Juragan ditahan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 03 Feb 2024 23:33:37 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Juragan ditahan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Juragan bot ditahan abaikan keselamatan penumpang https://sabahmedia.com/2024/02/04/juragan-bot-ditahan-abaikan-keselamatan-penumpang/ https://sabahmedia.com/2024/02/04/juragan-bot-ditahan-abaikan-keselamatan-penumpang/#respond Sat, 03 Feb 2024 23:29:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48951
Read Time:50 Second

Kota Kinabalu : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah telah menahan sebuah bot penumpang di posisi 0.28 batu nautika Barat Tanjung Logong, Pulau Gaya di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W. P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik berkata, bot berkenaan didapati telah membawa lebih muatan selepas ditahan dalam operasi yang dijalankan di sekitar perairan Kota Kinabalu.

Katanya, juragan bot warganegara berumur 31 tahun itu turut mengabaikan keselamatan 13 orang penumpang dengan tidak menyediakan jaket keselamatan.

“Juragan bot berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002. 

“Bot dan juga juragan telah dibawa masuk ke Jeti Maritim Malaysia untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Suhaimi berkata, Maritim Malaysia mengingatkan kepada semua pengusaha bot penumpang agar tidak mengabaikan aspek keselamatan penumpang terutamanya di musim cuaca buruk.

Katanya, Maritim Malaysia juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menghalang tugas pegawai penguatkuasa maritim. – SABAH MEDIA / FOTO MARITIM MALAYSIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/04/juragan-bot-ditahan-abaikan-keselamatan-penumpang/feed/ 0 48951