jubli emas smk menumbok – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 14 Aug 2023 08:29:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png jubli emas smk menumbok – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lebih 7,000 pengunjung meriahkan Jubli Emas SMK Menumbok https://sabahmedia.com/2023/08/14/lebih-7000-pengunjung-meriahkan-jubli-emas-smk-menumbok/ https://sabahmedia.com/2023/08/14/lebih-7000-pengunjung-meriahkan-jubli-emas-smk-menumbok/#respond Mon, 14 Aug 2023 08:12:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40058
Read Time:1 Minute, 39 Second

Menumbok : Lebih 7,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Jubli Emas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menumbok yang diadakan selama tiga hari berakhir Sabtu lalu.

Sambutan yang dirasmikan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Penyu Dr Suntik Tuin itu turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan program berunsurkan pendidikan dan kerjaya yang menyasarkan golongan belia serta pelajar sekolah.

Antara program yang dilaksanakan termasuklah ceramah berkaitan jenayah dan pendidikan; forum keagamaanl pameran pendidikan; malam kebudayaan; persembahan ‘motor show’; larian ‘fun run’ dan pelbagai aktiviti lain.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Abdul Rahman Taib berkata, antara objektif penganjuran sambutan itu adalah bagi mengutip dana sekolah berkenaan  selain meraikan ulangtahun penubuhan sekolah yang telah mencapai 50 tahun pada tahun lalu.

“Pelbagai aktiviti telah kita rancang sepanjang sambutan tiga hari ini dan antara yang menjadi tarikan adalah Motorshow selain pameran berkaitan pendidikan dari institusi pendidikan seperti kolej vokasional; Universiti Malaysia Sabah (UMS); Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan sebagainya.

“Bagi pihak PIBG, sudah tentu kami rasa syukur atas sambutan yang meriah ini dimana dianggarkan lebih 7,000 pengunjung telah hadir sepanjang tiga hari ini.  Selain itu juga, antara objektif utama kita adalah bagi membantu mengutip dana PIBG untuk kegunaan sekolah ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Jubli Emas SMK Menumbok di sini Sabtu lalu.

Rahman berkata, sambutan itu juga turut dihadiri oleh bekas-bekas pelajar termasuk menghargai para pengetua sekolah berkenaan.

“Saya dikhabarkan ada bekas-bekas pelajar sekolah ini juga datang memeriahkan sambutan dimana ada yang datang dari Brunei dan Kuala Lumpur,” katanya.

Sementara itu, Rahman berkata, dana menerusi penjualan tiket bertuah telah berjaya memberi impak besar kepada sumber kewangan persatuan itu.

“Ada beberapa program yang kita rancang khas untuk mengutip dana, salah satunya yang memberi impak dari segi kewangan ialah jualan tiket bertuah dan hadiah-hadiahnya telah disumbangkan oleh orang awam sendiri.

“Selain itu, penjualan tapak lot perniagaan juga turut membantu dalam mengisi sumber kewangan PIBG sekolah ini dimana kita telah menyediakan sebanyak 150 buah lot untuk para peniaga,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/14/lebih-7000-pengunjung-meriahkan-jubli-emas-smk-menumbok/feed/ 0 40058
SMK Menumbok anjur sambutan Jubli Emas 12 Ogos ini https://sabahmedia.com/2023/07/13/smk-menumbok-anjur-sambutan-jubli-emas-12-ogos-ini/ https://sabahmedia.com/2023/07/13/smk-menumbok-anjur-sambutan-jubli-emas-12-ogos-ini/#respond Thu, 13 Jul 2023 03:54:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38164
Read Time:1 Minute, 16 Second

Menumbok : Orang ramai sekitar daerah ini khususnya para pelajar, bekas guru dan alumni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Menumbok dipelawa untuk memeriahkan Sambutan Jubli Emas sekolah berkenaan pada 12 Ogos ini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Menumbok Abd Rahman Taib berkata, sambutan yang akan dilaksanakan selama tiga hari bermula 10 Ogos itu akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti dan pameran.

“SMK Menumbok merupakan satu-satunya sekolah menengah yang terdapat di daerah kecil Menumbok dan telah mula beroperasi pada 1972 dengan menumpang di bangunan sekolah rendah Menumbok pada ketika itu.

“Pada tahun 1994, sekolah ini mula beroperasi di bangunan sendiri yang terletak di kampung Mempakul sehingga kini dan sudah pasti, program ini bertujuan untuk memupuk budaya ‘giving back to school’  disamping meraikan ulang tahun ke 50 tahun sekolah,” katanya ketika dihubungi Sabah Media di sini hari ini.

Abd Rahman yang juga Pengerusi Bersama sambutan berkata, penganjuran program ini diyakini dapat memangkin penghasilan individu yang holistik, selaras dengan falsafah pendidikan kebangsaan dengan menaik taraf infrastuktur sekolah.

Katanya, program itu juga mampu memantapkan lagi akademik dan potensi pelajar khususnya di daerah ini.

“Antara program yang akan dilaksanakan adalah seperti ceramah, forum, kenduri kesyukuran, aktiviti sukan, saringan pertandingan suara emas, pentas budaya dan suara burung murai.

“Acara kemuncak sambutan pada 12 Ogos itu nanti juga akan turut diadakan makan malam amal dan bagi mereka yang ingin menyalurkan sumbangan bagi memeriahkan sambutan boleh menyalurkan sumbangan kepada akaun PIBG SMK MENUMBOK (1210441100049901) Bank Simpanan Nasional,” katanya.

Tambahnya, sebarang pertanyaan berhubung sambutan dan sumbangan bolehlah menghubungi 016-4417054. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/13/smk-menumbok-anjur-sambutan-jubli-emas-12-ogos-ini/feed/ 0 38164