joniston – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 11 Jul 2026 00:23:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png joniston – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 STB susun semula strategi, perkukuh kerjasama industri hadapi Visit Sabah 2027 https://sabahmedia.com/2026/07/11/stb-susun-semula-strategi-perkukuh-kerjasama-industri-hadapi-visit-sabah-2027/ https://sabahmedia.com/2026/07/11/stb-susun-semula-strategi-perkukuh-kerjasama-industri-hadapi-visit-sabah-2027/#respond Sat, 11 Jul 2026 00:23:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99661
Read Time:2 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU : Lembaga Pelancongan Sabah (STB) sedang menyusun semula pendekatan strategiknya bagi tahun hadapan dengan memberi keutamaan kepada kerjasama lebih erat bersama pemain industri bagi memastikan pasaran kekal relevan, produk pelancongan terus berinovasi dan pertumbuhan sektor itu dapat dikekalkan secara mampan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai berkata, sesi libat urus secara berkala bersama pemain industri amat penting bagi memastikan semua inisiatif sempena Visit Sabah 2027 (VS2027) dan seterusnya dilaksanakan secara praktikal, berfokus serta responsif terhadap perubahan pesat trend pasaran pelancongan global.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Libat Urus Kluster STB: Cadangan Strategi dan Inisiatif 2027, di sini, pada Jumaat.

Menurutnya, prestasi sektor pelancongan Sabah bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini membuktikan hasil usaha bersama semua pihak berkepentingan dalam industri pelancongan.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa pencapaian tersebut tidak seharusnya menyebabkan pemain industri berasa selesa kerana persaingan dalam sektor pelancongan global semakin sengit.

“Landskap pelancongan global sedang berubah dengan persaingan antara destinasi semakin sengit, manakala pilihan dan cita rasa pelancong berubah lebih pantas berbanding sebelum ini.

“Persoalannya bukan lagi sekadar bagaimana untuk menarik lebih ramai pelancong, tetapi bagaimana kita dapat terus kekal berdaya saing dan menjadi destinasi pilihan pada masa hadapan,” katanya.

Joniston berkata, kejayaan VS2027 bergantung kepada komitmen semua pemain industri termasuk syarikat penerbangan, hotel, pengendali pelancongan serta pengusaha pelancongan berasaskan komuniti untuk menerajui pembangunan idea yang berimpak tinggi dan berdaya maju dari segi komersial.

Menurut beliau, Kerajaan Sabah akan terus memainkan peranan sebagai pemudah cara melalui usaha pemasaran destinasi, sokongan terhadap pembangunan infrastruktur serta penyelarasan dasar, namun sektor swasta perlu tampil sebagai pemacu utama inovasi produk pelancongan.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pemain industri mengetengahkan idea dan pelaburan masing-masing tanpa menganggap bantuan kewangan kerajaan sebagai syarat utama bagi melaksanakan setiap projek baharu.

Katanya, sektor swasta berada pada kedudukan terbaik untuk mengenal pasti peluang pasaran serta membangunkan produk dan pengalaman pelancongan yang kreatif bagi memenuhi kehendak pelancong.

“Saya menggesa sektor swasta menerajui pelaburan dan memanfaatkan kepakaran kreatif bagi membangunkan tarikan serta pengalaman baharu yang mampu memberikan alasan kukuh kepada pelancong untuk memilih Sabah dan kembali berkunjung.

“Semua inisiatif bagi tahun hadapan, khususnya di bawah VS2027, perlu mempunyai petunjuk prestasi yang jelas, boleh diukur serta mampu menjana manfaat ekonomi kepada industri pelancongan dan masyarakat setempat di seluruh negeri.

“Kerajaan negeri bersama STB akan terus menyediakan persekitaran yang kondusif bagi memperkukuh kerjasama ini supaya hubungan antara sektor awam dan swasta kekal cekap, berkesan dan berorientasikan hasil menjelang 2027,” katanya.

