jpns – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 31 Mar 2026 07:35:47 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jpns – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SPM 2025 : JPNS letak sasaran kurangkan jumlah calon tidak hadir peperiksaan https://sabahmedia.com/2026/03/31/spm-2025-jpns-letak-sasaran-kurangkan-jumlah-calon-tidak-hadir-peperiksaan/ https://sabahmedia.com/2026/03/31/spm-2025-jpns-letak-sasaran-kurangkan-jumlah-calon-tidak-hadir-peperiksaan/#respond Tue, 31 Mar 2026 07:35:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94043
Read Time:1 Minute, 41 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

RANAU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) meletakkan sasaran untuk mengurangkan jumlah calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak hadir peperiksaan kepada dua digit pada tahun ini berbanding 699 orang calon yang direkodkan pada tahun 2025.

Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin berkata, sasaran itu merupakan komitmen bersama melibatkan pelbagai pihak termasuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD); pentadbir sekolah; guru; ibu bapa dan pelajar sendiri.

“Tahun ini 2026 dan tahun berikutnya saya meletakkan satu sasaran, tiga angka itu saya mahu kurangkan kepada dua angka. Ini bukan sasaran saya sahaja tetapi semua pihak.  Dua digit itu bermakna adalah 10 atau 11 dan paling tinggi 99.

“Kalau itu kita dapat buat, saya ingat memang ini tiada yang mustahil. Sabah ini masih banyak ruang untuk kita bantu. Ibu bapa bersedia untuk berubah. Guru pun bersedia untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan keputusan SPM 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Mohamad Ali di sini pada Selasa.

Raisin berkata, pada tahun ini seramai 699 orang calon SPM dilaporkan tidak hadir semua mata pelajaran berbanding dengan 905 orang pada 2024.

Katanya, sebanyak 13 punca utama dikenal pasti menjadi faktor ketidakhadiran murid menduduki peperiksaan SPM, termasuk masalah sikap, tekanan hidup serta cabaran keluarga.

“Antara faktor yang paling ketara ialah sikap murid sendiri, namun ia masih boleh ditangani melalui pelaksanaan program pembangunan sahsiah dan intervensi berfokus. Pihak sekolah optimis bahawa perubahan sikap boleh dicapai sekiranya murid terus diberi bimbingan dan sokongan.

“Walau bagaimanapun, cabaran yang lebih kompleks melibatkan murid yang terpaksa bekerja bagi membantu menyara keluarga, khususnya dalam kes perceraian ibu bapa. Situasi ini menyebabkan sebahagian murid, termasuk yang berusia sekitar 17 tahun, memikul tanggungjawab besar sehingga mengabaikan persekolahan

“Walaupun kita simpati dengan keadaan mereka, usaha membantu tidak pernah dihentikan. Antara inisiatif diambil ialah menghantar soalan peperiksaan akhir tahun kepada murid yang bekerja agar mereka masih dapat mengikuti pembelajaran,” katanya.

Menurutnya, usaha tersebut menunjukkan hasil apabila terdapat murid kembali ke sekolah untuk menduduki peperiksaan SPM, sekali gus memberi peluang kepada mereka memperoleh sijil penting itu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/31/spm-2025-jpns-letak-sasaran-kurangkan-jumlah-calon-tidak-hadir-peperiksaan/feed/ 0 94043
Sabah bawa isu gred jawatan JPNS ke KPM https://sabahmedia.com/2026/01/16/sabah-bawa-isu-gred-jawatan-jpns-ke-kpm/ https://sabahmedia.com/2026/01/16/sabah-bawa-isu-gred-jawatan-jpns-ke-kpm/#respond Thu, 15 Jan 2026 23:30:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89794
Read Time:1 Minute, 23 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah akan membawa isu ketidakseimbangan struktur gred jawatan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) ke peringkat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi Mesyuarat Exco Pendidikan.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata, langkah itu penting bagi memastikan keadilan dalam laluan kerjaya serta memperkukuhkan keberkesanan pentadbiran sektor pendidikan di negeri ini.

Beliau berkata, struktur perjawatan sedia ada menunjukkan jurang yang ketara apabila jawatan timbalan pengarah JPNS hanya berada pada gred 54, manakala pengarah berada pada gred Jusa B tanpa sebarang jawatan Jusa C sebagai penghubung.

