KABINET – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 03 Dec 2025 07:50:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png KABINET – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kabinet Perpaduan gariskan hala tuju untuk Sabah yang makmur dan progresif https://sabahmedia.com/2025/12/03/kabinet-perpaduan-gariskan-hala-tuju-untuk-sabah-yang-makmur-dan-progresif/ https://sabahmedia.com/2025/12/03/kabinet-perpaduan-gariskan-hala-tuju-untuk-sabah-yang-makmur-dan-progresif/#respond Wed, 03 Dec 2025 07:50:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87651
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Kabinet Negeri perpaduan yang baharu dibentuk komited untuk bekerjasama rapat dalam memacu kemakmuran dan kemajuan Sabah bagi tempoh lima tahun akan datang, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Kita mempunyai keupayaan yang kukuh untuk melaksanakan perkara ini, bedasarkan pencapaian pembangunan dan kemajuan yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lalu. Kita bersedia melancarkan pelan pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0 yang holistik, inklusif dan komprehensif pada tahun 2026,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Kabinet Negeri di Menara Kinabalu, di sini hari ini.

Ketua Menteri menegaskan keperluan untuk memperkukuh Kerajaan Negeri bagi memastikan kestabilan politik yang berterusan serta kesinambungan kemajuan. Beliau menekankan kejayaan lima tahun lalu Adalah hasil usaha dedikasi untuk mewujudkan kestabilan dan memupuk persekitaran kondusif untuk pembangunan.

“Dengan pentadbiran baharu ini, saya dan anggota Kabinet akan memperteguh komitmen untuk mengekalkan kestabilan dan mendokong agenda politik berteraskan perpaduan serta pembangunan,” tambahnya.

Ketua Menteri turut berikrar, “Saya adalah Ketua Menteri untuk semua, berkhidmat kepada seluruh rakyat Sabah secara adil tanpa prejudis terhadap latar belakang, kaum atau agama mereka.”

Ketua Menteri juga mengumumkan portfolio bagi 17 pembantu menteri yang mengangkat sumpah pada Selasa.

Jabatan Ketua Menteri

• Datuk Joniston Bangkuai (GRS)

• Datuk Isnin Aliasnih (GRS)

• Datuk Mandela Malakun (GRS)

Kerja Raya dan Utiliti

• Datuk Limus Jury (GRS)

• Dato’ Sri Dr. Ruddy Awah (GRS)

Kewangan

• Datuk Ben Chong (GRS)

• Datuk Ishak Ayub (STAR)

Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan

• Datuk Jonnybone Kurum (GRS)

Kerajaan Tempatan dan Perumahan

• Datuk Fairuz Renddan (Bebas)

• Datuk Maijol Mahap (Bebas)

Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan

• Datuk Haji Ruslan Muharam (GRS)

• Datuk Hendrus Anding (GRS)

Pembangunan Luar Bandar

• Datuk Samad Jambri (GRS)

• Datuk Juil Nuatim (GRS)

Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi

• Jordan Jude Ellron (Bebas)

Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar

• Dr. Andi Rizal (GRS)

Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat

• Datuk Rina Jainal (Bebas)

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/03/kabinet-perpaduan-gariskan-hala-tuju-untuk-sabah-yang-makmur-dan-progresif/feed/ 0 87651
Sepuluh ahli jemaah menteri baharu Sabah angkat sumpah hari ini https://sabahmedia.com/2025/12/01/sepuluh-ahli-jemaah-menteri-baharu-sabah-angkat-sumpah-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2025/12/01/sepuluh-ahli-jemaah-menteri-baharu-sabah-angkat-sumpah-hari-ini/#respond Mon, 01 Dec 2025 09:34:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87573
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh Normimie Diun

KOTA KINABALU: Seramai sepuluh anggota Jemaah Menteri Sabah baharu mengangkat sumpah jawatan dalam satu majlis rasmi di Istana Negeri, Sri Kinabalu di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah itu disempurnakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, sekali gus menandakan pembentukan semula Kabinet Sabah yang diterajui Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Pengumuman barisan kabinet baharu Sabah disampaikan oleh Dr Joachim mewakili Ketua Menteri di kediaman rasmi Ketua Menteri Sri Gaya hari ini.

