Johari – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 08 Sep 2026 09:57:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Johari – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Gaji perlu setimpal untuk menarik pekerja tempatan – Johari https://sabahmedia.com/2026/09/08/gaji-perlu-setimpal-untuk-menarik-pekerja-tempatan-johari/ https://sabahmedia.com/2026/09/08/gaji-perlu-setimpal-untuk-menarik-pekerja-tempatan-johari/#respond Tue, 08 Sep 2026 09:57:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103063
Read Time:1 Minute, 46 Second

INDUSTRI di negara ini perlu menawarkan pekerjaan dengan nilai ekonomi yang setimpal bagi menarik minat pekerja tempatan.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pekerja tempatan akan menilai manfaat ekonomi sesuatu pekerjaan sebelum membuat keputusan untuk menerimanya.

Menurut beliau, situasi itu dapat dilihat apabila rakyat sanggup berulang-alik ke Singapura untuk bekerja kerana pendapatan yang diperoleh dianggap berbaloi.

“Rakyat kita ini gaji buat kerja sebab apa saya cakap gaji buat kerja, kalau lihat tengok tiap-tiap pagi dia pergi ke Singapura untuk buat kerja, sebab apa?.

“Walaupun susah perjalanan satu jam lebih, balik satu jam lebih Tetapi dia ambil kerja itu kerana ada nilai ekonomi yang dia dapat,” katanya kepada media selepas menyampaikan ucapan perasmian penutup ‘Voices of HER Forum 2026’ di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur hari ini, lapor Buletin TV3.

Menurut Johari, jika pekerjaan tempatan tidak menawarkan nilai ekonomi yang menarik, sebahagian rakyat mungkin memilih pekerjaan lain seperti pemandu e-hailing yang menawarkan pendapatan lebih fleksibel, selain membolehkan mereka mengurus keperluan keluarga.

Sehubungan itu, Johari berkata, mana-mana industri yang memohon untuk mendapatkan pekerja asing perlu terlebih dahulu menjelaskan jenis pekerjaan 3D yang memerlukan tenaga kerja berkenaan.

Beliau berkata, kerajaan tidak berhasrat mengurangkan pekerja asing secara mendadak, sebaliknya pengurangan perlu dilakukan secara berperingkat mengikut keperluan industri.

Sebagai contoh, katanya, sekiranya sesebuah industri mempunyai 1,000 pekerja dan hanya 20 peratus daripadanya diperlukan untuk pekerjaan 3D, jumlah pekerja asing boleh dikurangkan secara berperingkat bagi pekerjaan yang bukan dalam kategori berkenaan.

Dalam pada itu, Johari berkata, budaya industri yang terlalu bergantung kepada pekerja asing turut menyebabkan sesetengah syarikat kurang terdorong untuk melaksanakan automasi.

Menurutnya, penggunaan tenaga kerja asing sebagai penanda aras kos buruh menyebabkan struktur kos sesetengah industri kekal rendah, sekali gus memberi tekanan kepada graduan dan pekerja tempatan yang mempunyai kelayakan.

“Bila ada orang yang ada kelulusan, graduan yang keluar pun tak boleh dapat beza dengan pekerja asing. Sebab pekerja asing pun dapat sampai sekitar RM1,800, RM1,900. Jadi orang rasa kemarahan,” katanya.

Justeru, beliau menegaskan industri tempatan perlu meningkatkan produktiviti melalui automasi, selain menawarkan struktur gaji yang lebih kompetitif bagi menarik tenaga kerja tempatan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/08/gaji-perlu-setimpal-untuk-menarik-pekerja-tempatan-johari/feed/ 0 103063
Penstrukturan semula Gagasan Rakyat Sabah perkukuh perjuangan parti – Johari https://sabahmedia.com/2026/05/18/penstrukturan-semula-gagasan-rakyat-sabah-perkukuh-perjuangan-parti-johari/ https://sabahmedia.com/2026/05/18/penstrukturan-semula-gagasan-rakyat-sabah-perkukuh-perjuangan-parti-johari/#respond Mon, 18 May 2026 04:17:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96882
Read Time:1 Minute, 24 Second

RANAU: Penstrukturan semula Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) perlu dilihat sebagai langkah strategik bagi memperkukuh organisasi parti, sekali gus memastikan perjuangan dan agenda membela rakyat terus relevan dalam landskap politik semasa.

Ketua Bahagian Kundasang Gagasan Rakyat, Johari Suhaimin berkata, beliau bersama ahli parti di daerah itu menyokong usaha penstrukturan yang dibahaskan sempena Persidangan Agung Khas baru-baru ini.

Menurutnya, proses penstrukturan bukan penghalang kepada kesetiaan serta perjuangan ahli parti, sebaliknya menjadi asas penting dalam memperkemaskan gerak kerja organisasi supaya lebih tersusun, dinamik dan bersedia menghadapi cabaran politik masa depan.

