kaji semula – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 May 2023 10:04:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png kaji semula – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kaji semula kawasan pelaksanaan perintah berkurung dalam ESSZONE – Acryl https://sabahmedia.com/2023/05/16/kaji-semula-kawasan-pelaksanaan-perintah-berkurung-dalam-esszone-acryl/ https://sabahmedia.com/2023/05/16/kaji-semula-kawasan-pelaksanaan-perintah-berkurung-dalam-esszone-acryl/#respond Tue, 16 May 2023 10:04:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=34500
Read Time:1 Minute, 45 Second

KOTA KINABALU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mencadangkan mengkaji semula kawasan pelaksanaan perintah berkurung dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) termasuk mengecilkan lagi kawasan berkenaan di perairan daerah tertentu sahaja.

Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata perkara tersebut dibincangkan dalam satu mesyuarat operasi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah di Tawau Isnin lalu.

“Perkara ini sudah dibincangkan dan bagi tujuan itu, PDRM dan ESSCOM akan mencadangkan perintah berkurung diperkecil dan akan digantikan nama lain sebagai Perintah Kawalan Pergerakan ESSZONE untuk kawasan perairan di daerah tertentu.

“Sebagai permulaan, kita akan cadangkan perairan Tawau yang akan dikeluarkan daripada perintah berkurung di ESSZONE kerana kita yakin kawalan keselamatan di perairan daerah itu memuaskan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Perumahan Balai Polis Inanam di sini hari ini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi.

Acryl berkata, walaupun kes membabitkan culik untuk wang tebusan (KFR) di kawasan pantai timur Sabah tidak lagi berlaku namun pelaksanaan perintah berkurung tetap diperlukan.

“Saya percaya KFR tidak berlaku disebabkan kawalan keselamatan dan kewaspadaan tinggi daripada pasukan keselamatan negara.

“Inilah salah satu faktor utama sejak tiga tahun lalu tidak lagi berlaku kejadian membabitkan KFR.

“PDRM bagaimanapun tidak boleh mengurangkan tahap kewaspadaan keselamatan pada bila-bila masa, malah kita akan membuat kajian dan penilaian kawasan-kawasan di sana,” ujarnya.

Jsuteru, katanya, perintah berkurung berkuatkuasa di perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran pada jarak tiga batu nautika ke atas bermula jam 6 petang hingga 6 pagi.

Menurut Acryl lagi, sebelum ini terdapat dua kawasan dikeluarkan daripada perintah berkurung iaitu Kudat dan Kota Marudu.

“Dua daerah itu dikecualikan dan sekarang ini kita membuat cadangan untuk mengecualikan perairan Tawau juga.

“Tetapi kawasan yang mana kita yakin masih lagi dikategorikan sebagai hotspot, kita akan kekalkan dulu dan menilai tahap risiko keselamatan dari semasa ke semasa.

“Buat masa ini, beberapa kawsan panas yang dikenal pasti adalah kawasan perairan Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Ini masih lagi dikategorikan berisiko tinggi kerana bentuk geografinya yang agak dekat dengan perairan negara jiran,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/16/kaji-semula-kawasan-pelaksanaan-perintah-berkurung-dalam-esszone-acryl/feed/ 0 34500
Kerajaan Persekutuan digesa kaji semula dasar percukaian di Labuan – Masiung https://sabahmedia.com/2023/03/13/kerajaan-persekutuan-digesa-kaji-semula-dasar-percukaian-di-labuan-masiung/ https://sabahmedia.com/2023/03/13/kerajaan-persekutuan-digesa-kaji-semula-dasar-percukaian-di-labuan-masiung/#respond Mon, 13 Mar 2023 06:02:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30746
Read Time:1 Minute, 50 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan sewajarnya mengkaji semula dasar percukaian yang menyumbang kepada kelembapan ekonomi Labuan menyebabkan status bebas cukai di pulau itu semakin terhakis.

” Labuan akan terus ketinggalan dari arus perdana ekonomi jika kerajaan tidak mengembalikan sepenuhnya status bebas cukai di pulau itu, ” demikian menurut Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Masiung Banah.

Katanya, meskipun Labuan dikenali sebagai pusat kewangan luar pesisir antarabangsa yang terpenting di rantau ini, tapi pulau itu kini telah kehilangan seri umpama ‘bandar tua’ yang ditinggalkan.

“Pulau mutiara itu suatu ketika dahulu merupakan destinasi percutian terkenal dengan pusat beli belah bebas cukai yang murah, namun kini bertukar sebagai bandar lembap, ” kata Masiung yang juga Wakil Rakyat Kuamut.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan (LPPB) bertaraf menteri itu diminta mengulas isu percukaian di Labuan setibanya di Kota Kinabalu selepas mengetuai rombongan para pemimpin daerah Tongod ke Kuala Lumpur, semalam.

“Labuan tiada lagi tarikan pengunjung kerana harga barang lebih tinggi berbanding negeri-negeri lain di negara ini.

“Status Labuan sebagai pulau bebas cukai sudah semakin terhakis berikutan kerajaan telah menyenaraikan produk tembakau, rokok dan minuman beralkohol sebagai barangan yang dikenakan cukai sejak 1 Januari 2021, ” katanya.

Menurut Masiung, sekarang hanya makanan ringgan seperti coklat, gula-gula dan keropok sahaja yang dikecualikan cukai itupun harganya hampir sama di Sabah.

Beliau berkata, Labuan tersepit dengan masalah ekonomi yang lembap. Punca utama harga bahan mentah tinggi adalah kos pengangkutan.

“Kerana hampir semua barangan pengguna diangkut dari tanah besar Sabah menggunakan jalan darat kemudian merentasi lautan menaiki feri dari Menumbok,” jelasnya.

Masiung berkata, kebanyakan kargo dari semenanjung Malaysia dan luar negara di hantar terus ke tanah besar Sabah, menyebabkan pelaburan di pulau mutiara itu terus sepi meniti senja.

Mengulas lanjut isu tersebut, penduduk Labuan sudah bersuara melalui dewan-dewan perniagaan dan forum kebangsaan namun belum ada respon positif dari Putrajaya.

Katanya lagi, suatu ketika lalu Ahli Parlimen Labuan juga pernah membawa usul ke Dewan Rakyat sebagai isyarat kepada Putrajaya memulangkan kembali Labuan di bawah pentadbiran kerajaan wilayah Sabah.

Dasar baharu percukaian sekarang merupakan satu deskriminasi ekonomi kepada penduduk Labuan yang perlu dikongsi bersama dengan pengunjung luar.

Masiung mengesa Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) menstrukturkan semula dasar baharu percukaian di Labuan dan mengembalikan semua statusnya sebagai pulau bebas cukai sepenuhnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/13/kerajaan-persekutuan-digesa-kaji-semula-dasar-percukaian-di-labuan-masiung/feed/ 0 30746