jpj akademi sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 01 Apr 2024 05:59:00 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jpj akademi sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JPJ tubuh Unit Cawangan Latihan khusus untuk Sabah, Sarawak https://sabahmedia.com/2024/04/01/jpj-tubuh-unit-cawangan-latihan-khusus-untuk-sabah-sarawak/ https://sabahmedia.com/2024/04/01/jpj-tubuh-unit-cawangan-latihan-khusus-untuk-sabah-sarawak/#respond Mon, 01 Apr 2024 05:58:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=52015
Read Time:54 Second

Penampang : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menubuhkan Unit Cawangan Latihan khusus untuk Sabah dan Sarawak bagi meningkatkan kesedaran integriti.

Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan JPJ, Ibrahim Mohd Yusof berkata, aspek integriti merupakan perkara yang sentiasa dititikberatkan dan tujuan utama penubuhan  unit  tersebut adalah memberikan latihan-latihan berkaitan integriti.

“JPJ sentiasa berusaha memastikan para pegawai mematuhi prosedur kerja dan peraturan yang telah ditetapkan ketika menjalankan tugas,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Iftar Ramadan 2024 JPJ Negeri Sabah di Masjid Baiturrahman.

Dalam majlis tersebut, Ibrahim juga menyampaikan sumbangan kepada 41 orang penerima serta sebuah van kepada Maahad Tahfiz Darul Furqon.  

Di samping itu, beliau turut memaklumkan JPJ sedang merancang untuk membina sebuah lagi akademi bagi memudahkan pegawai yang bertugas di Sabah dan Sarawak mengikuti latihan agar mempunyai peluang meningkatkan kemahiran serta kecekapan.

“JPJ melihat ada keperluan untuk membina sebuah akademi di wilayah Borneo memandangkan kos penghantaran pegawai menjalani latihan di Semenanjung agak tinggi,” katanya.

Pada masa kini, Akademi JPJ hanya ada di Semenanjung Malaysia iaitu Melaka, Johor, Langkawi dan Kelantan.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/01/jpj-tubuh-unit-cawangan-latihan-khusus-untuk-sabah-sarawak/feed/ 0 52015