlaku kemalangan baru kelam-kabut bertindak.

Katanya, beliau begitu sedih dengan viral kejadian seorang pengguna jalanraya (menunggang motorsikal) maut gara-gara jalanraya yang dibiarkan berlubang yang berlaku dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu baru-baru ini.

“Sementara perkara ajal dan maut itu adalah takdir yang telah ditentukan, tetapi jalan jalan yang rosak ini, tidak kira di mana sekali pun, di bandar-bandar besar atau kawasan pekan, pihak JKR seharusnya bertanggungjawab membuat pemantauan atau pemeriksaan yang kerap dan rapi serta berjadual.

“Jangan tunggu sampai ada aduan atau arahan, baru mau bergerak! Ini adalah zaman dimana segala-galanya berada di hujung jari. Silap sedikit, pasti ada yang tukang viral sambil menyalahkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Ketua Menteri.

“Yang dilihat dan yang ditegur bukannya Kementerian atau Jabatan yang berkenaan, tetapi Kerajaan dan Ketua Menteri”, katanya pada Majlis Amanat Tahun Baru 2025 Ketua Menteri Bersama Penjawat Awam di Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Khamis.

Hajiji berkata, begitu juga dengan isu air, isu elektrik, isu setinggan haram oleh golongan PTI dan bermacam-macam lagi isu terkait kepentingan rakyat yang sepatutnya dapat diatasi jika kita cekap, pantas dan tangkas dalam bertindak dan menunaikan kewajipan.

Mengenai isu air, katanya, masalah itu yang diwarisi daripada kerajaan terdahulu yang tidak memahami isu bekalan dan pembahagian air, telah bertindak melakukan rombakan dan perubahan drastik dalam jabatan berkenaan sehingga pegawai yang berpengalaman dipindah, selain kontraktor sedia ada, diganti.

“Akibatnya, sekarang bekalan air terputus-putus di sana sini, malah ada air tetapi masin. Semuanya berpunca daripada masalah pengurusan bekalan air yang tidak cekap, dan lebih memburukkan lagi keadaan, berlaku kecurian bekalan air yang berleluasa yang sangat luar biasa, sehingga mencecah 60 peratus air bersih kita hilang dicuri orang.

“60 peratus non-revenue water (NRW) bukan sedikit. Lebih separuh air bersih kita hilang. Ini tanggungjawab Jabatan Air untuk kenalpasti di mana dan bagaimana punca-punca kehilangan itu berlaku.

“Saya difahamkan bahawa 60 peratus NRW itu kini berjaya diturunkan setelah dikenalpasti beberapa kawasan yang terdapat penyambungan haram dengan menghentikan penyambungan tersebut ke perkampungan setinggan haram. Persoalan saya, apa jaminan penduduk setinggan haram tersebut tidak menyambung semula saluran air berkenaan?”, katanya.

Katanya, kementerian dan jabatan yang terlibat sepatutnya bertindak pantas menjelaskan kepada rakyat apa sebenarnya masalah yang berlaku dan dihadapi sekarang. Beliau mengambil contoh, projek dan kerja-kerja memperbaiki Loji Rawatan Air Telibong 2, telah pun siap, tetapi bekalan air masih belum mencukupi kerana proses pemasangan paip baharu yang menyalurkan air dari lori itu ke Sepanggar dan sekitar Kota Kinabalu, masih dalam pembinaan, dan hanya akan siap sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, untuk bekalan air kepada penduduk di sebelah Putatan, pihak Jetama sedang membina Urgent Water Supply Scheme, iaitu loji baharu berkapasiti 5 juta liter sehari (MLD). Projek ini dijangka siap pada bulan Mei nanti yang akan menghasilkan pertambahan 5 juta liter sehari (MLD) khusus untuk kawasan sekitar Putatan.

Katanya, Projek Loji Rawatan Air Kogopon 2 di Papar yang masih dalam pembinaan, dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan yang akan meningkatkan kapasiti air terawat untuk kawasan Papar dan juga Putatan.

