jpsm – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 26 Jan 2026 00:18:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jpsm – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 JPSM disaran pertimbang bina pusat latihan pertanian di Beluran https://sabahmedia.com/2026/01/26/jpsm-disaran-pertimbang-bina-pusat-latihan-pertanian-di-beluran/ https://sabahmedia.com/2026/01/26/jpsm-disaran-pertimbang-bina-pusat-latihan-pertanian-di-beluran/#respond Mon, 26 Jan 2026 00:18:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90390
Read Time:1 Minute, 23 Second

BELURAN: Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) disaran mempertimbangkan pembinaan pusat latihan tanaman menggunakan teknologi sebagai hab latihan dan pembangunan kemahiran di daerah ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Samad Jambri berkata langkah itu penting dalam meningkatkan kemahiran serta taraf ekonomi masyarakat setempat khususnya golongan B40 bagi jangka masa panjang.

“Sekiranya pihak JPSM dapat melaksanakan di daerah Beluran ini sama ada membina pusat-pusat latihan dan sebagainya, kita menyambut baik dan kita akan memberikan sokongan sepenuhnya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan dan Penyampaian Sijil Kursus Smart Farming IoT (Tanaman Fertigasi) Daerah Beluran 2026 di sini, pada Ahad.

Kursus 10 hari tersebut dikendalikan oleh JPSM dengan kerjasama Global Skill Hub (GSH) dan disertai 20 peserta belia B40 dari daerah Beluran.

Samad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk berkata, pembinaan pusat latihan itu amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan program pembangunan kemahiran dijalankan secara berterusan, lebih tersusun dan memudahkan penyertaan masyarakat tanpa perlu ke daerah lain.

Mengulas lanjut beliau berkata, pihaknya menyambut baik pelaksanaan kursus berasaskan teknologi moden seperti Smart Farming IoT dengan menggabungkan sektor pertanian dan penggunaan teknologi digital seterusnya menjadikan Beluran sebagai daerah pertama pelaksanaannya.  

“Ini memberikan satu kelainan dan impak baharu kepada para petani khususnya para peserta kursus dan diharapkan mereka boleh aplikasikan pertanian dengan teknologi lebih moden.  

“Saya juga melihat perkara ini sangat baik untuk kita terus kembangkan, apalagi ianya dilaksanakan dengan mengambil tumpuan sasaran kepada golongan B40 dan juga petani di luar bandar khususnya program ini akan boleh menambah baik dan boleh menambah ekonomi mereka di masa akan datang,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/26/jpsm-disaran-pertimbang-bina-pusat-latihan-pertanian-di-beluran/feed/ 0 90390
JPSM, TWI Technology jalin kerjasama strategik tingkatkan TVET di Sabah https://sabahmedia.com/2025/05/19/jpsm-twi-technology-jalin-kerjasama-strategik-tingkatkan-tvet-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/05/19/jpsm-twi-technology-jalin-kerjasama-strategik-tingkatkan-tvet-di-sabah/#respond Mon, 19 May 2025 08:54:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=74115
Read Time:1 Minute, 20 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Usaha memperkasakan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Sabah terus dipergiat menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan TWI Technology Malaysia di sini, hari ini.

Majlis menandatangani MoU tersebut disaksikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

MoU tersebut ditandatangani di antara Pengarah Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM), Kamsiah Ibrahim, dan Pengurus TWI Technology, Anizar Abu Bakar.

Majlis ini diadakan di Pelancaran Majlis TVET Sabah (MTS) yang berlangsung di The Magellan Sutera Resort.

Kerjasama strategik ini merangkumi pelaksanaan latihan dan pemeriksaan teknikal dalam bidang seperti Kimpalan Praktikal, Kimpalan Plastik, Pemeriksaan Tanpa Musnah (Non-Destructive Testing – NDT), Pemeriksaan Pengecatan dan Salutan, Pemeriksaan Loji serta Pemeriksaan Bawah Air.

Bidang lain termasuklah Prosedur Kimpalan serta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan.