Barisan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri baharu adalah seperti berikut:

  • Ketua Menteri: Datuk Seri Hajiji Noor (GRS)
  • Timbalan Ketua Menteri I: Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (GRS)
  • Timbalan Ketua Menteri II: Datuk Seri Masidi Manjun (GRS)
  • Timbalan Ketua Menteri III: Datuk Ewon Benedick (UPKO)

Sementara itu, senarai portfolio kementerian adalah seperti berikut:

Menteri Kerja Raya dan Utiliti
Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam (GRS)

Menteri Kewangan
Datuk Seri Masidi Manjun (GRS)

Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan
Datuk Ewon Benedick (UPKO)

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan
Datuk Arifin Arif (GRS)

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan
Datuk Jamawi Jaafar (PH)

Menteri Pembangunan Luar Bandar
Datuk Rubin Balang (GRS)

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi
Datuk James Ratib (GRS)

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Datuk Jafry Ariffin (BN)

Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat
Datuk Julita Mojungki (GRS)

Menteri Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif
Datuk Nizam Titingan (GRS)

Pembentukan Kabinet baharu itu dijangka memperkukuh pentadbiran negeri serta memantapkan pelaksanaan dasar pembangunan Sabah dalam tempoh penggal baharu ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/01/sepuluh-ahli-jemaah-menteri-baharu-sabah-angkat-sumpah-hari-ini/feed/ 0 87573
Kabinet setuju laksana pindaan ke atas PPKB (Pindaan) 2021 https://sabahmedia.com/2025/06/05/kabinet-setuju-laksana-pindaan-ke-atas-ppkb-pindaan-2021/ https://sabahmedia.com/2025/06/05/kabinet-setuju-laksana-pindaan-ke-atas-ppkb-pindaan-2021/#respond Thu, 05 Jun 2025 10:28:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=75103
Read Time:1 Minute, 0 Second

PUTRAJAYA: Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju dengan syor Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk melaksanakan pindaan ke atas Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) (Pindaan) 2021 yang telah berkuat kuasa sejak 15 Oktober 2021.

Peraturan yang diluluskan pentadbiran kerajaan terdahulu itu menetapkan sekatan terhadap pemilikan dan penggunaan Gas Petroleum Cecair (LPG) melebihi 42 kilogram pada satu-satu masa oleh peniaga, yang memerlukan Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB).

Pindaan terbaharu akan mengambil kira keperluan peniaga makanan dan minuman berskala mikro dan kecil secara bersasar, serta mewujudkan kejelasan undang-undang bagi memastikan keberkesanan pematuhan dan penguatkuasaan.

Menurut Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali, semakan dan pindaan PPKB akan diselaraskan oleh Jawatankuasa Teknikal yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN dengan penglibatan kementerian dan agensi berkaitan, selain mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berkepentingan.

Mesyuarat turut memperakukan bahawa sepanjang pelaksanaan OPS GASAK dan sehingga pindaan dimuktamadkan, tiada tindakan undang-undang akan diambil terhadap peniaga mikro dan kecil makanan serta minuman yang menggunakan silinder LPG bersubsidi di premis mereka.

Peniaga dalam kategori ini juga dibenarkan mendapatkan bekalan LPG bersubsidi tanpa memerlukan PBKB.

Dalam masa yang sama, usaha membanteras ketirisan membabitkan aktiviti haram seperti decanting dan penyalahgunaan oleh industri melalui OPS GASAK akan diteruskan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/05/kabinet-setuju-laksana-pindaan-ke-atas-ppkb-pindaan-2021/feed/ 0 75103
PENDAPAT : Kabinet Jambatan Emas https://sabahmedia.com/2021/08/28/pendapat-kabinet-jambatan-emas/ https://sabahmedia.com/2021/08/28/pendapat-kabinet-jambatan-emas/#respond Sat, 28 Aug 2021 05:36:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5412
Read Time:4 Minute, 6 Second

Terdapat 5 perkara penting mengenai kabinet YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang diumumkan semalam.

PERTAMA, kabinet baru ini menggambarkan tahap kematangan Datuk Seri Ismail Sabri mengemudi negara walaupun mewarisi sebuah Kerajaan yang sangat mencabar. Tidak ada kegelojohan dan tidak ada political stress dalam kalangan gabungan parti-parti politik semasa membentuk Kerajaan. Perjalanan dan pengumuman membentuk Kerajaan sangat harmonis dan tenang, hanya di medsos gegak-gempita kerana netizen kurang maklumat tepat sebaliknya banyak mengulas rumors yang lemah.

KEDUA, kematangan Datuk Seri Ismail Sabri juga boleh dilihat dalam mengekalkan momentum kabinet kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan sedikit penyesuaian. Perkara ini membawa kepada keharmonian dalam gabungan parti-parti politik yang membentuk kerajaan.