Hajiji berkata, bagi memastikan bekalan air yang konsisten untuk jangkamasa panjang, Kerajaan Negeri dengan Kerajaan Pusat berkolaborasi membina Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Tenom, yang dijangka siap pada 2029.

“Projek mega ini akan menjadi sumber bekalan air mentah, terutama ke beberapa daerah utama di Sabah. Dengan projek ini juga aliran bekalan elektrik akan diperluaskan dengan menghubungkan rantau selatan dan tenggara Sabah, sekali gus mencipta rangkaian tenaga yang lebih stabil”, tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/20/jkr-bertanggungjawab-pantau-periksa-jalan-jalan-rosak-di-bandar-pekan/feed/ 0 69091
DUN Sabah : Ruangan Komen FB Ditutup Elak Perdebatan Terbuka – Bung https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-ruangan-komen-fb-ditutup-elak-perdebatan-terbuka-bung/ https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-ruangan-komen-fb-ditutup-elak-perdebatan-terbuka-bung/#respond Wed, 23 Mar 2022 13:11:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13415
Read Time:1 Minute, 31 Second

KOTA KINABALU : Tindakan menutup ruangan komen laman Facebook Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah adalah untuk mengelakkan perdebatan secara terbuka selain mendatangkan keadaan yang tidak sihat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, media sosial itu dibina adalah untuk memberi respon kepada isu jalan yang ditularkan berbaur fitnah di dalam media sosial.

Katanya, Facebook JKR Sabah itu juga adalah sebagai platform memberi info-info mengenai bencana alam serta isu-isu semasa jalan raya.

“Tujuan JKR Sabah menutup ruangan komen adalah untuk mengelakkan pendebatan secara terbuka yang hanya mendatangkan keadaan yang tidak sihat.

“JKR ingin memastikan agar kakitangan serta orang awam tidak menjatuhkan moral dengan menjadikan Facebook sebagai medan tohmahan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan isu yang dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kapayan Jannie Lasimbang dan Dr aliakbar Gulasan (ADUN Dilantik)

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, JKR Sabah mempunyai aplikasi aduan awam yang lebih sistematik dan teratur yang mampu memberi info lokasi kerosakan jalan.

Katanya, aplikasi itu juga dapat mengenalpasti situasi dengan lebih jelas dan tepat selain aplikasi tersebut dapat merekodkan aduan-aduan orang awam seterusnya mampu dimanfaatkan sebagai satu platform untuk melancarkan urusan komunikasi orang awam dengan JKR.

“Bagi Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) puIa terdapat dua platform media sosial iaitu melalui Facebook Jabatan Air Negeri Sabah dan Instagram jabatanair.official.

“Facebook JANS berperanan untuk memaparkan Notis- Notis Gangguan Bekalan Air Seluruh Sabah. Manakala Instagram JANS berfungsi untuk memaparkan Notis Pemotongan Meter dan kaedah pembayaran Bil,” katanya.

Katanya, pada ketika ini, ruangan komen media sosial JANS telah ditutup kerana Jabatan Air menggalakkan pengguna atau orang awam untuk terus menghubungi JANS Careline supaya aduan atau masalah yang disampaikan dapat diberi perhatian seterusnya diambil tindakan dengan segera tanpa terlepas pandang di ruangan komen.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-ruangan-komen-fb-ditutup-elak-perdebatan-terbuka-bung/feed/ 0 13415
JKR Diminta Baiki Parit, Pembetung Tersumbat, Pecah Akibat Arus Deras Air Hujan https://sabahmedia.com/2022/01/30/jkr-diminta-baiki-parit-pembetung-tersumbat-pecah-akibat-arus-deras-air-hujan/ https://sabahmedia.com/2022/01/30/jkr-diminta-baiki-parit-pembetung-tersumbat-pecah-akibat-arus-deras-air-hujan/#respond Sun, 30 Jan 2022 03:01:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11725
Read Time:1 Minute, 18 Second

RANAU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Ranau diminta untuk membaiki parit-parit dan pembetung-pembetung yang telah tersumbat dan pecah akibat aliran deras air berikutan hujan lebat sejak beberapa hari ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke Kampung Kundasang Lama, Kg. Dumpiring, Kg. Dumpiring Atas dan jalan menuju ke Kg Bundu Tuhan untuk memantau keadaan jalan dan parit di sini, kelmarin.

