Johan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 31 Jul 2023 13:05:51 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Johan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pelajar KV Keningau Johan & Naib Johan Robotik Kategori PikaBot Peringkat Negeri https://sabahmedia.com/2023/07/31/pelajar-kv-keningau-johan-naib-johan-robotik-kategori-pikabot-peringkat-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/07/31/pelajar-kv-keningau-johan-naib-johan-robotik-kategori-pikabot-peringkat-negeri/#respond Mon, 31 Jul 2023 13:05:49 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39304
Read Time:1 Minute, 46 Second

KENINGAU: Dua pasukan pelajar yang terdiri daripada empat pelajar tahun satu semester pertama Kolej Vokasional Keningau telah berjaya menduduki dua tangga teratas bagi pertandingan robotik kategori PikaBot peringkat Negeri Sabah baru-baru ini.

Pertandingan tersebut yang berlangsung secara jarak jauh dikenali sebagai RERO Annual Championship (RAC) ataupun Kejohanan Tahunan RERO dimana RERO merupakan sejenis robot yang dibangunkan khas untuk melatih kemahiran pengaturcaraan.

Dengan pencapaian ini, kedua-dua pasukan ini akan mara ke peringkat kebangsaan yang berlansung di Negeri Sembilan pada 26 September ini.

Para pelajar ini telah dilatih oleh Khalifa Affnan yang merupakan ketua unit teknologi maklumat dan komunikasi kolej tersebut.

Pasukan pertama terdiri daripada Harniaty Enn dan Dayang Nur Dhaniyah Ag. Musidi yang merupakan pelajar jurusan pendidikan awal kanak-kanak dan seni kulinari manakala pasukan kedua dianggotai oleh Sheilvie Crystal Stenlee dan Alley Alveela Kiflee @ Felix.

Pasukan ini masing-masing dinobatkan sebagai johan dan naib johan bagi kategori PikaBot dalam pertandingan tersebut yang bermula dari 24 Jun lalu iaitu tarikh penghantaraan penyertaan sehingga 30 Julai iaitu tarikh pengumuman keputusan.

Pertandingan yang dilaksanakan secara jarak jauh ini memerlukan para peserta merakam video mereka memprogramkan PikaBot iaitu sejenis robot bergerak untuk bergerak mengikut laluan tertentu dan mengesan halangan.

Menurut Khalifa Affnan dalam kenyataannya hari ini menjelaskan bahawa aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti STEM yang dilaksanakan di kolej tersebut melalui projek Eureka Hub yang dilancarkannya beberapa tahun lalu.

Katanya, projek tersebut merupakan projek yang diwujudkan untuk melatih para pelajar dan guru menggunakan teknologi terkini seperti dron, pencetakan tiga dimensi, pengaturcaraan, teknologi digital dan robotik.

Sementara itu, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Christine Stanislaus Kinsik memuji usaha para pelajar tersebut yang menunjukkan semangat mereka mempelajari sesuatu yang baru memandangkan mereka baru sahaja memasuki kolej itu pada awal tahun ini.

Beliau berkata, usaha ini adalah selari dengan perkhidmatan Ruang Daya Cipta (RDC) iaitu hab inovasi dan rekapcipta yang telah dilancarkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) pada bulan Jun di kolej terbabit.

“Hab itu yang terletak di salah satu bangunan kolej tersebut adalah dibina khas untuk komuniti setempat agar mereka boleh mengakses latihan dan teknologi tertentu yang mampu membantu mereka membangunkan projek sosial atau perniagaan mereka,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/31/pelajar-kv-keningau-johan-naib-johan-robotik-kategori-pikabot-peringkat-negeri/feed/ 0 39304
SK Kirokot Ranau Johan Menangi Pingat Emas Dalam Pertandingan Antarabangsa Anjuran MIICA https://sabahmedia.com/2021/10/18/sk-kirokot-ranau-johan-menangi-pingat-emas-dalam-pertandingan-antarabangsa-anjuran-miica/ https://sabahmedia.com/2021/10/18/sk-kirokot-ranau-johan-menangi-pingat-emas-dalam-pertandingan-antarabangsa-anjuran-miica/#respond Mon, 18 Oct 2021 08:46:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7622
Read Time:1 Minute, 18 Second

RANAU: Sekolah Kebangsaan (SK) Kirokot Ranau mengharumkan nama Malaysia dengan mencatat sejarah di peringkat antarabangsa apabila muncul sebagai johan dan memenangi Pingat Emas dalam satu pertandingan anjuran MIICA (Malaysian Innovation, Invention and Creativity Association).

Pertandingan tersebut diadakan secara maya kerana pandemik Covid-19. Antara negara yang menjadi tuan rumah ialah Turkey, Indonesia, Nigeria dan juga Malaysia.

Tajuk yang dibentangkan ialah “Facemask 2.0 – Creating clean environment and reduce waste through recycling”.

Pegawai Pendidikan Daerah Ranau, Majus Munsing berkata, beliau sangat berbangga dengan kejayaan cemerlang SK Kirokot Ranau di peringkat antarabangsa.

“Ini membuktikan bahawa kita mampu bersaing, Ranau Hebat!,” kata Majus.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada peserta yang mewakili Malaysia seterusnya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri dan negara itu, iaitu Areha Heavenea Azri dan Jetty Lorrend, yang telah membentangkan kajian medium bahasa Inggeris dengan cemerlang.

“Situasi pandemik dan norma baharu pendidikan tidak menghalang SK Kirokot untuk terus menghasilkan kejayaan bermakna ini.

“Ini sudah pasti akan menyuntik semangat sekolah-sekolah yang lain bukan sahaja di Ranau tetapi di seluruh Malaysia,” kata Majus.

Beliau turut merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Michael Bahinding iaitu Guru Besar SK Kirokot; Jurulatih Utama dan Guru Ikon Inovasi Pendidikan Ranau, Hallsen Justin; Penolong Kanan KOKUM; Konys Berimbun, Yang Dipertua PIBG SK Kirokot; serta semua para ibubapa yang terlibat.

“Saya berasa amat bersyukur kerana SK Kirokot berjaya memasuki peringkat antarabangsa, ini adalah berkat semua warga pendidik di dalam bidang Inovasi sekolah ini,” ujar Michael.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam turut mengucapkan tahniah atas pencapaian cemerlang ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/18/sk-kirokot-ranau-johan-menangi-pingat-emas-dalam-pertandingan-antarabangsa-anjuran-miica/feed/ 0 7622