Semua gabungan berpuas hati, malahan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut mempertahankan Kerajaan ini. Hanya segelintir pembangkang berlaku nakal di medsos, asal ada disuarakan supaya kekal relevan agaknya. Saya melihat wakil rakyat pembangkang seperti Hannah Yeoh, Tun Dr. Mahathir dan Tony Pua menunjuk level patirotik yang agak luar biasa berbanding rerakan mereka yang lain.

KETIGA, Ismail Sabri mengambil langkah bijak apabila meletak YB Tan Sri Annuar Musa di Kementerian Komunikasi & Multimedia (KKMM) kerana Tan Sri Annuar Musa memiliki kebolehan dalam mengurus isu dan memantapkan penyampaian dasar-dasar Kerajaan di media arus perdana dan medsos.

Kejayaan besar Tan Sri Annuar Musa di Kementerian Wilayah Persekutuan menjadi teropong media asing dan pemimpin segenap lapisan masyarakat terutama pujian oleh rakyat marhaen, parti-parti pembangkang dan media pro-pembangkang.

Pelantikan YB Khairy Jamaluddin turut mendapat respon yang positif daripada pelbagai lapisan masyarakat terutamanya kakitangan Kerajaan dan rakyat. Selama ini, menteri kesihatan adalah di kalangan mereka yang berlatar belakang perubatan. Walau bagaimanapun, perlantikan Khairy adalah sesuatu yang tidak mengejutkan dengan pelibatan beliau dalam vaksinasi negara dan dianggap lagi menyerlah dan meyakinkan berbanding menteri kesihatan yang sebenarya sebelum ini. Ia menjadi cabaran besar kepada Khairy untuk mengurangkan penularan wabak COVID-19 dan menjayakan program vaksinasi kebangsaan, selain menangani masalah-masalah lain kementerian yang terkesan akibat pandemik ini.

Krisis kesihatan yang kita alami ini juga menuntut permuafakatan antara Menteri dan pengurusan tertinggi kementerian kesihatan yang tinggi bagi menangani cabaran pandemik dengan jayanya.

Begitu juga pelantikan semula Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin membolehkan perancangan beliau sebelum ini dapat diteruskan.

Pelantikan semula Menteri Kanan MITI, Datuk Seri Azmin Ali, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien dan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof menggambarkan kepercayaan tinggi Datuk Seri Ismail Sabri kepada mereka untuk meneruskan dan menjayakan agenda pemulihan negara.

KEEMPAT, pengumuman Datuk Seri Ismail Sabri untuk meneruskan dan menambahbaik program pemulihan negara menunjukkan hubungan politik yang sangat akrab antara beliau dengan mantan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Hubungan politik yang baik juga berjaya dipulihkan dengan UMNO selain pengukuhan hubungan politik dengan PAS dan parti-parti gabungan GPS dan GRS di Sabah-Sarawak.

Datuk Seri Ismail Sabri berjaya menjadi jambatan emas kepada parti BERSATU dengan UMNO sesuatu yang sukar dilakukan oleh orang lain. Gabungan Kabinet ini juga menyerlahkan perpaduan politik orang Melayu dan diharap pemuafakatan ini dapat dikuatkan lagi melalui kesedaran kepentingan agama, bangsa dan negara melebihi kepentingan politik peribadi.

KELIMA, pendekatan Datuk Seri Ismail Sabri tidak menimbulkan konflik dengan pihak pembangkang melalui kerjasama berKerajaan yang telah ditandatangani di Pejabat Perdana Menteri telah mengikat semua pihak untuk membuktikan komitmen kepada saranan DYMM SPB Yang DiPertuan Agong untuk melupakan sengketa politik sebaliknya memberi fokus kepada keperluan rakyat. Barangsiapa yang berpura-pura dengan melanggar janji gentleman itu, mereka sangat berisiko ditolak oleh rakyat di mana rakyat akan mempertikai integiriti dan kredebiliti mereka sebagai pemimpin. Maka patuhlah perjanjian negara itu.