Beliau berkata, pendekatan berasaskan kerjasama strategik antara kerajaan dan sektor swasta itu diyakini mampu memperkukuh kedudukan Sabah sebagai destinasi pelancongan utama, di samping memastikan manfaat pembangunan pelancongan dapat dinikmati oleh komuniti setempat di seluruh negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/11/stb-susun-semula-strategi-perkukuh-kerjasama-industri-hadapi-visit-sabah-2027/feed/ 0 99661
Kerjasama pasca pilihan raya penting untuk kestabilan pentadbiran – Joniston https://sabahmedia.com/2026/01/12/kerjasama-pasca-pilihan-raya-penting-untuk-kestabilan-pentadbiran-joniston/ https://sabahmedia.com/2026/01/12/kerjasama-pasca-pilihan-raya-penting-untuk-kestabilan-pentadbiran-joniston/#respond Mon, 12 Jan 2026 06:39:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89579
Read Time:1 Minute, 33 Second

KIULU: Kedinamikan politik selepas pilihan raya perlu diurus dengan kematangan serta berpaksikan kepentingan rakyat dan kestabilan negeri bagi memastikan pentadbiran kerajaan dapat berfungsi secara berkesan, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau berkata, kerjasama yang dibentuk pasca pilihan raya merupakan langkah strategik bagi memastikan kerajaan mempunyai keupayaan mentadbir dengan stabil serta melaksanakan perancangan pembangunan yang telah dirangka.

“Keutamaan selepas pilihan raya ialah memastikan kestabilan pentadbiran. Tanpa asas yang stabil, pelaksanaan dasar dan pembangunan tidak dapat bergerak seperti yang dirancang,” kata Joniston yang juga Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Menurut Joniston, GRS kekal dengan pendirian dan hala tuju sendiri, namun bersikap pragmatik dalam membuat keputusan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat dan negeri.

“Pendekatan ini berpaksikan keperluan memastikan kerajaan berfungsi, perkhidmatan kepada rakyat berjalan lancar dan isu-isu setempat dapat ditangani secara berperingkat,” katanya.

Beliau berkata, kematangan politik perlu diterjemahkan melalui keupayaan mengurus perbezaan secara konstruktif, tanpa menjejaskan kepentingan bersama atau kestabilan sosial.

Joniston berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran Perayaan Krismas dan Tahun Baharu 2026 di Dewan Terbuka Pekan Kiulu pada Ahad, yang turut dihadiri lebih daripada 1,000 pemimpin masyarakat serta wakil pelbagai agama dan denominasi.

Dalam konteks itu, ADUN Kiulu tersebut menegaskan bahawa toleransi kaum dan agama yang diamalkan di Sabah merupakan asas penting kepada keharmonian serta kestabilan jangka panjang negeri.

“Keupayaan pemimpin dan masyarakat untuk duduk bersama merentasi perbezaan kepercayaan, termasuk dalam sambutan perayaan keagamaan, mencerminkan kekuatan dan kematangan kita sebagai sebuah negeri,” katanya.

Menurutnya, kestabilan politik memberi kesan langsung kepada pembangunan di kawasan seperti Kiulu, termasuk kesinambungan projek, penyaluran peruntukan serta penyelesaian isu rakyat secara lebih tersusun.

“Rakyat mahu melihat hasil yang nyata dalam kehidupan seharian, dan itu hanya dapat dicapai melalui pentadbiran yang stabil serta kerjasama semua pihak,” katanya.