Kerjasama ini merupakan langkah penting ke arah memperkukuh ekosistem TVET negeri dengan sokongan rakan industri yang berpengalaman dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Sejak 1992, TWI Malaysia telah berada di barisan hadapan dalam menyampaikan pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) bertaraf antarabangsa dari United Kingdom, termasuk pensijilan dalam bidang Pemeriksaan Kimpalan, Pemeriksaan Tanpa Musnah (NDT), Pemeriksaan Pengecatan dan Salutan, Kimpalan Plastik serta Pemeriksaan Bawah Air.

Kursus-kursus ini diiktiraf oleh badan-badan antarabangsa seperti Certification Scheme for Welding Inspection Personnel (CSWIP) dan British Gas Approval – Certification Scheme for Welding Inspection Personnel (BGAS-CSWIP).

Turut hadir menyaksikan majlis bersejarah ini ialah Pembantu Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Harun Durabi; Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Dr. Ahemad Sade; dan Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Hanafiah Mohd Kassim.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/19/jpsm-twi-technology-jalin-kerjasama-strategik-tingkatkan-tvet-di-sabah/feed/ 0 74115
KSTI Rancang Laksana Karnival Kerjaya Di Daerah Lain Tahun Depan https://sabahmedia.com/2021/11/29/ksti-rancang-laksana-karnival-kerjaya-di-daerah-lain-tahun-depan/ https://sabahmedia.com/2021/11/29/ksti-rancang-laksana-karnival-kerjaya-di-daerah-lain-tahun-depan/#respond Mon, 29 Nov 2021 07:39:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9028
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Sabah merancang untuk mengadakan Karnival Kerjaya di beberapa buah daerah di negeri ini tahun depan.

Menterinya Datuk Yakub Khan berkata, ia adalah bagi memberi peluang kepada pencari kerja di luar ibu negeri untuk merebut peluang yang ditawarkan oleh syarikat yang menyertai karnival berkenaan.

“Pada hari ini sebanyak 2,680 peluang pekerjaan ditawarkan kepada pencari kerja menerusi penganjuran Karnival Kerjaya Perdana 2021 membabitkan 12 majikan dari Sabah, enam dari Semenanjung dan satu majikan dari Labuan.

“Jika tidak ada halangan, pada awal tahun depan, pihak kementerian merancang untuk turun ke beberapa daerah lain seperti Sandakan, Tawau dan Keningau bagi memberi peluang kepada pencari kerja seperti yang dilaksanakan pada hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Karnival Kerjaya Perdana 2021 anjuran Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) disini hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Tetap KSTI Zainuddin Aman; Pengarah JPSM Sabah Tianinun Iping dan Timbalan Pengarah PERKESO Salwati Abdul Karim.

Yakub berkata, pihaknya berharap usaha yang dilaksanakan itu akan dapat membantu pencari kerja selain yang kehilangan pekerjaan.

Katanya, usaha penganjuran karnival itu juga diyakini mampu membantu mengurangkan kadar pengangguran khususnya di Sabah.

“Saya yakin usaha ini menjadi permulaan untuk mereka yang mencari kerja selepas pandemik COVID-19 dan saya juga yakin usaha ini akan mendapat sambutan daripada majikan, syarikat swasta dan juga pencari kerja.

“Usaha kerjasama ini diyakini akan dapat memberi perkhidmatan dan penawaran peluang pekerjaan kepada masyarakat khususnya di Sabah,” katanya.

Dalam pada itu, Yakub berkata, seramai 54,652 orang pencari kerja yang telah berdaftar dengan menggunakan  portal MyFutureJobs PERKESO bermula 1 Januari hingga 12 November 2021.

Katanya, dari jumlah itu seramai 11,911 orang pencari kerja berjaya mendapatkan pekerjaan.  

