Kabinet Negeri – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 01 Feb 2023 10:15:18 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kabinet Negeri – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kabinet Negeri lulus pertukaran nama dua kementerian https://sabahmedia.com/2023/02/01/kabinet-negeri-lulus-pertukaran-nama-dua-kementerian/ https://sabahmedia.com/2023/02/01/kabinet-negeri-lulus-pertukaran-nama-dua-kementerian/#respond Wed, 01 Feb 2023 10:15:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28871
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri dalam mesyuarat mingguannya telah meluluskan pertukaran nama dua kementerian.

Kementerian tersebut ialah Kementerian Pertanian dan Perikanan, kini dikenali sebagai Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFFI) dan Kementerian Pembangunan Perindustrian kini dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata Kabinet mengumumkan dan meluluskan pertukaran nama itu hari ini supaya objektif, fungsi dan peranan kementerian lebih jelas khususnya mengenai keselamatan makanan dan kepentingan usahawan termasuk usahawan kecil dan sederhana.

Selaras dengan rombakan Kabinet Negeri dan penstrukturan semula Kabinet Persekutuan, Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga telah memutuskan untuk menyelaraskan bidang kuasa setiap ahli kabinet negeri kepada kementerian Persekutuan masing-masing di Sabah.

Susulan perkara itu , Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan Persekutuan akan berada di bawah seliaan Timbalan Ketua Menteri I/MAFFI, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan Persekutuan di bawah Timbalan Ketua Menteri II/ Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam, Kementerian Kerja Raya Persekutuan di bawah Timbalan Ketua Menteri III/Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Shahelmey Yahya manakala Kementerian Kewangan akan di bawah Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun.

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Persekutuan telah diletakkan di bawah bidang kuasa Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Persekutuan di bawah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Persekutuan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan di bawah Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan, Phoong Jin Zhe dan Kementerian Belia dan Sukan Persekutuan akan di bawah Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Angin, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Persekutuan, Kementerian Komunikasi dan Digital, Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Pendidikan ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Arifin Arif manakala Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Datuk James Ratib akan menjaga Kementerian Kesihatan Persekutuan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Kementerian Perpaduan Negara.

Sementara itu, Hajiji berkata, Kerajaan Negeri juga telah melantik pengerusi penganjur untuk pelbagai sambutan dan acara perayaan negeri iaitu Datuk Arifin Arif untuk Maulidur Rasul, Tilawah Al-Quran, Maal Hijrah dan Hari Raya Aidil Fitri, manakala Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Kaamatan), Datuk Seri Masidi Manjun (Hari Kebangsaan), Datuk Christina Liew (Hari Malaysia) and Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (Hari Jadi Rasmi Yang Dipertua Negeri).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/01/kabinet-negeri-lulus-pertukaran-nama-dua-kementerian/feed/ 0 28871
KM hadiri Mesyuarat Kabinet Negeri pertama selepas rombakan https://sabahmedia.com/2023/01/18/km-hadiri-mesyuarat-kabinet-negeri-pertama-selepas-rombakan/ https://sabahmedia.com/2023/01/18/km-hadiri-mesyuarat-kabinet-negeri-pertama-selepas-rombakan/#respond Wed, 18 Jan 2023 06:57:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=28056
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu di sini pada Rabu, berikutan rombakan yang menyaksikan pelantikan tiga menteri baharu dan pertukaran portfolio antara beberapa orang menteri.

Menteri-menteri baharu yang dilantik iaitu Datuk James Ratib (Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat), Datuk Christina Liew (Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar) dan Phoong Jin Zhe (Pembangunan Perindustrian) telah mengangkat sumpah pada 11 Jan lalu.

Manakala Datuk Ir Shahelmey Yahya menghadiri mesyuarat kali pertama sebagai Timbalan Ketua Menteri III memegang portfolio Menteri Kerja Raya.

Sementara itu, Ketua Menteri juga turut mengalu-alukan kedatangan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim yang telah bercuti sakit sejak tahun lepas.

Menteri lain yang turut hadir ialah Timbalan Ketua Menteri I Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan (Pertanian dan Perikanan), Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (Kerajaan Tempatan dan Perumahan) – Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Mohd Arifin Arif dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/18/km-hadiri-mesyuarat-kabinet-negeri-pertama-selepas-rombakan/feed/ 0 28056
Hajiji akan umum rombakan Kabinet Negeri https://sabahmedia.com/2023/01/06/hajiji-akan-umum-rombakan-kabinet-negeri/ https://sabahmedia.com/2023/01/06/hajiji-akan-umum-rombakan-kabinet-negeri/#respond Fri, 06 Jan 2023 10:34:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27485
Read Time:52 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mengesahkan akan berlaku rombakan Kabinet Negeri.

Katanya, butiran akan didedahkan tidak lama lagi.

Hajiji berkata demikian menerusi satu kenyataan media ringkas hari ini (6 Jan) yang mengesahkan rombakan kabinet bakal dilakukan susulan senario politik yang mahu menukar Ketua Menteri Sabah baru-baru ini.

Semalam, satu jemputan diedarkan untuk mengadakan sidang media khas oleh Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin

Sidang media tersebut yang sepatutnya berlangsung pada jam 4.30 petang semalam, namun dibatalkan tanpa perincian lanjut dari kedua-dua pihak.

Sidang media itu dipercayai untuk mengumumkan mereka mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah.

Ini adalah rentetan daripada kenyataan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Masidi Manjun itu menyebut tindakan berkenaan berikutan dakwaan pihak tertentu memperoleh sokongan lebih separuh daripada ADUN untuk menubuhkan kerajaan negeri yang baharu.

Spekulasi kerajaan baharu itu dikatakan diwujudkan menerusi kerjasama BN dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dikatakan bakal dilantik semula sebagai Ketua Menteri.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/06/hajiji-akan-umum-rombakan-kabinet-negeri/feed/ 0 27485
PETRONAS Beri Taklimat Kepada Kabinet Negeri https://sabahmedia.com/2021/10/13/petronas-beri-taklimat-kepada-kabinet-negeri/ https://sabahmedia.com/2021/10/13/petronas-beri-taklimat-kepada-kabinet-negeri/#respond Wed, 13 Oct 2021 09:19:19 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7492
Read Time:46 Second

KOTA KINABALU: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tengku Muhammad Taufik mengetuai barisan kepimpinan peringkat tertinggi untuk memberi taklimat kepada Kabinet Negeri Sabah di Menara Kinabalu, di sini pagi tadi.

Taufik turut membuat pencerahan gambaran keseluruhan mengenai operasi Petronas Sabah termasuklah perniagaan Gas Asli Cecair (LNG) syarikat minyak nasional itu.

Taklimat hari ini adalah susulan pertemuan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dengan pengurusan kanan Petronas di Kuala Lumpur pada 24 Ogos lalu.

Turut hadir ialah Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (Gas & Tenaga Baharu Petronas), Adnan Zainol Abidin; Naib Presiden Kanan Strategi Korporat, Mazuin Ismail; Naib Presiden LNG Assets, E Abang Yusuf Abang Puteh; Ketua Pengurusan Integrated Hydrocarbon, Aidid Chee Tahir; Pengurus Penasihat Perniagaan (upstream, Corporate Strategic Planning), Masnizah Supu dan Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

Ini adalah taklimat pertama kepada Kabinet Negeri oleh Petronas sejak kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih tampuk pemerintahan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/13/petronas-beri-taklimat-kepada-kabinet-negeri/feed/ 0 7492