Katanya, situasi tersebut bukan sahaja menimbulkan ketidakadilan dari sudut hirarki jawatan, malah memberi kesan terhadap motivasi dan semangat kerja pegawai kanan pendidikan kerana gred timbalan pengarah adalah setara dengan Pegawai Pendidikan Daerah (PPD).

“Dari sudut tanggungjawab dan peranan, timbalan pengarah sepatutnya berada pada kedudukan lebih tinggi, namun realitinya gred mereka sama dengan PPD.

“Keadaan ini memberi kesan kepada moral pegawai dan saya sendiri pernah melalui pengalaman yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Amanat Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Khamis.

James berkara, Sabah wajar diperuntukkan sekurang-kurangnya dua jawatan Jusa C di JPNS bagi mewujudkan struktur organisasi yang lebih seimbang dan berfungsi secara optimum.

Beliau turut memaklumkan isu serupa pernah berlaku ketika beliau menerajui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, membabitkan lima timbalan pengarah kesihatan negeri yang tidak mempunyai jawatan Jusa C, sekali gus menunjukkan masalah tersebut memerlukan penyelesaian menyeluruh.

“Saya ingin menegaskan bahawa komitmen kerajaan negeri untuk mengangkat isu perjawatan kritikal ini ke peringkat Exco Pendidikan kebangsaan demi memastikan pentadbiran pendidikan, sains dan inovasi di Sabah terus relevan dan mampan,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/16/sabah-bawa-isu-gred-jawatan-jpns-ke-kpm/feed/ 0 89794
Landskap Baharu Pendidikan JPNS bantu tingkat GPN SPM di negeri ini https://sabahmedia.com/2024/06/13/landskap-baharu-pendidikan-jpns-bantu-tingkat-gpn-spm-di-negeri-ini/ https://sabahmedia.com/2024/06/13/landskap-baharu-pendidikan-jpns-bantu-tingkat-gpn-spm-di-negeri-ini/#respond Thu, 13 Jun 2024 08:48:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55937
Read Time:1 Minute, 35 Second

Kota Kinabalu : Landskap Baharu Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang dilancarkan awal tahun ini berjaya membantu meningkatkan Gred Purata Negeri (GPN) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di bawah 5.00. 

Pengarah JPNS Datuk Raisin Saidin berkata, meskipun tidak mencapai angka GPN dibawah 4.00, namun pihaknya tetap berbangga dengan pencapaian yang dicapai khususnya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) seluruh Sabah.

“Sesuai dengan landskap baharu JPNS yang telah kita lancarkan dimana kita mahu supaya GPN SPM Sabah dapat kita anjak dari angka lima kepada angka empat.

“Alhamdulilah berkat usaha bersungguh-sunguh walaupun kita tidak capai 4.99 yang kita harapkan tetapi kita berjaya mencapai GPN agak tinggi iaitu 5.22 pada 2022 menjadi 5.09 pada tahun lalu.

“Lebih menggembirakan kita di JPNS apabila bilangan PPD yang mencapai dibawah 5.00 juga meningkat dimana sebelum ini hanya empat PPD tetapi selepas kita lancarkan landskap itu dalam konteks keputusan SPM, bilangan PPD telah menjadi lapan buah PPD dibawah 4.99,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan SPM 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Raisin berkata, pihaknya turut yakin bahawa PPD yang mencapai GPN dibawah 4.99 telah mengenal pasti amalan terbaik yang dilaksanakan disekolah.

“Saya amat yakin usaha kita untuk berkongsi pengalamam dan tindakan serta pendekatan dengan PPD yang lain maka angka 4.99 akan dapat dicapai di Sabah,” katanya.

Terdahulu ketika berucap, Raisin berkata, daripada 35,126 calon sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendaftar peperiksaan SPM, seramai 484 calon memperoleh keputusan  cemerlang (gred A+,A,A-) Dalam semua mata pelajaran tahun lalu.

Katanya, jumlah itu meningkat berbanding 344 calon pada tahun 2022.

“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada 29 buah sekolah hang menerima Anugerah Sekolah 100 peratus layak mendapat sijil.

