jpn – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 12 Jun 2026 00:12:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jpn – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JPN tidak pernah lantik ejen, pihak ketiga urus perkhidmatan rasmi https://sabahmedia.com/2026/06/12/jpn-tidak-pernah-lantik-ejen-pihak-ketiga-urus-perkhidmatan-rasmi/ https://sabahmedia.com/2026/06/12/jpn-tidak-pernah-lantik-ejen-pihak-ketiga-urus-perkhidmatan-rasmi/#respond Fri, 12 Jun 2026 00:12:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98078
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah melantik mana-mana ejen, orang tengah atau pihak ketiga untuk menguruskan sebarang urusan rasmi bagi pihak jabatan itu.

JPN dalam satu kenyataan memaklumkan, semua urusan berkaitan perkhidmatan jabatan hendaklah dilakukan sendiri oleh pemohon melalui saluran rasmi yang telah ditetapkan.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana individu atau pihak yang menawarkan bantuan untuk menguruskan urusan JPN dengan mengenakan bayaran tertentu, khususnya bayaran yang tidak munasabah,” menurut kenyataan itu di sini.

Menurut JPN, tindakan mendapatkan khidmat daripada pihak yang tidak sah boleh menyebabkan orang ramai terdedah kepada risiko penipuan selain kemungkinan kehilangan wang atau penyalahgunaan maklumat peribadi.

Sehubungan itu, JPN meminta pemohon hadir sendiri ke pejabat JPN bagi mendapatkan perkhidmatan serta membuat urusan berkaitan dokumen dan pendaftaran.

JPN turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat melalui platform rasmi jabatan dan tidak bergantung kepada sumber tidak disahkan.

Kerjasama orang ramai amat penting dalam membantu membanteras kegiatan penipuan yang menggunakan nama JPN serta memastikan semua urusan dilaksanakan secara telus, selamat dan mengikut prosedur ditetapkan. 

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/12/jpn-tidak-pernah-lantik-ejen-pihak-ketiga-urus-perkhidmatan-rasmi/feed/ 0 98078
Semua urusan sekolah termasuk aktiviti sukan di bawah tanggungjawab JPN, KPM – Masidi https://sabahmedia.com/2023/08/18/semua-urusan-sekolah-termasuk-aktiviti-sukan-di-bawah-tanggungjawab-jpn-kpm-masidi/ https://sabahmedia.com/2023/08/18/semua-urusan-sekolah-termasuk-aktiviti-sukan-di-bawah-tanggungjawab-jpn-kpm-masidi/#respond Fri, 18 Aug 2023 12:37:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40318
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Isu tular di media sosial mengenai pasukan Bolasepak Bawah 18 Tahun (B18) dan Bawah 15 Tahun (B15) yang menjuarai Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) baru-baru ini tidak dapat menyertai Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor atas sebab kekangan kewangan yang dihadapi pasukan.

Ramai netizen yang memberikan komen negatif tanpa usul periksa terus menunding jari ke arah Kerajaan Negeri kononnya kerajaan tidak prihatin tentang isu tersebut.

Terpanggil dengan karenah netizen yang tidak bertanggungjawab itu, Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun tampil memberikan penjelasan.

Katanya, semua urusan sekolah termasuk aktiviti sukan adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) daripada dahulu.

“Ini bukan isu Kerajaan Negeri banyak duit atau tidak. Hal Ehwal pendidikan adalah di bawah portfolio Kerajaan Persekutuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

“Justeru, atas rasa prihatin Kerajaan Negeri kepada masalah ini, Kerajaan Negeri dalam mesyuarat Kabinet petang Khamis meluluskan bantuan khas RM50,000,” jelas Masidi ringkas ketika dihubungi pemberita hari ini.

Hari ini, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Angin mengumumkan Kerajaan Negeri telah meluluskan sejumlah RM 50,000.00 peruntukan khas bagi membiayai kos perbelanjaan pasukan berkenaan semasa mereka berada Johor nanti.

Pengumuman dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Sembulan pagi tadi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/18/semua-urusan-sekolah-termasuk-aktiviti-sukan-di-bawah-tanggungjawab-jpn-kpm-masidi/feed/ 0 40318