johor – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 May 2024 02:33:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png johor – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 2 Anggota Polis Ulu Tiram Terbunuh, Penyerang Ditembak Mati https://sabahmedia.com/2024/05/17/2-anggota-polis-ulu-tiram-terbunuh-penyerang-ditembak-mati/ https://sabahmedia.com/2024/05/17/2-anggota-polis-ulu-tiram-terbunuh-penyerang-ditembak-mati/#respond Fri, 17 May 2024 02:27:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54520
Read Time:54 Second

JOHOR BHARU — Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar mengesahkan bahawa dua anggota polis terbunuh dalam satu kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram Johor pagi tadi

Di dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 2.54 pagi itu suspek pelaku turut dimaklumkan ditembak mati manakala seorang lagi anggota polis turut cedera menjadikan keselurahan 3 anggota polis dan seorang suspek pelaku terlibat di dalam insiden berkenaan.

Menurut Ketua Polis Johor itu lagi dua anggota polis dan suspek yang maut dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala anggota yang mengalami kecederaan dirawat di hospital berkenaan.

“Siasatan awal mendapati anggota polis ditetak dan ditembak. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Difahamkan, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dalam perjalanan ke lokasi kejadian

Kejadian dipercayai jam 2.54 pagi apabila seorang lelaki bertopeng dan berpakaian gelap yang bersenjatakan parang menyerang balai polis berkenaan.

Suspek terlebih dahulu menyerang dua anggota polis bertugas dan merampas dua laras senjata.

Dia melepaskan dua das tembakan terhadap seorang anggota yang menyebabkan kecederaan pada bahu serta perut dan seorang lagi anggota ditetak pada belakang leher dan kepala.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/17/2-anggota-polis-ulu-tiram-terbunuh-penyerang-ditembak-mati/feed/ 0 54520
Sektor Penternakan Akan Terus Dipergiat https://sabahmedia.com/2022/03/07/sektor-penternakan-akan-terus-dipergiat/ https://sabahmedia.com/2022/03/07/sektor-penternakan-akan-terus-dipergiat/#respond Mon, 07 Mar 2022 07:10:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12765
Read Time:1 Minute, 58 Second

SEGAMAT : Sektor penternakan akan terus dipergiat bagi meningkatkan produktiviti dan mengukuhkan lagi tahap sekuriti makanan negara yang merentasi semua subsektor agromakanan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, ia akan terus dipergiat sepanjang tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

“Segala permasalahan dan keperluan para pemain industri akan terus diberi perhatian oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan hasil pengeluaran yang optimum sekaligus memperkasakan daya tahan sistem makanan negara.

“Kerajaan juga telah melancarkan Pelan Strategik Pembangunan Industri Pedaging Negara (BIF PLAN 2021-2025) dan Pelan Strategik Pembangunan Industri Tenusu Negara (DAIRY PLAN 2021-2025) yang mempunyai pelbagai inisiatif dan insentif melalui strategi-strategi khusus telah dirangka oleh Kerajaan untuk membangunkan industri ruminan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah Dialog Industri Makanan 2022 (DIA2022) di Labis Johor.

Program itu adalah bagi mendapatkan inpur, idea , pandangan dan cadangan daripada pemain industri untuk bersama membangunkan industri penternakan yang mampan dan berdaya maju ke arah kelestarian makanan negara.

Dr Ronald berkata, Kerajaan telah merancang beberapa program yang mampu memberi impak yang signifikan kepada industri ternakan negara termasuk Program Peningkatan Tenusu Negara, Program Peningkatan Ruminan, Rezeki Ternak Ruminan dan Unggas dan Program Taman Kekal Pengeluaran Ruminan.

Katanya, inisiatif-inisiatif yang dirangka akan memastikan tahap kesejahteraan pengeluar makanan subsektor penternakan dapat terus dipertingkatkan.

“Kerajaan juga telah memperuntukkan sebanyak RM1,076,940 pada tahun 2022 yang memanfaatkan seramai lapan peserta Program Penternak Kecil Projek Rintis Pembangunan Industri Tenusu Negara di sekitar Daerah Segamat.

“Program ini dilaksanakan bertujuan untuk mempertingkat dan memperkasakan industri tenusu negara,” katanya,

Pada majlis itu juga, seramai 13 orang penternak muda telah menerima bantuan Program Transformasi Belia Ternak Daerah Segamat berjumlah RM95,200.

Program ini diwujudkan bertujuan membantu golongan belia dalam bidang keusahawanan berasaskan sektor ternakan dan menjadikan sektor tersebut sebagai bidang kerjaya yang mampu memberi pulangan yang lumayan sekaligus membantu meningkatkan pendapatan.

Dr Ronald berkarta, industri ternakan ruminan di Malaysia merupakan satu industri yang penting sebagai sumber protein negara dan menjadi salah satu industri utama agromakanan.

