JTU – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 14 Jun 2026 11:03:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JTU – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Mohon tangguh perobohan rumah, gerai kampung Gayan Sibugal – Hazem https://sabahmedia.com/2026/06/14/mohon-tangguh-perobohan-rumah-gerai-kampung-gayan-sibugal-hazem/ https://sabahmedia.com/2026/06/14/mohon-tangguh-perobohan-rumah-gerai-kampung-gayan-sibugal-hazem/#respond Sun, 14 Jun 2026 11:03:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98219
Read Time:1 Minute, 31 Second

SANDAKAN :  Permohonan telah dikemukakan kepada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah supaya tindakan perobohan rumah dan gerai di Kampung Gayan Sibugal ditangguhkan selama enam bulan bagi memberi ruang kepada penduduk membuat persediaan untuk berpindah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manila, Datuk Hazem Mubarak Tun Musa berkata, penangguhan itu penting bagi memastikan kebajikan penduduk yang terlibat terus terpelihara.

“Kita memohon penangguhan selama enam bulan kepada JTU kerana kita mahu penduduk yang terlibat diberikan masa untuk membuat persediaan sebelum berpindah,” katanya kepada media selepas mengadakan lawatan dan perjumpaan bersama penduduk kampung berkenaan, di sini.

Lawatan itu turut disertai wakil JTU, Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) serta beberapa agensi kerajaan berkaitan bagi membincangkan isu yang dihadapi penduduk.

Menurut Hazem, kehadiran semua pihak terlibat adalah bagi mencari penyelesaian terbaik terhadap masalah yang dibangkitkan oleh penduduk.

“Kita perlu bertimbang rasa dan mengambil kira rayuan yang telah dikemukakan oleh penduduk. Keutamaan kita adalah memastikan keharmonian dan kesejahteraan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh penangguhan yang dipohon itu, usaha akan dilakukan untuk membantu penduduk mendapatkan penempatan yang lebih sesuai.

“Dalam tempoh ini, kita akan berusaha membantu penduduk mencari tanah yang boleh dipohon mengikut saluran dan prosedur yang betul,” katanya.

Mengulas mengenai peniaga yang terlibat, Hazem berkata mereka dibenarkan meneruskan aktiviti perniagaan sepanjang tempoh penangguhan tersebut.

Menurutnya, terdapat sebahagian peniaga yang telah merobohkan premis masing-masing, namun memohon untuk terus berniaga menggunakan kanopi sementara.

“Mereka dibenarkan berniaga sepanjang tempoh penangguhan itu. MPS juga telah mencadangkan beberapa lokasi yang sesuai untuk dijadikan tapak perniagaan sementara. Mereka boleh mengemukakan permohonan dan kita akan menguruskannya secara lebih teratur mengikut agihan lot yang ditetapkan,” katanya.

Dalam pada itu, Hazem berkata pertemuan bersama penduduk turut membuka ruang kepada mereka untuk menyuarakan pelbagai masalah lain yang dihadapi di kawasan berkenaan.

“Apa sahaja perkara yang dibangkitkan oleh penduduk akan diberikan perhatian dan diteliti untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/14/mohon-tangguh-perobohan-rumah-gerai-kampung-gayan-sibugal-hazem/feed/ 0 98219
JTU catat prestasi KPI SMJ yang membanggakan – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/08/25/jtu-catat-prestasi-kpi-smj-yang-membanggakan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/08/25/jtu-catat-prestasi-kpi-smj-yang-membanggakan-hajiji/#respond Mon, 25 Aug 2025 10:34:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80023
Read Time:1 Minute, 51 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah berjaya melaksanakan 11 daripada 12 Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) bagi 2024 dengan pencapaian keseluruhan sebanyak 92 peratus.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pencapaian itu amat membanggakan dan sekali gus membuktikan komitmen tinggi warga JTU dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negeri.

“Pencapaian ini adalah hasil kerja keras, dedikasi serta budaya kerja cemerlang warga jabatan. Sebagai contoh, pungutan hasil tanah yang disasarkan sebanyak RM281 juta pada 2024, berjaya dilepasi dengan kutipan mencecah RM290.87 juta atau 104 peratus.

“Selain itu, sebanyak 55,670 permohonan tanah telah diproses berbanding sasaran 45,000 permohonan, manakala pengukuran Tanah Adat Anak Negeri (NCR) pula mencapai 17,701.50 hektar berbanding sasaran 15,000 hektar,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 JTU dan Pelancaran Galeri Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah di Sabah International Convention Centre (SICC) pada hari ini.

