jpkk – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 10 Apr 2022 02:09:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jpkk – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pekan Tenghilan dinaiki air, JPKK diminta bersiap sedia bantu penduduk terjejas https://sabahmedia.com/2022/04/10/pekan-tenghilan-dinaiki-air-jpkk-diminta-bersiap-sedia-bantu-penduduk-terjejas/ https://sabahmedia.com/2022/04/10/pekan-tenghilan-dinaiki-air-jpkk-diminta-bersiap-sedia-bantu-penduduk-terjejas/#respond Sun, 10 Apr 2022 02:09:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14126
Read Time:1 Minute, 11 Second

TAMPARULI : Hujan berterusan sejak pagi semalam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini mula dinaiki air banjir.

Ini termasuklah di sekitar Pekan Tenghilan yang turut menyebabkan pergerakan penduduk setempat terjejas khususnya bagi mereka yang mahu keluar membeli barang keperluan, bekerja dan ke gereja terbatas.

Tinjauan sekitar jam 8 pagi tadi, air dilihat semakin naik disebabkan keadaan air pasang yang dijangka sehingga jam 3 petang nanti.

Antara yang dinaiki air ialah kedai pekan Tenghilan, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chung Hwa Tenghilan, Tabika Kemas Tenghilan, Tamu Tenghilan, Padang Pekan Tenghilan, Sekolah Rendah Adventist (SRA) Tenghilan serta beberapa kawasan lain termasuklah rumah penduduk.

Manakala turut dinaiki air adalah rumah berhampiran kawasan sungai di Kampung Paruh, Kampung Tinuhan dan Kampung Bunga.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, Datuk Jahid Jahim, berkata, beliau telah memaklumkan kepada semua Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) di kawasan-kawasan berisiko banjir dan tanah runtuh untuk bersedia menerima sebarang aduan penduduk dan melaporkannya kepada pihak berwajib.

“Saya telah berhubung dengan Pegawai Daerah Tuaran tadi untuk mengaktifkan semula gerakan banjir,” katanya.

Beliau berharap semua pemimpin JPKK sentiasa bersiap sedia dengan apa-apa yang diperlukan oleh pihak urusetia Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah.

“Mereka mungkin akan menghubungi dari semasa ke semasa, jadi sentiasa bersedia untuk membantu,” katanya sambil mengharapkan agar keadaan banjr segera surut.

Sehingga jam 10 pagi tadi, paras air di sekitar jalan berhampiran Padang Pekan Tenghilan masih berada pada paras tinggi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/10/pekan-tenghilan-dinaiki-air-jpkk-diminta-bersiap-sedia-bantu-penduduk-terjejas/feed/ 0 14126
DUN Sabah : Usaha penambahbaikan pastikan bayaran elaun JPKK diselesaikan https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-usaha-penambahbaikan-pastikan-bayaran-elaun-jpkk-diselesaikan/ https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-usaha-penambahbaikan-pastikan-bayaran-elaun-jpkk-diselesaikan/#respond Wed, 23 Mar 2022 10:49:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13407
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU : Usaha penambahbaikan sedang dilaksanakan bagi memastikan bayaran elaun Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diselesaikan tepat pada masanya.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim berkata, pihaknya sedia maklum terdapat masalah yang dihadapi ketika memproses bayaran elaun kepada beberapa badan JPKK di seluruh Sabah.

“Berhubung kelewatan bayaran elaun JPKK, mohon maklum bahawa Kementerian saya sedar, terdapat masalah yang dihadapi ketika memproses bayaran elaun kepada beberapa badan JPKK di seluruh Sabah.

“Usaha-usaha penambahbaikan sedang dibuat dengan serius. Insya Allah, isu-isu yang timbul akan diminimakan dan diselesaikan seterusnya bayaran akan dapat dibuat tepat pada masa yang ditetapkan apabila sistem yang dirancang dilaksanakan dalam masa yang terdekat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ruslan Muharam (PBS-Lumadan) pada ucapan penggulungan kementeriannya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Dalam pada itu, Jahid berkata. KPLB Sabah akan terus memperkasa dan memantapkan pelaksanaan pelbagai program pembasmian kemiskinan di luar bandar.

Katanya, pelaksanaan itu adalah melalui program-program pembangunan sedia ada di kementeriannya.