Joniston menyeru rakyat Kiulu agar terus memelihara semangat kesatuan dan tidak membiarkan perbezaan pandangan atau kepercayaan memecahkan keharmonian komuniti menjelang Tahun Baharu.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/12/kerjasama-pasca-pilihan-raya-penting-untuk-kestabilan-pentadbiran-joniston/feed/ 0 89579
Pemimpin perlu bekerjasama ke arah matlamat sama – Joniston https://sabahmedia.com/2025/11/09/pemimpin-perlu-bekerjasama-ke-arah-matlamat-sama-joniston/ https://sabahmedia.com/2025/11/09/pemimpin-perlu-bekerjasama-ke-arah-matlamat-sama-joniston/#respond Sun, 09 Nov 2025 12:05:15 +0000 https://sabahmedia.com/?p=85377
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Raul G

KIULU: Kekuatan politik Sabah bergantung terhadap keupayaan setiap pemimpin untuk bekerjasama ke arah matlamat sama berbanding hanya mengejar agenda parti masing-masing, demikian kata Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau berkata, rakyat Sabah berhak menuntut wakil rakyat tempatan yang lebih kuat dan kemunculan parti-parti tempatan menunjukkan betapa rakyat mengambil peduli mengenai negeri ini.

Joniston turut memberi amaran bahawa sekiranya terlalu banyak parti bersaing secara berasingan, ia berpotensi mewujudkan perpecahan dan melemahkan kuasa perbincangan secara keseluruhan antara Sabah dan kerajaan persekutuan.

“Pemimpin yang bersatu memudahkan usaha mewakili Sabah dengan jelas dan inilah sebab GRS berhasrat menjadi kuasa utama di negeri ini,” katanya pada program Sesi Bertemu Rakyat di Kampung Rangalau Lama di sini, hari ini.

Dengan jumlah parti politik yang banyak di Sabah, beliau berkata GRS kekal sebagai pilihan terbaik kerana pendekatannya yang inklusif apabila menghimpunkan pemimpin dari pelbagai latar belakang untuk bekerjasama demi negeri.

“Di bawah pimpinan Pengerusi GRS merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, kami sentiasa berusaha mendengar dan menerima pelbagai pendapat dalam gabungan kami.

“Apabila kita bekerjasama, kita mampu memastikan kepentingan Sabah diwakili dengan baik dalam perbincangan bersama kerajaan Persekutuan,” katanya yang juga Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu.

Menurut Joniston, GRS secara konsisten mengekalkan hubungan baik dengan Putrajaya sambil menekankan bahawa kerjasama adalah keutamaan bagi mana-mana negeri untuk mencapai matlamat pembangunan tanpa mengira parti yang berkuasa.

Beliau menekankan, bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan tidak bermakna menyerahkan hak Sabah, sebaliknya memastikan suara negeri ini kuat dan peluang pembangunan disampaikan kepada rakyat.

Joniston juga menjelaskan pertukaran kerajaan yang kerap berlaku boleh menjejaskan kemajuan, terutamanya di kawasan luar bandar yang mana rancangan jangka panjang baru sahaja mula dilaksanakan.

“Kesinambungan adalah keperluan Sabah ketika ini agar projek dan program komuniti dapat diselesaikan sekali gus memberi manfaat kepada rakyat,” tambah beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/09/pemimpin-perlu-bekerjasama-ke-arah-matlamat-sama-joniston/feed/ 0 85377
Bangunan Urusetia Daerah Kecil Kiulu dijangka siap tahun 2027 – Joniston https://sabahmedia.com/2025/10/28/bangunan-urusetia-daerah-kecil-kiulu-dijangka-siap-tahun-2027-joniston/ https://sabahmedia.com/2025/10/28/bangunan-urusetia-daerah-kecil-kiulu-dijangka-siap-tahun-2027-joniston/#respond Tue, 28 Oct 2025 11:11:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84374
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Raul G

KIULU: Pembinaan Bangunan Urusetia Daerah Kecil Kiulu dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan tahun 2027, demikian kata penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

Joniston berkata, kerja-kerja penyediaan tapak projek giat dilaksanakan selepas meninjau dan menerima taklimat daripada pihak kontraktor berhubung pelaksanaan fasa awal pembinaan bangunan berkenaan.