Hajiji menjelaskan, kejayaan JTU mewartakan sebanyak 82 tapak simpanan kampung berbanding sasaran 80 tapak serta pembangunan tiga sistem baharu dalam talian-Sistem Perlanjutan Lesen Pendudukan Sementara (TOL), Sistem Penguatkuasaan Tanah dan Aplikasi 3D Building adalah bukti pendekatan jabatan yang progresif dan seiring keperluan semasa.

Beliau turut menekankan kepentingan Program Pengukuran Tanah Adat Anak Negeri Sabah (PANTAS) yang kekal sebagai agenda utama kerajaan negeri dalam menjamin hak pemilikan tanah Bumiputera.

“Sejak dilaksanakan pada 2011, Kerajaan Persekutuan melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah menyalurkan sebanyak RM251.34 juta bagi program ini. Sehingga Jun 2025, sebanyak 488,705 ekar melibatkan 70,436 lot tanah adat telah berjaya diukur.

“PANTAS memberi impak besar kerana ia membantu anak negeri Sabah memiliki tanah sendiri. Usaha ini terus diperkasa melalui pelancaran Galeri Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS) yang akan menjadi simbol dedikasi jabatan serta sumber ilmu dan inspirasi untuk generasi akan datang,” katanya.

Dalam majlis itu, Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada semua penerima APC 2024 dan mengingatkan mereka agar menjadikan pengiktirafan itu sebagai pendorong untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

“Budaya kerja kreatif dan inovatif perlu dipupuk bagi memastikan sistem penyampaian lebih mantap dan berkesan. Komitmen yang berterusan amat penting untuk memastikan Sabah terus melangkah maju selaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/25/jtu-catat-prestasi-kpi-smj-yang-membanggakan-hajiji/feed/ 0 80023
Tiada Lesen Mencarigali Dikeluarkan Kepada Bumi Suria – JTU  https://sabahmedia.com/2025/07/24/tiada-lesen-mencarigali-dikeluarkan-kepada-bumi-suria-jtu/ https://sabahmedia.com/2025/07/24/tiada-lesen-mencarigali-dikeluarkan-kepada-bumi-suria-jtu/#respond Thu, 24 Jul 2025 11:07:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77871
Read Time:41 Second

KOTA KINABALU – Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah menegaskan bahawa tiada sebarang lesen mencarigali dikeluarkan kepada Syarikat Bumi Suria Sdn Bhd di bawah peruntukan Ordinan Perlombongan Sabah 1960 (SMO 1960).

Pengarah Tanah dan Ukur merangkap Ketua Merinyu Galian Sabah, Datuk Sr Bernard Liew Chau Min, berkata jabatan itu memandang serius sebarang kenyataan, promosi atau tindakan yang mengaitkan syarikat tersebut dengan pemilikan lesen mencarigali, kerana ia tidak mempunyai kelulusan rasmi daripada pihak berkuasa perlombongan negeri.

“Untuk makluman umum, sebarang aktiviti pencarigalian mineral di Sabah hanya boleh dijalankan setelah memperoleh lesen sah yang dikeluarkan di bawah Seksyen 6 dan 8 Ordinan Perlombongan Sabah 1960, serta tertakluk kepada syarat-syarat teknikal dan perundangan yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

JTU turut mengingatkan orang awam agar berwaspada terhadap maklumat mengelirukan yang disebarkan melalui mana-mana saluran media.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/24/tiada-lesen-mencarigali-dikeluarkan-kepada-bumi-suria-jtu/feed/ 0 77871
‘Drive-Thru’ JTU tingkat keberkesanan perkhidmatan https://sabahmedia.com/2022/04/04/drive-thru-jtu-tingkat-keberkesanan-perkhidmatan/ https://sabahmedia.com/2022/04/04/drive-thru-jtu-tingkat-keberkesanan-perkhidmatan/#respond Mon, 04 Apr 2022 10:21:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13903
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU : Perkhidmatan pandu lalu atau ‘drive-thru’ yang diperkenalkan Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah diyakini mampu mempertingkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan jabatan itu kepada pelanggan.

Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur Sabah, Datuk Sr Bernard Liew Chau Min berkata, perkhidmatan tersebut merupakan salah satu inisiatif jabatan dalam merakyatkan perkhidmatan dalam memudahcara urusan pembayaran cukai tanah.

“Antara kelebihan perkhidmatan ini adalah memberikan kemudahan kepada pelanggan tanpa perlu memikirkan masalah parkir, tempahan janji temu dan boleh membuat bayaran pada masa rehat hari bekerja.

“Buat masa ini, perkhidmatan yang disediakan melalui Drive-Thru adalah pembayaran cukai tanah, bayaran e-Commerce dan semakan cukai tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Pelancaran Perkhidmatan Drive-Thru JTU, disini hari ini.

Bernard berkata, kaedah bayaran melalui kaunter perkhidmatan dan secara atas talian masih boleh dilakukan.

