kabinet malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 27 Aug 2021 12:49:20 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kabinet malaysia – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Ucap Tahniah Kepada Jemaah Menteri Pimpinan Ismail Sabri https://sabahmedia.com/2021/08/27/hajiji-ucap-tahniah-kepada-jemaah-menteri-pimpinan-ismail-sabri/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/hajiji-ucap-tahniah-kepada-jemaah-menteri-pimpinan-ismail-sabri/#respond Fri, 27 Aug 2021 12:04:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5370
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji menyifatkan Kabinet Persekutuan yang baharu dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai sebuah pasukan yang mampu menangani cabaran ekonomi ekoran pandemik COVID-19.

Katanya, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada barisan Kabinet yang diumumkan selain mampu menumpukan perhatian kepada usaha  menangani wabak COVID-19.

“Tahniah saya ucapakan dan berharap semua jemaah menteri dan timbalan menteri yang dilantik mampu menjalankan tugas mereka dengan baik.

“Semoga mandat yang diberi dapat memberi fokus sepenuhnya kepada usaha dalam menangani pandemik COVID-19 dan pemulihan ekonomi nasional,” katanya dalam kenyataan disini malam ini.

Dua menteri penuh yang dilantikan Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili dan Datuk Seri Ronald Kiandee masing-masing memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) dan Menteri Pertanian dan Industri Makanan.

Pelantikan semula Dr Maximus dan Ronald ke portfolio asal akan membolehkan agenda sebelum ini diteruskan seperti yang telah dirancang.

Hajiji berkata, kerajaan negeri akan bekerjasama erat dengan Dr Maximus bagi menyelesaikan semua hal yang berkaitan dengan hak negeri seperti yang termaktub dalam dokumen kemerdekaan seperti laporan IGC dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Portfolio Ronald juga dilihat penting bagi membantu kerajaan negeri bagi mencapai rancangan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang mana aktiviti pertanian merupakan komponen utama,” katanya.

Selain dua menteri penuh, empat lagi timbalan menteri dari Sabah turut diisi iaitu Ahli Parlimen Sipitang Yamani Hafez Musa sebagai Timbalan Menteri Kewangan 2; Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya; Ahli Parlimen Kimanis Datul Mohamad Alamin dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 2 dan Ahli Parlimen Ranau Jonathan Yassin sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri 2.

Hajiji berkata, meskipun Yamani dan Mohamed dilihat masih baru namun beliau yakin dengan kemampuan mereka untuk menjalankan tugas masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/hajiji-ucap-tahniah-kepada-jemaah-menteri-pimpinan-ismail-sabri/feed/ 0 5370
Arthur & Ronald Galas Tanggungjawab Demi Keluarga Malaysia https://sabahmedia.com/2021/08/27/arthur-ronald-galas-tanggungjawab-demi-keluarga-malaysia/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/arthur-ronald-galas-tanggungjawab-demi-keluarga-malaysia/#respond Fri, 27 Aug 2021 11:37:47 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5367
Read Time:1 Minute, 41 Second

KOTA KINABALU : Ahli Parlimen Pensiangan Datuk Arthur Joseph Kurup menganggap pelantikannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya bukan satu keistimewaan tetapi amanah yang besar untuk ditunaikan.

Katanya, tanggungjawab itu juga merupakan satu amanah besar yang perlu dilaksanakan dengan baik demi kesejahteraan rakyat.

“Susulan daripada pesanan YAB PM kita, keutamaan akan diberikan kepada kesihatan dan keselamatan rakyat, kebajikan rakyat serta kelangsungan ekonomi negara.

“Kita akan buat yang terbaik untuk Keluarga Malaysia bagi menghadapi cabaran keadaan dunia sekarang yang luar biasa.

“Melalui tanggungjawab yang baru ini, saya berjanji akan terus buat yang terbaik dalam apa jua keadaan. Demi Negara Malaysia!,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Dalam Kabinet pimpinan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, Arthur diamanahkan memegang portfolio Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).