“Pembinaan bangunan urusetia ini sudah lama dinantikan penduduk Kiulu dan ianya akan menjadi antara pembangunan penting bagi memperkukuh urusan pentadbiran serta perkhidmatan kerajaan di Kiulu.

“Bangunan ini akan terus menjadi mercu tanda usaha merancakkan rancangan pembangunan di Kiulu, selain membolehkan pengurusan daerah kecil dilaksanakan dengan lebih tersusun serta mempercepatkan proses pelaksanaan pembangunan lain di kawasan ini,” katanya ditemui, hari ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kecil Kiulu, Leprus Esuva Giswa dan Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Tuaran, Farini Awang.

Kiulu, dinaikkan taraf sebagai Daerah Kecil pada awal tahun 2019 dan menggunakan ruang di belakang Dewan Masyarakat OKK Rampas sebagai pejabat sementara.

Joniston menambah, pembangunan urusetia menjadi sebahagian daripada perancangan menyeluruh bagi memperkasa Pekan Kiulu dan kawasan sekitar termasuk pembangunan infrastruktur, kemudahan awam, dan sokongan kepada ekonomi tempatan.

Sehubungan itu, Joniston turut mengadakan pertemuan bersama pemimpin akar umbi pada Selasa bagi membincangkan persiapan menghadapi pilihan raya serta menilai kemajuan pelbagai inisiatif pembangunan yang sedang dijalankan di kawasan ini.

Difahamkan, perbincangan turut menekankan keperluan kesinambungan dalam pelaksanaan rancangan pembangunan sedia ada bagi memastikan manfaat diterima secara berterusan oleh penduduk Kiulu.

“Bagi kita, kesinambungan amat penting dan segala perancangan yang membawa manfaat tidak boleh terhenti separuh jalan.

“Apa yang sudah dirancang dan sedang dilaksanakan, perlu diteruskan agar Kiulu terus melangkah ke hadapan sebagai sebuah kawasan luar bandar yang maju, tersusun, dan berdaya saing,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/28/bangunan-urusetia-daerah-kecil-kiulu-dijangka-siap-tahun-2027-joniston/feed/ 0 84374
Dakwaan rasuah pemangku presiden, timbalan presiden PBS hanya agenda politik melemahkan parti – Joniston https://sabahmedia.com/2025/10/20/dakwaan-rasuah-pemangku-presiden-timbalan-presiden-pbs-hanya-agenda-politik-melemahkan-parti-joniston/ https://sabahmedia.com/2025/10/20/dakwaan-rasuah-pemangku-presiden-timbalan-presiden-pbs-hanya-agenda-politik-melemahkan-parti-joniston/#respond Mon, 20 Oct 2025 14:11:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83786
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Raul G

KIULU: Dakwaan rasuah baru-baru ini menerusi video tular membabitkan Pemangku Presiden dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) hanya digunakan pihak tertentu bagi menimbulkan gangguan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Ketua Penerangan PBS, Datuk Joniston Bangkuai berkata demikian, bagi menjelaskan isu berkenaan dalam menyeru ahli parti itu agar kekal fokus dan tidak terpengaruh dengan dakwaan bermotif politik yang menyasarkan kepimpinan parti.

Katanya, pemimpin dan ahli akar umbi harus kekal bersatu serta komited ketika Sabah menuju ke PRN pada 29 November ini.

“Rakan seperjuangan (Datuk Dr Joachim Gunsalam dan Datuk Seri Jahid Jahim) kita telah memberikan penjelasan mereka mengenai perkara itu, dan saya percaya pemimpin kita di semua peringkat serta ahli dan penyokong kekal berjuang bersama.

“Kami menganggap ini (dakwaan rasuah) agenda bermotifkan politik bertujuan melemahkan parti dan kita tidak boleh terganggu,” katanya.

Beliau ditemui ketika berucap pada Sesi Bertemu Rakyat di Kampung Bambangan Lama di sini, hari ini.