“Diharapkan kecemerlangan ini tidak berakhir di sini sahaja.  Teruskan kecemerlangan ini sampai bila-bila,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/13/landskap-baharu-pendidikan-jpns-bantu-tingkat-gpn-spm-di-negeri-ini/feed/ 0 55937
505,439 Murid, Pelajar Di Sabah Mulakan Sesi Persekolahan https://sabahmedia.com/2022/03/21/505439-murid-pelajar-di-sabah-mulakan-sesi-persekolahan/ https://sabahmedia.com/2022/03/21/505439-murid-pelajar-di-sabah-mulakan-sesi-persekolahan/#respond Mon, 21 Mar 2022 05:36:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13260
Read Time:1 Minute, 5 Second

KOTA KINABALU: Seramai 505,439 orang murid dan pelajar di seluruh Sabah memulakan sesi persekolahan bagi Penggal Pertama Sesi 2022/2023 bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Mistirine Radin berkata, jumlah itu membabitkan sebanyak 1,071 sekolah rendah dan 221 sekolah menengah di negeri ini.

“Daripada jumlah keseluruhan murid dan pelajar yang memulakan sesi persekolahan pada hari ini, seramai 313,697 orang adalah terdiri dari murid sekolah rendah.

“Manakala seramai 191,742 orang lagi adalah terdiri dari pelajar sekolah menengah di seluruh negeri,” katanya

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Good Shepherd Kota Kinabalu disini pagi tadi.

Mistirine berkata, seramai 44,338 orang murid memasuki tahun satu sekolah kerajaan dan banntuan kerajaan manakala seramai 36,560 orang pelajar adalah yang memasuki tingkatan satu.

“Bagi institusi pendidikan swasta, seramai 8,000 murid dan pelajar di 39 sekolah rendah, menengah dan antarabangsa di Sabah turut memulakan persekolahan hari ini.

“Manakala seramai 14,950 murid di 399 tadika di seluruh Sabah mendaftar tahun ini bagi sekolah tadika swasta,” katanya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini menetapkan sesi persekolahan d seluruh negara bermula hari ini.

Namun masih terdapat murid dan pelajar mengikuti pembelajaran secara bersemuka dan mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/21/505439-murid-pelajar-di-sabah-mulakan-sesi-persekolahan/feed/ 0 13260
JPNS Ambil Langkah Proaktif Hadapi Kemungkinan Bencana https://sabahmedia.com/2022/03/02/jpns-ambil-langkah-proaktif-hadapi-kemungkinan-bencana/ https://sabahmedia.com/2022/03/02/jpns-ambil-langkah-proaktif-hadapi-kemungkinan-bencana/#respond Wed, 02 Mar 2022 02:50:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12638
Read Time:1 Minute, 8 Second

TUARAN : Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) telah mengambil langkah-langkah proaktif di semua peringkat khususnya Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah bagi menghadapi sebarang kemungkinan ekoran cuaca yang tidak menentu sepanjang peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sabah

Pengarah JPNS Datuk Dr Mistirine Radin berkata, semua Pegawai Pendidikan Daerah telah diarah untuk mengaktifkan Jawatankuasa Keselamatan Peperiksaan Awam Daerah masing-masing.

Katanya, bilik gerakan SPM JPNS turut dibuka di Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Tingkat 7 Rumah Persekutuan Kota Kinabalu.

“Semua Pegawai Pendidikan Daerah telah mewujudkan Bilik Gerakan Peperiksaan masing-masing iaitu di antara lainnya bertujuan menyediakan laporan harian peperiksaan khususnya melapor kehadiran calon pada setiap sesi peperiksaan.

“Ini termasuk jika ada Calon Hospital, Calon Tahanan dan sebagainya. Bilik Gerakan Negeri juga akan menghantar laporan kehadiran calon ke Bilik Gerakan Lembaga Peperiksaan KPM selewat-lewatnya jam 4 petang setiap hari peperiksaan menggunakan e-Kehadiran.

“Saya berdoa agar Peperiksaan SPM dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke pusat peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tamparuli, di sini, hari ini.

Dr Mistirine berkata, ibu bapa atau penjaga kepada calon SPM yang terlibat dinasihatkan agar dapat memastikan calon dapat hadir awal ke pusat-pusat peperiksaan.

“Sentiasalah menyemak Jadual Waktu Peperiksaan SPM serta membawa kelengkapan peperiksaan yang secukupnya serta elakkan melakukan salah laku peperiksaan dalam bentuk apa sekalipun,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/02/jpns-ambil-langkah-proaktif-hadapi-kemungkinan-bencana/feed/ 0 12638
Bangunan SK Rampayan Akan Dipindahkan https://sabahmedia.com/2022/01/24/bangunan-sk-rampayan-akan-dipindahkan/ https://sabahmedia.com/2022/01/24/bangunan-sk-rampayan-akan-dipindahkan/#respond Mon, 24 Jan 2022 09:27:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11497
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU : Bangunan Sekolah Kebangsaan (SK) Rampayan Manggatal yang berada dalam kategori skala tujuh atau daif akan dipindahkan ke sebuah tapak baharu berhampiran Kingfisher Likas disini.