Dr. Joachim berada di kampung berkenaan dengan diiringi oleh Penyelia Kemajuan Masyarakat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang, Japli Madi.

“Parit-parit dan pembetung-pembetung didapati pecah dan tersumbat, ini perlu dibaiki dengan kadar segera,” kata beliau.

Pemilik inap desa (homestay) juga diingatkan untuk memastikan agar pembinaan inap desa berhampiran jalan raya besar tidak menambah masalah terutamanya parit tersumbat dan membersihkan kawasan ataupun membuat pembetung yang lebih besar untuk menampung jumlah air yang mengalir.

Beliau juga menyarankan agar penduduk kampung terutama di kawasan tanah tinggi menanam pokok bagi mengelak tanah runtuh.

Dr. Joachim yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian meminta semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) agar memaklumkan kepada pihak JKR dan konsesi untuk tindakan susulan.

Kelmarin, video mengenai banjir di Kampung Lembah Pantai, Kundasang, Ranau tular ekoran hujan berterusan.

Sehubungan itu, Dr. Joachim mengucapkan terima kasih kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah dan JKR Ranau/ konsesi yang telah membuat pemantauan membersihkan banjir di jalanraya.

Beliau meminta penduduk supaya sentiasa waspada dan berhati-hati apabila hujan lebat melebihi dua jam, kemungkinan berlakunya kejadian tanah runtuh atau banjir kilat berlaku walaupun di kawasan pergunungan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/30/jkr-diminta-baiki-parit-pembetung-tersumbat-pecah-akibat-arus-deras-air-hujan/feed/ 0 11725
Kerajaan Kaji Kaedah Terbaik Tingkat Kebolehpasaran Lepasan ABM https://sabahmedia.com/2022/01/21/kerajaan-kaji-kaedah-terbaik-tingkat-kebolehpasaran-lepasan-abm/ https://sabahmedia.com/2022/01/21/kerajaan-kaji-kaedah-terbaik-tingkat-kebolehpasaran-lepasan-abm/#respond Fri, 21 Jan 2022 11:48:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11375
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan akan mengkaji kaedah terbaik bagi meningkatkan lagi kebolehpasaran lepasan Akademi Binaan Malaysia (ABM).

Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, ini termasuk memberi peluang kepada lepasan ABM memperoleh peluang ke peringkat lebih tinggi.

“Beberapa bidang yang dilaksanakan ABM kini telah melebihi daripada apa yang dijangka sehingga kita tidak boleh memenuhi keperluan atau permintaan pasaran.

“Namun sebenarnya sebelum mereka habis kursus pun mereka sudah ditawarkan peluang pekerjaan, ini sudah dikira baik dan cemerlang namun kita akan kaji bagaimana untuk mencapai bidang yang lebih tinggi,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri perkongsian program Kupi-Kupi ABM Pilihan Ku di ABM Wilayah Sabah disini hari ini.

Arthur berkata, peluang ini juga akan turut memacu pembangunan sektor pembinaan di Malaysia.

Katanya, sejak tahun 2000, seramai 149,448 orang telah mengikuti program Latihan Kemahiran Belia di pusat latihan CIDB di seluruh negara.

“Berdasarkan kepada tracer study yang dijalankan oleh CIDB, kebolehpasaran lepasan pelatih di bawah Program Latihan Kemahiran Belia ialah sebanyak 88 peratus.