Datuk Seri Ismail Sabri menunjukkan political will dengan mengambil tindakan tegas membela nasib peniaga kecil di Jalan Semarak, Kuala Lumpur serta melakukan lawatan mengejut ke kawasan bencana kepala air di Jerai, Kedah. Peruntukan segera RM75 juta diluluskan untuk memulihkan kawasan bencana tersebut. Sebanyak RM50 juta menaik taraf sungai dan sistem saliran sepanjang 27 kilometer. Pembinaan dua jambatan baharu sebanyak RM23 juta, pembinaan loji rawatan air di Gurun dan Tupah (RM2 juta),pembinaan Empangan Sabo (RM20 juta). Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga yang terkesan dengan bencana ini. Sebanyak RM5,000 juga akan diberikan kepada keluarga yang kehilangan waris dalam kejadian ini.

Saya berpandangan dengan lima faktor penting tadi, ada sinar bahagia kepada rakyat Malaysia tidak berapa lama lagi.

Namun begitu, tidak adil kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri jika kita sebagai rakyat pula tidak bersama-sama menyahut seruan DYMM SPB YDA untuk mengekalkan keharmonian dan bersama-sama dengan Kerajaan memastikan pandemik COVID-19 ini berjaya diatasi dan seterusnya kita kembali kepada suasana ceria bahagia sebelum pandemik COVID-19.

Kesimpulan, kabinet lama atau kabinet baru yang penting ialah bagaimana kita boleh menjadi sebahagian daripada pasukan kabinet tersebut. Paling mudah dilakukan ialah dengan menanam semangat kenegaraan melalui slogan Keluarga Malaysia.

Pandangan Oleh : Dr. Al-Azharri Siddiq Kamunri merupakan lulusan pengajian sains politik dalam bidang politik dan kerajaan. Disiplin beliau dalam aspek patriotisme, keselamatan negara dan pembinaan negara bangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/28/pendapat-kabinet-jambatan-emas/feed/ 0 5412
Ismail Sabri Umum Kabinet Baharu 11 pagi Esok https://sabahmedia.com/2021/08/26/ismail-sabri-umum-kabinet-baharu-11-pagi-esok/ https://sabahmedia.com/2021/08/26/ismail-sabri-umum-kabinet-baharu-11-pagi-esok/#respond Thu, 26 Aug 2021 09:38:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5292
Read Time:24 Second

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bakal mengumumkan pembentukan Kabinet baharu pada pukul 11 pagi esok.

Memetik laporan Utusan Online berkata, perkara itu disahkan Pejabat Perdana Menteri sebentar tadi.

Ia selepas Ismail Sabri menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang pagi tadi bagi mempersembah senarai nama anggota Kabinet baharu.

Majlis angkat sumpah menteri dan timbalan menteri Persekutuan pula akan berlangsung pada pukul 2.30 petang, Isnin depan.

Bagaimanapun, liputan pengumuman tersebut hanya melibatkan media rasmi.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/26/ismail-sabri-umum-kabinet-baharu-11-pagi-esok/feed/ 0 5292
Bentuk kabinet baharu, kurangkan karenah birokrasi dalam usaha bantu rakyat terkesan akibat COVID-19 – Azizah https://sabahmedia.com/2021/08/22/bentuk-kabinet-baharu-kurangkan-karenah-birokrasi-dalam-usaha-bantu-rakyat-terkesan-akibat-covid-19-azizah/ https://sabahmedia.com/2021/08/22/bentuk-kabinet-baharu-kurangkan-karenah-birokrasi-dalam-usaha-bantu-rakyat-terkesan-akibat-covid-19-azizah/#respond Sun, 22 Aug 2021 02:56:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5047
Read Time:1 Minute, 22 Second

KUALA LUMPUR: Pembentukan kabinet baharu di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob digesa untuk mencari strategi mengurangkan karenah birokrasi dalam usaha membantu rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun berkata proses birokrasi hanya akan menyusahkan rakyat yang memerlukan bantuan dengan segera.

“Ini adalah satu keadaan yang tidak pernah berlaku dan disebabkan itu juga, tindakan dan mekanisma yang dirancang mestilah berbeza daripada cara yang normal.

‘’Dengan ini proses menyampaikan bantuan kepada golongan sasar yang memerlukan akan lebih tersusun.

“Jadi penting untuk merancang dan mencari jalan untuk mempermudahkan bantuan dan pinjaman yang boleh mengembalikan rakyat yang terjejas,’’ katanya.

Selain itu, Azizah juga menggesa semua Ahli Parlimen termasuk dari blok pembangkang untuk berlapang dada dan menyokong segala dasar kerajaan.

Ini kerana kerjasama rentas parti adalah elemen penting dalam usaha membantu kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

‘’Saya rasa kita (ahli parlimen) perlu menjadi lebih matang kerana setakat ini kalau bercakap soal kerjasama bipartisan masih belum tercapai di negara ini.

