Jurang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Feb 2023 06:16:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Jurang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Ketua Menteri mahu HRD Corp bantu tangani jurang kemahiran dan cabaran tenaga kerja libatkan rakyat tempatan https://sabahmedia.com/2023/02/10/ketua-menteri-mahu-hrd-corp-bantu-tangani-jurang-kemahiran-dan-cabaran-tenaga-kerja-libatkan-rakyat-tempatan/ https://sabahmedia.com/2023/02/10/ketua-menteri-mahu-hrd-corp-bantu-tangani-jurang-kemahiran-dan-cabaran-tenaga-kerja-libatkan-rakyat-tempatan/#respond Fri, 10 Feb 2023 06:15:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29337
Read Time:1 Minute, 1 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Human Resource Development Corporation (HRD Corp) membantu negeri ini dalam menangani sebarang jurang kemahiran dan cabaran tenaga kerja khususnya melibatkan rakyat tempatan negeri ini, agar mereka boleh membangun, menarik dan mengekalkan bakat dan kemahiran terbaik.

Beliau berkata demikian semasa menerima kunjungan hormat delegasi Human Resource Development Corporation (HRD Corp) diketuai oleh Ketua Eksekutifnya, Datuk Shahul Dawood di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Hajiji diberi taklimat oleh Shahul berhubung cadangan program kolaborasi diantara HRD
Corp bersama Kerajaan Negeri selaras dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Sabah
(SMJ).

HRD Corp yang dahulunya dikenali sebagai HRDF merupakan sebuah badan berkanun
di bawah Kementerian Sumber Manusia yang bertanggungjawab memacu aspirasi pembangunan bakat pekerja melalui kutipan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan dan pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia.

Hajiji berkata, usaha melatih dan meningkatkan kemahiran tenaga kerja tempatan sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan merupakan antara agenda kerajaan untuk memperkasakan modal insan negeri ini.

Menurutnya, menurusi program-program latihan dan peningkatan kemahiran yang
disediakan oleh HRD Corp kepada tenaga kerja sedia ada, dapat membantu memperkukuhkan pembangunan modal insan.

HRD Corp telah bertapak di negeri Sabah sejak tahun 1998 dan kini sejumlah 4,571
majikan di Sabah telah berdaftar dengan agensi itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/10/ketua-menteri-mahu-hrd-corp-bantu-tangani-jurang-kemahiran-dan-cabaran-tenaga-kerja-libatkan-rakyat-tempatan/feed/ 0 29337
Kaligrafi Cina rapatkan jurang kaum https://sabahmedia.com/2023/01/19/kaligrafi-cina-rapatkan-jurang-kaum/ https://sabahmedia.com/2023/01/19/kaligrafi-cina-rapatkan-jurang-kaum/#respond Thu, 19 Jan 2023 03:55:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28110
Read Time:52 Second

Oleh YUSOF MOHAMAD

KLANG: Menjelang Tahun Baharu Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Lee Min, Telok Gong, Klang telah mengadakan Pertandingan Kaligrafi Cina untuk murid-murid di sekolah itu pada Sabtu lalu.

Kira-kira 100 murid menyertai pertandingan kaligrafi tersebut.

Guru-guru serta murid-murid SJKC Lee Min bergambar setelah selesai menyambut perayaan Tahun Baharu Cina peringkat sekolah.

Menurut Lee Chin Heng (Wen Fei ) yang merupakan guru kaligrafi di Eden Art Studio Klang, kesenian Cina ini diserikan dengan perkataan-perkataan berunsur positif dan baik dalam mengharungi kehidupan seharian.

ILee Chin Heng (Wen Fei ) menulis kata-kata indah dengan seni kaligrafi menjelang sambutan Tahun Baharu Cina di SJKC Lee Min.

Katanya, dekorasi berasaskan kaligrafi Cina sering menjadi pilihan masyarakat Tionghua sebagai satu bentuk hiasan bagi memeriahkan suasana perayaan Tahun Baharu Cina di Malaysia.

Guru Besar SJKC Lee Min bergambar bersama murid semasa pertandingan kaligrafi dijalankan.

“Pertandingan Kaligrafi Cina ini bukan sahaja disertai murid dari kaum Cina tetapi juga murid berbangsa Melayu juga turut sama menyertainya sekali gus merapatkan jurang kaum antara masyarakat setempat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/19/kaligrafi-cina-rapatkan-jurang-kaum/feed/ 0 28110
Inovasi PdP Rapat Jurang Komunikasi Pensyarah-Pelajar UMS https://sabahmedia.com/2021/08/19/inovasi-pdp-rapat-jurang-komunikasi-pensyarah-pelajar-ums/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/inovasi-pdp-rapat-jurang-komunikasi-pensyarah-pelajar-ums/#respond Thu, 19 Aug 2021 14:55:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4911
Read Time:3 Minute, 3 Second

KOTA KINABALU: Cabaran yang dihadapi dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 menyebabkan seorang pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta inovasi dalam kaedah PdP atas talian.

