jps – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 May 2026 12:46:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jps – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JPS lulus peruntukan projek penstabilan tebing Sungai Pegalan https://sabahmedia.com/2026/05/08/jps-lulus-peruntukan-projek-penstabilan-tebing-sungai-pegalan/ https://sabahmedia.com/2026/05/08/jps-lulus-peruntukan-projek-penstabilan-tebing-sungai-pegalan/#respond Fri, 08 May 2026 12:46:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=96360
Read Time:2 Minute, 4 Second

TENOM: Masalah hakisan tebing sungai di kawasan Melalap kini mendapat perhatian apabila Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meluluskan peruntukan bagi projek penstabilan tebing Sungai Pegalan berhampiran Pusat Kebudayaan Murut.

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan, Datuk Jamawi Jaafar berkata, keadaan hakisan di kawasan itu semakin serius apabila tebing sungai semakin menghampiri kawasan pusat kebudayaan dan berisiko menjejaskan tanah serta kemudahan pelancongan di situ.

“Pada tahun ini, pihak JPS telah meluluskan peruntukan untuk projek penstabilan tebing sungai di kawasan Pusat Kebudayaan Murut.

“Kita akan memasang struktur penahan tebing menggunakan batu besar bagi mengelakkan hakisan terus berlaku dan memastikan kawasan ini selamat,” katanya ketika lawatan kerja di kawasan Melalap, hari ini.

Jamawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap berkata, projek itu dijangka dilaksanakan tahun ini dan diharap memberi manfaat kepada penduduk setempat serta pemilik tanah berhampiran.

Beliau sebelum itu memulakan lawatan kerja pada jam 8.30 pagi dengan meninjau tebing jalan runtuh berhampiran Pusat Kebudayaan Murut.

Jamawi kemudian meneruskan lawatan pada jam 10 pagi dengan meninjau sistem pengairan di Kampung Makakumpai dan Entabuan yang melibatkan kawasan sawah padi seluas kira-kira 160 hektar.

Katanya, seramai 62 petani di kawasan terbabit tidak dapat menanam padi sejak hampir 10 tahun lalu akibat masalah pam dan bekalan air.

“Saya turun padang bersama pegawai JPS untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi petani.

“Pihak JPS memberi jaminan bahawa kerja-kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem pengairan akan diselesaikan dalam tempoh kira-kira tiga bulan,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu penting bagi membolehkan petani kembali mengusahakan sawah mereka sekali gus meningkatkan pengeluaran padi di kawasan berkenaan.

Pada jam 11 pagi, beliau turut meninjau sistem bekalan air untuk sawah padi di Lagud Sebrang bersama pegawai JPS dan Jabatan Pertanian Tenom.

Katanya, lawatan itu bertujuan melihat keperluan kerja-kerja menaik taraf sistem pengairan bagi memastikan bekalan air kepada sawah padi di kawasan terbabit terus terjamin.

“Kita mahu memastikan para petani di kawasan Lagud Sebrang, Paguokon, Manining dan Pansailon dapat terus mengusahakan tanaman padi dengan lebih baik.

“Kerajaan akan terus membantu melalui pelbagai program bersama Jabatan Pertanian dan JPS demi meningkatkan pengeluaran hasil padi serta kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, projek menaik taraf sistem pengairan itu juga bertujuan meningkatkan penghasilan padi selain memperkukuh sosioekonomi penduduk setempat selaras dengan objektif Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Hadir sama, Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Jumain Abdul Ghani; Pegawai Daerah Tenom, Alexander Liew; Ketua Daerah, OKK Tusib Tulas; Pemimpin Pembangunan Masyarakat, Denesly Justin; pegawai kementerian serta Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Irene Choo.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/05/08/jps-lulus-peruntukan-projek-penstabilan-tebing-sungai-pegalan/feed/ 0 96360
DUN Sabah : JPS kemuka semula permohonan Projek Tebatan Banjir Sungai Pegalan https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-jps-kemuka-semula-permohonan-projek-tebatan-banjir-sungai-pegalan/ https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-jps-kemuka-semula-permohonan-projek-tebatan-banjir-sungai-pegalan/#respond Wed, 29 Apr 2026 03:23:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95770
Read Time:1 Minute, 18 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

KENINGAU : Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Sabah akan mengemukakan semula permohonan peruntukan bagi melaksanakan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pegalan, Lembangan Sungai Pegalan, Keningau.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Datuk Ruslan Muharam berkata, permohonan itu akan dikemukakan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13).