“Penstrukturan yang tersusun mampu melahirkan kepimpinan lebih kuat serta memperkemas jentera parti. Apa yang penting, semua pihak perlu mengutamakan amanah perjuangan, bukan persaingan kedudukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Johari berkata, beliau bersama ahli di kawasan itu turut menyokong kepimpinan Gagasan Rakyat Bahagian Ranau terus diterajui Datuk Seri Masidi Manjun bagi memastikan aspirasi penstrukturan parti serta mandat kepimpinan dapat dilaksanakan selaras dengan keputusan yang dibahaskan dalam Persidangan Agung Khas berkenaan.

“Kepimpinan yang stabil dan berpengalaman amat penting untuk memastikan hala tuju parti terus kukuh, selain memperkasakan peranan parti sebagai wadah perjuangan rakyat Sabah,” katanya.

Tambah beliau, parti itu perlu terus diperkasakan sebagai sebuah parti lokal yang dinamik, progresif dan dekat dengan rakyat, khususnya dalam memperjuangkan hak Sabah serta memastikan suara negeri itu terus dipelihara dalam arus politik nasional.

“Parti ini harus kekal menjadi tunjang harapan rakyat yang mahukan sebuah parti tempatan yang mampu mempertahankan kepentingan Sabah, selain membawa agenda pembangunan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat secara berterusan,” katanya.

Dalam pada itu, Johari turut menyeru semua ahli dan pimpinan parti agar terus bersatu hati serta memberi komitmen penuh dalam usaha memperkasakan parti demi kelangsungan perjuangan pada masa depan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/18/penstrukturan-semula-gagasan-rakyat-sabah-perkukuh-perjuangan-parti-johari/feed/ 0 96882
Pekebun kecil koko digesa supaya berdaftar dengan LKM – Johari https://sabahmedia.com/2025/05/26/pekebun-kecil-koko-digesa-supaya-berdaftar-dengan-lkm-johari/ https://sabahmedia.com/2025/05/26/pekebun-kecil-koko-digesa-supaya-berdaftar-dengan-lkm-johari/#respond Mon, 26 May 2025 09:49:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74563
Read Time:1 Minute, 50 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Semua pekebun kecil koko digesa supaya berdaftar dengan Lembaga Koko Malaysia (LKM) serta memastikan tanah yang digunakan mempunyai geran yang sah atau kelulusan daripada kerajaan negeri.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata langkah itu penting bagi memastikan pekebun kecil dapat diberikan pensijilan yang diiktiraf, seterusnya membolehkan hasil koko mereka menembusi pasaran eksport yang semakin menekankan pematuhan kepada prinsip kelestarian.

“Setiap tanah yang ditanam koko perlu ada sijil … ada geran tanah daripada kerajaan negeri.. Kalau tak ada, dia kena mohon. Dan kita dah maklumkan tiada lagi pembukaan hutan. Kita guna tanah sedia ada dan tingkatkan hasil dengan guna bahan tanaman yang baik dan amalan pertanian yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Malaysian International Cocoa Fair (MICF) 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC) di sini, hari ini.

Johari turut memaklumkan bahawa permintaan terhadap koko tempatan, khususnya dari Borneo, kini meningkat dengan ketara apabila syarikat pengeluar makanan terkenal seperti Nestlé menunjukkan minat untuk membeli semua hasil koko dari negeri ini bagi produk eksklusif seperti “Borneo KitKat”.

“Permintaan sangat tinggi, Nestlé tanya kita, ‘berapa banyak boleh hasilkan, mereka akan beli’. Jadi kita tengah tengok bagaimana nak bantu pekebun kecil guna baka hibrid supaya hasil bertambah dan pasaran sedia ada dapat dipenuhi,” jelasnya.

Katanya lagi, kementerian sedang merangka strategi bagi membantu pekebun kecil beralih kepada penggunaan varieti koko hibrid dan amalan pertanian mampan agar mereka tidak ketinggalan dalam pasaran eksport.

Dalam pada itu, beliau turut memuji kejayaan MICF 2025 yang berjaya menarik penyertaan daripada 26 negara luar, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri koko antarabangsa.

“Saya ucap tahniah kepada Lembaga Koko Malaysia. Koko merupakan salah satu komoditi eksport utama negara – nilainya sekitar RM15 bilion setahun,” katanya.

Tambanya, tumpuan kini adalah untuk memastikan pekebun kecil, termasuk dalam sektor koko, dapat memenuhi syarat pensijilan seperti MSPO dan memenuhi kehendak pasaran global.