Menurut Joniston, yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, PBS kekal berpandukan nilai akauntabiliti, kejujuran, dan ketelusan dalam perjalanan politiknya.

“Walaupun pihak tertentu cuba menjadikan isu ini sebagai ‘peluru’ politik, PBS akan terus memberi tumpuan kepada perkara penting, iaitu berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan kepercayaan mereka,” katanya.

Joniston menambah, PBS memandang serius kepercayaan rakyat, percaya bahawa keyakinan diperoleh melalui tindakan dan parti akan terus komited untuk membuktikan melalui integriti, perkhidmatan dan akauntabiliti.

PBS, katanya akan terus memperjuangkan kebajikan rakyat selain memastikan pembangunan dan peluang tercapai ke setiap bahagian di Sabah menerusi pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Kami percaya rakyat akan menilai GRS berdasarkan rekod prestasi yang sudah terbukti, bukan berdasarkan perkara tidak benar yang disebarkan oleh pihak lawan.

“Fakta dan angka tidak berbohong… di bawah GRS, Sabah mencatatkan hasil tertinggi, bukti jelas pengurusan yang bertanggungjawab dan berkepimpinan,” ujarnya.

Terdahulu, sejak dua hari lepas, tular dua video perbualan masing-masing dipercayai Pemangku Presiden PBS, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam dan Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Jahid Jahim, bersama seorang lagi individu yang mendakwa memberi sejumlah wang berkait lesen carigali.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/20/dakwaan-rasuah-pemangku-presiden-timbalan-presiden-pbs-hanya-agenda-politik-melemahkan-parti-joniston/feed/ 0 83786
Hubungan Sabah, Persekutuan perlu dikekalkan – Joniston https://sabahmedia.com/2025/10/18/hubungan-sabah-persekutuan-perlu-dikekalkan-joniston/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/hubungan-sabah-persekutuan-perlu-dikekalkan-joniston/#respond Sat, 18 Oct 2025 11:09:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83639
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh Raul G

KIULU: Sabah kini dilihat sebagai hasil penglibatan konsisten dan hubungan matang bersama Kerajaan Persekutuan menerusi pentadbiran Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai berkata demikian, dalam menyokong momentum positif, hubungan itu perlu dikekalkan bagi membolehkan Sabah mencapai kemajuan yang memberangsangkan.

Katanya, kemajuan yang dilihat hari ini adalah hasil melalui dialog konstruktif dan kerjasama praktikal GRS selama lima tahun yang mengukuhkan kedudukan Sabah dalam peringkat persekutuan serta menyampaikan manfaat pembangunan yang ketara.

“Bagi membolehkan negeri dan persekutuan bergerak bersama, ia memerlukan kata sepakat dua pihak,” katanya, sambil menyatakan kemajuan hanya mampu dicapai apabila kedua pihak berkongsi matlamat bersama demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Program Ramah Mesra Bersama Penduduk di Kampung Sinulihan di sini, hari ini.

Joniston, yang juga Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan penyandang ADUN Kiulu mengulas lanjut, politik yang membina adalah mendapatkan keseimbangan, menentukan waktu bersuara dengan tegas selain melibatkan diri untuk mencapai keputusan.

Menurut beliau, walaupun perbezaan politik adalah sebahagian demokrasi, rakyat Sabah tidak boleh mudah dipengaruhi oleh sentimen perpecahan yang menggambarkan kerjasama sebagai kelemahan atau ‘sikap tunduk’.

“Kita mesti praktikal, dasar negara diputuskan di peringkat persekutuan dan Sabah harus kekal berperanan aktif dalam hubungan itu.

“Dengan membina hubungan, maka suara kita didengari dan keperluan kita turut ditangani, bukannya sebagai penghalang kita mencapai kemajuan,” ujarnya.

Joniston, turut menekankan komitmen PBS dengan mendidik rakyat mengenai hak di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), dengan mengaitkan usaha parti itu dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran awam.