“Bagi ABM Wilayah Sabah pula, sehingga November 2021, seramai 18,813 belia telah mengikuti kursus di pusat latihan tersebut dengan kadar kebolehpasaran sebanyak 65 peratus manakala seramai 25 peratus sedang menyambung pelajaran,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/21/kerajaan-kaji-kaedah-terbaik-tingkat-kebolehpasaran-lepasan-abm/feed/ 0 11375
Tidak Semua Jalan Raya Dibawah Tanggungjawab JKR https://sabahmedia.com/2021/11/14/tidak-semua-jalan-raya-dibawah-tanggungjawab-jkr/ https://sabahmedia.com/2021/11/14/tidak-semua-jalan-raya-dibawah-tanggungjawab-jkr/#respond Sun, 14 Nov 2021 04:30:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8450
Read Time:2 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Pengguna jalan raya di Sabah diharap dapat memahami situasi yang dihadapi kerajaan dalam usaha menaik taraf jalan-jalan raya di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pihaknya mengakui sukar untuk mengelak persepsi masyarakat apabila timbul isu kerosakan jalan raya di Sabah yang sering dikaitkan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Katanya, tidak semua kerosakan jalan raya yang ditularkan disemua platform media merupakan tanggungjawab JKR sepenuhnya untuk memperbaikinya.

“Terdapat tujuh kategori jalan raya di Sabah iaitu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Majlis-Majlis Daerah, Jalan Luar Bandar, Jalan Kampung, Jalan Kayu Balak dan Jalan Ladang Kelapa Sawit.

“Kategori Jalan Kampung, Jalan Kayu Balak dan Jalan Ladang Kelapa Sawit juga banyak mendatangkan masalah kerana jalan ini tidak berstatus dan terlalu sukar untuk diperbaiki,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keluhan netizen berhubung isu keadaan jalan raya di pelbagai daerah di negeri ini yang dipaparkan di media sosial serta tular sejak beberapa hari lalu.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, ini kerana jalan tersebut tidak didaftarkan oleh pejabat daerah masing-masing kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) Sabah namun tetap menjadi perhatian umum untuk ditularkan di media sosial.

Katanya, netizen tidak dapat dipersalahkan sepenuhnya kerana mereka tidak memahami keadaan  yang sebenar jalan raya yang rosak tersebut dibawah bidang kuasa JKR atau agensi kerajaan yang lain yang bertanggungjawab memperbaikinya.

“Kita memahami rasa ketidakpuasan pengguna jalan raya terlibat bagaimana pun sebelum menularkan ianya perlu di teliti terlebih dahulu  isu yang dibangkitkan tanpa sebarang perasaan prejudis kepada kerajaan, jabatan atau pemimpin berkaitan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung berkata, pihaknya telah menyediakan satu aplikasi aduan kepada pengguna bagi membolehkan pengguna menyalurkan aduan kerosakan berbanding menularkan di media cetak mahupun media sosial agar pembaikan dapat dilaksanakan.

“Jika kerosakan jalan raya yang ditularkan ada kaitan dengan tanggungjawab JKR, jabatan akan mengambil tindakan dan satu aplikasi aduan kepada pengguna telah disediakan.

“Jika jalanraya tersebut dalam tanggungjawab konsesi yang dilantik jabatan akan mengarahkan mereka untuk memperbaikinya segera,” katanya.

Sementara itu, Bung berkata, empat kategori jalan iaitu Jalan Persekutuan, Jalan Negeri, Jalan Majlis-Majlis Daerah dan Jalan Luar Bandar memang mendapat peruntukan sama ada dari kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri dan sumber-sumber lain namun ia tidak mencukupi.

“JKR, Kementerian Luar Bandar dan kerajaan negeri Sabah mengeluarkan peruntukan untuk empat kategori jalan terbabit tetapi tidak mencukupi untuk dibelanjakan kepada semua jalan raya yang rosak atau yang memerlukan naik taraf kerana peruntukan terhad,” katanya.

“Jadi kepada sesiapa yang tidak faham mengenai perkara ini diharap dapat maklum dengan keadaan yang berlaku.

“Selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam infrastruktur asas di negeri ini,saya telah berusaha dengan apa cara sekali pun untuk mendapatkan peruntukan bagi memperbaiki, menaik taraf dan memastikan jalan-jalan raya di Sabah dapat diurus dengan sebaik mungkin dan isu ini juga selalu saya bangkitkan semasa  persidangn di Dewan Rakyat.

