Joging – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 09 Jun 2025 08:00:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Joging – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki cedera dirempuh Toyota Hilux ketika berjoging https://sabahmedia.com/2025/06/09/lelaki-cedera-dirempuh-toyota-hilux-ketika-berjoging/ https://sabahmedia.com/2025/06/09/lelaki-cedera-dirempuh-toyota-hilux-ketika-berjoging/#respond Mon, 09 Jun 2025 08:00:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75266
Read Time:1 Minute, 13 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Seorang lelaki cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dalam satu kejadian kemalangan di Batu 3, Jalan Apas, awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata akibat rempuhan itu mangsa tercampak ke dalam parit konkrit di sebelah kiri jalan dan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Jasmin memberitahu, pihak polis menerima makluman mengenai kejadian itu pada jam 4.15 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku sekitar jam 3:50 pagi ketika mangsa bersama kira-kira 20 orang rakan sedang berjoging dari arah McDonald menuju ke Bandar Seri Indah.

“Mangsa bersama dua orang rakannya berada di hadapan kumpulan dan ketika tiba di hadapan premis Cheese Garden, mangsa yang berada di bahagian kanan jalan telah dirempuh dari arah belakang oleh Toyota Hilux berwarna ‘bronze mica’ yang nombor pendaftarannya masih belum dikenal pasti,” kata beliau dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Akibat rempuhan tersebut, mangsa tercampak ke dalam parit konkrit di sebelah kiri jalan dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala.

Menurut Jasmin, mangsa berusia 34 tahun itu kini dirawat di Wad Pembedahan Lelaki, Hospital Besar Tawau dan berada dalam keadaan stabil.

Katanya, pihak polis kini sedang giat mengesan pemandu kenderaan terbabit untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu dengan tidak cermat dan tidak bertimbang rasa.

Sehubungan itu, Jasmin menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Tawau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/09/lelaki-cedera-dirempuh-toyota-hilux-ketika-berjoging/feed/ 0 75266