JUDI – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 06 Feb 2025 09:51:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png JUDI – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 3 wanita didenda akibat judi https://sabahmedia.com/2025/02/06/3-wanita-didenda-akibat-judi/ https://sabahmedia.com/2025/02/06/3-wanita-didenda-akibat-judi/#respond Thu, 06 Feb 2025 09:29:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=68105
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KOTA KINABALU: Tiga wanita masing-masing dikenakan denda oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah atas kesalahan berkaitan aktiviti perjudian.

Adrena Maidi, 24, dan Marrylyn Sitimon, 19, didenda RM1, 800 gagal bayar satu bulan penjara kerana memiliki sembilan keping slip judi “Wah Hui” tanpa lesen yang sah.

Kedua-duanya dikenakan hukuman denda itu hari ini. Mereka ditahan semasa “Op dadu’ dijalankan pada 6 September 2024 jam 4.30 petang di hadapan sebuah restoran di Penampang.

Kesalahan ini adalah di bawah Seksyen 9(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, kelmarin, seorang lagi wanita, Laura Joeddy, 48, didenda RM1,200 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda kerana bermain judi di tempat awam.

Laura melakukan kesalahan itu pada 19 Januari jam 2.30 petang di hadapan sebuah premis penginapan di Inanam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 7(2) Akta rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau hukuman penjara tidak melebihi enam bulan, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh mengaku bermain judi atas talian menggunakan telefon bimbit, dan laporan pakar judi mengesahkan terdapat aplikasi judi atas talian dalam peranti miliknya. Selain telefon bimbit, polis turut merampas wang tunai RM280 yang disyaki digunakan untuk aktiviti judi tambah nilai dalam talian.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Haikal Hazwan bin Md Yatin dan Yuvan a/l Bharathan mengendalikan pendakwaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/06/3-wanita-didenda-akibat-judi/feed/ 0 68105
Ketua judi haram Sumatera Utara ditahan di Malaysia https://sabahmedia.com/2022/10/15/ketua-judi-haram-sumatera-utara-ditahan-di-malaysia/ https://sabahmedia.com/2022/10/15/ketua-judi-haram-sumatera-utara-ditahan-di-malaysia/#respond Sat, 15 Oct 2022 14:18:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=22870
Read Time:47 Second

JAKARTA — Apin BK, pelarian warga Indonesia yang didakwa menjalankan operasi perjudian haram dalam talian di negara itu ditahan di Malaysia dan dibawa pulang ke Jakarta pada Jumaat.

Ketua Polis Nasional Indonesia Jen Listyo Sigit Prabowo berkata dia ditahan hasil kerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia. 

“Penangkapan ini menandakan komitmen kami dalam membanteras perjudian haram dalam talian di negara ini,” kata Listyo Sigit pada sidang akhbar.

Polis Indonesia membawa balik Apin BK menaiki penerbangan komersial malam tadi dan dia dibawa terus ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut.

Pada 9 Ogos, Apin BK melarikan diri ke Singapura ketika polis Sumatera Utara menyerbu premis perjudian itu di Kompleks Cemara Asri di Deli, Serdang.

Beberapa anggota kemudiannya ditugaskan di beberapa negara untuk menjejaki Apin BK yang melarikan diri ke Singapura sebelum memasuki Malaysia, kata Listyo Sigit.

Seramai 14 orang yang disyaki pengendali perjudian dalam talian untuk rangkaian Apin BK dilaporkan telah ditahan pada Khamis.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/10/15/ketua-judi-haram-sumatera-utara-ditahan-di-malaysia/feed/ 0 22870