Katanya, subsektor ini diunjurkan akan menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK pada kadar pertumbuhan 6 peratus iaitu daripada 17.15 bilion ringgit pada tahun 2021 kepada 28.98 bilion ringgit pada tahun 2030.

“Subsektor ini juga dijangka bakal menyumbang antara 32.38 peratus hingga 36.40 peratus kepada jumlah KDNK sektor agromakanan dari tahun 2021 hingga tahun 2030,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/07/sektor-penternakan-akan-terus-dipergiat/feed/ 0 12765
Jelajah DIA2022 Terus Dilaksanakan Secara Bersiri Di Semua Negeri https://sabahmedia.com/2022/03/06/jelajah-dia2022-terus-dilaksanakan-secara-bersiri-di-semua-negeri/ https://sabahmedia.com/2022/03/06/jelajah-dia2022-terus-dilaksanakan-secara-bersiri-di-semua-negeri/#respond Sun, 06 Mar 2022 07:14:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12752
Read Time:1 Minute, 51 Second

SEGAMAT : Program Jelajah Dialog Industri Makanan 2022 (DIA2022) akan terus dilaksanakan secara bersiri di peringkat negeri-negeri untuk terus memperkukuhkan agenda Sekuriti Makanan.

Ia menerusi idea, pandangan dan cadangan para pemain industri dalam memacu hala tuju sektor agromakanan khususnya berkaitan sekuriti makanan agar seiring dengan keperluan semasa.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, Jelajah DIA2022 merupakan program secara bersasar yang telah dirancang oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) selepas kejayaan Program Dialog Industri Agromakanan sebelum ini.

Katanya, program itu turut melibatkan terus pemain industri dalam sektor agromakanan meliputi subsektor padi, tanaman, ternakan, perikanan dan keseluruhan rantaian agromakanan termasuk kementerian, jabatan dan agensi lain yang berkepentingan dalam sektor agromakanan.

“Dialog ini diadakan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan dalam memacu hala tuju sektor agromakanan khususnya berkaitan sekuriti makanan supaya seiring dengan keperluan semasa kearah pemodenan sektor pertanian dan jaminan bekalan makanan negara di bawah Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0).

 “Cadangan dan input daripada pemain industri diperhalusi dalam menambah baik dasar dan pelan tindakan seiring dengan peranan Kementerian ini untuk mentransformasikan sektor pertanian ke arah yang lebih moden, dinamik dan berdaya saing sekaligus mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada golongan sasar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Jelajah DIA2022 yang dianjurkan MAFI melalui Jabatan Pertanian Malaysia di daerah Segamat Johor disini hari ini.

Program itu bertujuan untuk mendapatkan input, idea, pandangan dan cadangan daripada pemain subsektor tanaman melalui sesi libat urus secara langsung bersama pihak pengurusan tertinggi MAFI diketuai oleh Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee.

Dr Ronald berkata, MAFI sentiasa prihatin akan keperluan golongan sasar dan terus mengambil inisiatif bagi melaksanakan sesi dialog bagi merasai denyut nadi pemain industri supaya apa sahaja dasar, program dan intervensi yang dirangka oleh Kementerian adalah bersifat holistik dalam dalam memperkasa sektor agromakanan negara.

Katanya, ia sekaligus memberi manfaat limpahan ekonomi pertanian kepada golongan sasar secara umumnya.

“Johor merupakan negeri pengeluar utama bagi buah-buahan dan sayur-sayuran yang bukan sahaja untuk kegunaan domestik, malahan turut dieksport ke Singapura.

“Selaras dengan halatuju pertanian negeri ini yang ingin menjadikan Johor sebagai Food Basket Malaysia dan membangunkan industri agromakanan yang kompetitif, MAFI akan sentiasa menyokong dan membantu industri agromakanan di negeri ini untuk kekal mampan dan berdaya saing,” katanya lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/06/jelajah-dia2022-terus-dilaksanakan-secara-bersiri-di-semua-negeri/feed/ 0 12752
Agong Nasihat Rakyat Siap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir Besar https://sabahmedia.com/2021/12/29/agong-nasihat-rakyat-siap-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir-besar/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/agong-nasihat-rakyat-siap-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir-besar/#respond Wed, 29 Dec 2021 09:55:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10444
Read Time:1 Minute, 33 Second

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menasihati rakyat, khususnya di negeri-negeri pantai timur, Johor dan Sabah, bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan berlaku banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, titah nasihat Yang di-Pertuan Agong itu susulan amaran Tahap Waspada (Kuning) iaitu hujan berterusan yang akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini hingga 2 Januari depan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia.

“Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat, khususnya di kawasan berisiko dilanda banjir juga peka terhadap ramalan dan amaran yang telah dikeluarkan serta sentiasa berwaspada sekiranya paras air naik secara mendadak akibat hujan lebat yang berterusan.