“Namun hasrat saya terbantut disebabkan faktor-faktor kewangan dan faktor lain. Saya harap dengan penjelasan ini semua pihak perlu memahami keadaan sebenarnya,” katanya.

Terdahulu, Bung turut menjelaskan perkara berkenaan menerusi Facebooknya baru-baru ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/14/tidak-semua-jalan-raya-dibawah-tanggungjawab-jkr/feed/ 0 8450
Bung Akui Berdepan Pelbagai Cabaran Terajui KKRS https://sabahmedia.com/2021/09/29/bung-akui-berdepan-pelbagai-cabaran-terajui-kkrs/ https://sabahmedia.com/2021/09/29/bung-akui-berdepan-pelbagai-cabaran-terajui-kkrs/#respond Wed, 29 Sep 2021 11:13:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6986
Read Time:3 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin mengakui berdepan pelbagai cabaran menerajui Kementerian Kerja Raya Sabah (KKRS) bagi tempoh setahun lalu.

Katanya, sebagai sebuah kementerian yang bertanggungjawab bagi menyedia dan menangani pelbagai isu berkaitan infrastuktur di Sabah sudah tentu sentiasa menjadi perhatian masyarakat khususnya yang membabitkan isu air dan jalan raya.

“Tahun pertama saya menerajui kementerian, ia sangat mencabar kerana kementerian ini sentiasa menjadi perhatian masyarakat khususnya yang membabitkan infratuktur asas kepentingan rakyat.

“Keadaan lebih mencabar   apabila COVID-19 melanda dan kita terpaksa menghadapinya dalam keadaan tidak bersedia. Saya mengakui sebaik melangkah masuk ke kementerian ini, banyak cabaran yang perlu saya lalui antaranya isu-isu berkaitan infrastuktur asas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan sempena Setahun Pemerintahan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) disini hari ini.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pelbagai isu yang belum selesai dan terpaksa diwarisi seperti sistem perhubungan jalanraya, bekalan air bersih dan bencana alam yang tidak dijangka.

Katanya, beliau telah menggariskan beberapa misi utama bagi menyelesaikan masalah jalan raya dan air berikutan ia seting membelenggu rakyat di negeri ini.

“Saya mengakui sistem perhubungan jalanraya di negeri ini masih jauh ketinggalan berbanding negeri-negeri lain. Usaha berterusan akan terus dilaksanakan bagi membaiki jalan-jalan yang rosak samaada yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) mahupun konsesi yang dipertanggungjawabkan.

“Sekarang ini kira-kira RM1 bilion satu tahun untuk melaksanakan projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo Sabah, jika dibuat perkiraan, 45 tahun pun belum tentu projek ini boleh siap untuk dinikmati oleh rakyat,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri telah mengambil keputusan agar projek ini diteruskan dengan keadah inisiatif pembiayaan swasta (PFI) dan cadangan tersebut telah dikemukakan kepada kerajaan pusat untuk kelulusan.

Tambahnya, projek itu penting untuk rakyat Sabah bukan sahaja untuk kemudahan perhubungan jalanraya  yang lebih baik, selesa tetapi boleh mentransformasikan kawasan luar bandar sekali gus boleh melonjakkan taraf  siso-ekonomi rakyat.

“Kita mempunyai tiga fasa iaitu melibatkan pembinaan keseluruhan sepanjang 1,236 kilometer (km) dengan anggaran kos RM40.2 bilion.

“Fasa satu projek ini melibatkan 35 pakej telah siap proses reka bentuk membabitkan pembinaan sejauh 706km dengan kos RM15.2 bilion dan 15 pakej dalam peringkat pembinaan pada masa ini, melibatkan 317.6km dengan kos RM7.98 bilion di bawah pembiayaan kerajaan Persekutuan,” katanya.

Sementara itu, berhubung isu air, Bung berkata, hampir seluruh negeri ini menghadapi masalah bekalan air bersih disebabkan permintaan agak tinggi dengan wujudnya bandar-bandar baharu, kawasan perumahan dan perindustrian.