Timbalan Menteri Pendidikan II Datuk Mohamad Alamin berkata, peruntukan bagi membina bangunan baharu sekolah berkenaan telah pun diluluskan namun belum dapat dilaksanakan sebelum ini berikutan menghadapi masalah tanah.

“Namun kini tapak baharu SK Rampayan sudah pun kita perolehi iaitu diatas tanah rezab pendidikan seluar 50 ekar yang terletak berhampiran Kingfisher Likas manakala peruntukkan bagi pembinaan sekolah ini adalah sebanyak RM48 juta.

“Proses kini adalah dalam peringkat perancangan dan kita berharap urusan-urusan teknikal, pelaksanaan juga akan dapat dipercepatkan kerana sekolah ini berdepan dengan dua isu besar terutama bencana alam iaitu banjir dan sekolah ini berada dalam kategori skala tujuh iaitu daif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di Institut Pendidikan Guru (IPG)  Kampus Gaya disini hari ini.

Mohamad berkata, sekolah berkenaan yang dikategorikan sebagai daif perlu dinaiktaraf  dengan bangunan yang baharu.

Katanya, selain dikategorikan sebagai sekolah daif, sekolah berkenaan juga tidak lagi dapat menampung keperluan murid-murid dan perlu segera dipindahkan ke lokasi yang lebih luas di tanah rezab pendidikan.

“Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) kini dalam peringkat menyelesaikan beberapa urusan-urusan teknikal yang berkaitan,” katanya.

Terdahulu, Mohamad turut mengadakan lawatan kerja bagi meninjau SK Rampayan dan turut mengadakan lawatan ke IPG Kent Tuaran.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/24/bangunan-sk-rampayan-akan-dipindahkan/feed/ 0 11497
KPM Digesa Bina Segera Asrama Sekolah Di Kiulu https://sabahmedia.com/2022/01/17/kpm-digesa-bina-segera-asrama-sekolah-di-kiulu/ https://sabahmedia.com/2022/01/17/kpm-digesa-bina-segera-asrama-sekolah-di-kiulu/#respond Mon, 17 Jan 2022 09:53:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11196
Read Time:1 Minute, 57 Second

KIULU : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) digesa untuk menyegerakan kelulusan cadangan membina asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens yang sekian lama tertangguh, di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai berkata, asrama yang dicadangkan hanya menunggu persetujuan KPM untuk memulakan pembinaan dan ia mampu menempatkan seramai 80 orang pelajar.

Difahamkan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu telah menghantar surat kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) yang kemudiannya dimajukan kepada KPM. Namun mereka masih belum menerima maklum balas selepas setahun.

“Ini tidak sepatutnya berlaku kerana kebanyakan pelajar datang dari kampung terpencil dan keluarga berpendapatan rendah.

“Memandangkan asrama tidak ada, pelajar-pelajar ini terpaksa menyewa bilik dari orang kampung semata-mata untuk berdekatan dengan sekolah mereka,” kata Joniston selepas mengagihkan bungkusan makanan kepada penduduk dan pelajar di Kampung Ranap di sini, semalam.

Beliau berkata pelajar luar bandar mempunyai potensi besar yang sama seperti pelajar di bandar, dan kebolehan mereka tidak harus dihadkan tapi dibangunkan.

Tambahnya, kerajaan mesti memainkan peranan yang berkesan dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti dan sama rata dengan memenuhi keperluan khusus pelajar luar bandar bagi memastikan mereka mendapat akses pembelajaran dengan mudah.

Joniston yang juga Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah turut menasihati pelajar-pelajar, khususnya yang bakal menghadapi peperiksaan tidak lama lagi, agar belajar bersungguh-sungguh dan tabah walaupun datang dari latar belakang yang susah.

“Saya bukan berasal daripada keluarga berada, jadi saya faham cabaran yang dihadapi pelajar. Namun, kita tidak seharusnya menjadikan itu sebagai alasan untuk ponteng atau berhenti sekolah. Sebaliknya, cabaran ini seharusnya mendorong kita untuk melakukan yang lebih baik dan bekerja lebih keras.