“Seiring dengan usaha Kerajaan Persekutuan untuk mencapai miskin tegar sifar, pada tahun 2025 di bawah Program Pembasmian Kemiskinan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), Kementerian saya menyambut baik usaha tersebut.

“Sebagai pelengkap kepada usaha-usaha untuk mencapai sasaran tersebut, selain menambah baik program yang ada, Kementerian saya akan fokus kepada mempelbagaikan program untuk meneroka inisiatif baharu,”katanya.

Katanya, antara program yang dilaksanakan adalah pembinaan dan memperkasakan aktiviti penternakan burung walit yang merupakan Program Usahawan Luar Bandar serta Aktiviti Ekonomi Tambahan.

Menurunya, di samping itu, aktiviti tanaman sacha inchi juga akan digalakkan kerana ianya merupakan bidang pertanian amat mudah tanpa memerlukan kos tinggi dan kepakaran khusus.

“Tetapi ianya memberi pulangan pendapatan dalam tempoh singkat kepada penduduk luar bandar yang menceburi dalam bidang pertanian ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/23/dun-sabah-usaha-penambahbaikan-pastikan-bayaran-elaun-jpkk-diselesaikan/feed/ 0 13407
Jaga Kemudahan Awam Untuk Kegunaan Bersama – Jahid https://sabahmedia.com/2022/02/01/jaga-kemudahan-awam-untuk-kegunaan-bersama-jahid/ https://sabahmedia.com/2022/02/01/jaga-kemudahan-awam-untuk-kegunaan-bersama-jahid/#respond Tue, 01 Feb 2022 03:49:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11801
Read Time:50 Second

TAMPARULI: Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan agar sentiasa menjaga kemudahan awam dengan baik, termasuklah kerusi meja untuk kegunaan bersama.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, masyarakat juga perlu bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan segala fasiliti itu dengan baik seperti milik bersama.

“Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita bersama menjaga kemudahan-kemudahan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis singkat penyerahan sebanyak 150 kerusi, empat buah meja dan tambahan kelulusan dua buah khemah kepada JPKK Kampung Kauluan, disini kelmarin.

Katanya, jika dijaga dengan baik, tempoh penggunaan segala kemudahan yang ada sudah pasti lebih lama, dan memberi kebaikan kepada semua penduduk bagi menjalankan pelbagai aktiviti.

“Pentingnya kesedaran menjaga kemudahan awam ini diperkukuh, agar dapat digunakan dan dinikmati bersama sampai bila-bila,” katanya.

Sumbangan tersebut diterima oleh barisan kepimpinan JPKK Kampung Kauluan, diketuai Pengerusinya, Awang Ali H.

Turut hadir Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Penyelia Kemajuan Masyarakat (PKM), Boe Sindolun, Ketua Anak Negeri (KAN) Rony Sundang, dan Ketua Kampung, KK Lisad Unoh.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/01/jaga-kemudahan-awam-untuk-kegunaan-bersama-jahid/feed/ 0 11801
JPKK,JKDB Perlu Jadi Agen Pembangunan,Perpaduan & Kesatuan Dikalangan Masyarakat https://sabahmedia.com/2022/01/23/jpkkjkdb-perlu-jadi-agen-pembangunanperpaduan-kesatuan-dikalangan-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2022/01/23/jpkkjkdb-perlu-jadi-agen-pembangunanperpaduan-kesatuan-dikalangan-masyarakat/#respond Sun, 23 Jan 2022 03:33:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11444
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) perlu menjadi agen kepada pembangunan di kawasang masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, JPKK dan JKDB juga perlu memastikan kesatuan dan perpaduan dikalangan masyarakat setempat juga perlu sentiasa terjaga.

“Sebagai wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut, saya berharap mereka (JPKK dan JKDB) akan menjadi agen kepada pembangunan, perpaduan dan kesatuan dikalangan masyarakat.

“Ini penting bagi mencapai visi dan misi yang saya harapkan iaitu untuk membangun Membakut dengan ilmu pengetahuan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri sesi taklimat bersama JPKK dan JKDB bagi kawasan DUN Membakut disini semalam.

Pada program itu, sebanyak 36 buah kampung terlibat yang diwakili Pengerusi dan Setiausaha JPKK serta JKDB kampung masing-masing.