Beliau juga adalah antara enam pemimpin Sabah termasuk dia muka baharu dengan masing-masing memegang portfolio menteri dan empat timbalan menteri diumum membarisi Kabinet bahari pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Beluran Datuk Seri Dr Ronald Kiandee akan memberi komitmen bagi memastikan jaminan sekuriti makanan, kelangsungan rantaian bekalan makanan dan industri agro makanan negara diberikan perhatian utama.

Beliau yang dilantik semula memegang portfolio Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam Kabinet pimpinan Ismail Sabri.

Ronald berkata, beliau akan terus menumpukan tanggungjawab memelihara kebajikan warga tani keseluruhannya sejajar dengan pendekatan Keluarga Malaysia yang dibawa kepimpinan baharu Perdana Menteri.

“Saya merakamkan penghargaan kepada YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Perdana Menteri Malaysia atas kepercayaan yang diberikan melantik saya sebagai Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).

“Sesungguhnya ini adalah satu tanggungjawab dan amanah yang sangat besar.  Namun dengan sokongan dan kerjasama jabatan dan agensi-agensi di bawah MAFI, saya akan menggalas tanggungjawab ini dan melakukan yang terbaik untuk memastikan jaminan sekuriti makanan negara, kelangsungan rantaian bekalan makanan dan industry agromakanan serta memelihara kebajikan warga tani keseluruhannya demi Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau dilantik semula memegang portfolio di Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang sebelum ini dipegangnya dalam Kabinet diketuani bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/arthur-ronald-galas-tanggungjawab-demi-keluarga-malaysia/feed/ 0 5367
Tiada Jawatan TPM, Empat Menteri Kanan Dilantik https://sabahmedia.com/2021/08/27/tiada-jawatan-tpm-empat-menteri-kanan-dilantik/ https://sabahmedia.com/2021/08/27/tiada-jawatan-tpm-empat-menteri-kanan-dilantik/#respond Fri, 27 Aug 2021 04:27:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5339
Read Time:2 Minute, 23 Second

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan barisan Kabinetnya tanpa ada pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Sebaliknya beliau mengekalkan konsep menteri kanan dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan hari ini.

Menteri kanan yang diumumkan ialah Ahli Parlimen Gombak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kekal menjawat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang sebelum ini memegang portfolio Menteri Luar Negeri dilantik sebagai Menteri Kanan (Pertahanan).

Dua lagi jawatan menteri kanan tidak berubah seperti Kabinet lalu iaitu Datuk Dr Radzi Md Jidin dan Datuk Seri Fadillah Yusof, masing-masing menyandang jawatan Menteri Kanan (Pendidikan) serta Menteri Kanan (Kerja Raya).

Selain itu, beberapa menteri dalam Kabinet sebelum ini turut dikekalkan selain beberapa kementerian turut mempunyai menteri baharu.

Antara yang dikekalkan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ir Dr Wee Ka Siong.

Turut dikekalkan Menteri Alam Sekitar Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Saravanan Murugan; Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Noraini Ahmad; Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainuddin; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Alexander Nanta Linggi.

Ahli Parlimen Batang Sadong Datuk Seri Nancy Shukri turut kekal menjawat portfolio Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan dan Menteri Perpaduan Negara turut kekal dijawat Datuk Halimah Mohamed Sadique selain Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun turut kekal di kementerian sama.

Dalam pada itu, beberapa muka baharu turut menjawat portfolio beberapa kementerian, antaranya, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad; Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Tuan Idris Ahmad.

Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan yang sebelum ini dipegang Tan Sri Annuar Musa yang berpindah ke Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli manakala Menteri Kesihatan diisi oleh Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dimana kekosongan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diisi oleh Datuk Seri Adham Baba.

Muka baharu lain yang dilantik Menteri Pembangunan Luar Banda tuk Seri Mahdzir Khalid; Menteri Luar Negeri Datuk Saiifuddin Abdullah yang sebelum ini menjawat Menteri Komunikasi dan Multimedia..

Bekas Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican kini memegang portfolio Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dimana jawatannya sebelum ini dipegang Datuk Seri Ahmad Faizal Datuk Azumu.

Selain itu Tan Sri Noh Omar dilantik Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi selain turut dilantik Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Datuk Dr Zuraidah Kamaruddin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/27/tiada-jawatan-tpm-empat-menteri-kanan-dilantik/feed/ 0 5339