“Kerja keras adalah kunci kejayaan dan kita harus fokus pada pelajaran untuk membanggakan keluarga. Melihat betapa gigihnya ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak, kita harus menghargai pengorbanaan mereka dan membalas jasa mereka suatu hari nanti,” katanya.

Beliau juga menggalakkan para pelajar dari Kiulu untuk terus memupuk semangat belajar agar mereka menjadi contoh teladan bukan sahaja di kalangan komuniti mereka, tetapi juga untuk negeri dan negara secara keseluruhan.

Dalam lawatan beliau, Joniston turut mengedarkan bungkusan makanan kepada Asrama Perempuan San Damiano, Pusat Latihan Belia Monfort Asrama Lelaki San Damiano, dan the Good Shepherd Services.

Bungkusan makanan itu disumbangkan oleh sekumpulan ahli perniagaan, yang diketuai oleh Collin Tan. Mereka berada di Kiulu untuk menjalankan aktiviti amal sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan turut menyumbangkan bekalan keperluan lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/17/kpm-digesa-bina-segera-asrama-sekolah-di-kiulu/feed/ 0 11196
536,395 Murid, Pelajar di Sabah Kembali Hadir Sesi Bersemuka, Tiga Lagi Sekolah Tangguh Operasi https://sabahmedia.com/2022/01/10/536395-murid-pelajar-di-sabah-kembali-hadir-sesi-bersemuka-tiga-lagi-sekolah-tangguh-operasi/ https://sabahmedia.com/2022/01/10/536395-murid-pelajar-di-sabah-kembali-hadir-sesi-bersemuka-tiga-lagi-sekolah-tangguh-operasi/#respond Mon, 10 Jan 2022 00:39:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10944
Read Time:1 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU : Sebanyak 1,293 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh Sabah mula dibuka membabitkan seramai 536,395 murid dan pelajar yang kembali mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka bagi penggal 3 sesi 2021/2022 bermula hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 320,912 orang adalah murid sekolah rendah manakala seramai 215,483 orang adalah pelajar sekolah menengah, termasuk dari Kolej Vokasional dan Sekolah Sukan Malaysia (SSM).

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Dr Mistrine Radin berkata, jumlah itu membabitkan semua sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) manakala bagi institusi pendidikan swasta yang berdaftar dengan KPM adalah seramai 7,149 murid dan pelajar yang hadir ke sekolah mulai hari ini.

Katanya, daripada jumlah keseluruhan sekolah yang dibuka, hanya tiga buah sekolah terpaksa menangguhkan pengoperasian berikutan sekolah masih dilanda banjir selain dalam proses pembersihan yang membabitkan seramai 169 orang murid.

“Antara sekolah yang masih belum dibuka ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Penontomon Pensiangan, SK Pantai Boring Beluran dan Pra sekolah SK Lago Beaufort.

“Murid-murid akan terlibat dengan penangguhan pengoperasian sekolah ini akan mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mulai hari ini sehingga sekolah selamat dan bersih untuk persekolahan bersemuka.

“Berdasarkan statistik JPNS, sebanyak 1,075 buah sekolah rendah membabitkan 320,912 murid akan hadir ke sekolah untuk sesi PdP bersemuka,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dr Mistrine berkata, seramai 215,483 pelajar sekolah menengah akan turut terlibat dalam sesi PdP bersemuka melibatkan sebanyak 218 buah sekolah yang dibuka.

Katanya, daripada jumlah sekolah menengah yang dibuka, sebanyak 197 buah melibatkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK); SMK Agama (9); Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (M) (2); Sekolah Berasrama Penuh (2); Kolej Vokasional (7) dan SSM (1).

Sementara itu, Mistrine berkata, bagi sekolah rendah swasta, seramai 1,075 adalah murid sekolah rendah manakala seramai 6,074 pelajar sekolah menengah akan mula mengikuti sesi PdP bersemuka bermula hari ini.

Katanya, bilangan sekolah swasta dibawah kelolaan KPM yang beroperasi bermula hari ini adalah sebanyak 38 buah membabitkan seramai 7,149 murid dan pelajar sekolah secara keseluruhan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/10/536395-murid-pelajar-di-sabah-kembali-hadir-sesi-bersemuka-tiga-lagi-sekolah-tangguh-operasi/feed/ 0 10944
Warga Pendidik Disaran Terus Lebih Kreatif Guna Aplikasi ICT https://sabahmedia.com/2021/12/14/warga-pendidik-disaran-terus-lebih-kreatif-guna-aplikasi-ict/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/warga-pendidik-disaran-terus-lebih-kreatif-guna-aplikasi-ict/#respond Tue, 14 Dec 2021 10:52:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9874
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU : Warga pendidik khususnya di Sabah disaran untuk terus dinamik dan lebih kreatif dalam menggunakan aplikasi ICT serta inovasi dalam pendidikan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Yakub Khan berkata, ia selari dengan perkembangan dunia tanpa sempadan selain maklumat kini hanya boleh diperolehi dihujung jari.