Beliau berkata, projek itu bertujuan bagi mengurangkan kejadian banjir yang sering melanda kawasan Kampung Ansip, Sook, sekali gus memberi kelegaan kepada penduduk yang berdepan masalah banjir berulang sejak sekian lama.

“Permohonan peruntukan projek berkenaan sebelum ini telah dikemukakan menerusi Rolling Plan Pertama (RP1) dan Rolling Plan Kedua (RP2) RMKe-13 di bawah peruntukan Persekutuan hasil kerjasama antara JPS Sabah dan Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia.

“Namun begitu, projek tersebut tidak tersenarai dalam senarai pendek permohonan untuk dibawa ke Kementerian Ekonomi. JPS Sabah akan mengemukakan semula permohonan peruntukan ini pada Rolling Plan akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Arthur Joseph Kurup (BN-Sook) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini pada Rabu.

Ruslan berkata, projek itu dijangka mengambil masa lima tahun untuk dilaksanakan melibatkan skop perkhidmatan perunding dan kerja fizikal sekiranya peruntukan diluluskan.

Beliau berkaya, langkah jangka pendek telah dilaksanakan bagi menangani masalah banjir di Kampung Ansip sementara menunggu kelulusan projek berskala besar itu dimulakan.

“Antaranya ialah kerja-kerja penyelenggaraan sistem saliran bagi memastikan kelancaran aliran air banjir selain mempercepatkan pengaliran keluar air semasa paras Sungai Pegalan surut.

“Kerja berskala kecil yang telah dilaksanakan termasuk Kerja Penyelenggaraan Kolam Takungan Banjir Kampung Ansip Pagalungan, Keningau yang telah disiapkan pada Ogos 2023,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/29/dun-sabah-jps-kemuka-semula-permohonan-projek-tebatan-banjir-sungai-pegalan/feed/ 0 95770
Jabatan Perhutanan Sabah pertahan gelaran juara https://sabahmedia.com/2026/03/30/jabatan-perhutanan-sabah-pertahan-gelaran-juara/ https://sabahmedia.com/2026/03/30/jabatan-perhutanan-sabah-pertahan-gelaran-juara/#respond Mon, 30 Mar 2026 09:27:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=94007
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Kontinjen perbarisan Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) sekali lagi membuktikan keunggulan apabila dinobatkan sebagai johan Pertandingan Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah tahun ini.

Kejayaan itu mengekalkan reputasi jabatan berkenaan sebagai antara kontinjen terbaik dalam kategori Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi.

Ketua pasukan, Arsiman Shah Durahman, berkata kemenangan itu hasil disiplin tinggi serta semangat berpasukan yang ditunjukkan sepanjang latihan kawad kaki.

“Pertama sekali, kami bersyukur kerana berjaya mempertahankan kejuaraan dalam kategori ini dan seluruh pasukan amat gembira dengan pencapaian ini.

“Walaupun hanya menjalani latihan kawad kaki selama tiga hari melibatkan sesi pagi dan petang, kami tetap memberikan komitmen penuh. Usaha ini akan diteruskan bagi mengekalkan prestasi sebagai juara,” katanya kepada media.

Bagi kategori sama, tempat kedua dimenangi Majlis Perbandaran Sandakan manakala tempat ketiga disandang Jabatan Kastam Diraja Malaysia Sabah.

Sementara itu, bagi kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Seragam Rasmi, johan dimenangi Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (ICU JPM Sabah), diikuti Kementerian Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif di tempat kedua, manakala tempat ketiga milik Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah.

Dalam kategori Pertubuhan Etnik Sabah, Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Bajau Tabawan Sabah Sandakan (SABATA) muncul juara, diikuti Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Suluk Sandakan sebagai naib johan, manakala tempat ketiga dimenangi Pertubuhan Adat Gabungan Bangsa Tidung Negeri Sabah (PANTAS).

