Jualan Rahmah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 27 Sep 2026 04:23:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jualan Rahmah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Takwim Jualan Rahmah diperluas, maklumat dipamer di lokasi awam https://sabahmedia.com/2026/09/27/takwim-jualan-rahmah-diperluas-maklumat-dipamer-di-lokasi-awam/ https://sabahmedia.com/2026/09/27/takwim-jualan-rahmah-diperluas-maklumat-dipamer-di-lokasi-awam/#respond Sun, 27 Sep 2026 04:20:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104301
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperluaskan hebahan takwim Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) melalui pelekat khas di lokasi awam mulai 1 Oktober ini.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, langkah itu bertujuan memudahkan rakyat mendapatkan maklumat mengenai jadual dan lokasi penganjuran PJRM di kawasan masing-masing.

Katanya, pelekat khas berkenaan akan ditempatkan di rumah ibadat, premis kerajaan dan stesen bas, tertakluk kepada permintaan serta persetujuan pemilik premis.

“Kita dapati masih ada rakyat yang belum mengetahui penjadualan PJRM walaupun maklumat itu sudah disediakan melalui laman sesawang dan aplikasi Info Jualan Rahmah.

“Jadi, mulai 1 Oktober ini kita akan melekatkan pelekat khas takwim PJRM di tempat-tempat awam bagi memperluaskan lagi akses rakyat kepada maklumat program,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Selawat dan Tadabbur Syukbah Wanita Parlimen Papar di Masjid Daerah Papar, hari ini.

Menurut Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar, melalui pelekat berkenaan, orang ramai boleh mengimbas maklumat menggunakan telefon bimbit untuk mengetahui penganjuran PJRM di kawasan sekitar mereka.

Katanya, KPDN turut memperkenalkan takwim PJRM sejak 2025 bagi memastikan penganjuran program tidak lagi dilaksanakan secara tidak teratur.

“Apabila ia menjadi program tetap kerajaan, kita mahu rakyat dapat mengetahui jadual lebih awal supaya mereka boleh membuat perancangan.

“Jadual itu boleh dirujuk melalui laman sesawang KPDN dan kita juga telah memperkenalkan aplikasi Info Jualan Rahmah yang boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play,” katanya.

Armizan berkata, PJRM kini dilaksanakan melalui pelbagai mekanisme termasuk jualan di premis, jualan bergerak serta program bertema seperti musim gaji, musim perayaan dan musim persekolahan.

Katanya, penganjuran turut diperluaskan ke kawasan bandar, luar bandar dan pedalaman bagi memastikan akses kepada program berkenaan dapat dinikmati lebih ramai rakyat. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/27/takwim-jualan-rahmah-diperluas-maklumat-dipamer-di-lokasi-awam/feed/ 0 104301
KPDN harap peruntukan Jualan Rahmah ditambah dalam Belanjawan 2027 https://sabahmedia.com/2026/09/27/kpdn-harap-peruntukan-jualan-rahmah-ditambah-dalam-belanjawan-2027/ https://sabahmedia.com/2026/09/27/kpdn-harap-peruntukan-jualan-rahmah-ditambah-dalam-belanjawan-2027/#respond Sun, 27 Sep 2026 04:09:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104297
Read Time:1 Minute, 34 Second

Oleh Normimie Diun

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berharap Kementerian Kewangan (MOF) mempertimbangkan penambahan peruntukan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) dalam Belanjawan 2027.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, tambahan peruntukan diperlukan bagi membolehkan kekerapan penganjuran dan liputan program berkenaan diperluaskan susulan sambutan menggalakkan daripada rakyat.

Beliau berkata, PJRM yang dirintis pada 2023 sebagai program jualan murah di bawah agenda Payung Rahmah kini menjadi inisiatif tetap kerajaan dengan peruntukan khusus bermula 2024.

“Kalau kita lihat sambutan rakyat, pada 2023 jumlah transaksi hanya 9.2 juta, meningkat kepada 12.8 juta pada 2024 dan 27.5 juta pada 2025.

“Bagi tahun ini sahaja, dari 1 Januari hingga 23 September, jumlah transaksi PJRM telah mencapai 31.8 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Selawat dan Tadabbur Syukbah Wanita Parlimen Papar yang dihadiri hampir 1,500 orang, hari ini.

Menurut Armizan, barangan yang ditawarkan menerusi PJRM dijual antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat, sekali gus memberi manfaat secara langsung kepada rakyat dalam menangani kos sara hidup.