Katanya, daripada 84 loji rawatan air di Sabah, sebanyak 22 loji rawatan air menghadapi masalah seperti kedudukan yang tidak sesuai dan tidak mampu menampung keperluan pengguna.

“Untuk menangani isu ini kita memerlukan sekurang-kurang RM13 bilion untuk meningkatkan prasarana ini termasuk mengganti paip sedia ada dan membina loji rawatan air (LRA) yang baharu.

“Bagi menangani isu bekalan air ini , KKRS telah pun membentangkan kepada kabinet hala tuju serta strategi jangka panjang untuk mengurus bekalan air negeri ini termasuklah merombak operasi Jabatan Air Sabah dan menswastakan perkhidmatan  bekalan air untuk mengatasi gangguan bekalan air yang sering berlaku di negeri ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/29/bung-akui-berdepan-pelbagai-cabaran-terajui-kkrs/feed/ 0 6986
DUN Sabah : Sistem Perparitan Sentiasa Diselenggara Mengikut Jadual – Bung https://sabahmedia.com/2021/09/22/dun-sabah-sistem-perparitan-sentiasa-diselenggara-mengikut-jadual-bung/ https://sabahmedia.com/2021/09/22/dun-sabah-sistem-perparitan-sentiasa-diselenggara-mengikut-jadual-bung/#comments Wed, 22 Sep 2021 06:44:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6729
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan syarikat konsesi serta kontraktor penyelenggaraan yang dilantik sentiasa memastikan longkang dan sistem perparitan diselenggara mengikut jadual kerja penyelenggaraan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ia bagi memastikan sistem perparitan berfungsi dengan baik dan tidak tersumbat.

“Selain dari jadual yang ditetapkan dalam kerja penyenggaraan rutin, kerja pembersihan tambahan juga dilaksanakan di bawah kerja kecemasan sekiranya diperlukan dan apabila dimohon oleh pemimpin atau penduduk setempat. 

“JKR Sabah sentiasa melaksanakan pemantauan berterusan terhadap kerja-kerja yang dilaksanakan oleh syarikat konsesi dan kontraktor penyenggaraan jalanraya,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Tan Lee Fatt (DAP-Likas) yang bertanyakan apakah tindakan yang telah diambil oleh kerajaan terhadap syarikat konsesi yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka sehingga menyebabkan banjir kilat di kawasan Kota Kinabalu dan Penampang.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, Notis Ketidakpatuhan Kerja (Non-Compliance Report, NCR) akan diberikan kepada syarikat jika didapati tidak melaksanakan kerja mengikut jadual dan tidak mematuhi spesifikasi kerja yang telah ditetapkan.

“Untuk makluman, sistem perparitan jalanraya adalah direkabentuk untuk menampung aliran air permukaan di kawasan jalanraya dan seterusnya disambungkan ke sistem perparitan ‘monsoon drain’ di bawah bidang seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

“Daripada pemerhatian, banjir kilat ini berlaku apabila kedua-dua sistem perparitan ini penuh dan tidak dapat menampung aliran air permukaan dari jalanraya dan kawasan sekitar menyebabkan air melimpah ke kawasan jalanraya,” katanya.

Katanya, paras air laut pasang dan surut juga menjadi faktor utama berlakunya banjir kilat apabila air laut pasang bertembung dengan aliran air dari sungai menyebabkan air tidak dapat disalirkan dengan cepat ke laut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/22/dun-sabah-sistem-perparitan-sentiasa-diselenggara-mengikut-jadual-bung/feed/ 1 6729
Kerajaan Sabah Cadang Projek Pan Borneo Dilaksanakan Menerusi PFI https://sabahmedia.com/2021/09/17/kerajaan-sabah-cadang-projek-pan-borneo-dilaksanakan-menerusi-pfi/ https://sabahmedia.com/2021/09/17/kerajaan-sabah-cadang-projek-pan-borneo-dilaksanakan-menerusi-pfi/#respond Fri, 17 Sep 2021 08:56:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6465
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Sabah mencadangkan agar pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dilaksanakan menerusi inisiatif pembiayaan swasta (PFI).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, cadangan itu telah dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam lawatannya ke Sabah semalam.