Bagi kategori Swasta atau Badan Berkanun, Kumpulan Yayasan Sabah muncul johan dengan markah keseluruhan 99 peratus, diikuti Sabah Electricity dengan 98 peratus, manakala tempat ketiga dimenangi DBKK Holdings Sdn Bhd dengan 87 markah.

Selain itu, bagi kategori Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Bulan Sabit Merah Malaysia Kota Kinabalu menjuarai pertandingan, diikuti Kawasan Rukun Tetangga Kota Kinabalu di tempat kedua dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Negeri Sabah di tempat ketiga.

Pertandingan itu turut disertai kategori institusi pengajian tinggi awam dan swasta dengan dua penyertaan, menyaksikan Institut Latihan Teknik dan Perdagangan (ILTP) Sabah muncul johan, manakala Unitar Kota Kinabalu di tempat kedua.

Bagi kategori sekolah pula, Kadet Koreksional Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat Papar dan Sekolah Kebangsaan Pangiran Siti Hafsah Karambunai masing-masing meraih tempat pertama bagi kategori sekolah menengah dan sekolah rendah.

Pertandingan perbarisan itu diadili panel yang diketuai Pegawai Waran I PAP (G1) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Azro Mat Zaki, dengan bantuan pengadil daripada Tentera Darat Malaysia, TLDM, Tentera Udara Diraja Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia serta Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah.

Kesemua pemenang tempat pertama bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM1,500 berserta sijil dan piala. Tempat kedua menerima RM1,300, manakala tempat ketiga memperoleh RM1,000, masing-masing bersama sijil dan piala yang disampaikan oleh Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Seri Dr Sabin Samitah.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/03/30/jabatan-perhutanan-sabah-pertahan-gelaran-juara/feed/ 0 94007
Selenggara Sistem Perparitan Elak Banjir Berlaku https://sabahmedia.com/2021/06/20/selenggara-sistem-perparitan-elak-banjir-berlaku/ https://sabahmedia.com/2021/06/20/selenggara-sistem-perparitan-elak-banjir-berlaku/#respond Sun, 20 Jun 2021 11:51:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=1614
Read Time:1 Minute, 10 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri telah meminta laporan lengkap berhubung kejadian banjir di sekitar bandaraya dan daerah berhampiran yang berlaku Jumaat lalu termasuk keadaan perparitan di daerah lain yang sering dilanda banjir.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey G Kitingan berkata, pihaknya juga telah meminta Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memberi taklimat selain memberi penerangan bagaimana jabatan itu dapat meminimumkan kejadian banjir pada masa akan datang.

“Jika diperhatikan banyak kawasan khususnya yang membabitkan sistem saliran tidak diselenggara dengan baik dan terlalu banyak sampah dibuang ke dalam longkang.

“Rakyat perlu bersama-sama mempunyai rasa tanggungjawab bagi memastikan sampah tidak dibuang kedalam longkang selain perlu memastikan pihak yang dilantik bagi tujuan pembersihan menjalankan tugas dengan betul,”katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dr Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah turut meminta masyarakat khususnya dikawasan rendah agar lebih berwaspada dan berhati-hati berikutan cuaca yang tidak menentu pada masa ini selain kejadian hujan lebat yang kerap berlaku.

Katanya, sistem ramalan banjir yang lebih efektif dilihat perlu bagi memberikan amaran banjir awal kepada masyarakat selain memberi peluang peluang kepada yang terlibat bersiap sedia serta menyelamatkan nyawa dan harta benda lebih awal.

“Sayangnya, saat ini tidak ada solusi cepat untuk menyelesaikan masalah banjir. Kita hanya dapat mencari cara untuk meminimumkannya sementara kerajaan berusaha membina Likas Barrage,”katanya.

Kejadian banjir pada Jumaat lalu berikutan hujan lebat yang berlaku lebih dari lapan jam selain air pasang.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/20/selenggara-sistem-perparitan-elak-banjir-berlaku/feed/ 0 1614