Katanya, peruntukan di bawah agenda Payung Rahmah bermula dengan RM300 juta pada 2024 sebelum meningkat kepada RM600 juta pada tahun ini, termasuk komponen PJRM.

“Kita berterima kasih dengan peruntukan besar yang telah disediakan, namun sambutan rakyat amat luar biasa dan kita mengharapkan tambahan peruntukan supaya kekerapan penganjuran dapat ditingkatkan.

“Kita faham MOF juga berhadapan cabaran dari segi ruang fiskal, namun kita berharap inisiatif berkaitan kos sara hidup yang memberi impak secara langsung dan dilaksanakan secara bersasar dapat terus diberi perhatian,” katanya.

Armizan berkata, KPDN juga telah melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap PJRM termasuk menetapkan sasaran tahunan dan bulanan berdasarkan kawasan, memperluaskan penglibatan peniaga serta mempelbagaikan mekanisme penganjuran.

Katanya, program berkenaan kini turut dilaksanakan secara bergerak dan bertema termasuk musim gaji, musim perayaan serta musim persekolahan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati rakyat di bandar, luar bandar dan pedalaman.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/27/kpdn-harap-peruntukan-jualan-rahmah-ditambah-dalam-belanjawan-2027/feed/ 0 104297
KPDN ingatkan pasaraya guna peruntukan Jualan Rahmah secara optimum https://sabahmedia.com/2025/02/16/kpdn-ingatkan-pasaraya-guna-peruntukan-jualan-rahmah-secara-optimum/ https://sabahmedia.com/2025/02/16/kpdn-ingatkan-pasaraya-guna-peruntukan-jualan-rahmah-secara-optimum/#respond Sun, 16 Feb 2025 08:47:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68830
Read Time:1 Minute, 30 Second

Oleh FLORIETA DIET

PUTATAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengingatkan kepada semua pasaraya melaksanakan Jualan Rahmah agar menggunakan peruntukkan yang diberikan kementerian itu dengan sebaiknya.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, pasaraya boleh melaksanakan lebih banyak Jualan Rahmah kerana kementeriannya telah mengeluarkan peruntukan untuk Jualan Rahmah.

Pasaraya terlibat boleh memilih waktu yang paling sesuai.
‘Pada masa terdekat ni, kita akan buat persiapan bulan Ramadan dan kemudian menyambut Hari Raya, saya harap pasaraya dapat bantu kerajaan dan kementerian dalam menangani kos hidup rakyat,’ katanya ketika melakukan Ops Catut Kembali Ke Sekolah di sebuah pasaraya di sini pada Ahad.

Tambahnya lagi, KPDN membuat pemantauan di 90 buah premis melalui Ops Catut di seluruh negara termasuk Sabah. Gerai-gerai bazar Ramadan juga tidak akan ketinggalan untuk diperiksa pada Ramadan nanti memastikan tiada elemen pencatutan berlaku.

Sepanjang pemantauan beliau bersama KPDN di 19 premis pasaraya di Sabah sehingga hari ini, beliau menjelaskan bahawa harga yang ditawarkan memang suatu yang membebankan.

“Saya tengok pun, saya tahulah begitu berat, walaupun elemen catut itu tak pasti lagi ada tetapi harga itu memang sesuatu yang berat,” katanya sambil menyarankan agar ibu bapa berbelanja di mana-mana Jualan Rahmah kerana diberi potongan harga.

Beliau juga menjelaskan bahawa KPDN akan memastikan minyak bersubsidi mencukupi pada Jualan Rahmah akan datang.

Beliau juga telah membuat lawatan ke sebuah kilang pembungkusan minyak masak bersubsidi pagi tadi di Kota Kinabalu bagi memastikan pembungkusan berjalan lancar.

“Di Sabah, pada masa ini kita ada 5,733 tan metrik minyak bersubsidi dan akan diagihkan di zon Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Walaupun jumlah ini belum mencukupi, tapi kita akan pastikan setiap zon dapat menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Tambahnya lagi, bekalan minyak bersubsidi di Sabah adalah stabil walaupun ada bulan-bulan tertentu pengeluaran terhenti kerana bekalan minyak habis atau kurang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/16/kpdn-ingatkan-pasaraya-guna-peruntukan-jualan-rahmah-secara-optimum/feed/ 0 68830