Mohd Arifin yang juga Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah berkata, semua JPKK dan JKDB diberi taklimat berhubung peranan agensi dan jabatan kerajaan yang mempunyai hubungkait dengan tugas mereka.

“Pada hari ini (semalam) kita mengundang JPKK dan JKDB kesini untuk mendapatkan taklimat berhubung dengan jabatan dan kementerian yang sangat dekat dengan mereka.

“Antaranya Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB); Ko-Nelayan; Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM); Jabatan Veterinar; Jabatan Pertanian dan Jabatan Kerja Raya (JKR).  Ini semua amat dekat dengan kerja-kerja mereka di kawasan masing-masing,”katanya.

Beliau berkata, menerusi taklimat itu, para JPKK dan JKDB akan dapat menyampaikan maklumat kepada penduduk di kawasan masing-masing.

Terdahulu pada majlis itu, Mohd Ariffin turut menyampaikan geran tahunan kepada semua JPKK dan JKDB DUN Membakut bagi melaksanakan projek kecil untuk masyarakat di kawasan masing-masing.

“Kita turut memberi anugerah JPKK terbaik pada tahun ini untuk memberikan motivasi kepada mereka untuk terus memajukan JPKK dan kampung masing-masing,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/23/jpkkjkdb-perlu-jadi-agen-pembangunanperpaduan-kesatuan-dikalangan-masyarakat/feed/ 0 11444
Kerajaan Hargai Peranan & Tanggungjawab JPKK https://sabahmedia.com/2021/12/05/kerajaan-hargai-peranan-tanggungjawab-jpkk/ https://sabahmedia.com/2021/12/05/kerajaan-hargai-peranan-tanggungjawab-jpkk/#respond Sun, 05 Dec 2021 14:22:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9366
Read Time:2 Minute, 21 Second

TAMPARULI: Peranan dan tanggungjawab pemimpin Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JPKK)  dalam membantu memudahkan pelbagai urusan di kampung masing-masing sentiasa dihargai kerajaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, usaha dan tindakan badan JPKK di dalam membantu pendaftaran, mengumpul data dan maklumat mengenai mereka yang sudah dan belum divaksinasi adalah sangat dihargai.

Katanya, ia termasuklah bagi membantu menyalurkan bantuan bakul makanan, serta menguruskan bantuan ‘one off’ COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Terima kasih kerana andalah yang telah banyak membantu dalam pengurusan kampung di kawasan Tamparuli, dalam rekod kita setakat ini, JPKK dan kepimpinan kampung telah melaksanakan tugas mereka dengan baik,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan program Gotong-Royong Mega Bersama Pemimpin anjuran gabungan Pengerusi JPKK dan JKDB Tenghilan, di Tapak Tamu Tenghilan,disini hari ini.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar, Penolong Pegawai Pembangungan (ADDO) Tamparuli, Jefferson Jonathan, Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datin Malianah Ugau, Ahli Majlis Daerah Tuaran, Raisin Gagah.

Jahid berkata, beliau melihat sendiri, ketika kerajaan bertungkus-lumus memastikan proses vaksinasi di seluruh negara berjalan lancar, JPKK telah memainkan peranan penting dalam menyediakan senarai data penduduk yang sudah dan belum menerima dos pertama dan seterusnya

Katanya, ia telah memudahkan program jangkauan luar dilaksanakana bagi membolehkan penduduk menerima vaksinasi.

“Andalah yang telah bertungkus-lumus memastikan penduduk divaksin. Malah, kita yakin bahawa semua data yang paling tepat hanya datang daripada JPKK itu sendiri,” katanya.

Beliau turut bercadang membuat satu lagi pertemuan bersama para pemimpin JPKK pada penghujung Disember ini untuk dibawa ke perbincangan selanjutnya nanti.

Katanya, bagi menaikkan lagi semangat kecintaan dan tanggungjawab kepada masyarakat dan negara, beliau bersama kepimpinan daerah turut bercadang untuk mengadakan satu pertandingan berbentuk keceriaan dan kecantikan dewan di peringkat daerah kecil Tamparuli kelak.

“Tujuannya adalah untuk kita menghargai apa juga yang ada di kampung, khususnya kemudahan balai muhibbah, selagi selamat digunakan, gunakanlah dengan baik,” katanya

Beliau turut melahirkan kesyukuran apabila masyarakat setempat dapat berkumpul bersama semula selepas pandemik dengan jumlah ramai namun masih dalam keadaan terkawal dari segi prosedur operasi standard (SOP).