‘’Ini kerana bila (ahli parlimen) bercakap, mereka tidakpun berbincang tentang bagaimana kita boleh bersama-sama memastikan segala usaha kerajaan untuk memastikan rakyat kita selamat dan sejahtera dijayakan sekali gus memulihkan ekonomi,’’ tambahnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kesembilan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di ibu negara sekitar jam 2.30 petang, pada Sabtu.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia Serta Sumpah Simpan Rahsia itu, disempurnakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/22/bentuk-kabinet-baharu-kurangkan-karenah-birokrasi-dalam-usaha-bantu-rakyat-terkesan-akibat-covid-19-azizah/feed/ 0 5047
Seluruh Kabinet Telah Letak Jawatan https://sabahmedia.com/2021/08/16/seluruh-kabinet-telah-letak-jawatan/ https://sabahmedia.com/2021/08/16/seluruh-kabinet-telah-letak-jawatan/#respond Mon, 16 Aug 2021 06:09:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4704
Read Time:1 Minute, 51 Second

PETALING JAYA: Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin telah mengesahkan peletakan jawatan seluruh Kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Memetik laporan Utusan Online menyatakan, Khairy menerusi laman Instagram berkata peletakkan jawatan itu telah pun diberikan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah.

“Seluruh Kabinet telah pun menyembah maklum peletakkan jawatan  kepada Agong.

“Terima kasih kerana beri peluang untuk saya, sekali lagi berkhidmat untuk negara. Semoga Tuhan berkati Malaysia,” katanya.

Sementara itu, kenderaan bersama polis pengiring membawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin  tiba di Istana Negara pada pukul 12.20 tengah hari tadi.

Terdahulu, Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun selesai menghadap Yang di-Dipertuan Agong dan meninggalkan pekarangan Istana Negara pada pukul 11.45 pagi.

Dalam pada itu, menerusi laporan Berita Harian, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mesyuarat kabinet hari ini berlangsung dengan tenang dan semua pemimpin wakil parti bersetuju solidariti dibentuk antara parti dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) dikekalkan selepas ini.

Katanya,  ketika mesyuarat kabinet pagi tadi, setiap menteri yang mewakili parti dalam kerajaan juga diberi peluang berucap dan memberi pandangannya.

“Perjalanan mesyuarat Alhamdulillah, semua tenang dan setiap wakil parti memberi ucapan dan semua setuju kekalkan solidariti bersama.

“Perjuangan masih panjang dan program vaksinasi perlu diteruskan. Kebajikan rakyat dan keadaan semasa rakyat yang susah masih jadi sebahagian ucapan Perdana Menteri tadi,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air turut meminta semua rakyat supaya menunggu perkembangannya selepas ini.

Pagi tadi, Tan Sri Muhyiddin Yasin mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di pejabatnya di Putrajaya.

Sementara itu, beberapa Menteri Kabinet lain yang cuba dihubungi masih tidak memberi respons.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/16/seluruh-kabinet-telah-letak-jawatan/feed/ 0 4704
Gaji Menteri dan Pembantu Menteri Di Sabah Dipotong 50 Peratus https://sabahmedia.com/2021/06/10/gaji-menteri-dan-pembantu-menteri-di-sabah-dipotong-50-peratus/ https://sabahmedia.com/2021/06/10/gaji-menteri-dan-pembantu-menteri-di-sabah-dipotong-50-peratus/#respond Thu, 10 Jun 2021 07:16:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=924
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengambil keputusan melaksanakan pemotongan gaji sebanyak 50 peratus membabitkan menteri dan pembantu menteri Sabah selama dua bulan berkuatkuasa bulan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan perkara demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet Negeri Sabah semalam.

“Selain menteri dan pembantu menteri, semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) turut melepaskan 30 peratus daripada gaji mereka selama sebulan.

“Semua simpanan itu akan digunakan sebagai dana bagi membiayai pengurusan pandemic COVID-19 dan kerajaan GRS bersatu untuk terus bersama rakyat dalam menghadapi masa sukar ini,”katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Hajiji yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan Bantuan Sabah Prihatin 3.0 COVID-19 berjumlah RM120,469,481 juta dan tambahan RM34.4 juta untuk bantuan bakul makanan kepada semua sektor yang terkesan akibat pandemik.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/10/gaji-menteri-dan-pembantu-menteri-di-sabah-dipotong-50-peratus/feed/ 0 924