“Ini termasuklah mematuhi semua arahan dan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan sekiranya dikehendaki berpindah dari kediaman masing-masing demi keselamatan diri dan ahli keluarga tersayang,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, menzahirkan keprihatinan tinggi Seri Paduka terhadap kemaslahatan rakyat, Al-Sultan Abdullah menyeru semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman bencana banjir sebelum ini untuk membaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi sebarang kemungkinan khususnya segala urusan pasca banjir.

Sehubungan dengan itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja berkata, Seri Paduka Baginda menasihati agensi-agensi kerajaan yang berkaitan dan pihak berkuasa tempatan supaya tidak leka dan proaktif dalam memastikan kesiapsiagaan, koordinasi dan penyelarasan pengurusan bagi menghadapi gelombang kedua banjir di tahap terbaik.

Katanya, Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan dan keyakinan bahawa menerusi persediaan awal dengan disusuli tindakan yang terancang, operasi-operasi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap, khususnya mereka yang berada di kawasan berkepadatan tinggi dan juga pedalaman, dapat dilaksanakan dengan pantas dan berkesan.

“Seri Paduka Baginda turut mengajak semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar gelombang kedua banjir yang akan berlaku ini tidak berpanjangan dan negara serta rakyat dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/agong-nasihat-rakyat-siap-sedia-hadapi-kemungkinan-banjir-besar/feed/ 0 10444
JPBN Johor,Sabah & Sarawak Sentiasa Berwaspada Amaran Hujan Lebat Berterusan https://sabahmedia.com/2021/12/26/jpbn-johorsabah-sarawak-sentiasa-berwaspada-amaran-hujan-lebat-berterusan/ https://sabahmedia.com/2021/12/26/jpbn-johorsabah-sarawak-sentiasa-berwaspada-amaran-hujan-lebat-berterusan/#respond Sun, 26 Dec 2021 07:51:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10314
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) di Johor, Sabah dan Sarawak diminta untuk sentiasa berwaspada dengan Amaran Hujan Lebat Berterusan daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia).

Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat dalam satu kenyataan berkata, JPBN juga perlu mengambil tindakan awalan untuk membuka Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Kenyataan itu turut memaklumkan JPBN juga perlu memaklumkan agensi- agensi responder untuk bersiap siaga untuk operasi termasuk pembukaan PKTK, PPS dan penyelarasan bantuan dari badan bukan kerajaan (NGO).

“Setiap PKOB Negeri telah diarahkan untuk mengemukakan laporan kawasan-kawasan yang masih mengalami banjir dan yang telah surut (memasuki fasa pasca bencana dan pemulihan awal).

“PKOB juga telah  memaklumkan kepada pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) mengenai keperluan untuk atur gerak pam bagi  operasi mengeluarkan air di kawasan banjir genang.

“Pihak NADMA telah dan sedang menyelaras bantuan-bantuan logistik yang diperlukan antaranya membawa unit pam JPS dari Ipoh ke Taman Sri Muda dan Mentakab,” kata kenyataan itu disini semalam.

NADMA dalam kenyataan itu berkata, PKOB Pusat turut dimaklumkan PKOB Terengganu bahawa negeri berkenaan telah memasuki fasa pasca sepenuhnya pada 21 Disember lalu.

Menurut kenyataan itu,bagi menghadapi kemungkinan banjir berlaku di Pahang berikutan ramalan luruan monsun bermula 27 Disember 2021, pihak APM Terengganu akan menghantar pasukan bagi membantu kesiapsiagaan negeri Pahang.

“NADMA ingin mengucapkan terima kasih kepada semua terutamanya kepada mereka di lapangan yang telah dan masih lagi gigih berusaha menyelamat dan menguruskan mereka yang terkesan akibat bencana banjir.

“Penghargaan juga buat semua Keluarga Malaysia yang  sama-sama menabur bakti. NADMA juga ingin mengingatkan semua yang berada di lapangan agar langkah-langkah sewajarnya diambil untuk mengekang penularan COVID-19 terutamanya mangsa-mangsa yang berpindah ke PPS.

“Usaha kita akan lebih berjaya dengan pengurusan penyelarasan yang baik agar agihan bantuan dapat dibuat dgn tepat dan teratur.,” katanya.

NADMA menambah, bagi mereka yang terkesan dengan bencana banjir, selain daripada talian Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) 03- 8064 2400, orang ramai juga boleh menghubungi talian MyGCC 03-80008000 sebagai alternatif talian informasi bencana. Maklumat terkini bencana juga turut dikongsi di media sosial

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/26/jpbn-johorsabah-sarawak-sentiasa-berwaspada-amaran-hujan-lebat-berterusan/feed/ 0 10314