Terdahulu, Jahid berharap, program sedemikian akan menjadi contoh dan teladan kepada mukim lain, dengan cara pelaksanaan yang berbeza kelak.

“Saya faham dengan pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang menjalankan tugasan. Balik nanti, muhasabah diri, tanya diri sendiri adakah kita telah membuat yang terbaik untuk kampung, masyarakat, keluarga dan negara, agar jiwa kita akan lebih tenang dan bersemangat untuk meneruskan tugasan masing-masing,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Penganjur, yang juga Pengerusi JPKK Kampung Molisau Tenghilan, Yemil Eku, menghargai sumbangan dana daripada Jahid bagi membiayai keseluruhan program berkenaan.

Antara jabatan lain yang terlibat adalah seperti Majlis Daerah Tuaran, Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, Jabatan Penerangan Tuaran, RELA, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mahkamah Anak Negeri (MAN), dan badan bukan kerajaan (NGO) serta masyarakat di sekitar Tenghilan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/05/kerajaan-hargai-peranan-tanggungjawab-jpkk/feed/ 0 9366
JPKK Perlu Laksana Tanggungjawab Penuh Dedikasi, Jujur, Prihatin, Adil & Ikhlas https://sabahmedia.com/2021/11/04/jpkk-perlu-laksana-tanggungjawab-penuh-dedikasi-jujur-prihatin-adil-ikhlas/ https://sabahmedia.com/2021/11/04/jpkk-perlu-laksana-tanggungjawab-penuh-dedikasi-jujur-prihatin-adil-ikhlas/#respond Thu, 04 Nov 2021 07:29:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8178
Read Time:1 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

TUARAN: Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) diseru agar menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh kerajaan dengan penuh dedikasi, jujur, prihatin, adil dan ikhlas.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pelantikan mereka menerajui JPKK adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dilaksanakan sebaiknya, bagi mewakili suara rakyat di peringkat akar umbi.

Hajiji (dua dari kiri) menyerahkan watikah pelantikan Pengerusi JPKK kepada salah seorang penerima di majlis itu.

Katanya, pemimpin JPKK juga perlu sentiasa turun padang untuk mengetahui masalah penduduk di kampung atau mukim masing-masing.

“Jangan jadikan jawatan itu sebagai batu loncatan untuk memikir soal projek semata-mata, sehingga tidak mahu bekerjasama dengan penduduk kampung, termasuk meminggirkan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

“Sebaliknya kita perlu peka dengan setiap masalah penduduk kampung dan menyampaikan maklumat berkaitan bantuan kerajaan tanpa pilih kasih,” Ujar Hajiji.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi, Setiausaha dan Biro JPKK bagi DUN N.12 Sulaman di Dewan Seri Sulaman, hari ini.

Seramai 47 Pengerusi JPKK menerima watikah pelantikan mereka iaitu 12 orang dari Mukim Serusup, 14 dari Mukim Indai dan 21 dari Mukim Tambalang.Terdapat penambahan seramai 13 JPKK di beberapa kampung dan mukim.

Hajiji turut menyatakan bahawa pelantikan pemimpin akar umbi termasuk JPKK juga adalah untuk membantu Kerajaan Negeri merealisasikan hasrat, aspirasi dan pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang bermatlamat memulihkan semula ekonomi dan untuk kesejahteraan rakyat di negeri ini.

“Ia termasuklah membantu kerajaan menyalurkan bantuan kepada penduduk kampung yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM1.2 billion untuk membantu rakyat akibat pandemik COVID-19, termasuk bantuan wang tunai RM300 seorang secara one-off, bantuan bakul makanan dan lain-lain”.

“JPKK juga memainkan peranan penting untuk memberi penerangan dan menjelaskan agenda pembangunan yang telah dirancang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kepada rakyat di kawasan masing-masing,” tambahnya.

Justeru, Hajiji mahu JPKK menunaikan tugas dengan penuh bertanggungjawab agar rakyat mendapat manfaat daripada setiap bantuan dan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan, selain memastikan perpaduan dan keharmonian rakyat sentiasa terjaga.