“Yang kita nak sekarang, pekebun kecil pun boleh patuh MSPO. Mereka tak ada kilang, tapi kita boleh sahkan kebun mereka, supaya mereka boleh hantar hasil ke kilang yang diperakui,” katanya.

Beliau turut menyeru semua penggiat industri komoditi termasuk sawit, getah dan koko agar mengamalkan prinsip kelestarian jika mahu kekal berdaya saing dan terus menembusi pasaran antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/26/pekebun-kecil-koko-digesa-supaya-berdaftar-dengan-lkm-johari/feed/ 0 74563
Johari adakan lawatan kerja lima hari ke Sabah https://sabahmedia.com/2024/02/20/johari-adakan-lawatan-kerja-lima-hari-ke-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/02/20/johari-adakan-lawatan-kerja-lima-hari-ke-sabah/#respond Tue, 20 Feb 2024 15:10:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49803
Read Time:2 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri, Johari Kassim mengadakan lawatan kerja lima hari ke Sabah bermula 18 hingga 21 Februari 2024.

Johari bersama 10 ahli pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah termasuk Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Dr. Sangkar Rasam turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di Ibu Pejabat Kontinjen Sabah sebelum meneruskan ke Majlis Perasmian Program ‘Jom Santai Bicara Keadilan’ Cabang P.180 Keningau di Hotel Perkasa Keningau, malam ini.

Johari menghadiri Program ‘Jom Santai Bicara Keadilan’ Cabang P.180 Keningau di Hotel Perkasa Keningau.

Seramai 900 ahli PKR Keningau menghadiri program tersebut.

Johari Kassim

“Tujuan saya ke Sabah adalah rutin kerja saya ke mana-mana negeri sebagai Setiausaha Politik Menteri Dalam Negeri adalah berdamping dengan pemimpin-pemimpin di peringkat negeri cabang dan juga bersama-sama dengan perjumpaan komponen-komponen parti di dalam Kerajaan Perpaduan.

“Ini adalah untuk bersama memperkukuhkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di negeri ini selain berbincang hala tuju parti pada peringkat nasional dan juga pada peringkat negeri bagaimana kita nak perkukuhkan kedudukan parti Keadilan kita di Sabah ini.

“Perkara yang penting saya berjumpa pimpinan di cabang ini adalah selain mengukuhkan parti, menambah ahli dan ranting seperti yang disarankan Presiden iaitu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menperkukuhkan di peringkat ranting-ranting untuk menambah ahli, terutama di negeri Sabah ini kita akan menghadapi pilihan raya pada tahun hadapan,” katanya ketika ditemui Sabah Media semasa berkunjung ke Pejabat PKR Tanjung Aru di sini hari ini.

Johari bersama rombongan PKR Sabah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pesurujaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun di IPK pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut menyatakan kerjasama kerajaan perpaduan yang sedia terjalin di negeri ini perlu diperkukuhkan untuk kestabilan politik sekali gus dapat membantu meningkatkan ekonomi rakyat dengan lebih baik.

“Tujuan utama kita ialah untuk membantu rakyat, politik stabil barulah kita boleh stabilkan pembangunan ekonomi kita dan dapat membantu rakyat dengan lebih tersusun dan teratur,” katanya.

Mengulas mengenai hasrat PKR Sabah untuk bertanding 25 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap kawasan Parlimen di Sabah, Johari berkata, PKR Sabah harus memperkukuhkan dahulu dari segi kekuatan jentera dan keahlian di kawasan yang hendak ditanding.

“Berkenaan 25 kerusi DUN Sabah, itu cuma hasrat PKR Sabah untuk menghadapi pilihan raya sebab itu saya kata kepada setiap negeri kena memperkukuhkan dan kita juga kena ambil realistik untuk bertanding di setiap DUN di setiap parlimen ini kekuatan mesti ada, jentera, ahli mesti ada baru kita boleh tuntut kerusi yang kita hendak bertanding.

“Sekarang ini cuma dalam perbincangan, hasrat itu ada dan parti kalau ada hasrat itu kena ada juga jentera di kawasan-kawasan kita bertanding baru kita boleh menuntut dan meminta untuk bertanding di kawasan-kawasan tersebut,” tegasnya.

Menurut Johari, setiap parti punya hasrat seberapa kerusi yang mereka mahu di mana-mana sahaja bukan sahaja PKR.

“Ini hasrat PKR Sabah dan hasrat ini akan di bawa ke pucuk pimpinan pusat, kita harap pucuk pimpinan akan buat satu keputusan yang bijaksana dia tahu akan kedudukan di bawah untuk menentukan berapa peruntukan kerusi yang kita bertanding kemudian, itu terserah kepada pusat untuk dibincangkan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/20/johari-adakan-lawatan-kerja-lima-hari-ke-sabah/feed/ 0 49803