Kadar – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 08 Apr 2022 09:21:49 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kadar – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 LPKP Setuju Naikkan Kadar Tambang Khas Bas Ekspress Sepanjang Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/ https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/#respond Fri, 08 Apr 2022 08:45:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14060
Read Time:1 Minute, 15 Second

KOTA KINABALU: Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri yang meluluskan kenaikan kadar tambang 10% daripada kadar tambang asal perkhidmatan Bas Ekspres, Mesyuarat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah bersetuju untuk menaikkan kadar tambang khas sebanyak 14.3 sen (RM0.143) bagi setiap kilometer sepanjang tempoh dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022 berbanding 13 sen bagi setiap kilometer sebelumnya.

Pengerusi LPKP Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung berkata, LPKP Sabah juga mengambil maklum akan keperluan bas tambahan bagi menampung keperluan pengguna di sepanjang musim perayaan Aidilfitri yang dijangka akan meningkat disebabkan oleh kelonggaran SOP COVID-19 oleh kerajaan.

“Mesyuarat Lembaga LPKP Sabah juga bersetuju untuk membuka permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) Sempena Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2022 bagi mana-mana syarikat pengendali Bas Ekpres yang layak untuk memohon bagi menampung keperluan ini,” katanya semasa mempengerusikan mesyuarat LPKP di sini , hari ini.

Tarikh permohonan LPS akan dibuka bermula 11 hingga 22 April 2022 dan borang boleh didapati di Ibu Pejabat LPKP Sabah, Kota Kinabau, LPKP Sabah Cawangan Tawau dan LPKP Sabah Cawangan Sandakan manakala tempoh sah laku LPS yang telah diluluskan adalah dari 29 April 2022 hingga 8 Mei 2022.

“Saya percaya keputusan ini akan mendapat pelbagai maklum balas dari pihak yang terkesan. Namun demikian saya percaya keputusan ini adalah keputusan menang-menang bagi memastikan kebajikan semua pihak terjaga selaras dengan konsep Keluarga Malaysia.

“Saya juga berharap agar semua pihak yang terlibat akan terus menjaga dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita semua dapat membendung penularan COVID-19,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/08/lpkp-setuju-naikkan-kadar-tambang-khas-bas-ekspress-sepanjang-musim-perayaan-hari-raya-aidilfitri-2022/feed/ 0 14060
Kadar Jenayah Turun 30 Peratus – Hazani https://sabahmedia.com/2021/08/30/kadar-jenayah-turun-30-peratus-hazani/ https://sabahmedia.com/2021/08/30/kadar-jenayah-turun-30-peratus-hazani/#respond Mon, 30 Aug 2021 08:52:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5537
Read Time:50 Second

KOTA KINABALU: Kadar jenayah di Sabah menurun semasa pandemik Covid-19, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Menurut beliau, arahan perintah kawalan pergerakan berterusan yang dilaksanakan kerajaan banyak memainkan peranan penting dalam mengekang penularan jangkitan Covid-19 sekali gus menyekat pergerakan bebas orang ramai menyumbang kepada penurunan kadar jenayah sebanyak 30 peratus.

“Dalam pada itu, situasi kebanyakan masyarakat duduk di rumah serta sekatan-sekatan jalan raya yang diperluaskan, tidak memberi peluang kepada mereka yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan jenayah,” jelasnya selepas mengadakan kunjungan hormat perpisahan terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, pagi Isnin.

Hazani yang akan bertukar ke Bukit Aman sebagai Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam awal bulan depan, merakamkan ucapan penghargaan kepada Tun Juhar serta kerajaan negeri atas kerjasama erat semasa beliau bertugas di negeri ini.

Beliau yang telah berkhidmat lebih 17 tahun di Sabah berharap agar kerjasama tersebut dapat diteruskan dan imej serta prestasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus dijaga dan dipertingkatkan pada masa akan datang. – PENERANGAN

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/30/kadar-jenayah-turun-30-peratus-hazani/feed/ 0 5537
COVID-19: Kes tinggi tapi kadar penularan terkawal https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-kes-tinggi-tapi-kadar-penularan-terkawal/ https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-kes-tinggi-tapi-kadar-penularan-terkawal/#respond Thu, 12 Aug 2021 12:40:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4521
Read Time:1 Minute, 53 Second

KOTA KINABALU : Kes Positif COVID-19 di Sabah hari ini dilihat amat tinggi namun kadar penularan masih berada dalam tahap terkawal.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes positif COVID-19 di Sabah hari ini (12 Ogos 2021) mencatatkan angka tertinggi iaitu 2,052 kes.

Katanya, 2052 adalah angka yang amat menggerunkan dan memang diakui ia antara angka tertinggi dikalangan negeri-negeri di Malaysia, di mana Sabah berada di tangga ke-4 tertinggi.

“Mungkin ada yang mengatakan kita sudah gagal membendung penularan COVID-19 di negeri ini. Kalau sekadar melihat angka semata-mata mungkin kesimpulan itu ada asasnya.

“Hari ini juga memperlihatkan kenaikan ketara di hampir semua negeri dalam Malaysia, malah di banyak negara di dunia.

“Bagaimanapun jumlah kes seluruh negara hari ini ialah 21,668, satu rekod baharu. Hakikatnya kita sedang berhadapan dengan gelombang baharu jangkitan COVID-19, kali ini dengan varian yang lebih merbahaya dan lebih cepat merebak,” katanya.

Masidi juga menunjukkan kiraan kadar jangkitan (infectivity rate) mengikut ratio (nisbah) jumlah penduduk iaitu kebarangkalian ianya satu kaedah kiraan yang lebih tepat untuk menentukan samada tinggi atau rendahnya tahap penularan dan jangkitan dikalangan penduduk.

Berikut ialah kadar jangkitan bagi setiap 100,000 penduduk di negeri-negeri di Malaysia berdasarkan maklumat kes COVID-19 pada 12 Ogos 2021:

Selangor – 96 kes
Kuala Lumpur – 137 kes
Johor – 45 kes
Sabah – 52 kes
Sarawak – 43 kes
Negeri Sembilan – 79 kes
Kedah – 110 kes
Pulau Pinang – 69 kes
Kelantan – 50 kes
Perak – 37 kes
Melaka – 52 kes
Pahang – 37 kes
Terengganu – 47 kes
Labuan – 11 kes
Putrajaya – 49 kes
Perlis – 9 kes.

Katanya, Jumlah kes baharu di Sabah hari ini (2052) lebih tinggi daripada Negeri Sembilan (899), Pulau Pinang (1,299) & hampir 5 kali ganda lebih tinggi daripada Melaka.

Namun kadar penularan Covid di Sabah lebih rendah daripada Pulau Pinang (52-69), lebih rendah daripada Negeri Sembilan (52-79), sama dengan Melaka (52-52), hampir sama dengan Kelantan (52-50) walaupun kes di Sabah lebih dua kali ganda lebih tinggi daripada Kelantan, lebih separuh lebih rendah daripada Kedah (52-110) walaupun kes di Kedah cuma 91 lebih tinggi daripada Sabah.

“Kesimpulannya kes positif COVID-19 di Sabah amat tinggi tetapi kadar penularan (infectivity rate) masih terkawal, oleh itu sama-sama kita jaga diri dengan mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) dan memastikan kita memperolehi vaksin bagi yang layak,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/12/covid-19-kes-tinggi-tapi-kadar-penularan-terkawal/feed/ 0 4521