“Kita maklum bahawa penggunaan teknologi ICT pada masa ini menjadi begitu dominan berbanding dengan kaedah konvensional.

“Kita juga boleh mengakses kepada apa-apa maklumat dengan hanya menggunakan hujung jari pada bila-bila masa dan di mana sahaja keberadaan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketiak berucap merasmikan Majlis Apresiasi Oasis Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu Sabah disini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Politik Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Senator Noraini Idris.

Yakub berkata, perubahan dan inovasi kurikulum dalam bilik darjah juga harus terus bergerak seiring dengan peredaran zaman, keperluan atau cabaran semasa serta perkembangan teknologi ICT yang sedang berkembang pesat.

Katanya, keberkesanan pengurusan kurikulum bilik darjah terletak sepenuhnya pada tangan guru-guru.

“Saya berkata sedemikian kerana perkara ini berkait rapat dengan kemahiran atau kompetensi guru dalam memenuhi kehendak serta keperluan pelajar yang berubah dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, Yakub berkata, di peringkat pentadbiran kerajaan berhubung ICT, kerajaan menyediakan Dasar Pelaksanaan Inisiatif ICT khusus untuk bidang pendidikan.

Katanya, inisiatif tersebut dibahagikan kepada dua iaitu ICT untuk Pengurusan dan Pentadbiran pendidikan yang meliputi semua program dan projek ICT sama ada di sekolah atau semua bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Inisiatif kedua pula, ICT untuk Pengajaran dan Pembelajaran. Kategori ini adalah meliputi semua inisiatif ICT yang melibatkan proses Pengajaran dan Pembelajaran.

“Kedua-dua Inisiatif itu telah, sedang dan akan sentiasa kita tambah baik mengikut keperluan semasa dalam usaha menyedia dan memudahkan aplikasi  guru-guru serta murid mencapai aspirasi inovasi dan inovatif pendidikan yang lebih mantap dan perkasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/warga-pendidik-disaran-terus-lebih-kreatif-guna-aplikasi-ict/feed/ 0 9874
Focal Person Bantu Naikkan Taraf Pendidikan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/10/28/focal-person-bantu-naikkan-taraf-pendidikan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/10/28/focal-person-bantu-naikkan-taraf-pendidikan-di-sabah/#respond Thu, 28 Oct 2021 02:43:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8001
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU : Inisiatif pelantikan beberapa Focal Person Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di negeri ini mampu membantu menaikkan lagi taraf pendidikan di Sabah.

Focal Person Kebangsaan KPM Sabah Mohammad Arif Sakaran berkata, pelantikan Focal Person di setiap daerah itu juga merupakan satu langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah keciciran dalam pelajaran khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman.

“Ada beberapa program terutamanya yang melibatkan keciciran pelajar-pelajar di Sabah yang kini dilihat agak tinggi dan masalah ini sudah lama, bukan sahaja di negeri ini malah juga di seluruh negara.

Focal Person Kebangsaan KPM Sabah Mohammad Arif Sakaran – FOTO – MAHA

“Justeru itu, kerja sama dari semua Focal Person di semua daerah amat penting bagi membantu Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengatasi seterusnya menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Makan Malam Bersama Focal Person negeri Sabah di sini semalam.

Hadir sama Pengarah JPNS Datuk Dr Mistirine Radin.

Mohammad Arif berkata, pihaknya kini belum mempunyai perancangan daerah yang akan dilawati namun akan terus bekerjasama dengan JPNS bagi melihat kawasan yang dilihat mempunyai keciciran pelajar dari semasa ke semasa.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata persediaan bagi pembukaan semula sekolah melibatkan murid pra-sekolah dan murid berkeperluan khas (MBK) di Sabah yang melibatkan prosedur standard operasi (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa Ketiga sudah dilaksanakan.

“Keselamatan murid dan semua yang terlibat di sekolah sudah dibuat dan diberi keutamaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/28/focal-person-bantu-naikkan-taraf-pendidikan-di-sabah/feed/ 0 8001