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/29/ksti-rancang-laksana-karnival-kerjaya-di-daerah-lain-tahun-depan/feed/ 0 9028
Pelbagai Inisiatif Diambil Atasi Masalah Akibat Pandemik COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/10/09/pelbagai-inisiatif-diambil-atasi-masalah-akibat-pandemik-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/10/09/pelbagai-inisiatif-diambil-atasi-masalah-akibat-pandemik-covid-19/#respond Sat, 09 Oct 2021 10:36:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7364
Read Time:2 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri telah memperuntukkan sebanyak RM6 juta untuk pakej rangsangan ekonomi kepada Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM).

Pakej itu diperuntukkan bagi membantu golongan muda yang diberhentikan dan mereka yang kehilangan sumber pendapatan susulan penularan pandemik COVID-19.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pakej itu adalah antara inisiatif yang diambil kerajaan negeri dalam belanjawan pada tahun ini untuk menangani cabaran yang belum pernah terjadi akibat pandemik itu.

Katanya, pandemik ini bukan sahaja menyebabkan kesukaran dalam ekonomi, tetapi juga masalah sosial, kesihatan dan pelbagai masalah lain, terutama yang mempengaruhi pembangunan belia dan modal insan.

“Dalam usaha mengukuhkan pembangunan modal insan dan menghasilkan generasi yang kompeten dan berdaya tahan, Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM22.96 juta dalam Belanjawan Negeri 2021 untuk melaksanakan kursus dan latihan kemahiran dalam teknologi, teknikal dan perdagangan.

“Kerajaan juga memperuntukkan RM55 juta untuk biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam kursus berkaitan kemahiran dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) hingga ke peringkat lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan khasnya di persidangan maya ‘Bridging the Skills Gap’ yang dianjurkan oleh MyProdigy Malaysia pada Minds for Malaysia (M4M) disini hari ini.

Hajiji berkata, bagi peringkat Persekutuan, kerajaan telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk mengurangkan kesukaran yang dihadapi oleh rakyat termasuk Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA berjumlah RM35 bilion.

Katanya, antara inisiatif PENJANA termasuk Program Subsidi Upah untuk mempromosikan pengekalan pekerja dan mengurangkan pemberhentian pekerja; pengambilan dan latihan bantuan untuk perniagaan.

“Ia bagi mendorong pengambilan pekerja dengan memberikan insentif kewangan kepada majikan; dan Program pemahiran semula (Reskiling) dan peningkatan kemahiran (Upskilling) yang bertujuan meningkatkan kebolehkerjaan.

“Pengangguran belia di Malaysia telah menjadi kebimbangan terutamanya di Sabah yang mana sebahagian besar belia terdiri daripada separuh kategori mahir dan berkemahiran rendah.

“Seperti kebanyakan dunia, Malaysia harus menghadapi cabaran dalam mendidik dan menggunakan belia yang seharusnya menjadi individu yang produktif untuk dapat menyumbang kepada pembangunan sebuah negara,” katanya.

Hajiji berkata, sekiranya pengangguran belia tetap tinggi dan berpanjangan, kesan negatif untuk jangka panjang akan berlaku terhadap keluarga dan masyarakat serta akan merosakkan negara.

Katanya, disebabkan pasaran pekerjaan menjadi lebih selektif dan berdaya saing, golongan muda terutama graduan baharu haruslah dinamik dan proaktif dalam menggabungkan pelbagai kemahiran dalam pengalaman mereka.

“Kembangkan kemahiran anda, tingkatkan kemahiran diri dan kebolehpasaran anda. Saya juga berasa gembira mengetahui bahawa persidangan ini juga akan menangani kepentingan kecerdasan emosi, memupuk kreativiti dan pemikiran kritis, kemahiran yang diperlukan untuk meningkatkan kebolehkerjaan.

“Kerajaan Negeri gembira dapat bekerjasama dengan MyProdigy Malaysia untuk memastikan kelancaran persidangan maya ini untuk kepentingan pelajar dan graduan, terutama belia Sabah.

“Saya percaya bahawa peserta akan mendapat manfaat daripada perkongsian pengalaman dalam persidangan ini ketika mereka bersiap untuk menceburkan diri di tempat kerja,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/09/pelbagai-inisiatif-diambil-atasi-masalah-akibat-pandemik-covid-19/feed/ 0 7364