“Itulah sumbangan terbesar PBS. Memperkasakan rakyat, membantu mereka memahami hak mereka sambil menggalakkan perpaduan, katanya.

Beliau menambah, dengan kemajuan yang sedang dicapai, rakyat di negeri ini harus menjaga semangat kesinambungan pentadbiran yang dibawa hingga sejauh ini.

“Sabah sedang bergerak ke arah yang betul. Ini bukan masanya untuk melaksanakan sesuatu permulaan sekali lagi,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/hubungan-sabah-persekutuan-perlu-dikekalkan-joniston/feed/ 0 83639
STAR, SAPP keluar GRS tidak patahkan perjuangan GRS tuntut hak Sabah – Joniston https://sabahmedia.com/2025/10/04/star-sapp-keluar-grs-tidak-patahkan-perjuangan-grs-tuntut-hak-sabah-joniston/ https://sabahmedia.com/2025/10/04/star-sapp-keluar-grs-tidak-patahkan-perjuangan-grs-tuntut-hak-sabah-joniston/#respond Sat, 04 Oct 2025 13:18:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82553
Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh Raul G

KIULU: Tindakan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) menarik diri daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak memberi kesan terhadap perjuangan gabungan parti tempatan itu menuntut hak-hak Sabah, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai.

Joniston, yang juga Ketua Penerangan GRS dan Parti Bersatu Sabah (PBS), percaya walaupun STAR dan SAPP bukan lagi sebahagian daripada GRS, kedua-dua parti itu masih berkongsi impian serta perjuangan yang sama seperti ketika membentuk gabungan itu (GRS).

“Lagipun, kedua-dua STAR dan SAPP memainkan peranan penting dalam pembentukan GRS, dan saya percaya mereka masih membawa ‘DNA’ GRS,” katanya pada Sesi Hari Bertemu Rakyat di Kampung Tomis Jaya di sini, hari ini.

Beliau berharap, kedua-dua parti terbabit akan terus menyokong usaha dalam mempertahankan hak dan kepentingan Sabah walaupun di luar gabungan parti.

Joniston mengulas lanjut, komponen politik mungkin berubah, tetapi matlamat bersama untuk menjaga autonomi dan pembangunan Sabah wajar diteruskan dalam menyatukan parti tempatan.

Beliau mengingatkan bahawa PBS, yang pernah mentadbir Sabah sejak tahun 1985 sehingga 1994, mempelajari kepentingan kerjasama dalam mempertahankan hak Sabah.

“Sepanjang tempoh itu mengajar kita, bahawa melindungi hak Sabah bukanlah mudah. ​​Kita harus belajar daripada pengalaman itu ketika kita menghadapi situasi politik hari ini,” katanya.

Berdasarkan pengalaman itu juga, Joniston berkata menjadi jelas bahawa bertindak sendirian sahaja tidak akan menyelesaikan masalah, namun perundingan dan persefahaman bersama lebih membuka banyak peluang untuk kemajuan Sabah.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan perlu dilihat sebagai perkongsian strategik yang membolehkan Sabah mendapatkan haknya melalui dialog dan penglibatan yang membina.

“Apa yang kita perlukan adalah pendekatan yang betul, sama ada melalui perundingan atau rundingan, selagi ia membantu kita mencapai keputusan yang bermakna untuk Sabah.

“Bekerja rapat dengan kerajaan pusat tidak boleh dilihat sebagai tunduk kepada Putrajaya tetapi usaha strategik untuk menuntut semula hak kita,” ujarnya.

Terdahulu, dua hari lepas, GRS mengesahkan keanggotaan parti STAR dan SAPP dalam gabungan itu tamat selepas kedua-duanya menyatakan keputusan untuk bertanding solo pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).

Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun, berkata hasrat itu disuarakan presiden kedua-dua parti berkenaan pada Mesyuarat Majlis Presiden GRS yang dipengerusikan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor selaku Pengerusi GRS di Sri Gaya baru-baru ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/04/star-sapp-keluar-grs-tidak-patahkan-perjuangan-grs-tuntut-hak-sabah-joniston/feed/ 0 82553
Cadang tubuh Persatuan Pesara Guru Besar dan Guru Kiulu – Joniston https://sabahmedia.com/2025/09/25/cadang-tubuh-persatuan-pesara-guru-besar-dan-guru-kiulu-joniston/ https://sabahmedia.com/2025/09/25/cadang-tubuh-persatuan-pesara-guru-besar-dan-guru-kiulu-joniston/#respond Thu, 25 Sep 2025 09:26:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81989
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai mencadangkan penubuhan Persatuan Pesara Guru Besar dan Guru Kiulu sebagai wadah untuk bekas pendidik terus menyumbang idea dalam pembangunan masyarakat.

Beliau berkata, pengalaman dan pandangan guru yang telah bersara masih relevan serta boleh dimanfaatkan untuk membantu memacu pembangunan pendidikan dan komuniti di Kiulu.

“Dengan adanya persatuan ini, pesara guru akan mempunyai platform khusus untuk terus berkhidmat dalam masyarakat dan sama-sama mengembleng idea dalam usaha memacukan pembangunan Kiulu.

“Pengalaman mereka amat berharga dalam memastikan setiap langkah pembangunan sesuai dengan keperluan masyarakat,” katanya pada Majlis Lambaian Kasih Jasamu untuk lima pesara guru besar Zon Kiulu dan Zon Nabalu disini, pada Khamis.

Majlis tersebut dianjurkan bersama oleh Persatuan Guru Besar Zon Kiulu dan Persatuan Guru Besar Zon Nabalu dengan kerjasama Pusat Khidmat ADUN Kiulu.

Dalam ucapannya, Joniston turut merakamkan penghargaan kepada semua guru besar dan guru atas jasa mendidik anak-anak Kiulu yang disifatkan sebagai asas penting kepada pembangunan daerah kecil tersebut.

Beliau menegaskan pihak Pusat Khidmat ADUN Kiulu sentiasa memberi perhatian kepada keperluan pendidikan dan menyokong program yang memberi manfaat kepada guru serta pelajar.

Beliau menegaskan bahawa kerjasama antara pemimpin masyarakat dengan guru, termasuk pesara, sangat penting untuk meneruskan transformasi pembangunan yang sedang berlaku di Kiulu, justeru beliau mengajak mereka untuk terus bersama sebagai rakan Pusat Khidmat ADUN Kiulu.

Dalam majlis tersebut, Joniston menyampaikan sijil penghargaan kepada lima guru besar yang bersara sebagai tanda terima kasih atas jasa dan sumbangan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/25/cadang-tubuh-persatuan-pesara-guru-besar-dan-guru-kiulu-joniston/feed/ 0 81989
Kestabilan politik sabah bukti kekuatan GRS – Joniston https://sabahmedia.com/2025/08/22/kestabilan-politik-sabah-bukti-kekuatan-grs-joniston/ https://sabahmedia.com/2025/08/22/kestabilan-politik-sabah-bukti-kekuatan-grs-joniston/#respond Fri, 22 Aug 2025 08:17:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=79825
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA BELUD: Kestabilan politik yang dinikmati Sabah ketika ini membuktikan kekuatan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai kerajaan tempatan, kata Ketua Penerangan GRS, Datuk Joniston Bangkuai.

Beliau berkata keadaan itu berbeza dengan Parti Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) yang sanggup bekerjasama dengan Umno dalam cubaan menjatuhkan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor pada Januari 2023, sekali gus memperlihatkan hipokrasi politik.

Joniston yang juga Ketua Penerangan Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata meskipun kerajaan negeri pimpinan GRS menolak penubuhan Jawatankuasa Desa Madani (JKDM) yang dianggap taktik “pecah dan perintah”, Warisan dan PKDM tetap menyokongnya malah ramai pemimpin akar umbi mereka dilantik sebagai pengerusi.

