JPN Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 17 Jul 2026 08:06:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JPN Sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JPN Sabah ambil tindakan segera insiden murid terjatuh di sekolah https://sabahmedia.com/2026/07/17/jpn-sabah-tiada-unsur-jenayah-atau-buli-dalam-insiden-murid-terjatuh-di-sekolah/ https://sabahmedia.com/2026/07/17/jpn-sabah-tiada-unsur-jenayah-atau-buli-dalam-insiden-murid-terjatuh-di-sekolah/#respond Fri, 17 Jul 2026 08:04:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100014
Read Time:51 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah mengambil perhatian serius terhadap insiden seorang murid yang terjatuh di kawasan sebuah sekolah di Papar baru-baru ini.

Dalam kenyataan media hari ini, JPN Sabah memaklumkan pihak sekolah telah mengambil tindakan segera dengan memberikan bantuan awal kepada mangsa, memaklumkan kejadian kepada keluarga dan pihak polis, serta mengawal kawasan kejadian bagi mengelakkan suasana panik.

Menurut kenyataan itu, mangsa telah menerima pemeriksaan dan rawatan di hospital. Berdasarkan laporan perubatan, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan kini berada dalam keadaan stabil.

JPN Sabah turut memaklumkan kebajikan, keselamatan serta kesejahteraan emosi mangsa terus diberi perhatian menerusi pemantauan berterusan, selain sokongan psikososial dan emosi turut disediakan kepada mangsa serta warga sekolah yang terkesan.

Katanya, JPN Sabah akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan.

“Siasatan awal pihak sekolah mendapati tiada unsur jenayah atau buli dalam kejadian ini,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih kerana boleh mengganggu siasatan serta menjejaskan kesejahteraan mangsa, keluarga dan seluruh warga sekolah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/17/jpn-sabah-tiada-unsur-jenayah-atau-buli-dalam-insiden-murid-terjatuh-di-sekolah/feed/ 0 100014
Isu Kehabisan Sijil Lahir Berpunca Dari Kelewatan Pengilang Hantar Bekalan https://sabahmedia.com/2021/12/10/isu-kehabisan-sijil-lahir-berpunca-dari-kelewatan-pengilang-hantar-bekalan/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/isu-kehabisan-sijil-lahir-berpunca-dari-kelewatan-pengilang-hantar-bekalan/#respond Fri, 10 Dec 2021 08:58:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9699
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU : Isu kehabisan bekalan stok sijil kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang tular di media sosial baru-baru ini disebabkan kelewatan bekalan daripada pihak pengilang di negara China.

Pengarah JPN Sabah Khairrul Aminus Kamaruddin berkata, kertas yang digunakan bagi mencetak sijil kelahiran itu adalah diimport daripada pengilang di negara China.

Katanya, kelewatan bekalan kertas itu tiba di Malaysia adalah disebabkan berlakunya kejadian banjir di negara berkenaan baru-baru ini.

“Hasil semakan mendapati bekalan kertas tersebut telah tiba di Malaysia dan melepasi pemeriksaan Kastam pada 6 Disember lalu.

“Semakan lanjut juga mendapati bahawa kertas tersebut telah terima oleh syarikat percetakan pada 8 Disember lalu sebelum proses cetakan sijil kelahiran dilaksanakan,” katanya dalam sidang media disini hari ini.

Khairrul berkata, JPN akan memastikan syarikat percetakan membekalkan sijil kelahiran yang kini dalam proses pencetakan selewat-lewatnya pada minggu hadapan.

Katanya, bagi mengelakkan berlaku sebarang kelewatan luar jangka, pegawai JPN Sabah akan mengambil sendiri bekalan stok sijil kelahiran yang telah selesai dicetak di Ibu Pejabat JPN Putrajaya sebelum diedarkan di semua pejabat JPN seluruh Sabah.

“Sekiranya terdapat pelanggan yang memerlukan surat pengesahan kelahiran daripada JPN, contohnya untuk tujuan penerbangan ke Semenanjung Malaysia atau Sarawak, bolehlah memohon di JPN,” katanya.

Sebelum itu, tular di media sosial seorang pengguna mendakwa terpaksa menunggu hampir sebulan bagi urusan percetakan sijil kelahiran.

Bagaimanapun, JPN memaklumkan isu kehabisan stok berkenaan berlaku pada awal bulan Oktober tahun ini dan bukan sejak 10 bulan lalu seperti yang tular.

Isu kehabisan bekalan stok ini juga berlaku di JPN Negeri Sarawak.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/isu-kehabisan-sijil-lahir-berpunca-dari-kelewatan-pengilang-hantar-bekalan/feed/ 0 9699