Joseph kurup meninggal dunia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 17 Apr 2024 14:53:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Joseph kurup meninggal dunia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah kehilangan seorang pemimpin yang luar biasa – Hajiji https://sabahmedia.com/2024/04/17/sabah-kehilangan-seorang-pemimpin-yang-luar-biasa-hajiji/ https://sabahmedia.com/2024/04/17/sabah-kehilangan-seorang-pemimpin-yang-luar-biasa-hajiji/#respond Wed, 17 Apr 2024 14:32:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52690
Read Time:43 Second

Kota Kinabalu : Sabah kehilangan seorang pemimpin berpengalaman dan luar biasa dengan pemergian Tan Sri Joseph Kurup.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mendiang sangat dedikasi dalam menjalankan tugasnya sebagai menteri di peringkat persekutuan selain konsisten membantu rakyat di negeri ini.

“Saya ingin menyampaikan rasa simpati dan takziah kepada keluarga Tan Sri Joseph Kurup. 

“Mengimbas kembali masa saya mendapat penghormatan untuk bekerja bersama beliau sebagai Pembantu Menteri di Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah pada tahun 1994, saya teringat akan kepimpinan beliau yang luar biasa dan sumbangan besar yang telah beliau berikan kepada masyarakat, negeri dan negara.

“Legasi Tan Sri Joseph Kurup adalah satu dedikasi dan perkhidmatan, ia satu kehilangan yang besar kepada kita semua,” katanya dalam kenyataan di sini malam ini.

Joseph yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur hari ini. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/17/sabah-kehilangan-seorang-pemimpin-yang-luar-biasa-hajiji/feed/ 0 52690
Joseph Kurup meninggal dunia https://sabahmedia.com/2024/04/17/joseph-kurup-meninggal-dunia/ https://sabahmedia.com/2024/04/17/joseph-kurup-meninggal-dunia/#respond Wed, 17 Apr 2024 12:53:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52680
Read Time:22 Second

Kota Kinabalu : Bekas Ahli Parlimen Pensiangan yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini.

Difahamkan Joseph meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur.

Mendiang meninggalkan isteri Puan Sri Melinda Mak Soak Fong dan enam orang anak.

Joseph telah bersara daripada arena politik pada Januari tahun lalu dengan meletakkan jawatan sebagai presiden PBRS.

Anak lelakinya yang kini Ahli Parlimen Pensiangan mengambil alih jawatan presiden PBRS.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/17/joseph-kurup-meninggal-dunia/feed/ 0 52680