kadazandusun – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 05 Mar 2025 09:52:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kadazandusun – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Cadangan perkenalkan Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun di UMS disambut baik https://sabahmedia.com/2025/03/05/cadangan-perkenalkan-program-pendidikan-bahasa-kadazandusun-di-ums-disambut-baik/ https://sabahmedia.com/2025/03/05/cadangan-perkenalkan-program-pendidikan-bahasa-kadazandusun-di-ums-disambut-baik/#respond Wed, 05 Mar 2025 09:52:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69854
Read Time:1 Minute, 10 Second

Oleh J. EVACHEL JOHN

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Madius Tangau mencadangkan agar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menawarkan Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun (BKD) di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menurut Madius pada ketika ini UMS ada menawarkan program Bahasa Kadazandusun kepada pelajar yang berminat dan Kursus Kadazandusun juga telah wujud sejak sekian lama di universiti ini.

“Walau bagaimanapun, Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun bagi guru – guru bahasa BKD masih belum ada, dan Tuaran mencadangkan agar program itu diperluas ke UMS seperti mana yang ditawarkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI),” katanya.

Madius mengemukakan cadangan itu semasa menyampaikan ucapan perbahasan Peringkat Jawatankuasa di bawah KPT pada Persidangan Parlimen Dewan Rakyat, di sini.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan KPT, Datuk Ts. Mustapha Sakmud menyambut baik cadangan Presiden Kehormat Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO) itu.

“Bagi pihak KPT kita sentiasa komited untuk terus memperkasa bahasa etnik terutama di Sabah.

“Cadangan yang diutarakan oleh Ahli Parlimen Tuaran agar Program Pendidikan Bahasa Kadazandusun ditawarkan di UMS adalah sangat baik.

“Ia akan akan memudahkan kepada pelajar-pelajar dari Sabah untuk menyambung pengajian,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mustapha berkata bahawa saranan Madius kepada KPT mengenai pemberian biasiswa kepada pelajar dan guru bahasa yang melanjutkan pengajian dalam Bahasa Etnik di peringkat ijazah sarjana dan doktor falsafah (PhD) akan dikaji.

“Cadangan berkaitan pemberian biasiswa kepada pelajar Bahasa Kadazandusun (BKD), Bahasa Iban, dan Bahasa Semai di UPSI akan diteliti oleh pihak kementerian,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/05/cadangan-perkenalkan-program-pendidikan-bahasa-kadazandusun-di-ums-disambut-baik/feed/ 0 69854
Tadika Ceria Kadazandusun Kg Tiong Monggis Pelestari Bahasa Dusun Di Dunia https://sabahmedia.com/2022/02/19/tadika-ceria-kadazandusun-kg-tiong-monggis-pelestari-bahasa-dusun-di-dunia/ https://sabahmedia.com/2022/02/19/tadika-ceria-kadazandusun-kg-tiong-monggis-pelestari-bahasa-dusun-di-dunia/#respond Sat, 19 Feb 2022 11:31:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12378
Read Time:1 Minute, 46 Second

TAMPARULI: Tadika Ceria Kadazandusun Kampung Tiong Monggis menjadi sebahagian daripada sejarah pelestarian bahasa Dusun di dunia.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, guru-guru dan pelajar sekolah, merupakan sebahagian daripada sejarah dalam usaha mengangkat martabat bahasa Dusun di dunia.

“Sejak ditubuhkan, Tadika Ceria Kadazan Dusun ini telah mencatat sejarah sebagai satu-satunya tadika yang memberi pembelajaran asas dalam bahasa Dusun di dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Dan Hadiah Tadika Ceria Kadazan Dusun Kampung Tiong Monggis, disini kelmarin.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tiong Monggis, Jaimon Gugiak, wakil Ketua Kampung Tiong Monggis, WKK Johanes Tinggi, dan Ketua Kampung Rani, KK Lutter Gambar.

Katanya, kejayaan bekas pelajar tadika sekolah itu di peringkat pengajian tinggi juga membuktikan kualiti pembelajaran asas di sekolah berkenaan setanding dengan sekolah lain.

Beliau yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, memberitahu, jika tidak ada aral melintang, daerah kedua yang akan mengikuti jejak langkah sekolah tersebut ialah Kota Marudu.

“Tujuannya juga satu, iaitu untuk melestarikan bahasa ibunda kita agar tidak hilang ditelan zaman.

Jahid turut mengesyorkan kepada pihak tadika terutamanya bekas pelajarnya untuk menubuhkan persatuan bekas pelajar atau Alumni sekolah itu nanti.

“Kita mengharapkan agar usaha-usaha murni melestarikan bahasa dan budaya Kadazandusun ini akan diteruskan sampai bila-bila,” katanya yang juga Pengerusi Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA) Tamparuli dan Naib Presiden KDCA Pusat.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua yang hadir untuk terus menjaga Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Terdahulu, Guru Besar sekolah, Chrisnelia Asing, berkata, walaupun program itu terpaksa diadakan dalam keadaan SOP yang ketat, namun beliau bersyukur atas kehadiran menteri dan semua ibu bapa yang terlibat.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Ibubapa Dan Guru (PIBG) sekolah, Yenika Langguyu, berharap agar kepimpinan PIBG pada masa akan datang akan dapat meneruskan kemajuan di sekolah tersebut.

“Mari kita sama-sama promosikan Tadika Ceria Kadazan Dusun ini, agar lebih ramai ibu bapa yang berminat menghantar anak-anak ke sini nanti,” katanya.

Dua wakil pelajar sekolah, Alvin Elddy Ignatius dan Olga Ianello Juining, turut merakamkan ucapan terima kasih atas segala tunjuk ajar yang diberi oleh guru-guru dan ibu bapa mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/02/19/tadika-ceria-kadazandusun-kg-tiong-monggis-pelestari-bahasa-dusun-di-dunia/feed/ 0 12378