Turut hadir di majlis itu ialah Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Jasnih Daya, Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abdul Kassim Razali, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Johari Saiman, Pegawai Daerah Tuaran, Sadan Hussin dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Sulaman, Murneh Lamsari.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/04/jpkk-perlu-laksana-tanggungjawab-penuh-dedikasi-jujur-prihatin-adil-ikhlas/feed/ 0 8178
Pemimpin JPKK Perlu Terus Pelajari ICT https://sabahmedia.com/2021/10/22/pemimpin-jpkk-perlu-terus-pelajari-ict/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/pemimpin-jpkk-perlu-terus-pelajari-ict/#respond Fri, 22 Oct 2021 06:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7788
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Pemimpin Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) digesa membiasakan diri dengan pengetahuan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang menjadi trend dunia masa kini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, pemimpin di peringkat akar umbi perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan ICT untuk memudahkan kerja selain memperolehi ilmu tambahan dalam menjalankan tugasan.

“Peningkatan pengetahuan dalam ICT juga penting bagi menghadapi cabaran dalam pelbagai bidang, selain bagi memperkasakan pengalaman sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan Kursus Pengurusan JPKK Siri 1/2021 anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah (KPLBS) secara maya di Bilik Mesyuarat, Blok C KPLBS, yang diadakan baru-baru ini.

Turut hadir Setiausaha Tetap (SUT) KPLBS, Datuk Faimin Kamin, dan Timbalan SUT 1, Aftar Nurajat, Setiausaha Rendah Pembangunan Modal Insan, Nekmah Abdullah, serta para pegawai kanan KPLBS.

Jahid berkata, para pemimpin JPKK perlu menggunakan segala aplikasi perhubungan dengan baik bagi memastikan segala maklumat dapat disalurkan secara berkesan kepada rakyat.

“Kerajaan kini juga sedang berusaha memperluaskan liputan internet di serata negara, bagi memastikan rakyat tidak ketinggalan dalam era digital,” katanya.

Menurut beliau, JPKK merupakan antara benteng penting dalam kepimpinan akar umbi, kerana tanpa mereka, kestabilan di peringkat kampung tidak akan wujud dan kemajuan tidak akan menjengah.

“Kamu ada cerminan kerajaan, baiknya kepimpinan kamu, maka baiklah kerajaan di mata rakyat,” katanya.

Justeru, beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, menggesa agar JPKK sentiasa mendekatkan diri dengan ahli masyarakat dan pemimpin-pemimpin di kawasan masing-masing, termasuklah Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) dan Pejabat Daerah.

“Segera beri maklum balas sekiranya menerima surat pekeliling daripada pihak Pejabat Daerah atau UPPM, sentiasa dekati mereka, dan biarlah hubungan itu akrab bagi mempermudahkan segala urusan,” tambahnya.

Dalam pada itu, JPKK turut diingatkan agar dapat memastikan penduduk kampung mereka tidak tertinggal untuk menerima suntikan vaksinasi, dan membuat kemas kini data senarai lengkap penduduk yang telah dan belum divaksin di kampung masing-masing.

“Ini kerana telah terbukti bahawa data paling tepat adalah menerusi badan JPKK yang telah membuat kiraan dan statistik di peringkat kampung.

“Maka, sekembalinya kamu nanti, terus buat kemaskini jumlah tersebut, kerana baharu-baharu ini mungkin sudah ada perubahan dari segi bilangan memandangkan program imunisasi juga telah dibuka kepada golongan remaja,” katanya.

Kursus Pengurusan JPKK Siri 1/2021 Sesi Pertama dan Kedua secara maya menerusi aplikasi Zoom itu telah diadakan selama dua hari bagi kawasan Tuaran (Sesi Pertama), Kudat, Pitas dan Kota Belud (Sesi Kedua).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/pemimpin-jpkk-perlu-terus-pelajari-ict/feed/ 0 7788
DUN Sabah : KPLB Laksana Pelbagai Usaha Tingkat Keberkesanan Pentadbiran Peringkat Kampung https://sabahmedia.com/2021/09/22/dun-sabah-kplb-laksana-pelbagai-usaha-tingkat-keberkesanan-pentadbiran-peringkat-kampung/ https://sabahmedia.com/2021/09/22/dun-sabah-kplb-laksana-pelbagai-usaha-tingkat-keberkesanan-pentadbiran-peringkat-kampung/#comments Wed, 22 Sep 2021 09:23:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6733
Read Time:1 Minute, 32 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah melaksanakan pelbagai usaha bagi meningkatkan keberkesanan pentadbiran di peringkat kampung.