Haslinda Hasan, Pensyarah Program Pemasaran di Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS mencipta projek inovasi yang dikenali sebagai ASK 4K – Services Marketing bagi merapatkan jurang komunikasi PdP antara beliau dengan 105 orang pelajar.

“Idea itu tercetus atas kepercayaan bahawa kreativiti kaedah pembelajaran mesti dimulakan dengan penciptaan suasana yang menyenangkan, melibatkan potensi pelajar dan persekitaran serta strategi fasilitasi seiring dengan objektif pembelajaran.

“Saya namakan projek ini sebagai ASK 4K – Services Marketing, berdasarkan Model ASK– Attitudes (Sikap), Skills (Kemahiran) and Knowledge (Pengetahuan).

“4K pula adalah merujuk kepada Komunikasi, Kolaboratif, Kritis, Kreatif; manakala Services Marketing (Pemasaran Perkhidmatan) ialah nama kursus yang saya kendalikan,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Menurut Haslinda, PdP ini mengaplikasikan Nerstrom Transformative Learning Model, oleh Norma Nerstrom (2014), iaitu model baharu yang diperkenalkan berdasarkan teori asal oleh Jack Mezirow.

“PdP kursus ini agak unik kerana dilaksanakan secara hibrid. Sebelum PKP, saya mengajar bersemuka di dewan kuliah. Selepas PKP 1.0 diumumkan, kedua-dua pihak iaitu saya selaku penyampai dan pelajar selaku penerima masih cuba menyesuaikan diri bagi sesi pembelajaran atas talian.

“Selain jumlah pelajar yang ramai mengakibatkan terdapat jurang komunikasi, wujud kekangan dalam menyelesaikan penilaian kursus berbentuk tugasan berkumpulan kerana pelajar tidak dapat bersemuka seperti kebiasaan.

“Namun, pendekatan melalui inovasi PdP ASK 4K ini telah mempermudahkan semua. Pembelajaran yang dibuat secara segerak dan tidak segerak melalui platform Zoom, Webex, Google Meets, Smartv3UMS dan aplikasi WhatApps dan Telegram.

“Melalui pendekatan ini, mereka dikehendaki menghasilkan video secara berkumpulan dan memperlihatkan pencapaian kognitif daripada segi pengetahuan, kefahamanan, penerapan, analisis dan penilaian terhadap kursus yang diajar,” jelasnya yang sudah berkhidmat di UMS sejak tahun 1999.

Haslinda menambah, PdP itu juga telah memberikan banyak kesan positif dalam prestasi keseluruhan pengajaran kursus tersebut.

Sebagai contoh, salah satu komponen penilaian berkumpulan kursus ini ialah pelajar perlu membuat video berdurasi 10 – 15 minit yang menggambarkan bagaimana mereka berbincang mengenai laporan bertulis kajian kes yang telah ditentukan tajuk.

“Saya meminta pelajar merujuk kepada drama Lock In arahan Erma Fatima di saluran Youtube. Hasil tugasan ini amat menarik dan yang paling penting berjaya mencapai objektif pembelajaran kursus yang ditetapkan.

“Pada masa sama, pelajar-pelajar turut merasai pengalaman yang seronok ketika menyiapkan tugasan yang mencabar. Walaupun semua dibuat secara dalam talian, mereka dapat menghasilkan kreativiti dalam menyelesaikan tugasan yang diberi dengan baik,” katanya.

Pensyarah yang mempunyai kepakaran dalam bidang Pemasaran Antarabangsa, Pemasaran Halal dan Kelakuan Pengguna itu juga menyifatkan pelaksanaan PdP tersebut berjaya memberi nilai tambah kepada pelajar daripada segi kesarjanaan berkaitan ilmu pemasaran sebenar dunia luar.

“Pembelajaran bukan sekadar pertukaran pengetahuan tetapi juga pemindahan pembelajaran yang mampu menghasilkan transformasi corak pemikiran dan corak tindakan,” ujar Haslinda.

Projek inovasi PdP ASK 4K ini telah memenangi Pingat Emas pada Pertandingan Virtual Inovasi Pengajaran & Pembelajaran 2021 anjuran Malaysia Association of Research and Education for Educators (MAsREE) & Majlis Pengetua Sekolah Menengah (MPSM) Daerah Hulu Langat, peringkat kebangsaan.

Inovasi tersebut turut meraih Pingat Gangsa pada National Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2021 anjuran Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, Kedah baru-baru ini.

“Atas pencapaian ini, saya ucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pelajar kursus Services Marketing dan semua pelajar yang pernah mengikuti kelas saya.

“Terima kasih juga kepada pihak FPEP dan UMS yang selalu menganjurkan sesi perkongsian PdP sebelum dan semasa PKP.

“Suami dan anak-anak juga selalu memberikan sokongan kepada saya setiap kali saya menyertai pertandingan. Sokongan daripada banyak pihak ini yang membuatkan saya bersemangat untuk menyertai sekurang-kurangnya satu lagi pertandingan inovasi PdP sebelum berakhir tahun 2021 ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/inovasi-pdp-rapat-jurang-komunikasi-pensyarah-pelajar-ums/feed/ 0 4911