Kaedah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 21 Aug 2023 09:50:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kaedah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kaedah letupkan ‘ladum’ boleh halau gajah liar https://sabahmedia.com/2023/08/21/kaedah-letupkan-ladum-boleh-halau-gajah-liar/ https://sabahmedia.com/2023/08/21/kaedah-letupkan-ladum-boleh-halau-gajah-liar/#respond Mon, 21 Aug 2023 09:49:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40468
Read Time:1 Minute, 7 Second

TONGOD: Kaedah meletupkan ‘ladum’ ternyata boleh menghalau dan mengejutkan kumpulan gajah liar yang sering mengancam tanaman penduduk, menurut Wakil Rakyat Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Ladum merupakan sejenis alat tradisional yang diperbuat dari bekas tin terbuang dicantum dan dibentuk seperti mariam buluh boleh diletupkan menggunakan cecair spirit.

Masiung turut mencuba sendiri kaedah ladum tersebut dalam siri lawatan kerja sehari ke kampung itu pada Sabtu dan beliau mahu Jabatan Hidupan Liar (JHL) Kinabatangan menjadi mentor kepada komuniti pekebun kecil yang terancam dengan gajah liar.

Terdahulu beliau diberi taklimat oleh pegawai JHL Kinabatangan, Sylvia Alsisto, mengenai penubuhan komuniti pekebun kecil dinamakan ‘Aki Keramuk’ yang bertindak menghalau kumpulan gajah liar mengancam kebun sawit penduduk menggunakan kaedah ladum.

Masiung kemudian meluluskan RM10 ribu untuk membina sebuah pusat komuniti Aki Keramuak di kampung berkenaan.

Menurut Masiung, para pegawai JHL akan melatih kumpulan pekebun kecil sawit supaya mereka mahir dalam kaedah menghalau binatang liar itu tanpa menggunakan kekerasan.

” Salah satu cara penduduk menghalau kumpulan gajah ialah meletupkan ladum apabila binatang itu memasuki kebun sawit mereka.

“Saya telah meminta JHL menubuhkan lebih banyak pasukan di setiap kampung yang sering kali menjadi ancaman binatang berkenaan,“ katanya.

Sehubungan dengan itu, Masiung juga telah membawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengenai masalah gajah liar yang telah banyak memusnahkan kebun-kebun sawit milik penduduk di daerah Tongod, namun belum ada tindakan diambil setakat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/21/kaedah-letupkan-ladum-boleh-halau-gajah-liar/feed/ 0 40468
Keganasan Rumah Tangga: Corak, Punca Dan Kaedah Penyelesaian – KESUMBA https://sabahmedia.com/2021/07/02/keganasan-rumah-tangga-corak-punca-dan-kaedah-penyelesaian-kesumba/ https://sabahmedia.com/2021/07/02/keganasan-rumah-tangga-corak-punca-dan-kaedah-penyelesaian-kesumba/#respond Fri, 02 Jul 2021 08:26:06 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2380
Read Time:55 Second

KOTA KINABALU: Seramai 100 peserta dari dalam dan luar Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengikuti program perkongsian ilmu bertajuk “Keganasan Rumah Tangga : Corak Punca dan Kaedah Penyelesaian”, hari ini.

Program yang dianjurkan Biro Pendidikan dan Pelajaran Kelab Surirumah dan Staf Wanita Universiti Malaysia Sabah (KESUMBA) itu diadakan secara online melalui siaran langsung di aplikasi Webex dan facebook KESUMBA.

Perkongsian ilmu disampaikan Psikologis Klinikal dan Pengerusi Rumah Teratai (Teratak Rahmah Wanita Islam), Hajjah Azlina @Roszy Mohamad Ghaffar.

Pada sesi itu, beliau mengupas pelbagai isu termasuk aspek keganasan rumah tangga.

“Kita sudah melihat pelbagai laporan keganasan rumah tangga di media massa termasuk pada ketika Malaysia sedang dilanda pandemik Covid-19.

“Saya menyeru semua pihak termasuk agensi kerajaan seperti polis, agensi guaman, agensi kesihatan, pejabat agama dan pegawai mahkamah untuk bersama-sama berganding bahu memerangi keganasan rumahtangga,” katanya.

Program selama dua jam itu antara lain bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran khususnya wanita dalam menghadapi cabaran keganasan rumahtangga.

Ia telah dipengerusikan oleh Yang Di Pertua KESUMBA, Datin Dr Amalina Abdullah.

Bagi yang sedang berdepan dengan tekanan, boleh dapatkan sokongan psikososial bersama Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia melalui TalianReachU – 010-2882290.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/02/keganasan-rumah-tangga-corak-punca-dan-kaedah-penyelesaian-kesumba/feed/ 0 2380