Menterinya Datuk Jahid Jahim berkata, ia termasuklah memperkasa peranan dan fungsi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) melalui lantikan yang telus dan layak serta memenuhi syarat seperti yang terkandung dalam Garis Panduan yang ditetapkan.

Katanya, JPKK berperanan sebagai pentadbir kampung yang menjadi penghubung di antara kerajaan dan rakyat.

“Oleh itu, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menjadikan badan ini sebagai satu institusi yang lebih efektif dan efisien dalam pentadbiran pembangunan kampung.

“Kementerian juga telah mengeluarkan Buku Panduan Tatacara Pengurusan dan Pentadbiran JPKK yang menggariskan matlamat dan hala tuju penubuhan JPKK, syarat pelantikan serta kuasa melantik dan lain-lain prosedur sebagai panduan kepada Badan JPKK bagi mengurus kampung masing-masing.

“Buku Panduan ini akan sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Datuk Raime Unggi (ADUN Dilantik) yang bertanyakan sejauh manakah usaha pihak Kementerian untuk membantu rakyat luar bandar meningkatkan taraf sosioekonomi, utiliti dan pentadbiran mereka di kampung-kampung.

Jahid berkata, anggota JPKK juga seterusnya akan diberi bimbingan melalui pemberian latihan atau kursus JPKK yang akan diadakan secara tahunan agar dapat diberi ilmu pengetahuan yang bersesuaian dengan tanggungjawab dalam menjalankan tugas dengan lebih berkesan.

Katanya, kursus yang dirancang terpaksa ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19 namun Kementerian akan mengambil inisiatif untuk mengadakan kursus secara maya dalam masa yang terdekat.

“Selain itu, untuk memastikan pentadbiran kampung yang lebih berkesan, jumlah Badan JPKK juga telah disesuaikan dengan pertambahan bilangan kampung dan keluasan daerah di Sabah.

“Kementerian juga sedang bergerak ke hadapan dengan membangunkan Sistem Pengurusan JPKK bagi memudahkan pelbagai proses kerja yang berkaitan dengan JPKK,” katanya.

Katanya, ia termasuklah pelantikan, pembayaran elaun, pengurusan minit mesyuarat JPKK dan sebagainya bagi memastikan tadbir urus JPKK yang lebih sistematik dan efisien selari dengan perkembangan semasa dan pendigitalan kerajaan negeri.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/22/dun-sabah-kplb-laksana-pelbagai-usaha-tingkat-keberkesanan-pentadbiran-peringkat-kampung/feed/ 1 6733
JPKK Perlu Bersikap Adil, Prihatin & Ikhlas Memimpin Kampung https://sabahmedia.com/2021/08/30/jpkk-perlu-bersikap-adil-prihatin-ikhlas-memimpin-kampung/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/jpkk-perlu-bersikap-adil-prihatin-ikhlas-memimpin-kampung/#respond Mon, 30 Aug 2021 08:01:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5534
Read Time:2 Minute, 2 Second

TAMPARULI: Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) diingatkan agar bersikap adil, prihatin dan ikhlas dalam menjalankan tugas memimpin kampung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, para pemimpin JPKK perlu menyimpan niat di dalam hati untuk jujur, prihatin, adil, dan ikhlas menjalankan amanah serta tugasan yang diberi.

“Jadilah pemimpin yang berdedikasi, menjadi sebahagian daripada penyelesai masalah dan sebagai contoh kepada penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pengerusi JPKK Kawasan N.14 Tamparuli di Bilik Mesyuarat Kelab Tamparuli Sabah (KTS) disini hari ini.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Madin Anak, Penolong Pegawai (Pembangunan) Tamparuli Jefferson Jonathan, Setiausaha Politik Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah Jilias Lintar, Pegawai Kerja Pejabat Daerah Kecil Tamparuli Joana Sinteh dan pemimpin masyarakat Tamparuli.

