Juil – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 03 Dec 2025 03:53:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Juil – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Tanggungjawab ini berat, tapi ini untuk rakyat – Juil https://sabahmedia.com/2025/12/03/tanggungjawab-ini-berat-tapi-ini-untuk-rakyat-juil/ https://sabahmedia.com/2025/12/03/tanggungjawab-ini-berat-tapi-ini-untuk-rakyat-juil/#respond Wed, 03 Dec 2025 03:53:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87647
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau Datuk Juil Nuatim yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Pembantu Menteri menegaskan komitmennya untuk melaksanakan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi demi kepentingan rakyat.

Beliau berkata, jawatan yang disandang bukan sekadar kedudukan, tetapi satu amanah yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.

“Ini satu tanggungjawab yang agak berat, tetapi harus kita pikul kerana ia adalah untuk rakyat.

“Tugas ini harus digalas sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui selepas mengangkat sumpah ke jawatan Pembantu Menteri di Istana Seri Kinabalu di sini pada Selasa.

Juil berkata, setiap keputusan dan tindakan yang diambil akan sentiasa berorientasikan kepentingan rakyat selain memastikan amanah yang diberikan dihormati dan dijalankan dengan sepenuh hati.

Katanya, komitmen itu dilihat sebagai langkah penting dalam memastikan kerajaan dapat terus menunaikan tanggungjawabnya terhadap masyarakat, terutama dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan rakyat tidak terabai.

Dalam pada itu, Juil menerusi hantaran di Facebooknya, berjanji akan menumpukan usaha untuk membawa pembangunan dan memastikan kebajikan rakyat sentiasa diberi keutamaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada 6,444 pengundi Limbahau atas sokongan mereka, yang menurut beliau bukan sekadar angka tetapi satu amanah dan kepercayaan yang perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab.

“Insya-Allah, saya akan menggalas tanggungjawab ini dengan sebaik mungkin, dengan fokus untuk membawa pembangunan, menjaga kebajikan, dan memastikan suara rakyat sentiasa didengari,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan rakyat memberi teguran dan menjadi semak serta imbang kepadanya, bagi memastikan setiap langkah yang diambil benar-benar memberi manfaat kepada komuniti.

Menurutnya lagi, pembangunan Limbahau tidak boleh dilaksanakan secara bersendirian dan memerlukan kerjasama semua pihak untuk membina kawasan yang lebih maju, selamat, dan sejahtera.

“Seperti yang saya katakan dalam setiap jelajah saya, saya mewakili kamu semua dan kamu warga Limbahau adalah ‘boss’ saya. Kita bina Limbahau yang lebih baik bersama-sama,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/03/tanggungjawab-ini-berat-tapi-ini-untuk-rakyat-juil/feed/ 0 87647
Peter, Juil Keluar Warisan, Tubuh Parti Baharu https://sabahmedia.com/2021/12/28/peter-juil-keluar-warisan-tubuh-parti-baharu/ https://sabahmedia.com/2021/12/28/peter-juil-keluar-warisan-tubuh-parti-baharu/#respond Tue, 28 Dec 2021 06:10:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10363
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh NORMIMIE DIUN, ERDIE AB WAHID

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap Datuk Peter Anthony mengumumkan meninggalkan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan akan menubuhkan parti tempatan baharu.

Beliau yang juga Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) berkata, parti yang akan dipimpinnya tu akan menjalin kerjasama dengan kerajaan Sabah di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Katanya, sudah tiba masanya pemimpin di negeri ini khususnya ahli politik untuk membina satu kesatuan untuk bekerjasama membangunkan negeri Sabah.

“Tiada gunanya kita berbalah pendapat khususnya berkaitan ideologi politik dan menyebabkan kedudukan Sabah dan pembangunan di negeri ini terus mundur terutama sekali bantuan kepada rakyat khususnya di pedalaman.

“Saya percaya dengan kesatuan dan pendekatan baharu ini, maka kebersamaan dan permasalahan ekonomi orang Sabah dapat dibantu dan dipertingkatkan.  Rakyat pada ketika ini susah bukan sahaja dilanda COVID-19 malah masalah kemiskinan juga mereka hadapi.

“Jadi sebab itulah kami umumkan keluar dari WARISAN yang kami percaya perjuangan mereka tersasar apabila mereka beralih untuk pergi ke Kuala Lumpur,”katanya dalam sidang media khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disini hari ini.

Turut mengumumkan keluar bersama beliau adalah ADUN Limbahau Datuk Juil Nuatim.

Peter berkata, keputusan untuk meninggalkan WARISAN itu juga diambil bagi memastikan rakyat dapat dibela.

“Perjuangan ini bukan perjuangan perseorangan, menjadi wakil rakyat adalah tanggungjawab untuk membela rakyat, tetapi jika kita tidak bersama pemimpin dalam kerajaan bagaimana untuk kita membantu rakyat,”katanya.

Sementara itu, Peter berkata, sebuah parti “multi-racial” akan diumumkan dalam tempoh terdekat dan kini telah didaftarkan.

“Kita telah putuskan diperingkat kita, kita akan dan telah menubuhkan satu parti baharu dan kita akan umumkan dalam masa terdekat, kemungkinan selepas tahun baharu ini,”katanya.

Terdahulu, tiga termasuk dua pemimpin kanan Warisan bertindak meninggalkan parti itu.

Pada 25 Februari lalu, ADUN Sebatik, Hassan A Gani Pg Amir mengumumkan keluar parti atas alasan Warisan masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.

Awal Oktober lalu, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob mengumumkan keluar daripada Warisan untuk menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong kerajaan dan diikuti Ahli Parlimen Lahad Datu, Datuk Mohamaddin Ketapi pada 30 Oktober.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/28/peter-juil-keluar-warisan-tubuh-parti-baharu/feed/ 0 10363