“Saya telah mencadangkan dan menyuarakan kepada Perdana Menteri semalam agar projek ini dilaksanakan secara PFI dan beliau memberi jaminan akan membawa perkara tersebut ke Kabinet Persekutuan untuk diputuskan.

“Projek Pan Borneo ini ada 22 pakej yang melibatkan fasa satu saja dimana ketika ini hanya beberapa pakej dapat dilaksanakan dalam setahun,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Menandatangani Nota Kerjasama Antara Jabatan Kerja Raya (JKR) Pusat dengan JKR Sabah bagi pelaksanaan Program Integrasi Data Sistem SKALA-PALMS bertempat di Dewan Kinabalu Ibu Pejabat JKR Sabah Sembulan disini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, jika projek itu dilaksanakan hanya satu atau dua pakej dalam setahun sudah pasti sehingga 2050 projek berkenaan tidak mampu disiapkan.

Katanya, tahun ini sebanyak empat pakej baharu projek Pan Borneo Sabah diluluskan manakala sebanyak 11 lagi pakej sedang dilaksanakan.

“Kerja pembinaan semua pakej terbabit setakat ini sudah mencapai lebih 60 peratus dan dijangka siap pada 2023 jika berjalan lancar.

“Secara keseluruhan, projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah mengandungi 37 pakej yang dilaksanakan dalam dua fasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/17/kerajaan-sabah-cadang-projek-pan-borneo-dilaksanakan-menerusi-pfi/feed/ 0 6465
Jalan Raya Terjejas & Tanah Runtuh Akan Dibaiki Segera – Bung https://sabahmedia.com/2021/09/04/jalan-raya-terjejas-tanah-runtuh-akan-dibaiki-segera-bung/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/jalan-raya-terjejas-tanah-runtuh-akan-dibaiki-segera-bung/#respond Sat, 04 Sep 2021 09:55:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5792
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah dan syarikat konsesi penyelenggaraan jalan raya telah diarah untuk mengambil tindakan segera bagi membaiki jalan yang terjejas dan kejadian tanah runtuh di beberapa buah daerah di negeri ini ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, kebanyakan jalan berturap yang runtuh dalam kejadian kelmarin adalah dibawah kendalian pihak konsesi yang telah dilantik oleh kerajaan.

“Kita telah meminta pihak konsesi yang terlibat untuk memantau dan memperbaiki segera jalan raya yang rosak selain membuat jalan alternative agar pengguna tidak terkesan dengan kejadian ini.

“Bagi jalanraya Kota Kinabalu ke Keningau CH 103 dan CH 107  ianya merupakan jalan persekutuan dibawah konsesi Lintasan Resources Sdn Bhd yang kini sedang diperbaiki dan jalan  altternatif juga turut disediakan kepada  pengguna di laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, pihaknya turut menerima aduan berhubung kerosakan jalan raya di beberapa buah daerah yang mengalami kerosakan dan berlubang.

Katanya, terdapat juga aduan mengenai jalan raya yang dinaiki banjir khususnya yang terlibat dengan pembinaan lebuh raya Pan Borneo dan pihak kontraktor turut diarah bagi memantau keadaan bagi melaksanakan penyelenggaraan.

“Bagi cerun dan jalan yang runtuh dibawah kendalian JKR tidak melibatkan kos yang tinggi untuk pembaikan, kerja-kerja pembersihan sedang dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung berkata, ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini beliau telah meminta semua jurutera JKR di setiap daerah memantau situasi jalan yang berisiko runtuh agar tahap keselamatan pengguna terkawal.

“Kementerian sentiasa mengambil berat kepada isu-isu seperti ini dan akan mengambil tindakan susulan kepada setiap laporan yang dikemukakan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/jalan-raya-terjejas-tanah-runtuh-akan-dibaiki-segera-bung/feed/ 0 5792