Perkhidmatan tersebut terletak di ruangan parkir Pejabat Unit Perkhidmatan Tanah Anak Negeri Sabah (PANTAS), Wisma JTU dan beroperasi mulai jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang setiap hari Isnin hingga Khamis, manakala hari Jumaat pada jam 8.30 pagi hingga jam 11.30 pagi.

Hadir sama Timbalan Pengarah JTU, Bahagian Ukur, Wahap Kanak, Timbalan Pengarah JTU, Bahagian Tanah, Awang Fauzi Awang Tahir dan Timbalan Pengarah JTU, Bahagian Pembangunan, Alan Chua Ming Ling.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/04/drive-thru-jtu-tingkat-keberkesanan-perkhidmatan/feed/ 0 13903
Lebih 9,000 Geran Tanah Dikeluarkan Di Tongod https://sabahmedia.com/2021/12/25/lebih-9000-geran-tanah-dikeluarkan-di-tongod/ https://sabahmedia.com/2021/12/25/lebih-9000-geran-tanah-dikeluarkan-di-tongod/#respond Sat, 25 Dec 2021 06:31:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10280
Read Time:1 Minute, 43 Second

TONGOD: Lebih 9,000 geran tanah dikeluarkan di daerah ini yang merupakan jumlah tertinggi direkodkan di Sabah sejak 2008 dan berakhir Disember tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah berkata, Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) daerah Tongod telah merekodkan lebih 90 ribu ekar tanah yang diluluskan kepada penduduk tempatan di daerah itu sejak tahun 2018.

“Sebahagian besar jumlah pemilikan geran itu adalah permohonan tanah adat manakala selebihnya, melibatkan hutan simpan yang telah diwartakan sebagai tapak perkampungan.

“Setiap permohonan yang memperolehi geran tanah akan mendapat tidak kurang dari 10 ekar dan memberi tempoh sehingga lima tahun bagi mereka mengusahakan tanah tersebut,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Pengerusan Tanah (LUC) di pejabat daerah Tongod,  semalam.

Masiung berkata, jika tanah tersebut terbiar tanpa diusahakan melebihi lima tahun,  maka kerajaan berhak membatalkan geran pemilikan mereka sambil memberi peluang kepada pemohon lain yang belum memiliki tanah.

Katanya, isu serius membabitkan pertindihan permohonan dan permohonan tertangguh selama lebih 30 tahun juga berjaya diselesaikan menerusi Program Pengukuran Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS) yang dilaksanakan oleh JTU.

Semasa merasmikan Program Santai bersama pemimpin di Dewan Kampung Kiliwatong petang semalan beliau mengulangi pendirian untuk membantu mempercepatkan masalah permohonan tanah penduduk yang sekian lama tertangguh.

Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) berkata setakat ini terdapat lebih 600 permohonan lagi sedang diproses oleh JTU daerah Tongod untuk dianalisa sebelum program penyukatan dibuat.

“Kita akan meneliti setiap permohonan yang dikemukakan dan tidak akan mengambil langkah tergesa-gesa melainkan setelah membuat perincian yang matang terlebih dahulu.

“Kita lebih mengutamakan permohonan warga tempatan dari daerah Tongod sendiri berbanding kehendak syarikat swasta yang bercadang mau membangunkan ladang secara besar-besaran, ” katanya.

Masiung turut mengingatkan pemilik tanah yang telah memperolehi geran agar tidak mengambil kesempatan untuk menjual kepada syarikat atau individu dari luar daerah itu.

Beliau memberi amaran, mana-mana pemilik tanah yang didapati menjual tanah adat kepada orang luar, maka mereka akan disenarai hitam dan tidak akan mempunyi peluang kedua.

Beliau menasihatkan, pemilik tanah yang telah memperolehi geran hendaklah membuka tanah mereka untuk program ekonomi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/25/lebih-9000-geran-tanah-dikeluarkan-di-tongod/feed/ 0 10280
DUN Sabah : Sempadan Setiap Taman-Taman Marin Berdasarkan Koordinat Disediakan JTU https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-sempadan-setiap-taman-taman-marin-berdasarkan-koordinat-disediakan-jtu/ https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-sempadan-setiap-taman-taman-marin-berdasarkan-koordinat-disediakan-jtu/#respond Tue, 07 Dec 2021 07:56:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9477
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU : Sempadan kawasan perairan setiap Taman-Taman Marin di Sabah tidak ditetapkan jaraknya dari pesisir pantai pulau-pulau di dalam kawasan Taman.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, sempadan taman ditentukan mengikut koordinat sempadan yang disediakan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah dan diwartakan dibawah Enakmen Taman-Taman,1984 (Pindaan 2007).

“Sempadan warta ini tidak ditetapkan menggunakan kaedah jarak batu nautika dari pesisir pantai.