“Sebaliknya, GRS berjaya menyatukan parti-parti tempatan hingga menjadi kuasa dominan politik negeri. Malah Pakatan Harapan (PH) sendiri memilih bekerjasama dengan gabungan tempatan pimpinan Hajiji demi kestabilan Sabah,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Kadamaian, di sini, hari ini.

Beliau menegaskan GRS akan terus memperjuangkan hak Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sambil bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan untuk membawa pelaburan, infrastruktur dan peluang pembangunan ke negeri ini.

Pada masa sama, Joniston turut memuji kepimpinan PBS Kadamaian yang diketuai Demis Rumanti kerana terus memastikan kelangsungan parti di kawasan berkenaan, sekali gus kekal sebagai kerusi berpotensi untuk dimenangi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/22/kestabilan-politik-sabah-bukti-kekuatan-grs-joniston/feed/ 0 79825
Bung punca krisis politik Sabah, bukan mangsa – Joniston https://sabahmedia.com/2025/06/04/bung-punca-krisis-politik-sabah-bukan-mangsa-joniston/ https://sabahmedia.com/2025/06/04/bung-punca-krisis-politik-sabah-bukan-mangsa-joniston/#respond Wed, 04 Jun 2025 03:30:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75035
Read Time:1 Minute, 34 Second

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Joniston Bangkuai membidas Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin susulan kenyataan terbaharunya yang disifatkan sebagai angkuh dan tidak berpijak di bumi nyata dalam konteks politik Sabah.

“Bung tidak layak bercakap soal kesetiaan kerana beliau sendiri pernah cuba menjatuhkan kerajaan demi kepentingan peribadi,”katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau turut menolak dakwaan Bung bahawa GRS telah mengkhianati Barisan Nasional (BN), menyifatkannya sebagai cubaan memutarbelitkan fakta untuk mengalih perhatian daripada peranannya sendiri dalam krisis politik lalu.

“Sebenarnya Bung yang berpakat dengan Warisan dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) pada Januari 2023 untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

“Beliau bukannya dikhianati, malah beliaulah yang mengkhianat. Walaupun ketika itu memegang jawatan dalam Kabinet negeri, beliau langsung tidak menghormati rakan-rakan sejawat dalam kerajaan pimpinan Hajiji,” tegasnya.

Joniston berkata, GRS tidak pernah bergantung kepada UMNO dan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang secara bersendirian.

“Bung tidak perlu terus berlagak seolah-olah GRS begitu terdesak mahu bekerjasama dengan UMNO-BN,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa dalam krisis politik tersebut, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO sendiri enggan menyokong tindakan Bung dan sebaliknya memilih untuk bersama Hajiji serta Pakatan Harapan (PH).

“Kalau ada yang perlu bermuhasabah, ia adalah Bung. Kenapa rakan-rakan parti sendiri meninggalkan ‘Langkah Kinabalu’? Kenapa PH menyokong Hajiji, bukan anda? Jawapannya mudah, kerana tiada keyakinan terhadap anda,” ujarnya.

Joniston yang juga Ketua Penerangan PBS menegaskan partinya tidak akan melupakan penghinaan yang pernah dilemparkan oleh Bung apabila melabel PBS sebagai ‘melukut di tepi gantang’.

“Anda tidak pernah menghormati PBS mahupun sekutu-sekutu anda. Kini anda mengharapkan kerjasama? Jangan terkejut jika rakyat Sabah terus menolak UMNO sebagaimana yang berlaku di negeri-negeri lain di Semenanjung.

“Sabah bukan tempat untuk anda jadikan sandaran politik. GRS kini fokus kepada perkara yang lebih utama iaitu perpaduan, kestabilan dan berkhidmat untuk rakyat,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/04/bung-punca-krisis-politik-sabah-bukan-mangsa-joniston/feed/ 0 75035