Katanya, pemimpin yang diberi kepercayaan seharusnya bersedia untuk menghadapi apa sahaja cabaran dalam tugasan mereka sebagai Pengerusi JPKK dan bijak untuk menyelesaikan sebarang masalah.

Malah katanya, Pengerusi JPKK sepatutnya menjadi orang terawal yang lebih tahu apa sahaja permasalahan di kampung masing-masing.

Justeru, kerjasama antara Pengerusi JPKK dan Ketua Kampung, turut memainkan peranan kejayaan pengurusan dan pelaksanaan apa sahaja program yang dirancang.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, menegaskan bahawa, tiada unsur pilih kasih kepada mana-mana penduduk yang layak mendapat sesuatu bantuan di kampung, dan tidak seharusnya memandang mereka dari sudut fahaman politik.

“Politik memainkan peranan paling akhir dalam soal pemilihan seseorang dari segi bantuan kerajaan, dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa badan JPKK untuk menyediakan laporan bilangan penduduk yang sudah divaksinasi, dan mereka yang belum menerima suntikan vaksin di kampung masing-masing.

Katanya, ini bagi memudahkan pihak kepimpinan mengenal pasti penduduk yang perlu dibantu untuk menerima suntikan vaksin.

“Sediakan laporan dalam bentuk bilangan, berapa ramai penduduk sudah mendapat dos pertama, kedua dan mereka yang belum divaksinasi, kerana data yang paling tepat adalah daripada pihak JPKK sendiri,” katanya.

“Peranan kita adalah untuk memerangi penyakit ini, bagaimana kita memerangi, adalah dengan memastikan setiap penduduk divaksinasi dan terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan,” tambah Jahid.

Terdahulu, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging, menyeru kepada pemimpin JPKK untuk membantu dalam merealisasikan hasrat dan aspirasi kerajaan, sesuai slogan ‘Sabah Maju Jaya’.

“Anda merupakan mata dan telinga, serta jentera kerajaan di peringkat akar umbi bagi memastikan pembangunan di kampung masing-masing dapat dilaksanakan dengan jaya,” katanya.

Seramai 16 orang Pengerusi JPKK baharu dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli yang hadir menerima watikah tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/jpkk-perlu-bersikap-adil-prihatin-ikhlas-memimpin-kampung/feed/ 0 5534
UPPM Setiap DUN Diyakini Mampu Gerak Khidmat Agih Bantuan https://sabahmedia.com/2021/07/08/uppm-setiap-dun-diyakini-mampu-gerak-khidmat-agih-bantuan/ https://sabahmedia.com/2021/07/08/uppm-setiap-dun-diyakini-mampu-gerak-khidmat-agih-bantuan/#respond Thu, 08 Jul 2021 01:51:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2738
Read Time:58 Second

SIPITANG : Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh Sabah diyakini mampu menggerakkan khidmat bagi membantu mengagihkan Bantuan Bakul Makanan di setiap kawasan.

Pengarah UPPM Sabah Datuk Matbali Musah berkata, peranan UPPM dalam menyelaras agihan bantuan itu adalah kerjasama bersama Ahli Parlimen; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN); Pusat Bencana Alam Daerah serta agensi yang terlibat.

“UPPM kita mempunyai jentera di akar umbi. Maka kita sentiasa mendampingi rakyat di kawasan dan usaha mengesan serta membantu rakyat terus giat diusahakan.

“Di peringkat Mukim peranan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) pula turut giat mengesan dan mengumpul maklumat data penduduk,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan program Penyampaian Bantuan Bakul Makanan kepada Ketua-Ketua Masyarakat DUN Lumadan yang disampaikan oleh Ahli Parlimen Sipitang Hafeez Yamani Musa di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen disini kelmarin.

Matbali berkata, pihaknya turut memuji usaha Ahli Parlimen Sipitang yang mewujudkan Bank Makanan (Food Bank) di Parlimen itu bagi membantu golongan memerlukan.

Katanya, ia juga adalah usaha pemimpin berkenaan dalam mengesan golongan terkesan ketika pandemik COVID-19.

“Saya menyeru masyarakat agar sentiasa tabah mengharungi musibah ketika pandemik wabak ini kerana usaha membantu mereka terus menjadi keutamaan kerajaan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/08/uppm-setiap-dun-diyakini-mampu-gerak-khidmat-agih-bantuan/feed/ 0 2738