“Masyarakat nelayan diberi kesedaran oleh Taman-Taman Sabah (TTS) mengenai kedudukan sempadan Taman dan memberikan peta sempadan kepada nelayan-nelayan sekitar kawasan Taman Marin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pentanyaan Datuk Seri Yong Teck Lee (ADUN Dilantik) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah disini hari ini.

Jafry berkata, alat pengesan kedudukan seperti Global Positioning System (GPS) dan radar yang digunakan oleh nelayan komersil memaparkan kedudukan sempadan Taman Marin. 

“Oleh yang demikian, kedudukan sempadan Taman Marin memiliki jarak yang berbagai-bagai tidak hanya dari pantai pulau atau pulau-pulau di dalam Taman marin,”katanya.

Dalam pada itu, Jafry berkata, ketika ini terdapat enam Taman Marin di Sabah telah diwartakan di bawah Enakmen Taman-Taman 1984 dibawah kategori (2) dan Kategori (6) mengikut Persekutuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semulajadi atau International Union for the Conservation of Nature (IUCN).

Katanya, empat taman iaitu Taman Tunku Abdul Rahman, Taman Pulau Tiga, Taman Pulau Penyu dan Taman Pulau Sipadan adalah merupakan taman marin di bawah kategori dua  mengikut Persekutuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semulajadi atau International Union for the Conservation of Nature (IUCN), dimana Taman ini adalah Taman Marin yang dilindungi sepenuhnya.

“Manakala, dua lagi taman marin iaitu Taman Marin Tun Sakaran dan Taman Marin Tun Mustapha adalah terletak di bawah Kategori enam (6), yang membenarkan penangkapan hasil laut secara tradisi yang mesra alam seperti memancing (hook and line), memukat dan memasang bubu di dalam Zon Kegunaan Komuniti (ZKK) yang telah ditetapkan dalam pelan pengurusan taman marin,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/07/dun-sabah-sempadan-setiap-taman-taman-marin-berdasarkan-koordinat-disediakan-jtu/feed/ 0 9477
JTU amat penting bagi masyarakat kampung perihal berkaitan tanah https://sabahmedia.com/2021/08/02/jtu-amat-penting-bagi-masyarakat-kampung-perihal-berkaitan-tanah/ https://sabahmedia.com/2021/08/02/jtu-amat-penting-bagi-masyarakat-kampung-perihal-berkaitan-tanah/#respond Mon, 02 Aug 2021 11:02:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3978
Read Time:1 Minute, 12 Second

TUARAN: Peranan Jabatan Tanah Dan Ukur (JTU) amat penting dalam membantu masyarakat kampung terutamanya orang asal dari segi perkara berkaitan tanah.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, bagi orang-orang kampung, tanah merupakan harta yang tidak ternilai.

“Perkara berkaitan tanah ini adalah amat sensitif bagi masyarakat kampung, terutamanya dari segi pemilikan, warisan dan sebagainya,” kata Jahid ketika membuat lawatan kerja ke pejabat JTU Daerah Tuaran, sini hari ini.

Katanya, tanah menjadi keperluan orang-orang kampung yang begitu berharga, seolah-olah nyawa bagi mereka.

“Justeru, peranan JTU sangat penting bagi memastikan kerja-kerja penyukatan tanah bagi masyarakat kampung dapat dilaksanakan sebaik mungkin, agar warisan pusaka mereka sentiasa terjaga.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, diberi taklimat ringkas mengenai keadaan terkini pejabat JTU Daerah Tuaran, termasuklah keperluan dan kemudahan yang dilihat penting untuk pejabat berkenaan.

“Dalam pemerhatian saya, memang terdapat keperluan yang dilihat penting, jadi, kita akan fikirkan apa yang boleh dibuat untuk membantu memberi mereka keselesaan, dan kita juga akan sampaikan ini kepada Pengarah dan kepimpinan negeri nanti,” tambah beliau.

Terdahulu, Penolong Kanan Juruukur Bahagian, Pantai Barat Utara (PBU), Ghani Sumbin, berkata, bangunan JTU Daerah Tuaran merupakan antara pejabat JTU yang tertua di Sabah.

Beliau menghargai kesudian Jahid melawat mereka, dengan harapan mudah-mudahan akan ada sesuatu yang boleh difikirkan, agar mereka lebih selesa untuk bekerja.

Sepanjang lawatan singkat itu, Jahid juga sempat meninjau keadaan sekeliling bangunan berkenaan.
 
Turut hadir Penolong Juruukur Daerah, Daerah Tuaran, Charles Juslin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/02/jtu-amat-penting-bagi-masyarakat-kampung-perihal-berkaitan-tanah/feed/ 0 3978