Kafa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 03 Oct 2026 05:29:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Kafa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kontinjen KAFA Sabah berlepas sertai Festival MIISRA Peringkat Kebangsaan https://sabahmedia.com/2026/10/03/kontinjen-kafa-sabah-berlepas-sertai-festival-miisra-peringkat-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2026/10/03/kontinjen-kafa-sabah-berlepas-sertai-festival-miisra-peringkat-kebangsaan/#respond Sat, 03 Oct 2026 05:26:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=104674
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Kontinjen Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Sabah berlepas ke Selangor hari ini bagi menyertai Festival Nasyid Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Rendah Agama (MIISRA) Peringkat Kebangsaan Kali Ke-12.

Festival berkenaan berlangsung di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu, Selangor, bermula hari ini hingga 7 Oktober.

Kontinjen KAFA Sabah seramai 24 orang diketuai Penolong Pengarah Kanan Unit KAFA, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Ustazah Rina Ardiani Rahmadji.

Ia turut disertai dua Pembantu Pegawai, empat Guru KAFA dan 17 peserta nasyid bagi kategori lelaki dan perempuan.

Kontinjen berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 11 pagi tadi.

Pengarah JAKIM Sabah, Dr Baharudin Othman, turut hadir memberikan sokongan serta kata-kata semangat kepada kontinjen sebelum keberangkatan mereka.

Beliau dalam amanatnya mengingatkan para peserta supaya sentiasa bersemangat, menjaga disiplin dan memberikan persembahan terbaik sepanjang menyertai festival berkenaan.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sipitang merangkap Pengerusi Pengelola Lembaga Koko Malaysia (LKM), Datuk Matbali Musah, yang menyampaikan sumbangan kepada kontinjen berkenaan.

Matbali turut mendoakan agar kontinjen KAFA Sabah dapat memberikan persembahan terbaik dan mencipta kejayaan yang membanggakan negeri.

Sementara itu, Penyelia KAFA Daerah Membakut merangkap Pengerusi Persatuan Kebajikan Guru dan Penyelia KAFA Negeri Sabah, Ustaz Mohd Nasry Masih, turut hadir menyampaikan sumbangan wang saku daripada pihak persatuan kepada peserta serta guru pengiring.

Beliau berkata sumbangan berkenaan merupakan tanda sokongan dan keprihatinan persatuan terhadap kebajikan anggota kontinjen yang membawa nama Sabah di pentas kebangsaan.

“Semoga seluruh Kontinjen KAFA Sabah dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan dan kekuatan serta mampu memberikan persembahan yang terbaik.

“Selamat berjuang dan semoga kejayaan menjadi milik Kontinjen KAFA Sabah di pentas MIISRA Peringkat Kebangsaan,” katanya.

Penyertaan kontinjen KAFA Sabah pada festival itu turut menjadi platform kepada para peserta untuk mengetengahkan bakat dalam bidang nasyid, selain membawa nama negeri di peringkat kebangsaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/10/03/kontinjen-kafa-sabah-berlepas-sertai-festival-miisra-peringkat-kebangsaan/feed/ 0 104674
JAKIM Sabah fokus isi 200 kekosongan guru KAFA menjelang 2026 https://sabahmedia.com/2025/10/30/jakim-sabah-fokus-isi-200-kekosongan-guru-kafa-menjelang-2026/ https://sabahmedia.com/2025/10/30/jakim-sabah-fokus-isi-200-kekosongan-guru-kafa-menjelang-2026/#respond Thu, 30 Oct 2025 00:21:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84461
Read Time:1 Minute, 14 Second

KOTA KINABALU : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah akan memberi tumpuan terhadap usaha mengisi kira-kira 200 kekosongan perjawatan guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) menjelang tahun 2026 bagi memperkukuh pelaksanaan pendidikan agama di negeri ini.

Pengarah JAKIM Sabah, Dr. Baharudin Othman, berkata langkah itu akan dilaksanakan melalui kerjasama erat dengan agensi agama negeri, termasuk Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), bagi memastikan penyampaian pendidikan agama Islam dapat dilaksanakan secara menyeluruh di seluruh pelosok Sabah.

“Ketika ini terdapat seramai 2,400 guru KAFA di seluruh negeri, namun sekitar 200 kekosongan masih belum diisi.

“Peranan guru KAFA amat penting dalam membimbing anak-anak memahami asas agama dan membentuk sahsiah Islamiah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman, di Istana Seri Kinabalu, pada Rabu.

Dr. Baharudin berkata, pengisian kekosongan itu akan memberi manfaat besar kepada masyarakat, khususnya dalam memperluas akses pendidikan agama Islam di kawasan luar bandar dan pedalaman.

Tambah beliau, kunjungan hormat berkenaan juga merupakan pengenalan rasmi beliau sebagai Pengarah JAKIM Cawangan Sabah yang baharu, selepas memulakan tugas pada 10 September lalu, menggantikan Datuk Norjeli Dais yang bersara wajib pada 9 September.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah Kanan di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Labuan.

Turut hadir, Prof Madya Dr. Nurul Hudani Md Nawi dari Fakulti Psikologi dan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sabah (UMS), Khairunnisa Yusof, Nor Diyana Mohamed Rais, dan Zaimatul Nadia Anuar dari JAKIM Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/30/jakim-sabah-fokus-isi-200-kekosongan-guru-kafa-menjelang-2026/feed/ 0 84461
UPKK SAN Tambunan dipindahkan sementara ke KAFA Maahad Al-Kautsar susulan kebakaran https://sabahmedia.com/2025/10/14/upkk-san-tambunan-dipindahkan-sementara-ke-kafa-maahad-al-kautsar-susulan-kebakaran/ https://sabahmedia.com/2025/10/14/upkk-san-tambunan-dipindahkan-sementara-ke-kafa-maahad-al-kautsar-susulan-kebakaran/#respond Mon, 13 Oct 2025 18:10:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83211
Read Time:1 Minute, 12 Second

TAMBUNAN : Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi calon di Sekolah Agama Negeri (SAN) Tambunan akan dipindahkan sementara ke KAFA Maahad Al-Kautsar, Tambunan, berikutan insiden kebakaran yang berlaku di sekolah berkenaan pada Ahad.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee berkata, keputusan pemindahan itu dibuat bagi memastikan keselamatan dan keselesaan calon UPKK yang dijadualkan menduduki peperiksaan pada 17 hingga 20 November 2025.

“Langkah ini adalah sementara dan bertujuan menjamin kelancaran perjalanan peperiksaan serta memastikan calon-calon dapat menduduki UPKK dalam suasana yang teratur dan selamat,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, kebakaran yang berlaku pada Ahad sekitar jam 5 petang tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa.

Katanya, pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian, manakala laporan polis telah dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).

SAN Tambunan mempunyai seramai 179 murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6, serta 11 orang tenaga pengajar, dan turut berperanan sebagai pusat peperiksaan UPKK di daerah tersebut.

Dalam pada itu,Sirajuddin berkata, JAKIM turut merakamkan penghargaan kepada JHEAINS, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan semua pihak yang bertindak pantas mengawal keadaan serta membantu mengurus situasi dengan penuh tanggungjawab.

“JAKIM menzahirkan rasa simpati kepada warga SAN Tambunan atas musibah ini dan berdoa agar urusan pemulihan dipermudahkan serta peperiksaan UPKK kelak berjalan lancar dan diberkati Allah SWT,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/14/upkk-san-tambunan-dipindahkan-sementara-ke-kafa-maahad-al-kautsar-susulan-kebakaran/feed/ 0 83211
Ihtifal KAFA Sabah 2025 perkukuh pendidikan Islam generasi muda https://sabahmedia.com/2025/08/26/ihtifal-kafa-sabah-2025-perkukuh-pendidikan-islam-generasi-muda/ https://sabahmedia.com/2025/08/26/ihtifal-kafa-sabah-2025-perkukuh-pendidikan-islam-generasi-muda/#respond Mon, 25 Aug 2025 22:16:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80042
Read Time:1 Minute, 51 Second

Kota Kinabalu : Pendidikan Islam khususnya Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) menjadi benteng utama dalam memperkasa asas agama generasi muda di negeri ini.

Isteri Ketua Menteri Sabah, Datin Seri Juliah Salag berkata, program Ihtifal KAFA bukan sekadar medan menonjolkan bakat pelajar sebaliknya simbol komitmen bersama memperkukuh pendidikan Islam secara menyeluruh dan berkualiti.

”Kita tidak boleh menafikan bahawa anak-anak kita kini sedang berhadapan dengan cabaran yang lebih besar daripada generasi terdahulu. 

“Dalam situasi ini, pendidikan Islam terutamanya pendidikan KAFA adalah salah satu benteng utama dalam memastikan asas agama diperkasa sejak kecil lagi.

”la bukan hanya pendidikan tambahan, tetapi pelengkap kepada sistem pendidikan nasional dalam membina generasi yang beriman, berakhlak dan berilmu. Inilah kekuatan kita. Kita bukan hanya mendidik dengan buku, tetapi dengan bimbingan jiwa dan nilai.

”Saya menyeru agar semua pihak terus menghargai dan menyokong usaha guru-guru KAFA dalam usaha mereka membangun modal insan yang berkebolehan di dunia dan akhirat,”  katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Ihtifal KAFA Peringkat Negeri Sabah, di sini pada Isnin.

Juliah berkata, kejayaan program itu hasil sinergi pelbagai pihak termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, guru, ibu bapa serta masyarakat.

“Usaha ini selari dengan hala tuju Pelan Al-Falah yang diperkenalkan JAKIM sebagai kerangka pembangunan Islam negara.

”Saya ucapkan tahniah kepada guru-guru KAFA yang menjadi perintis kepada pembinaan sahsiah, akhlak dan ilmu agama anak-anak kita. Peranan mereka bukan mudah, mengajar dengan sumber yang terhad dalam suasana yang mencabar. Namun mereka kekal komited dan ikhlas,” katanya.

Sementara itu, Penyelia KAFA Beaufort, Mohd. Nasry Masih menzahirkan kesyukuran atas kejayaan pasukan Pedalaman Bawah yang dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Ihtifal KAFA 2025.

”Pertandingan melibatkan enam acara utama itu menjadi platform menyerlahkan bakat pelajar di luar bilik darjah dengan sokongan padu ibu bapa dan guru.

“Harapan kita bukan hanya mengejar kemenangan tetapi menjadikan amalan tilawah al-Quran, hafazan, penulisan jawi dan khat sebahagian daripada kehidupan seharian anak-anak KAFA,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah, Datuk Norjeli Dais,  Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam dan Pengarah Wilayah Sabah dan Sarawak Lembaga Tabung Haji Datuk Nurlaila Said.-

]]>
https://sabahmedia.com/2025/08/26/ihtifal-kafa-sabah-2025-perkukuh-pendidikan-islam-generasi-muda/feed/ 0 80042